Khamis, 26 September 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mahkamah: Pegawai SPR tak mengaku terima sogokan

Posted: 26 Sep 2013 07:10 AM PDT


Mahkamah

KUALA LUMPUR - Setiausaha Bahagian Analisis Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengurus operasi sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan menerima rasuah RM80,000 daripada seorang ahli perniagaan, pada Oktober tahun lalu.

Pengakuan Muhammad Firdaus Mohd Ramli, 34 dan Fizal Kamarudin @ Fauzi, 33, direkodkan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Muhammad Firdaus dan Fizal didakwa dengan niat bersama telah menerima wang sogokan RM80,000 daripada Mohd Noor Mokhid sebagai upah kerana kononnya membantu syarikat Southair Travel and Tours Services Sdn Bhd dilantik sebagai pembekal kenderaan bagi kegunaan pemerhati asing semasa PRU13 lalu oleh SPR.

Perbuatan tersebut dilakukan oleh mereka di Restoran Al- Rawsha, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, jam 1 tengahari, pada 16 Oktober 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan Akta 574 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 sama yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan.

Mahkamah juga membebaskan Muhammad Firdaus dan Fizal dengan ikat jamin RM10,000 setiap seorang.

Rozilah menetapkan 10 Julai depan sebutan semula kes.

Mahkamah turut dimaklumkan bahawa Fizal akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

RON95 naik lagi?

Posted: 26 Sep 2013 06:59 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER




Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.

 "Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.- Bernama

Pemergian Azizan kehilangan besar politik

Posted: 26 Sep 2013 06:54 AM PDT



KUALA LUMPUR - Pemergian  bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak  ke rahmatullah jam 11.05 pagi hari ini dianggap satu kehilangan besar dalam politik tanah air.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin, politik tanah air kehilangan seorang ahli politik yang berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.

"Kita kehilangan besar," katanya ringkas ketika sesi sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, beliau turut terkesan dengan pemergian Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Salam takziah daripada saya, kita hilang satu kekuatan dalam Pakatan Rakyat, semoga roh beliau dicucuri rahmat," katanya.

Dalam pada itu  Veteran Umno  juga turut  mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan.

" Beliau seorang pemimpin Pas yang sederhana yang patut menjadi contoh kepada pemimpin pembangkang.

"Seorang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan cintakan perpaduan ummah Melayu.

"Pemergiannya merupakan kehilangan seorang tokoh Islam dan Melayu kepada rakyat negara ini," kata Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub.

Manakala Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli turut melahirkan perasaan dukacita atas pemergian Azizan.

"Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat parti dan juga rakyat Kedah,

"Kita masih teringat sumbangan beliau yang cukup besar pada kerajaan pada sesi lepas dan kami di kalangan pemimpin Pas ucapkan takziah," katanya.

Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berita pemergian Azizan merupakan berita yang amat menyedihkan.

'Dalam konteks peribadi ibu saya kenal beliau sejak di England lagi, dalam hal ini, saya berharap keluarga Allahyarham terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan," katanya.

Manakala menurut Mahdzir Khalid yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kedah, beliau turut merakamkan salam takziah untuk keluarga Azizan.

Menyifatkan Tan Sri Azizan sebagai seorang yang komited dalam menjalankan tugas, beliau turut merasai kehilangannya.

"Bagi saya kita sudah kehilangan seorang yang komited kepada perjuangan selama ini.

"Kedah kehilangan seorang tokoh politik walaupun berbeza dari segi parti namun saya kira beliau seorang rakan yang boleh dibawa berunding, untuk pembangunan negeri Kedah, katanya.

Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarga di wad Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah.

Jenazah beliau dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Alor Setar jam 5.30 petang tadi.

Nisbah anggota PAC BN-PR kekal 9:5

Posted: 26 Sep 2013 06:51 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis























Pembangkang gagal untuk menambah jumlah ahli mereka dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) apabila jawatankuasa itu kekal pada nisbah 9:5 dengan majoriti dianggotai ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengumumkan senarai nama ahli Parlimen yang dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan di Parlimen.

Selain pengerusi yang dilantik iaitu Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dari BN, anggota PAC BN yang lain ialah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Datuk Chua Tee Yong (Labis), Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baru), Liang Teck Meng (Simpang Renggam), Datuk Madius Tangau (Tuaran), Hasbi Habibollah (Limbang) dan Datuk Wee Jeck Seng (Tanjung Piai).

Sementara itu, anggota daripada Pakatan Rakyat (PR) terdiri daripada Timbalan Pengerusi, Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang), William Leong Jee Ken (PKR-Selayang), Datuk Kamarudin Jaafar (PAS-Tumpat) dan Tony Pua Kiam Kee (DAP-Petaling Jaya Utara).

Mengikut peruntukan Parlimen, PAC perlu mengandungi pengerusi dan naib pengerusi yang dilantik Dewan, dan jumlah keanggotaan tidak kurang daripada enam, dan melebihi 12 ahli.

Tugas PAC ialah untuk mengawal selia perbelanjaan negara, termasuk Laporan Ketua Audit Negara.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Nur Jazlan sebelum ini menyentuh mengenai dua isu iaitu peranan Khazanah Nasional Bhd dalam masalah kelewatan dan peningkatan kos projek KLIA2 dan perjanjian perkongsian antara Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia yang mengakibatkan masing-masing didenda RM10 juta.

Projek KLIA2 pada asalnya hanya berjumlah RM1.6 billion namun kini meningkat kepada RM4 billion selepas berdepan dengan beberapa perubahan.

Projek itu pada mulanya dijangka beroperasi pada September 2011 tetapi mengalami kelewatan lima kali dan yang terbaru dijangka mula beroperasi pada April 2014.

Media melaporkan MAHB menerima 230 laporan berkaitan masalah terminal itu termasuk keretakan bangunan dan dinding yang dibina terlalu rendah yang mengkehendaki pengubahsuaian semula dilakukan.

Berhubung dua syarikat penerbangan yang disaman RM10 juta setiap satu, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan denda ekoran memonopoli empat laluan dalam persefahaman selama lapan bulan

SPR akan adakan mesyuarat khas bincang kekosongan kerusi DUN Sungai Limau

Posted: 26 Sep 2013 06:45 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas sebaik menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah berhubung kekosongan kerusi DUN Sungai Limau berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata selepas menerima notis itu, yang dijangka esok atau lusa, pihaknya mempunyai tempoh masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil.

"... bila dapat (notis) kami akan adakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk hari penamaan calon dan hari mengundi bagi pilihan raya kecil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

 Katanya beliau mengenali Allahyarham secara peribadi sebagai seorang yang berperwatakan baik dan suka berjenaka.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Allahyarham mempertahan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, selepas menewaskan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari Barisan Nasional (BN), dengan majoriti 2,774 undi.

Bekas menteri besar Kedah itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar pukul 11.05 pagi berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius. - Bernama

[GAMBAR] Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Ust. Azizan, Agong Turut Ziarah

Posted: 26 Sep 2013 06:36 AM PDT


Yang di-Pertuan Agong ziarahi jenazah Ustaz Azizan

KELAB GREENBOC

POKOK SENA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat menziarahi jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak di Dewan Kompleks PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, jam 4.05 petang tadi.

Tengku Bendahara Kedah turut menziarahi jenazah Allahyarham pada jam 3.50 petang.

Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan para pemimpin PAS di semua peringkat.

Orang ramai turut berpusu-pusu memberikan penghormatan terakhir sebelum jenazah disembahyangkan sebaik selesai solat Asar. -HD



Pimpinan utama Pakatan ucap takziah pemergian bekas MB Kedah

Posted: 26 Sep 2013 06:32 AM PDT


azizan razak MB Kedah 01


SHAH ALAM: Pimpinan Pakatan Rakyat mengucapkan takziah atas pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia  di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini.

Jenazah bekas pesuruhjaya PAS negeri akan disembahyangkan di Masjid Markaz Pokok Sena selepas solat Asar dan dijadual dikebumi di Muassasah Darul Ulum jam 5.30 petang ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Azizan seorang sahabat yang baik, pemimpin PAS dan pejuang gigih yang berjasa.

"Takziah buat keluarga dan saudara mara Allahyarham Ustaz Azizan mantan MB Kedah. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah," katanya melalui twitter.

Turut mengucapkan takziah ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan beroleh maghfirah. Al Fatihah.

"Insya-Allah, YB Iskandar Samad dan YB Sallehin Mukhyi akan mengetuai delegasi kerajaan negeri untuk melawat dan memberikan penghormatan terakhir," tulisnya.

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata, pemergian Azizan satu kehilangan besar kepada perjuangan Islam, khususnya kepada PAS.

"Takziah atas kembalinya kerahmatullah YB Dato Seri Ustaz mantan Menteri Besar Kedah (2008-2013).

"Saya berhajat benar untuk menziarahi beliau sebelum ini, tetapi disebabkan masalah kesihatan, niat itu tertangguh. Termasuklah ketika Multaqa Ulama' baru-baru ini saya berhasrat hadir dan berniat untuk menziarahinya.

"Namun, Allah mentakdirkan ia tidak berlaku disebabkan kesihatan saya. Saya mendoakan semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin," kata Nik Aziz.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam twitternya turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Azizan di atas pemergiaan Azizan.

Semalam, Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau dilapor kritikal selepas mengalami komplikasi jantung yang serius akibat jangkitan kuman.

Azizan, 69, yang bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sejak minggu lalu dikatakan pengsan selepas serangan jantung pertama kira-kira jam 3 pagi semalam dan dipantau rapi.- FZL

Anwar beri amaran isu persempadanan semula atau berdepan BERSIH 4.0

Posted: 26 Sep 2013 06:30 AM PDT


anwar white


SHAH ALAM : Pakatan Rakyat tidak akan membenarkan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dibahas di Parlimen jika ia tidak dilakukan dengan telus dan adil, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya beri amaran kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan tidak akan membenarkan amalan korup, penipuan SPR ini dibentangkan dan perbahasan berhubung persempadanan semula," katanya.

Beliau memberi amaran itu di New York Ahad lalu pada sesi soal jawab bersama kira-kira 100 peserta, kebanyakannya rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat.

Dipetik dari Malaysia Kini, Ketua Pembangkang itu berkata, keputusan itu disimpulkannya selepas berbincang dengan Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

"Jika mereka teruskan (dengan persempadanan semula), akan ada masalah. Saya boleh janjikan pada anda, di dalam dan di luar Parlimen, kita akan jadikannya isu besar, kita tidak akan mengalah," katanya.

Proses persempadanan semula dijangka bermula pada hujung tahun ini. Ia dilihat bakal memberi kesan besar terhadap keputusan pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat akan membantah sekeras-kerasnya isu persempadanan semula melalui Bersih 4.0 jika dilaksana tanpa prinsip adil dan dipersetujui semua pihak.
- FZL

Menjelang 2014, Selangor Pergiat Usaha Tarik Pelaburan Asing

Posted: 26 Sep 2013 06:23 AM PDT


HI-TEA


PETALING JAYA : Walaupun ekonomi global masih tidak menentu, Selangor mengekalkan prestasi yang memberangsangkan dan berharap kejayaan itu berterusan hingga ke tahun hadapan melalui siri-siri kerjasama bersama pelabur asing.

Bercakap kepada diplomat dan delegasi dari dewan perniagaan asing di majlis minum petang di Intan Suite, Hotel Hilton Petaling Jaya, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata prestasi konsisten dan prasarana pendidikan yang baik menawarkan nilai tambah kepada peluang pelaburan di negeri ini.

"Pada 2012 dan 2013, kita mencatatkan prestasi yang lebih kuat dari segi pelaburan domestik dan pelaburan semula. Kita masih berharap untuk menarik pelaburan asing pada separuh tahun kedua 2013 dan pada 2014 khususnya. Justeru, kita merancang untuk mengiatkan lagi kerjasama antarabangsa dan misi dagangan dan pelaburan," kata Khalid.

"Kita faham perlunya projek-projek pembangunan perumahan disepadukan dengan pembangunan industri kerana rakyat memerlukan pekerjaan dan menyumbang kepada ekonomi. Pendidikan akan menjadi isu penting dan dengan sukacita saya maklumkan Selangor merupakan tuan rumah kepada 100 institusi pengajian tinggi, 30 sekolah antarabangsa dan banyak pusat latihan kemahiran yang memberi nilai tambah kepada pembangunan industri," tegas Khalid.

Hadir sama adalah Pesuruhjaya Tinggi Kanada Judith St George, Konsul Kehormat Suruhanjaya Tinggi Malta Paul Vincent Galea dan Duta Perancis Martine Dorance.

Exco Pelaburan dan Perindustrian Ean Yong Hian Wah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) Hasan Azhari turut meraikan konsul-konsul dagangan, perwakilan dari suruhanjaya tinggi dan kedutaan, rakan-rakan niaga dan perwakilan-perwakilan dari dewan perniagaan asing.

Sehingga Jun 2013, Selangor mencatatkan jumlah cadangan pelaburan terbanyak, iaitu sebanyak 97 projek. Manakala dari segi jumlah pelaburan modal, Selangor utuh di tangga ke empat dengan pelaburan mencecah RM2.2 bilion.

Selangor menerusi SSIC telah menghantar misi dagangan dan pelaburan ke Jepun dan Korea baru-baru ini, diikuti dengan misi ke Jerman, Switzerland dan Belgium pada Oktober depan. Kepada para hadirin, Khalid turut menjemput kerjasama antarabangsa dalam pelbagai bentuk untuk mempromosikan pembangunan ekonomi mapan di Selangor.

Anak Muda Akan Tetap "Sambut" Obama Sekalipun Menteri Kata Jangan

Posted: 26 Sep 2013 06:20 AM PDT


KELAB GREENBOC
 
 
Saranan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamad supaya jelajah anti Obama dan anti TPP dihentikan tidak akan dilayan penganjurnya.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, pihaknya dan rakan sekutu tetap akan meneruskan jelajah seperti yang dijadualkan.

"Saranan beliau (Mustapa) supaya kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tidak disambut dengan protes besar-besaran turut tidak akan diendahkan.

"SAMM ingin menegaskan bahawa pentingnya jelajah ini diteruskan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa perjanjian TPP ini bakal mengheret negara ke kancah penjajahan moden dalam bentuk ekonomi," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Jelajah #BantahObama #TolakTPP kini memasuki siri ke-5 yang berlangsung di Taman Meru, Ipoh, Isnin lalu.

Ujarnya lagi, program tersebut akan bergerak ke sembilan lagi lokasi di seluruh negara.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Menteri kata jangan tetapi 'sambut' Obama diteruskan

Gabungan NGO membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tidak peduli terhadap gesaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar menghentikan siri jelajah anti Obama dan anti TPPA.

Sebaliknya jurucakap gabungan, Badrul Hisham Shahrin yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, mobilasi rakyat bagi 'menyambut' kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama ke Malaysia pada 11 Oktober depan akan diteruskan mengikut jadual.

Beliau berkata, mereka mahu Obama melihat sendiri aksi rakyat yang tidak bersetuju dengan TPPA.

"Menteri (Mustapa) bukan sahaja keliru dan tak faham tujuan kita tapi cuba mengelirukan dewan.

"Kita bantah TPPA yang masih dalam rundingan kerana orang Umno sendiri pun tak tahu isi kandungan perjanjian sebaliknya selepas empat tahun baru boleh dedah isi kandungan perjanjian.

"Jadi siri mobilisasi dan himpunan akan diteruskan bagi menunjukkan bantahan kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

Bercakap di Dewan Rakyat pagi semalam, Mustapa meminta supaya kehadiran Obama tidak disambut dengan protes besar-besaran sepertimana yang sedang disusun melibatkan pelbagai pihak.

Beliau turut berkata, siri jelajah juga tidak wajar diteruskan memandangkan Malaysia masih berunding dengan negara-negara yang terlibat dengan TPPA.

SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (Bantah) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) sedang mengadakan jelajah Bantah TPPA yang bermula 17 September lalu.

Berikut merupakan jadual Jalajah TPPA sehingga 10 Oktober:

26 September: Kompleks Pendidikan ISlam, Badak, Bachok, Kelantan
27 September: Jalan Gong Pasir, Dungun, Terengganu
28 September: Padang Balok Makmur, Kuantan, Pahang
1 Oktober : Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau, Parit Buntar
4 Oktober : Pusat Komuniti Bakri-Bentayan, Muar, Johor
5 Oktober : Taman Asean, Bandar Melaka, Melaka
6 Oktober : Taman Tasek Jay, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan
8 Oktober : Dewan Seri Sekinchan, Selangor
10 Oktober : Grand Finale, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kemuncak Jelajah #BantahOBAMA #TolakTPPA di Kelab Kg Baru, memberi ruang kepada dua tokoh ternama iatu Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berada sepentas bersama menentang Perjanjian TPPA.

Petisyen jemputan telah diserahkan kepada kedua-dua belah pihak melalui serahan tangan dan faks.
-HD

Memecahkan pengundi tegar luar bandar dari BN

Posted: 26 Sep 2013 12:42 AM PDT



Oleh Abd Shukur Harun

 
Masalah yang paling sukar dan hingga kini belum dapat diatasi ialah usaha PAS/Pakatan Rakyat untuk menawan hati pengundi tradisi, khususnya di luar bandar yang masih sangat tegar menyokong Umno/BN.

Usaha ini sudah lama dilakukan, namun keputusan PRU yang lalu menampakkan bahawa pengundi tradisi masih tetap menyokong Umno dengan hujah takut Cina memerintah, takut negara tidak aman, takut rakyat kembali hidup susah seperti zaman baru lepas Perang Jepun dulu, takut Melayu hilang kuasa, takut itu dan takut ini lagi.

Ini adalah aliran pemikiran pengundi tradisi, statik, tidak dinamik, amat sukar berubah, amat terpengaruh dengan janji wang dan pelbagai  bantuan dari parti yang memerintah. Pemberian wang RM500 oleh kerajaan dianggap sangat besar.

Makanya untuk membalas budi, mereka menyokong parti yang memerintah. Kesan pemberian ini menyebabkan Pakatan Rakyat semakin sukar untuk mendapatkan sokongan.

Bagaimanapun, masih tetap ada sejumlah pengundi tradisi ini yang berfikiran dinamik, bersikap bebas dan merdeka dalam erti tidak terpengaruh dengan segala macam pemberian daripada parti yang berkuasa. Mereka bebas untuk mengundi siapa yang difikirnya layak untuk diberikan amanah.

Jumlah golongan ini kecil tetapi memberi makna besar dan inilah menyebabkan undi untuk PAS/Pakatan Rakyat bertambah di kawasan pengundi tradisi seperti di Selangor, Perak, Melaka dan di Johor sendiri.

Dalam situasi di mana pengundi tradisi sangat kuat menyokong parti yang memerintah, maka Pakatan Rakyat, khususnya PAS – kerana PAS paling banyak bertanding di luar bandar - menghadapi cabaran sangat getir untuk mendapat sokongan daripada kawasan luar bandar yang didominasi oleh pengundi Melayu ini.

Contohnya, antara lain, kawasan di Selangor yang dipanggil Anjung Utara – Ulu Selangor, Sabak Bernam, Tanjung Karang dan beberapa lagi, calon Pakatan Rakyat masih belum berjaya menawannya dalam PRU yang lalu. Ini berlaku walaupun PAS menang 15 kerusi yang kebanyakannya kawasan pengundi campuran di mana Pakatan Rakyat memerintah Selangor untuk penggal kedua.

Kesukaran di Selangor ini diakui pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu. Oleh itu mereka mengatur langkah segera  untuk menerobos kawasan Anjung Utara itu selepas menyaksikan keputusan PRU yang lalu di kawasan itu di mana kelihatan Pakatan Negeri Selangor begitu cepat mengatur strategi walaupun PRU ke-14 lama lagi.

Tidaklah wajar diperincikan strategi untuk 'memutihkan' kawasan di sebelah utara Selangor itu, tetapi yang jelas Pakatan Rakyat mengatur segera pelbagai rancangan ke arah menawan kawasan Parlimen dan DUN di situ.

Ini adalah usaha segera Pakatan Rakyat di Selangor, tetapi bagaimana pula di negeri lain, seperti di Kedah, umpamanya, di mana kerajaan PAS/Pakatan rakyat di negeri itu ditewaskan dengan teruknya. Bagaimana pula di Kelantan, di mana PAS memerintah 22 tahun di negeri Cik Siti Wan Kebang itu, tiba-tiba tewas 15 kerusi dalam PRU yang lalu di mana keputusan ini sangat mengkhuatirkan. Khabarnya, mujurlah ada pengundi anak perantau Kelantan yang pulang mengundi, kalau tidak entah bagaimana keputusannya.

Keputusan PRU yang lalu di Johor pula menyaksikan permulaan yang baik, di mana dulunya PAS hanya menang dua kerusi DUN, tetapi kini bertambah dua lagi menjadikan empat kerusi DUN yang dimenanginya. Tetapi kemengan itu, antara lain, disebabkan sokongan pengudi Cina sebanyak 47 peratus di dua DUN yang baru dimenangi dalam PRU tersebut. Bagaimanapun DAP mencapai kemenangan gemilang di Johor bersama PKR.

Mesejnya di sini ialah, Johor bukan lagi kubu kebal Umno/BN dan zaman pencerahan boleh berlaku dari sekarang di negeri  selatan tanah air itu jika PAS/Pakatan Rakyat berusaha dari sekarang dengan strategi yang tepat untuk menwan hati budi pengundi tradisi ini.

Di Terengganu, pencapaian PAS di negeri itu dalam PRU yang lalu membina kembali harapan bahawa negeri yang pernah diperintah oleh PAS itu kemungkinan besar akan dapat kembali kepada PAS dalam PRU akan datang kerana sekarang ini hanya selisih majoriti dua kerusi antara BN dan PAS. Di negeri itu, pengundi tradisi Melayu hampir mencapai 90 peratus.

Di Perak, prestasi PAS/Pakatan rakyat juga memberangsangkan. Walaupun negeri utara itu banyak juga kawasan tradisi, tetapi ia mampu mengekalkan kemenangannya di kerusi tersebut di samping kerusi kawasan campuran yang dimenangi oleh DAP dan PKR. Ini menyebabkan majoriti BN hanya lebih tiga kerusi di negeri itu.

Di Pahang dan Negeri Sembilan yang juga banyak kawasan pengundi tradisi, menampakkan harapan bahawa Pakatan boleh menawan kawasan tersebut dalam PRU akan datang, sementara di Perlis yang juga majoritinya adalah kawasan tradisi Melayu berusaha keras menawan hati budi pengundi tradisi ini.

Setakat ini saya belum mendapat gambaran yang sejelas-jelasnya mengenai demografi pengundi di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, saya tertarik dengan ucapan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad di Bintulu, Sarawak baru-baru ini bahawa dakwah atau penerangan PAS mestilah 'memasuki' rumah pengundi tradisi Melayu untuk menarik sokongan mereka.

Ini,  katanya, disebabkan sifat golongan tradisi Melayu itu sukar untuk mengubah sokongan mereka daripada parti kerajaan kepada pembangkang.  Justeru, kata Dr Dzul,  PAS yang sentiasa berdepan dengan mereka pada setiap pilihan raya sewajarnya memastikan penerangan yang dijalankan dapat memasuki rumah golongan itu.

"Politik kita bermula dengan dakwah dan kita bukan politik saja, tetapi berpolitik dan berdakwah. Iaitu di samping melaksanakan aktiviti dakwah, PAS perlu mengatur strategi politik kepada mereka dan ini perlu dilakukan serentak," kata Dr Dzul.

Becakap mengenai pengalamannya sebagai ahli Parlimen Kuala Selangor sebelum ini,  beliau berkata, bahawa bagaimana pun perkhidmatan yang diberikan kepada mereka, belum tentu dapat menarik sokongan Melayu tradisi pada pilihan raya berikutnya.

"Ini kerana sebahagian besar pengundi Melayu tradisi mudah dibeli oleh Umno apabila menjelang pilihan raya sehingga mereka takut untuk memberikan sokongan kepada PAS/Pakatan Rakyat. Bahkan, pengundi muda juga ada yang bersikap demikian sedangkan sebelum itu mereka banyak terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PAS/Pakatan Rakyat seperti pertandingan futsal, motocross dan lain-lain," katanya.

Oleh itu, katanya, pendekatan dakwah dan politik yang dilaksanakan oleh PAS di kawasan tradisi Melayu bukan saja sekadar dapat 'memasuki' rumah mereka tetapi juga memenangi hati budi mereka.

Menurutnya, ini jelas berbeza dengan golongan Melayu bandar dan pertengahan yang sedia berbinncang, berdebat, berseminar dan lain-lain dalam usaha PAS/Pakatan Rakyat melakukan pendekatan kepada mereka.

Inilah perihal pengundi tradisi yang sangat perlu ditangani oleh Pakatan Rakyat dengan segala kebijaksanaan, bukan memikirkan hal yang remeh temeh

PAS Pusat rakam takziah buat keluarga Ustaz Azizan

Posted: 26 Sep 2013 12:21 AM PDT



HARAKAH DAILY


KUALA LUMPUR: PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, mantan Menteri Besar Kedah yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi parti dan rakyat negeri Kedah khususnya.

"Beliau merupakan Ahli Majlis Syura telah berjaya memimpin parti sehingga berjaya menawan negeri Kedah dalam PRU ke-12," ujarnya dalam satu kenyataan, selanjutnya sebagaimana di bawah.

Kesihatan beliau mulai merosot dalam kempen menghadapi PRU13 dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani pembedahan dan kaki beliau terpaksa dipotong.

Namun, kesihatan beliau mulai pulih sehingga beliau dibawa pulang ke Kedah, namun dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Alor Setar.

Kegagalan PAS mengekalkan kemenangan di Kedah merupakan suatu tamparan besar bagi parti.

Beliau masih sempat berpesan kepada Datuk Muhriz, Menteri Besar baru agar mempastikan Kolej Insaniah dapat dijaga dan dijayakan.

Beliau sepanjang menjadi Menteri Besar banyak menumpukan usaha membangunkan kolej tersebut di samping pelbagai kemajuan yang telah dilaksanakan.

Kematian beliau akan membuka ruang bagi mengadakan satu pilihanraya kecil bagi Dun Sungai Limau.

Parti akan menghadapi PRK ini dalam suasana persiapan menghadapi muktamar. Dengan PRK ini diharap akan memperkukuh lagi jentera parti bagi memastikan kejayaan.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya. Al-Fatihah.

Tian Chua gagal ketepikan perbicaraan kes Lahad Datu

Posted: 26 Sep 2013 12:17 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Tian Chua kelihatan di luar mahkamah ketika hadir mendengar keputusan permohonan kesnya berhubung kenyataannya mengenai pencerobohan Lahad Datu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 September, 2013.Tian Chua kelihatan di luar mahkamah ketika hadir mendengar keputusan permohonan kesnya berhubung kenyataannya mengenai pencerobohan Lahad Datu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,
























Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang hari ini gagal dalam permohonan mengetepikan tuduhan menghasut terhadap dirinya kerana membuat kenyataan berhubung pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah ketika menolak permohonan Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua itu berkata, dakwaan terhadap ahli Parlimen Batu itu tidak salah daripada segi undang-undang.

"Menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan kata-katanya merujuk kepada kerajaan, bukan hanya Umno sebagai sebuah parti politik, dan jelas ia adalah perkara yang perlu dibicarakan di mahkamah," katanya.

 "Jadi mahkamah mendapati tiada merit untuk pemohon mengetepikan kes itu," katanya.

Amelia dalam keputusannya berkata, Tian Chua juga berhujah Akta Hasutan tidak sewajarnya digunakan kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Peguam pemohon mengatakan pada Julai tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan Akta Hasutan akan dimansuhkan, tetapi sebelum akta tersebut dimansuhkan, ia kekal dan boleh digunakan," katanya merujuk kepada pengumuman Datuk Seri Najib Razak tahun lalu

Dr Mahathir tiada pengaruh lagi untuk bantu Mukhriz, kata Ku Li

Posted: 26 Sep 2013 12:08 AM PDT

OLEH MD IZWAN

Tengku Razaleigh Hamzah di sidang meja bulat ekonomi di ISIS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 September, 2013.Tengku Razaleigh Hamzah di sidang meja bulat ekonomi di ISIS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim


















Tengku Razaleigh Hamzah meneruskan sengketanya dengan bekas lawannya, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila menyifatkan beliau tidak lagi berpengaruh untuk membantu anaknya dalam pemilihan Umno kali ini.

Anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan untuk masuk bertanding dalam jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini.

"Semoga berjaya kepada beliau (Mukhriz).

 "Saya tidak lihat bapanya (Dr Mahathir) mempunyai pengaruh lagi, kita boleh lihat semasa cubaannya untuk kembali ke arena politik gagal selepas tewas dalam pemilihan bahagian di Kubang Pasu," kata Tengku Razaleigh semasa ditemui wartawan di sidang meja bulat ekonomi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).

Beliau turut mengulangi pendirian mendesak pemimpin kerajaan supaya mengisytiharkan aset mereka kepada umum sebagai langkah memastikan ketelusan dalam pentadbiran.

Pemimpin veteran Umno itu berkata, kesan rasuah adalah lebih buruk kerana ia memberi impak kepada semua kumpulan khususnya rakyat Malaysia keseluruhan.

"Menteri, bekas menteri termasuk saya, ayuh isytiharkan harta masing-masing," katanya.

"Sepatutnya mereka yang rasuah perlu ditangani dahulu. Rasuah adalah perkara utama yang kita hadapi," katanya.

Ku Li cadang pelan amanah ganti agihan ekonomi ikut kaum

Posted: 26 Sep 2013 12:06 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Tengku Razaleigh Hamzah ditemubual pemberita selepas menyampaikan ucapannya di ISIS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 September, 2013.Tengku Razaleigh Hamzah ditemubual pemberita selepas menyampaikan ucapannya di ISIS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 






















Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa perancangan ekonomi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk program transformasi kerajaan dan program transformasi ekonomi mempunyai hala tuju yang salah.

Tengku Razaleigh yang juga pengasas Petronas dan ahli penting dalam Kabinet pentadbiran bapa Najib, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein turut menggambarkan cadangan slogan baru kerajaan "Endless Possibilities" sebagai sukar difahami.

Veteran Umno itu juga mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M1 dan 2) menyebabkan keadaan hutang negara semakin kritikal.

 Pada masa sama beliau mendesak Putrajaya supaya menghentikan corak pengagihan ekonomi berasaskan kaum tertentu, sebaliknya melaksanakan pengagihan lebih adil yang juga melindungi kaum lain.

Beliau berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah lagi tidak sesuai digunakan dengan situasi ketika ini, malah langkah Najib memperkenalkan program transformasi juga tidak mencapai matlamat.

"Saya percaya tiba masanya untuk melangkah ke arah bentuk ekonomi baru," kata Tengku Razaleigh dalam ucapannya pada sidang meja bulat pagi ini di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).

Beliau juga membidas Najib yang mengumumkan pemerkasaan ekonomi Bumiputera baru-baru ini sebagai satu langkah ke belakang.

"Sudah pastinya ia adalah langkah ke belakang, kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif lain," katanya.
Tengku Razaleigh sebaliknya mencadangkan satu pelan ekonomi baru yang lebih seimbang serta tidak mengabaikan kaum lain.

"Saya cadangkan kita wujudkan satu bentuk ekonomi pemegang saham bagi tempoh sedekad ke depan, sebuah sistem ekonomi yang akan memastikan pembahagian seimbang untuk faedah pembangunan bagi semua pemegang saham dan untuk generasi masa depan, yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Saya mencadangkan pelan amanah ini dijadikan sebagai rujukan kepada negara untuk membangunkan negara pada masa depan," katanya.

Menurutnya, cadangan pelan amanah itu bertujuan memastikan kecekapan pengurusan sumber negara dan persekitaran yang seimbang untuk generasi sekarang dan masa depan.

"Ia bertujuan mencari pembaharuan institusi kerajaan untuk mengelakkan pembaziran, meningkatkan produktiviti dan mengembalikan kepercayaan amanah antara kerajaan dengan masyarakat awam," katanya.
Tengku Razaleigh berkata, pelan yang dikemukakannya juga mampu mengembalikan pertumbuhan ekonomi negara kepada tujuh peratus seperti yang pernah dicapai sekitar tahun 1990-an.

Pelan amanah yang dicadangkan tersebut mempunyai empat komponen penting untuk mencapai matlamat, antaranya ialah Strategi Pembangunan Infrastruktur Pantas (AID), Strategi Pembangunan Modal Insan (HCD), Strategi Perkembangan Industri dan Asas Tani (AI) dan Strategi Komprehensif Kewangan Islam (CIF).
"Ia akan melengkapkan Pelan Induk Sektor Kewangan yang sedang dilaksanakan," katanya.

Najib melancarkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang  menggariskan lima teras iaitu meningkatkan daya modal insan, memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat,  mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap  golongan Bumiputera.

Bagaimanapun, penganalisis mengkritik langkah tersebut akan tersasar matlamatnya seperti polisi terdahulu Dasar Ekonomi Baru (DEB)  dan kumpulan kaum Melayu miskin sasaran tidak akan dapat manfaat.

DEB diperkenalkan pada 1971 oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein bertujuan mencapai perpaduan  negara dan integrasi nasional, kemudiaan digantikan dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang lebih ke arah meritokrasi di samping  mengekalkan keistimewaan ekonomi kepada Melayu yang menjadi asas utama dalam dasar DEB.

Pelaksanaan DEB bagaimanapun dilihat gagal untuk menaikkan taraf ekonomi kaum Melayu, malah sasaran untuk mencapai 30 peratus ekuiti juga masih tidak tercapai sejak ia dilaksanakan dan kegagalan tersebut dikaitkan dengan masalah rasuah.

"Kerajaan perlu menitikberat ketelusan dan sebuah pentadbiran yang bersih, memerangi gejala rasuah yang berterusan.

"Kerajaan perlu menangani peningkatan kos sara hidup dan hutang isi rumah, ketidakseimbangan ekonomi selama 40 tahun DEB dilaksanakan serta ketidakmampuan kerajaan pimpinan Umno untuk mengendalikan ekonomi," kata Tengku Razaleigh.

Pakatan bakal tawan Putrajaya, tidak perlu kerjasama BN, kata Mat Taib

Posted: 26 Sep 2013 12:01 AM PDT

Oleh Hasbullah Awang Chik

Aksi Tan Sri Muhammad Muhd Taib ketika ditemubual. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2013. 

Aksi Tan Sri Muhammad Muhd Taib ketika ditemubual. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2013.


Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyangkal pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kewujudan ruang kerjasama antara Umno dan PAS dengan menyatakan bahawa gabungan kerjasama itu tidak perlu kerana Pakatan Rakyat mempunyai peluang terbuka luas menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak.

Muhammad berkata, parti komponen PR sepatutnya bersedia mengukuhkan parti untuk membentuk kerajaan dan jangan menerima agenda tersembunyi Barisan Nasional (BN) bagi menjalinkan kerjasama.

 "Jangan ada agenda untuk menyelit ke sana dan ke sini. Nanti rakyat yang menjadi mangsa. PR harus berusaha sebaik mungkin memberi alternatif kepada rakyat. Apa jua kelemahan BN, jangan diulang.

"Jika BN menjadi pilihan dan mendengar suara rakyat, mengapa mereka mahu bekerjasama dengan pihak menentang untuk berunding bersama kerajaan? Jika BN bagus, berdiri atas kaki sendiri, melainkan jika mereka memang sudah ditolak.

"Kalau tidak bagus, hendak menang dan berkuasa, kenalah main tipu. Pakat dengan penjaga gol lawan dan suruh lepaskan bola. Tendang dari jauh pun boleh masuk. Dalam arena politik, kita tidak mahu wujudkan orang yang mengekalkan kuasa. Umno sudah lama mengekalkan kuasa hampir 60 tahun," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersamaThe Malaysian Insider di Shah Alam, Selangor.

Beliau yang mesra dengan nama timangannya Mat Taib berkata, atas dasar BN yang mahu mengekalkan kuasa, rakyat menanggung kerugian jika rundingan berkenaan menemui kegagalan.

Sambil menggesa parti dalam PR mengukuhkan kepimpinan untuk menawan Putrajaya pada PRU14, beliau berkata, BN dan PR harus memilih jalan berbeza.

"BN yang ingin mengekalkan kuasa, tetapi rakyat yang menanggung rugi. Pandangan saya, biar BN dengan cara mereka sendiri dan PR mesti bersatu sebagaimana sebelum ini. Saya yakin PRU14 mereka tawan Putrajaya.

"Tiada apa yang salah kerana di Australia, rakyat mereka kerap bertukar kerajaan. Selepas dua penggal, kerajaan yang mentadbir akan ditukar kerana selama tempoh berkenaan mereka sudah mula 'berakar'. Bahaya biarkan sesebuah kerajaan untuk terus berakar.

"Apatah lagi Umno sudah 60 tahun, bukan berakar tetapi sudah berkabel. Kabel yang sangat besar. Umno hanya menguntungkan pihak tertentu tetapi kebajikan rakyat tidak dijaga. Sepatutnya lepas dua penggal kita tukar kerajaan, supaya pimpinan lebih segar," katanya dengan nada tegas.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, rakyat perlu mendapat faedah maksimum daripada sesebuah kerajaan dan bukan hanya berfikir untuk terus mengekalkan kuasa.

Muhammad menyertai PAS dua hari selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Umum 2013 lalu.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini, Muhyiddin berkata, BN tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PAS kerana pati komponen BN itu sentiasa terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatupadukan umat Islam.

"Kita tidak kisah bekerja bersama PAS atau Pakatan sekiranya ia demi kepentingan umat Islam di negara ini dan kita yakin sekiranya Umno bekerjasama dengan PAS banyak yang dapat dicapai," katanya.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa kerajaan.

Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.

Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, PAS akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) turut mendapati majoriti masyarakat Melayu dan Cina mahu melihat pentadbiran kerajaan BN menjalinkan kesepakatan dengan PR selepas  pilihan raya umum baru-baru ini.

Hasil kajian itu menunjukkan 69 peratus daripada keseluruhan 1,546 orang responden yang ditemui oleh pengkaji pilihan raya tersebut mahu melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melibatkan PR dalam kerajaan persekutuan.

Pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangannya berkata lebih mengejutkan, sebanyak 70 peratus responden Melayu bersetuju dengan hasrat untuk melihat kerjasama BN dan PR, manakala 67 peratus lain adalah kaum Cina, hasil daripada kajian yang dijalankan dari 15 Ogos hingga 10 September baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mohammad Redzuan menekankan langkah kerjasama tersebut tidak boleh hanya terarah kepada satu parti dalam PR sahaja, sebaliknya BN perlu menjalin hubungan dengan PKR dan juga DAP.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata BN sedia mengadakan perbincangan mengenai perpaduan nasional dengan PR, namun menggesa pembangkang mengamalkan "baik sangka" terhadap BN.

Shahidan yang juga menteri bertanggungjawab terhadap Parlimen berkata PR boleh membawa usul berkenaan ke Parlimen sekiranya mereka ikhlas dengan perkara itu.

Pakatan desak KeTHHA beri penjelasan kenaikan tarif elektrik

Posted: 25 Sep 2013 11:57 PM PDT

Oleh Hasbullah Awang Chik

















Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menuntut penjelasan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengenai tarif elektrik yang dikhabarkan naik tahun hadapan dan mengapa Liquefied Natural Gas (LNG) menjual petrol pada harga lebih murah sementara rakyat perlu berdepan dengan kenaikan harga bahan bakar itu.

Dalam satu kenyataan bersama Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen PKR-Bayan Baru), Dr Ong Kian Ming (DAP-Serdang) dan Dr Che Rosli Che Mat (PAS-Hulu Langat), berkata Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Azman Mohd ada mencadangkan kepada kerajaan untuk meningkatkan tarif elektrik kepada pengguna tempatan yang melebihi 200 kwh.

"PR mencadangkan perjanjian antara TNB dan Independent Power Producers (IPP) disemak semula kerana caj yang dikenakan IPP kepada TNB adalah keterlaluan kerana IPP mendapat subsidi LNG daripada Petronas yang membolehkannya mendapat margin keuntungan besar dengan struktur kos yang rendah.

 "Jika KeTHHA mengarahkan TNB mengadakan rundingan semula dengan IPP, kenaikan tarif elektrik mungkin dapat dielakkan. KeTHHA juga perlu menjelaskan situasi LNG menjual petrol pada harga murah kepada pengeluar IPP, tetapi kerajaan meningkatkan harga petrol yang dijual kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahli Parlimen PR itu berkata, sejak 1997, kerajaan memutuskan untuk menetapkan harga gas yang dijual kepada IPP iaitu harga pasaran LNG adalah RM49.12 per-juta BTU pada 2012 tetapi dijual pada harga RM10.70 kepada IPP.

Katanya, IPP mendapat diskaun 80 peratus berbanding harga pasaran LNG yang mengakibatkan kerajaan mengalami kehilangan pendapatan negara yang tinggi dan ia adalah salah satu bentuk subsidi kepada IPP.

"Mengikut pengiraan, jumlah subsidi ini adalah menakjubkan kerana mencecah RM19 billion setahun. Dalam Bajet 2014 rakyat ingin tahu mengapa kerajaan meningkatkan harga petrol rakyat, tetapi tidak untuk harga LNG?

"Sustainable Energy Development Authority (SEDA) juga gagal menunjukkan hasil memberangsangkan kerana hanya 2 MW kuota feed-in-tariff sahaja yang dapat dibekalkan pada 2012 kepada pemegang individu dan sehingga Julai 2013, kuota feed-in-tariff yang dapat dibekalkan sebanyak 112.44 MW. Ini  jauh daripada sasaran 985 MW yang perlu dicapai dalam masa dua tahun lagi.

"Dengan prestasi SEDA yang sedemikian, PR meragui usaha kerajaan untuk meningkatkan feed-in-tariff tenaga boleh diperbaharui kepada dua peratus," katanya.

Katanya, PR akan mengumumkan bajet alternatif 2014 pada Oktober untuk menandingi bajet BN dengan idea baru dalam portfolio KeTTHA.

Ahli parlimen berkenaan berkata, PR akan mengumumkan pembaharuan struktur belanjawan dan langkah memperbaiki fiskal bagi memastikan fiskal dan kualiti hidup rakyat lebih mapan.

DAP sudi maafkan Utusan Malaysia berhubung Tanda Putera

Posted: 25 Sep 2013 11:55 PM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS










DAP hari ini menerima permohonan maaf akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berhubung artikel melibatkan filem kontroversi Tanda Putera.

Pengerusi DAP, Karpal Singh bagaimanapun berkata ini adalah kali terakhir parti itu menerima permohonan maaf akhbar tersebut.

"Kami terima permohonan maaf mereka namun Utusan tidak lagi boleh terus berbohong. Kami berikan peluang ini untuk mereka berubah," katanya dalam kenyataannya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

 Akhbar berkenaan menulis artikel bertajuk "Cuba sembunyi kebiadapan DAP" yang mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang menghalang tayangan Tanda Putera di negeri berkenaan bagi menyembunyikan perlakuan biadap pemimpin DAP.

Pemimpin yang dipaparkan dalam laporan berkenaan adalah Lim Kit Siang, yang didakwa kencing di tiang bendera di hadapan rumah menteri besar Selangor ketika itu sewaktu insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969.

"Artikel yang disiarkan di muka surat 13 pada 7 September 2013 iaitu `Cuba sembunyi kebiadapan DAP' salah dan tidak menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh Dr Mohd Puad Zarkashi," memetik permohonan maaf Utusan yang diedarkan Karpal kepada pemberita.

MENYUSUL LAGI

Bersekedudukan hampir 10 tahun

Posted: 25 Sep 2013 05:10 PM PDT


Bersekedudukan hampir 10 tahun 
 Penguatkuasa Jaij Batu Pahat mengambil keterangan wanita berkenaan, awal pagi semalam.

BATU PAHAT - Tindak-tanduk seorang wanita berusia 29 tahun yang sering kali berulang-alik ke rumah kekasihnya yang bukan Islam menimbulkan tanda tanya penduduk sekeliling selama ini  akhirnya terbongkar.

Kelakuan sumbang pasangan berkenaan terbongkar apabila kediaman lelaki itu yang terletak di Jalan Mustafa, di sini, diserbu kira-kira jam 3 pagi semalam, oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat.

Turut menyertai serbuan itu adalah anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasangan yang didakwa  bersekedudukan hampir 10 tahun itu turut memiliki seorang anak lelaki berusia lapan tahun.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, wanita berasal dari Kelantan itu pada mulanya enggan memberikan kerjasama  dengan mendiamkan diri.

Bagaimanapun, setelah beberapa kali dipujuk, wanita terbabit akhirnya akur dan keluar dari bilik seterusnya menceritakan situasi sebenar.

"Wanita itu dipercayai bersekedudukan dengan kekasihnya yang bukan Islam di sebuah rumah sejak 10 tahun lalu. Wanita itu juga mengakui tidak lagi mengamalkan ajaran Islam seperti solat dan  sebagainya," katanya, di sini.

Saiful Ariffin berkata, hasil  pemeriksaan lanjut dalam sebuah  bilik di kediaman pasangan ber- kenaan mendapati seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sedang nyenyak tidur.
Menurutnya, wanita terbabit turut mengakui kanak-kanak itu adalah anak hasil hubungan dengan kekasihnya.

Mengikut surat beranak yang disertakan, anak itu tidak berbinkan kepada sesiapa dan pihaknya percaya dia adalah anak tidak sah taraf.

Bagaimanapun, pihaknya masih menyiasat agama yang dianuti kanak-kanak berkenaan.

"Setakat ini, pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 23(1)(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997 dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai berhubung  kesalahan yang dilakukan

"Kita menasihatkan agar  keluarga memainkan peranan  penting bagi mengelak anak tersasar jauh daripada ajaran Islam," katanya.

Saiful Ariffin memberitahu,  operasi itu bertujuan membendung kegiatan sumbang yang semakin  menular dalam kalangan anak muda sejak kebelakangan ini.

Tambahnya, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap, tertumpu kepada aduan orang ramai, hotel bajet dan  kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti itu.

PCA tidak sama dengan ISA tetapi serupa

Posted: 25 Sep 2013 05:08 PM PDT

MSO


Menteri Dalam Negeri (KDN) Ahmad Zahid Hamidi menafikan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) yang akan dibentangkan dalam sidang parlimen 30 September ini tidak sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan.

Mungkin Zahid boleh mengelirukan sebahagian orang di sebalik sihir kata-katanya tetapi tidak semua orang menyakininya.

Kenapa saya kata begitu kerana dari segi semangat dan kesannya PCA itu hampir sama dengan ISA kerana ia memberi kuasa kepada polis untuk menahan sesiapa saja tanpa dibicara. Mungkin kalau perbezaanya dahulu dibawah akta ISA menteri dan timbalan menteri KDN mempunyai kuasa penuh untuk menandatangani surat penahanan tetapi tidak dengan PCA ini.

Melalui PCA ini penahanan ke atas mana-mana individu akan dibuat oleh lembaga yang dibentuk menerusi seksyen (baru) 7B yang memberi kuasa kepada lembaga menahan mana-mana individu tidak lebih dalam tempoh dua tahun.

Lembaga berkenaan akan dianggotai hakim-hakim dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Manakala seksyen (baru) 15A pula rayuan ke atas keputusan dan tindakan lembaga tidak boleh dibuat kecuali dalam perkara-perkara melibatkan prosuder.

Jadi roh undang-undang PCA itu sama sahaja dengan ISA memberi kuasa menahan tanpa bicara. Dimanakah munasabah dan benarnya penafian Zahid itu. Mungkin kelainan itu hanya dari segi nama sahaja, dulu ISA kini PCA. Hanya pertukaran botal sahaja araknya sama, kesannya tetap memening dan memabukkan.

Tidak nampak apakah transformasi yang dilakukan dalam hal ini seperti mana tegas Zahid?

Sebelum ini perdana menteri Mohd Najib Razak mengumumkan pemansuhan akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat kerana menyahut suara yang mahukan akta disifatkan sebagai 'dikronian' itu sebagai zalim dan kejam.

Apabila kini ia dihidupkan semula atas nama baru oleh Zahid, apakah pemansuhan sebelum ini hanya satu sihir politik Najib? Bukankah penghidupan semula akta itu seolah-olah ia mencabar keputusan yang telah dibuat oleh Najib?

Sekiranya perwujudan PCA baru itu atas kehendak ahli-ahli Umno atau pihak polis sendiri serta-serta badan-badan lain ia bermakna keputusan Najib dulu tidak relevan dan tidak dihormati. Apakah perlu untuk Najib mengambil tanggungjawab diatas apa yang berlaku dengan meletakkan jawatan?

Adalah memalukan bagi seorang perdana menteri kalau keputusan yang dibuat tetapi tidak dihormati.

Atau boleh jadi juga pemansuhan itu sebahagian daripada tektik dan strategi pihak Najib dan UBN untuk mengelabui mata rakyat menjelang pilihan raya agar rakyat melihat Najib dan UBN sebuah kerajaan yang telus, tidak zalim dan mendengar keluhan rakyat.

Apakah menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti seandainya PCA ini dilulus oleh parlimen ia akan dimansuhkan sekali lagi kemudian akan diganti dengan akta lain pula yang bertukar dari segi nama dan kekal dari segi semangat?

Taska Terbabit Kematian Bayi Di Putrajaya Ada Lesen - Azizah

Posted: 25 Sep 2013 05:04 PM PDT

MSTAR ONLINE

 
PUTRAJAYA: Pusat asuhan yang terbabit dalam kes kematian seorang bayi lelaki di Presint 9, di sini Selasa, berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan permitnya sah sehingga Jun 2016.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata bagaimanapun siasatan mendapati jumlah pengasuh di pusat asuhan itu tidak mencukupi berbanding jumlah anak jagaan mereka.

"Kes ini masih dalam siasatan polis, namun pada masa yang sama taska itu masih dibenar beroperasi seperti biasa," katanya kepada pemberita, di sini Rabu.

Beliau ditemui selepas melawat pasangan Ismail Ramli, 28, dan Zurinawati Ismail, 26, ibu bapa kepada Mohd Danish Rayqal, bayi berusia lima bulan yang ditemui tidak sedarkan diri oleh pengasuh di pusat asuhan itu pukul 3 petang Selasa.

Bayi itu kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Mengulas lanjut, Azizah berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan seterusnya. - BERNAMA

Lebih 500,000 Pengguna Di Sabah, Labuan Alami Gangguan Elektrik

Posted: 25 Sep 2013 05:03 PM PDT

MSTAR ONLINE

 
KOTA KINABALU: Lebih 500,000 pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mengalami gangguan bekalan elektrik secara berkala mulai Rabu berikutan kerosakan Stesen Janakuasa Bebas (IPP) Teesa dan IPP Rugading.

Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Abdul Razak Salim berkata gangguan itu disebabkan kerja membaik pulih kerosakan di tiga jentera janakuasa utama Sabah.

Beliau berkata sesetengah kawasan atau daerah akan mengalami gangguan bekalan secara maksimum selama tiga jam secara bergilir dari 8 pagi hingga 8.30 malam.

Katanya, satu letupan kecil berlaku di IPP Teluk Tesa yang menyebabkan Kompartmen Turbin GT22 mengalami kerosakan pagi Rabu, dan empat jam kemudian, IPP Rugading turut mengalami kerosakan diikuti kebakaran di Stesen Janakuasa ARL di Sepanggar.

Abdul Razak berkata berikutan insiden itu, Grid Sabah mengalami gangguan bekalan sebanyak 200 megawatt dan ini memaksa SESB melakukan catuan bekalan.

"Gangguan itu dijangka berlanjutan selama sebulan," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya, Rabu.
Beliau berkata kapasiti bekalan di seluruh Sabah ialah 980 hingga 1,000 megawatt manakala Permintaan Maksimum merekod sejumlah 874 megawatt pada waktu puncak. - BERNAMA

Pemilihan Umno: Senarai Calon Dimuktamadkan 7 Oktober

Posted: 25 Sep 2013 05:02 PM PDT

MSTAR ONLINE

 
KUALA LUMPUR: Senarai calon yang layak bertanding bagi semua peringkat pada pemilihan Umno bulan depan hanya akan dimuktamadkan pada 7 Oktober.

Hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali hanya mengumumkan 269 calon yang menarik diri sahaja, daripada 34,211 anggota Umno yang mendaftar sebagai calon di seluruh negara kecuali Sarawak, Sabtu lepas.

Pengumuman itu dibuat di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, susulan tamatnya "tempoh bertenang" 72 jam semalam, bagi membolehkan proses penarikan diri calon yang berdaftar berlangsung.

Selepas ini, proses saringan seterusnya membabitkan antara lain Jabatan Insolvensi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan mahkamah akan dilakukan. Setakat ini, baki 33,942 calon layak bertanding di peringkat pusat dan bahagian serta ketiga-tiga sayap parti selepas ditolak mereka yang menarik diri.

Langkah itu bertujuan mengesan mereka yang berkemungkinan dibatalkan pencalonan kerana menghadapi situasi seperti muflis, kes rasuah, kes mahkamah atau jenayah, sebelum senarai calon dimuktamadkan.

Pengundian bagi pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat bahagian dan pusat akan berlangsung pada 12 Oktober manakala pengundian bagi bahagian dan Majlis Tertinggi pada 19 Oktober.

Di peringkat pusat (termasuk ketiga-tiga sayap), hanya seorang sahaja calon daripada 261 calon iaitu Ketua Penerangan Wanita Datuk Hamidah Osman yang mendaftar untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita telah menarik diri.

Di peringkat bahagian (termasuk ketiga-tiga sayap), sebanyak 268 calon menarik diri daripada 33,950 calon berdaftar.

Berikutan perkembangan pada Rabu, calon naib presiden masih kekal menyaksikan pertandingan enam penjuru, ketua Pemuda lima penjuru, ketua Wanita tiga penjuru dan ketua Puteri satu lawan satu.

Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing, menang tanpa bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden Umno.

Setakat ini, Naib presiden ditandingi tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta tiga pencabar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Bagi ketua Pemuda, penyandang Khairy Jamaluddin ditentang oleh Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Karim Ali, Syed Rosli Syed Harman dan Irwan Ambak Khalid Izhar.

Ketua Wanita sekarang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaingi oleh Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin manakala dua muka baharu Mas Ermieyati Samsudin dan Jamilah Hanim Othman merebut jawatan ketua Puteri.

Tajol Rosli berkata bagi peringkat negeri, pihaknya menerima 33,950 borang pencalonan, dengan Sabah mencatatkan penyertaan terbanyak iaitu 4,453 calon.

Ia diikuti Johor (4,250), Selangor (4,035), Perak (3,983), Kedah (2,848), Pahang (2,628), Kelantan (2,595), Wilayah Persekutuan (2,123), Pulau Pinang (1,960), Terengganu (1,540), Negeri Sembilan (1,436), Melaka (1,193) dan Perlis (638).

Mereka yang menarik diri terdiri daripada 37 calon dari Selangor, Perak (35), Pulau Pinang (32),
Kelantan (30), Negeri Sembilan dan Pahang (29), Wilayah Persekutuan (19), Melaka (17), Kedah (16), Terengganu (15), Sabah (6), Perlis (2) dan seorang dari Johor.

Buat pertama kalinya, proses pemilihan yang lebih telus dan melibatkan sejumlah 146,500 perwakilan di peringkat akar umbi diadakan berikutan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Langkah itu bertujuan antara lain membanteras gejala politik wang dan menjadikan parti itu lebih inklusif dengan pembabitan lebih ramai perwakilan untuk memilih pucuk pimpinan parti berbanding kira-kira 2,500 perwakilan sebelum ini.- BERNAMA

KPRU: Perbelanjaan boros Najib risiko pada negara

Posted: 25 Sep 2013 04:59 PM PDT


MALAYSIA KINI



 

Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) memerhatikan bahawa perdana menteri sejak tahun 2009 memohon kepada Parlimen agar meluluskan belanjawan tambahan sebanyak dua kali selepas pembentangan belanjawan tahunan.

Tabiat berbelanja secara berlebihan ini mendedahkan negara kepada risiko kerana ia mengakibatkan negara mengurus hutang yang banyak, menurut KPRU dalam kenyataannya.

"Dalam konteks kewangan negara berada dalam defisit fiskal sepanjang pentadbiran Najib, pembentangan dua belanjawan tambahan secara konsisten bagi setiap belanjawan asal menonjolkan suatu sikap tadbir urus kewangan negara yang tidak berhemat," kenyataan itu dipetik.

Menurut KPRU, Najib memohon tambahan RM27.3 bilion dalam dua belanjawan tambahan selepas belanjawan 2010 dan RM23.5 bilion dan RM28 bilion, selepas belanjawan tahun 2011 dan 2012.

Kerajaan yang telah membentangkan belanjawan tambahan RM15 bilion untuk tahun ini dijangka membentangkan belanjawan tambahan yang kedua berdasarkan petunjuk sebelum ini, kata KPRU lagi.

Pola begini, tambahnya, tidak akan membantu memperbaiki tahap hutang negara yang diturunkan tarafnya dalam bulan Julai lalu kepada "negatif" oleh agensi penarafan Fitch Ratings.

Lanjutan daripada belanjawan tambahan ini, KPRU memberi amaran yang angka sebenar hutang dan defisit negara akan mejadi lebih tinggi daripada jangkaan awal sewaktu ia mula dibentangkan.

Berdasarkan perkiraannya, KPRU menjangkakan defisit negara akan mencecah 5.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) berbanding jangkaan awal sebanyak empat peratus.

"Dalam laporan bertarikh 17 September 2013, Bank of America Merrill Lynch berpendapat, hutang kerajaan Malaysia berkemungkinan besar mencecah silingnya iaitu 55% daripada KDNK.

"Laporan tersebut menyatakan bahawa, hutang kerajaan Malaysia telah meningkat kepada 53.8% pada penggal pertama 2013, seterusnya meningkat kepada 54.6% daripada KDNK pada penggal kedua 2013," katanya.

Tambahnya lagi, apabila diambil kira tanggungan luar jangka sebanyak RM147.3 bilion pada penggal kedua 2013, hutang negara sebenarnya berada pada paras 70.2 peratus daripada KDNK.

Pengusaha roti kecewa stesen minyak tolak bekalan

Posted: 25 Sep 2013 04:50 PM PDT

 


 

dikemaskini Seorang pengusaha roti Normah Abdul Rashid kecewa dengan tindakan pengusaha kedai di kedai runcit di satu rangkaian stesen minyak yang didakwa enggan menerima bekalan rotinya untuk dijual di kedai tersebut.

Normah, 57, mendakwa bekalan rotinya dihentikan kerana tidak berdaftar dalam program khas sebagai pembekal makanan di premis terbabit, yang diperkenalkan pada bulan ini.

NONEDalam program itu, hanya pembekal yang berdaftar dengan syarikat petroleum itu sahaja dibenarkan untuk menjual produk mereka di premis tersebut, kata Normah.

Normah berkata, empat pengusaha stesen minyak menolak bekalan rotinya dan langkah itu dijangka akan diikuti oleh kira-kira 50 stesen minyak lain.

"Kalau ada pembekal yang tak berdaftar, (pengusaha kedai) akan keluarkan atau hentikan urus niaga dengan pembekal berkenaan," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kuala Lumpur hari ini.

Ia berbeza dengan amalan sejak dua tahun lalu ketika syarikat terbabit masih membenarkan pengusaha kecil dan sederhana menjual barangan mereka di kedai berkenaan walau tidak berdaftar dalam progam itu, katanya.

Normah, yang membekalkan roti berkenaan ke kedai di stesen minyak terbabit sejak empat tahun lalu, berkata beliau pernah memohon untuk mendaftar dalam program berkenaan sebelum ini tetapi tidak berjaya.

"Kami dah cuba daftar perniagaan kami (dalam program pembekal) sejak dua tahun lalu.

"Tapi orang yang menguruskan pendaftaran tersebut selalu tak ada dan banyak alasan yang diberi," katanya yang meminta Petronas menyediakan ruang lebih besar untuk pengusaha IKS mempamer produk mereka.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi syarikat terbabit berhubung dakwaan yang ditimbulkan.

Tindakan syarikat tersebut dikecam oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mendakwa ia merupakan usaha untuk menyingkirkan peniaga bumiputera.

Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dalam satu sidang media berkata NGO lain juga sepatutnya tampil dan mencela tindakan syarikat minyak terbabit.

"Tindakan ini tidak selari dengan aspirasi kerajaan yang mahu memperkasa peniaga bumiputera," katanya.

Tiada ulasan: