Kerabu Bersuara ® |
- Terkini! Doakan TS Anuar Musa Dalam CCU HKL
- Ulasan Terkini Orang Paling Dekat Dengan Arwah Ustaz Azizan
- Astro Awani memohon maaf
- Awan Menyerupai Kalimah ALLAH Mengiringi Jenazah Ustaz Azizan?
- Wajah Jenazah Ustaz Azizan Dari Dekat. Kami Sedih!
- Keberangkatan Tiba Agong Melawat Jenazah Ustaz Azizan
- TERKINI! Gambar Arwah Ustaz Azizan Baru Lepas Dimandikan
- Terkini! Tan Sri Ustaz Azizan Razak menghembuskan Nafas Terakhir Di Sekejap Tadi. Al Fatihah!
- Respon Saiful Nang Berkaitan Pembayaran RM 20 Juta Kepada McKinsey & Co
- Najib Jumpa Mark Di HQ Tweeter?
Terkini! Doakan TS Anuar Musa Dalam CCU HKL Posted: 26 Sep 2013 07:39 AM PDT |
Ulasan Terkini Orang Paling Dekat Dengan Arwah Ustaz Azizan Posted: 26 Sep 2013 06:35 AM PDT Muhammad Sanusi Md Nor Kereta dan motokar polis di hadapan melambai-lambai membuka laluan. Dalam van yang bergerak perlahan itu, dadaku sebu basah tersiram pilu, air mata bergenang dan meleleh beberapa kali. Beberapa detik ketika bersamanya sepanjang perjuangan yang panjang berliku liku, melintas sekali sekala. Aku sedang bersama beberapa orang anak-anak ustaz dan bekas pengawal pribadinya, mengiringi perjalanan terakhir seorang ayah, seorang pemimpin ulung, seorang mujahid, pemikir, tokoh ulamak, dan sesusuk tubuh guru bangsa yang terkujur di kerandanya. Berakhirlah ujian derita buat dirinya di katil hospital. Juga berakhirlah curahan tunjuk ajar, teguran, kekayaan pengalaman yang menginpirasikan pedoman dan mutiara-mutiara dari ilmunya yang merentasi lapangan dan disiplin - buat aku dan sahabat-sahabat yang mendampinginya. Hilang juga seorang pemimpin dengan gagasan murni untuk membangunkan masyarakatnya. Pergilah selama-lamanya seorang insan yang mewakafkan seluruh hidupnya untuk Islam dan ummah. Di kiri kanan jalan, orang ramai berdiri tanpa di suruh, memegang kamera dan telefon, merakam perjalanan terakhir itu. Aku dapat melihat deretan semua bangsa dan kaum, kecil dan besar, memerhati penuh sayu dan sepi, wajah mereka sugul, menghormati perjalanan seorang insan istimewa. Kenderaan di seberang berhenti di tepi, pemandu jentolak turun dari mesinnya, berdiri sayu di depan jentolaknya yang sedang memunggah tanah. Motosikal pemuda berbagai latar belakang mengiringi di kiri dan kanan, sekejap laju sekejap perlahan. Dunia menjadi senyap dan sepi, di belakang van, ribuan manusia mengekori, di dataran Muassasah Darul Ulum, yang tersergam dengan kegigihannya, puluhan ribu lagi sedang menanti. Selepas Ustaz Fadzil Noor, baru kali inilah senario itu berulang lagi. Di situlah dia akan bersemadi... Wajah terakhirnya mengukir sekuntum senyuman. Pasti indah alam yang menantimu....Pimpinanku Ustaz Azizan Abdul Razak. Hilangmu tiada ganti. Al-Fatihah! |
Posted: 26 Sep 2013 06:25 AM PDT Permohonan maaf Astro AWANI akibat kekeliruan 'typo' melibatkan ucapan takziah oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. |
Awan Menyerupai Kalimah ALLAH Mengiringi Jenazah Ustaz Azizan? Posted: 26 Sep 2013 02:25 AM PDT |
Wajah Jenazah Ustaz Azizan Dari Dekat. Kami Sedih! Posted: 26 Sep 2013 01:22 AM PDT |
Keberangkatan Tiba Agong Melawat Jenazah Ustaz Azizan Posted: 26 Sep 2013 01:11 AM PDT |
TERKINI! Gambar Arwah Ustaz Azizan Baru Lepas Dimandikan Posted: 25 Sep 2013 11:27 PM PDT |
Terkini! Tan Sri Ustaz Azizan Razak menghembuskan Nafas Terakhir Di Sekejap Tadi. Al Fatihah! Posted: 25 Sep 2013 08:36 PM PDT ALFATIHAH BUAT USTAZ AZIZAN RAZAK Mendapat makluman bahawa Tan Sri Dato' Seri Ustaz Azizan telah kembali ke rahmatullah jam 11:10 pagi sebentar tadi. Sosok tubuh ini begitu istimewa dan banyak menabur bakti kepada jemaah yang kita cintai ini. Begitu banyak ujian dan cabaran yang diterima oleh beliau. Moga Allah membalas segala tindakan jahat yang telah dirancang oleh musuh samada musuh dalam dan luar yang menjatuhkan ustaz Azizan. |
Respon Saiful Nang Berkaitan Pembayaran RM 20 Juta Kepada McKinsey & Co Posted: 25 Sep 2013 07:45 PM PDT Tan Sri Muhyiddin Yasin, TPM mengulas bahawa perbelanjaan untuk pembangunan National Education Blueprint (NEB) sebanyak RM20 Juta kepada McKinsey & Co adalah satu perbelanjaan yang berpatutan untuk tempoh projek 2 tahun. Sebagai sebuah firma perkhidmatan yang juga menyediakan khidmat perundingan (walaupun dalam bidang media), saya setuju dengan kenyataan itu. TETAPI itu bukan soal pokok yang mahu saya ulas pagi ini sebaliknya persoalan mengapa kita masih melihat "Orang Luar" sebagai yang terlayak mencanai halatuju pendidikan kita? Saya tahu McKinsey & Co ada cawangan di Malaysia dan mungkin pekerjanya juga orang Malaysia, walaupun pemilik asalnya dari USA khabarnya. Soal utama ialah, jika saya seorang rakyat Amerika yang melakukan rombakan NEB ini, adakah saya akan berikan yang terbaik atau meletakkan Malaysia dalam kelompok yang teruk melalu NEB itu? atau sekurang-kurangnya kurang sikit dari negara mereka sendiri. Untuk berfikir positif, munkin kita rasa mereka akan lakukan dengan baik. Adakah sebaik mereka lakukan untuk negara sendiri? Saya tidak menjalankan perniagaan perundingan pendidikan dan bukan langsung pesaing McKinsey maka saya bercakap atas kapasiti seorang warganegara. Logiknya tokoh-tokoh pendidik yang juga anak watan di Malaysia pasti lebih patriotik dalam mencanai halatuju pendidikan untuk term 2013-2025 dan mengapa bukan mereka?. Pada pandangan saya, seburuk-buruk atau sebodoh-bodoh kita melayari bahtera negara, baiklah tali layarnya kita uruskan sendiri. Pendidikan adalah roh kepada pembangunan anak bangsa. Anak-anak saya juga dan kawan-kawan anak saya juga yang menjadi subjeknya nanti. Kita belum merdeka lagi, kita masih dijajah. Kita tak mampu nak didik ANAK BANGSA kita sendiri. Kita masih percaya Uncle Sam untuk merobah pendidikan negara. Terkait dengan artikel tentang IBU BEKERJAYA yang saya share dari wall Warga Prihatin kelmarin, sama juga terjadi dalam konteks sebuah negara. Negara kita sibuk sangat nak jadi negara maju sampaikan anak-anak bangsa kita beri pada orang lain untuk didiknya. Mereka akan didiknya kerana WANG dan bukan kerana tanggungjawab sebagai warganegara. Selagi stigma "Mat Saleh mesti Hebat" itu ada dalam minda kita, maka kita tidak mungkin akan jadi bangsa yang mampu memintas mereka. Dah 56 tahun Malaysia merdeka, bangunan KLCC pun suruh orang buat, kapal terbang perang pun beli dari orang yang mungkin akan berperang dengan kita, minyak dalam perut bumi Malaysia pun kita panggil Mat Saleh korek. Pendidikan anak bangsa pun kita nak pajak juga kepada mereka? Saya nak ambil white homeless di UK bawa ke Malaysia. Nanti saya bagi dia mandi, pakai wangi-wangi, bagi rumah, pakai coat & necktie, beri gaji lebih kurang dan lantik jadi CEO di syarikat saya. Mesti saya dapat banyak kontrak kerajaan selepas tu walaupun Mat Saleh tu bodopiang. Yang penting, muka dia dan speaking Enlish brabuks maka bolehlah...orang dah ingat dia pandai sangat. Saya emosi tentang hal ini. Anda bagaimana? SAIFUL NANG Bukan Mat Saleh Rujuk berita ini : http://news.malaysia.msn.com/malaysia-news/said-the-sum-was-reasonable-as-it-was-a-two-year-project-involving-large-scale-processes-and-input-from-international-experts |
Najib Jumpa Mark Di HQ Tweeter? Posted: 25 Sep 2013 07:09 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan