DUNIACACAMARBA |
- Baik Sungguh Hati Lim Kit Siang, DAP
- Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak MENINGGAL DUNIA
- Mangsa Serakah 8 Remaja Lelaki Dakwa Dipaksa dan Dicederakan
Baik Sungguh Hati Lim Kit Siang, DAP Posted: 26 Sep 2013 01:04 AM PDT DAP sudi maafkan Utusan Malaysia berhubung Tanda Putera [TMI] DAP hari ini menerima permohonan maaf akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berhubung artikel melibatkan filem kontroversi Tanda Putera. Pengerusi DAP, Karpal Singh bagaimanapun berkata ini adalah kali terakhir parti itu menerima permohonan maaf akhbar tersebut. "Kami terima permohonan maaf mereka namun Utusan tidak lagi boleh terus berbohong. Kami berikan peluang ini untuk mereka berubah," katanya dalam kenyataannya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Akhbar berkenaan menulis artikel bertajuk "Cuba sembunyi kebiadapan DAP" yang mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang menghalang tayangan Tanda Putera di negeri berkenaan bagi menyembunyikan perlakuan biadap pemimpin DAP. Pemimpin yang dipaparkan dalam laporan berkenaan adalah Lim Kit Siang, yang didakwa kencing di tiang bendera di hadapan rumah menteri besar Selangor ketika itu sewaktu insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969. "Artikel yang disiarkan di muka surat 13 pada 7 September 2013 iaitu `Cuba sembunyi kebiadapan DAP' salah dan tidak menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh Dr Mohd Puad Zarkashi," memetik permohonan maaf Utusan yang diedarkan Karpal kepada pemberita. - 26 September, 2013. P/s: Bukan senang untuk memiliki jiwa seperti Lim Kit Siang. Walaupun difitnah, diaibkan, difitnah sehingga menimbulkan kebencian orang ramai terhadap dirinya, dinista, dihina, dan dikeji, namun beliau masih lagi memberikan peluang kepada Utusan dan pihak yang memfitnahnya untuk berubah. |
Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak MENINGGAL DUNIA Posted: 25 Sep 2013 08:43 PM PDT Lapor HD, Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kembali ke rahmatullah jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini. Jenazah almarhum akan disemadikan di Muasasah Darul Ulum, di sini petang ini. -26/9/13 P/s: Takziah kepada keluarganya. Semoga Allah SWT mencucurkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang yang beriman. Jenazah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak diusung ke dalam van dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk disembahyangkan di Masjid Nurul Ihsan sebelum disemadikan, Khamis. Azizan, 69, meningggal dunia di hospital tersebut pagi Khamis, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius. -fotoBERNAMA Kemas Kini: Azizan Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Darah, Kegagalan Organ [Mstar] ALOR SETAR: Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Sultanah Bahiyah Dr Noor Zaini Morad berkata bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia akibat jangkitan darah dan beberapa kegagalan organ untuk berfungsi. Beliau berkata Azizan, 69, meninggal dunia pada pukul 11.05 pagi, Khamis. Dr Noor Zaini berkata keadaan Azizan bertambah buruk pada pagi Rabu selepas mengalami serangan jantung. "Beliau mengalami serangan jantung tetapi kita mampu menstabilkan beliau. Ia bukan disebabkan jangkitan darah semata-mata akibat kaki yang dipotong tetapi disebabkan sistem imunisasi yang lemah," kata beliau. Beliau berkata Azizan berada dalam keadaan stabil apabila beliau mula dipindahkan ke hospital itu bulan lepas tetapi kerana pelbagai komplikasi kesihatan, keadaannya semakin teruk. "Azizan mengalami peringkat akhir kegagalan buah pinggang dan juga masalah hati dan matanya. Kami telah memberikan rawatan terbaik kepadanya tetapi antibodi beliau sudah lemah," katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali ketika ditemui berkata kematian Azizan adalah satu kehilangan kepada parti dan juga kepada beliau secara peribadi. Mustapa, yang berada di Alor Setar sejak Rabu, menyifatkan Azizan sebagai kawan rapat di dalam dan luar parti. - 26/9/13 Orang Ramai Berpusu-pusu Menziarahi Jenazah [HD] KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah akan berangkat menziarahi bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang kembali ke rahmatullah, petang ini. Setiausaha Khas Azizan, Muzaini Azizan, Sultan Abdul Halim akan tiba sekitar jam 3.30 petang di Markas PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, di mana jenazah almarhum ditempatkan ketika ini. Harakahdaily dimaklumkan, jenazah almarhum akan ditempatkan di markaz tersebut sehingga selesai solat jenazah dan solat Asar, sebelum dikebumikan di Muassasah Darul Ulum. Dalam pada itu, Muzaini berkata suasana di markaz PAS tersebut mula dipenuhi orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum. "Keadaan di sini sudah mula sesak, dengan anggaran ribuan orang mula datang menziarah. Suasana pilu turut dirasai dengan pemergian almarhum," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, sebentar tadi. Sebelum itu, jenazah almarhum dimandikan dan dikafankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Kemudian, jenazah di bawa ke Markaz PAS Pokok Sena dengan diiringi beberapa peronda polis. Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir turut menziarahi almarhum pada jam 11.40 pagi tadi. Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum melalui laman Twitternya. "Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak atas pemergian arwah, semoga roh beliau dicucuri rahmat," kata beliau yang kini berada di Amerika Syarikat. Almarhum kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di HSB di sisi ahli keluarganya dan pimpinan PAS di peringkat pusat dan perhubungan negeri, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu. Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU. Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam. Almarhum meninggalkan dua orang isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan dan Shamsiah Shafie dengan 14 orang anak. - 26/9/13 |
Mangsa Serakah 8 Remaja Lelaki Dakwa Dipaksa dan Dicederakan Posted: 25 Sep 2013 06:13 PM PDT [SH] KUALA KUBU BHARU - Ahli keluarga seorang remaja bawah umur yang dirogol lapan pelajar sekolah menafikan mangsa merelakan dirinya disetubuhi sebaliknya dipaksa dan dicederakan. Sepupu mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang sebenarnya baru berusia 12 tahun diugut dan dicederakan sebelum dirogol. "Dia dibawa ke kawasan rumah kosong di Jalan Rampaisari oleh kelapan-lapan lelaki terbabit sebelum salah seorang menutup matanya dengan kain dan dibawa ke tingkat atas rumah tersebut. "Ketika itu lelaki terbabit membuka baju, seluar dan meraba lalu merogolnya secara bergilir-gilir," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di sini semalam. Menurut sepupu mangsa turut ditemani bapa tiri dan ibu saudaranya, mangsa dirogol dua kali di rumah kosong berlainan hanya selang 30 minit selepas itu. Menurutnya, mangsa cuba menjerit tetapi mulutnya ditekap tangan suspek. "Dalam jam 8.05 pagi kelapan-lapan lelaki itu sekali lagi membawanya ke sebuah lagi rumah kosong di kawasan sama. "Dia cuba melarikan diri ketika dibawa ke rumah tersebut tetapi diekori rapat oleh lelaki terbabit. Setibanya di rumah itu, dia diraba dan dirogol bergilir-gilir oleh tujuh lelaki," katanya. Menurutnya, setelah itu mangsa ditinggalkan bersendirian di rumah kosong tersebut. Katanya, mangsa keluar dari rumah itu dan menuju ke surau berdekatan untuk mencuci pakaian dan ketika itulah seorang lelaki memanggil dan mendekati mangsa sebelum dibawa ke balai polis. Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian itu berlaku pada 20 September lalu di sebuah lokasi seperti dimaksudkan sepupu mangsa dan jaraknya hanya kira-kira 100 meter daripada surau berkenaan. Sepupu mangsa menjelaskan, mangsa keluar rumah pada 19 September lebih kurang jam 9 pagi ke rumah rakannya Jalan Rampaisari 3E, Bandar Sungai Buaya. Menurutnya, mangsa berada bersama rakannya sehingga petang dan tidak pulang ke rumah. Katanya, pada keesokannya, lebih kurang jam 7.30 pagi ketika mangsa berada di sekitar kawasan rumah rakannya itu, mangsa telah diajak oleh lapan lelaki ke rumah kosong di jalan yang sama dan ketika itulah kejadian tersebut berlaku. Tambah sepupu mangsa lagi, gadis itu turut mengalami kecederaan dan kesan lebam pada tangan dipercayai dipijak dan jari-jemarinya kehitaman kerana cuba bertahan dan menahan kesakitan. "Dia turut mengadu sakit di kepala kerana dihentak pada batang paip PVC. "Tangannya lebam-lebam kerana dikasari dan dia ada katakan perutnya turut disepak," katanya. Sementara itu, menurut ahli keluarga mangsa yang lain, mereka mengakui mangsa tidak hadir ke sekolah tetapi bukan sengaja sebaliknya mengambil keputusan untuk tidak hadir kerana menemani ibunya yang mahu bersalin. Menurut mereka, selesai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), mangsa tidak lagi ke sekolah kerana menemani ibunya di hospital. "Sebab itu dia tidak ada pakaian lain untuk digunakan. "Dia berulang-alik ke hospital untuk menemani ibunya yang ketika itu hanya menunggu masa bersalin," kata seorang ibu saudara mangsa. Katanya, ibu mangsa selamat melahirkan anak perempuan pada jam 3 pagi, 24 September di Hospital Selayang. Ahli keluarga mangsa turut diberitahu kesemua lapan suspek direman sehingga 27 September bagi proses siasatan. Difahamkan, mangsa hadir ke IPD Hulu Selangor petang semalam untuk siasatan lanjut dan proses pengecaman kesemua suspek. Namun, suspek yang dikatakan hadir untuk proses pengecaman itu tidak kelihatan sehingga jam 9 malam semalam. - 26/9/13 P/s: Berdasarkan berita terdahulu, perogol mangsa ialah remaja berusia antara 12 hingga 14 tahun. Gila! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan