Selasa, 24 September 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Melayu paling ramai ditembak mati, kata KDN

Posted: 24 Sep 2013 06:36 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Penjenayah kaum Melayu paling ramai ditembak mati bagi tempoh antara 2009 hingga tempoh (Januari-Ogos) 2013 dengan iaitu 56 orang, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sementara itu,  bagi penjenayah berbangsa India (41), Cina (23) dan Bumiputera Sabah dan Sarawak seramai empat orang, daripada 114 kes jenayah.

Kenyataan itu diterima daripada jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri kepada pertanyaan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

 Pada masa sama, sebanyak 898 senjata api pelbagai jenis dirampas sepanjang tempoh lima tahun berkenaan.

Antara jenis senjata api termasuk senjata semi-auto (319); revolver (120); rifle (22); senapang patah (84); bom tangan (31); air gun (105); pump gun (20); smg (4); dan senjata buatan sendiri (193).

Tindakan Karim mengejutkan, Kedah tidak sokong

Posted: 24 Sep 2013 06:32 AM PDT

 
"Pemuda Umno Kedah tidak tahu dengan tindakan Karim itu, tetapi kami menyokong Khairy," kata Badrul Hisyam.




PETALING JAYA: Keputusan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok di Kedah, Abdul Karim Ali menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda Umno mencabar penyandang Khairy Jamaluddin Abu Bakar menimbulkan tanda tanya.

Ini memandangkan Abdul Karim  tidak memegang sebarang jawatan dalam Umno bahagian, melainkan ahli biasa.

"Kita tidak tahu apa yang difikirkan Karim kerana beliau tidak ada jawatan lagi," kata seorang ahli jawatankuasa bahagian, Abdul Rahman Ahmad.

Malah Ketua Pemuda Umno negeri, Badrul Hisyam Hashim (gambar)  mendakwa belaiu terkejut dengan keputusan Karim itu.

"Pemuda Umno Kedah tidak tahu dengan tibdakan Karim itu, tetapi kami menyokong Khairy. Khairy telah menjadi ikon orang muda," kata Badrul Hisyam lagi.

Terdapat lima calon jawatan ketua pemuda iaitu Khairy, Karim, Akramsyah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman dan Irwan Ambak Khalid Izhar. Pada pemilihan tahun 2009, Khairy mengalahkan Datuk Mukhriz Mahathir dan Dr Mohd Khir Toyo.

Bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli @ Md Ros Ahmad pula menasihatkan Karim supaya ukur baju di badan sendiri. Beliau berkata, keputusan Karim itu dibuat diri sendiri dan tidak pernah diketahui oleh pergerakan pemuda Umno negeri.

"Ini tindakan dan keputusan Karim sendiri, tetapi kita tidak sokong," tambah Zulkifli lagi.

Turut baca:
Khairi tarik diri ekoran Ku Li tidak tanding

Hentikan budaya samseng dalam Umno’

Posted: 24 Sep 2013 06:10 AM PDT

Ariff turut mengemukakan bukti bahawa kejadian serangan ke atas dirinya bukan lakonan.




KUALA LUMPUR: Calon Majlis Tertinggi Umno, Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, hari ini mahu pimpinan Umno pusat menghentikan penularan budaya samseng di dalam Umno ekoran kejadian yang menimpa beliau.

"Umno tidak memerlukan pemimpin bersifat gangster. Sila singkirkan mereka," kata beliau dalam satu sidang media di sini.

Beliau telah pun menghantar surat cadangannya kepada pengerusi jawatankuasa disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen Ismail dan pengerusi jawatankuasa pemilihan Umno, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Umno AGM 2011

Surat sama akan diberikan kepada Presiden Umno ,Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua hari lalu, Ariff bercadang menghantar borang pencalonan di PWTC untuk bertanding  kerusi Ketua Bahagian Umno Titiwangsa  telah dipukul oleh Setiausaha Kerja Umno Titiwangsa, Noryumisza Abu Nasir.

Beliau yang cedera terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Kuala Lumpur. Satu laporan polis telah pun dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Beberapa jam sebelum itu, beliau telahpun mendaftarkan diri sebagai calon untuk kerusi ahli majlis tertinggi Umno. Beliau merupakan salah seorang daripada 64 calon yang bertanding untuk 25 kerusi ahli majlis tertinggi.

Pemangku Ketua Bahagian Umno Titiwangsa sekarang ialah Datuk Johari Abdul Ghani (gambar) Beliau yang akan mempertahankan jawatan beliau telahpun menafikan dakwaan Ariff.

"Bila tiada orang nak lawan saya, jadi mereka reka cerita ada orang kena pukul. Saya rasa ini satu usaha untuk jatuhkan saya.

"Saya bukan orang seperti itu, siapa lakukan perkara seperti ini, kita akan pastikan mereka kena pecat daripada Umno," kata Johari kepada akhbar Sinar Harian dua hari lalu.

Dalam akhbar sama hari ini, Johari mendakwa kejadian ini ialah satu drama lakonan semata – mata.

Mengulas kenyataan ini, Ariff berharap pihak polis akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Ariff turut memberitahu bahawa beliau telah menerima pesanan ringkas melalui telefon dari Noryumisza.

"Dia minta maaf kepada saya kerana menyangka saya akan menghantar pencalonan untuk kerusi ketua bahagian Umno Titiwangsa.  Saya tidak berbuat demikian.

"Dia juga redha untuk menghadapi apa saja hukuman sewajarnya," kata Ariff.

Peruntukan pada pembangkang, S'gor tunggu bajet dulu

Posted: 24 Sep 2013 06:05 AM PDT

 


 
 
Selangor akan hanya membuat keputusan tentang peruntukan kepada ADUN pembangkang selepas meneliti Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan bulan Oktober depan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

NONE"Oleh kerana bajet kita adalah pada bulan November, bajet kerajaan Persekutuan (pula) adalah bulan Oktober, jadi kita tunggu bajet kerajaan Persekutuan sebagai asas untuk keputusan kita untuk peruntukkan kepada semua ADUN dan ahli parlimen tidak kira dari mana parti mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM40,000 setahun kepada ADUN pembangkang bermula tahun depan untuk projek-projek pembangunan dalam kawasan mereka.

Menurut Khalid, belanjawan Persekutuan itu akan menjadi kayu ukur kepada sejauh mana kesediaan kerajaan BN menerima MP dan ADUN Pakatan sebagai wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

"Salah satu daripada perbincangan yang kita lakukan ialah kita hendak melihat kesahihan dan usaha kerajaan Persekutuan untuk menunjukkan ia bersedia untuk menerima wakil-wakil rakyat yang bukan dari BN menjadi wakil kepada rakyat," katanya kepada Malaysiakini tengah hari tadi.

Ahad lalu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan sepuluh ADUN Umno di negeri itu bakal diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata peruntukan kepada pembangkang negeri itu "diluluskan secara prinsip" dalam mesyuarat exco negeri pada 18 September lalu.

Katanya lagi, langkah itu menunjukkan bahawa Pakatan bersikap terbuka, menghormati prinsip dan semangat demokrasi dan adil kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang.

'Ayahanda' bukan gengster

Posted: 24 Sep 2013 05:52 AM PDT


'Ayahanda' bukan gengster  
Syed Husain (tengah) bersama Ayahanda Nordin Ahmad (kiri) dan kekanda Husin Saad menunjukkan kad keahlian dan sijil pendaftaran pertubuhan.

RAWANG - Masyarakat diminta tidak melabel gelaran 'ayahanda' sebagai gengster atau terlibat dengan aktiviti kongsi gelap hanya kerana nama itu dicemari oleh individu tidak bertanggungjawab.

Presiden Pertubuhan Persahabatan Malaysia (Sahabat), Syed Husain Al Shahab berkata, gelaran 'ayahanda' diberi oleh pertubuhan itu kepada seseorang individu bertujuan mengeratkan silaturahim selain memperjuangkan hak agama, bangsa dan negara.

"Ahli pertubuhan ini dilarang sama sekali terlibat dalam aktiviti kongsi gelap atau rumah perjudian.

"Ahli akan diambil tindakan termasuk dilucut keahlian sekiranya tidak mematuhi larangan atau mengganggu perniagaan.

"Malahan kita sama sekali melarang ahli terlibat dengan aktiviti yang bertentangan dengan pertubuhan," katanya kepada Sinar Harian.

Begitu pun katanya, pertubuhan itu berhak menghantar perwakilan demi ukhuwah dan mempertahankan institusi beraja.

Syed Husain juga meminta masyarakat menyalurkan maklumat sekiranya mendapati ada ahli pertubuhan itu menyalahgunakan kuasa atau terlibat dengan jenayah.

"Kami menyokong penuh usaha pihak polis membanteras jenayah dalam Ops Cantas dan tidak mahu mempertahankan ahli atau bersekongkol dengan aktiviti tidak bermoral yang pasti merosakkan keharmonian negara.

"Pertubuhan ini dibuat atas niat murni membantu ahli dan masyarakat dalam membina peluang perniagaan, kebajikan ahli dan membanteras ajaran sesat," katanya.

Selain itu katanya, pihaknya meminta supaya pihak polis memantau kegiatan memberi gelaran 'ayahanda' palsu atau individu membeli pangkat kerana ia mencemarkan imej pertubuhan berdaftar.

Kos sambutan raya rumah PM RM2.88 juta

Posted: 24 Sep 2013 05:47 AM PDT

 


 

RM2.88 juta - ini kosnya bagi menjamu 80,000 tetamu yang melawat kediaman perdana menteri semasa sambutan rumah terbuka hari raya Aidilfitri, Parlimen diberitahu hari ini.

NONEDalam jawapan bertulis, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim juga mendedahkan, katerer Kuzie Catering telah menyediakan makanan untuk tetamu dengan kos RM36 seorang.

Anggota Parlimen Seremban Anthoney Loke yang bertanya soalan itu kemudian berkata beliau tidak dapat memberikan komen yang adil kerana tidak tahu sama ada jumlah itu berbaloi atau tidak.

"Bagaimanapun, saya mahu umumkan angka yang saya peroleh ini, jadi rakyat, terutama yang berkunjung ke rumah perdana menteri dan isterinya, sebelum makan, mereka tahu sama ada RM36 itu berbaloi atau tidak," katanya.

Membandingkan perkara itu, setiausaha akhbar kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitter menulis, negeri itu hanya membelanjakan RM13.30 seorang untuk sambutan sama.

Ia bersamaan RM400,000 untuk 20,000 tetamu.

'Bukan pakar' dibayar RM20j untuk pelan pendidikan

Posted: 24 Sep 2013 05:42 AM PDT

 


 

Anggota Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan penglibatan perunding antarabangsa McKinsey and Co dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Menurut jawapan Parlimen oleh Kementerian Pendidikan, firma itu dibayar RM20.56 juta untuk menyediakan dokumen itu.

NONEBagi anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming, langkah itu hanya membazirkan wang pembayar cukai.

Katanya, McKinsey adalah firma perunding pentadbiran umum yang didakwa tiada kepakaran khusus dalam bidang pendidikan, terutamanya apabila dibandingkan dengan pasukan petugas untuk projek itu.

"Setakat yang saya tahu, ini kali pertama perunding luar digunakan untuk mendraf rangka dasar pendidikan Malaysia dan dengan kos ini," kata Ong dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Harga Gula Naik Dalam Bajet 2014? Kesannya, Masalah Penghidap Diabetes Dapat Dikurangkan! Kesan Domino?

Posted: 24 Sep 2013 05:35 AM PDT


harga gula naik


Berita Semasa fikirkan kenyataan dan cadangan seperti ini telah pun terhenti dan yang terakhir selepas keluarnya formula pengiraan Ahmad Maslan yang menjadi bualan ramai rakyat Malaysia (SEPERTI DI SINI).

Rupa-rupanya sangkaan Berita Semasa meleset. Ini kerana Datuk Sr Subramaniam yang juga mewakili kementeriannya dan kapasiti beliau sebagai Menteri Kesihatan berminat untuk menggunakan formula bagi menangani penyakit diabetes yang dikatakan sedang melonjak tinggi bilangan pesakitnya. Caranya?
Mudah sahaja….
"Jika mahu kurangkan penghidapkan diabetes. Naik harga gula!!"
Atas nama mahu menaikkan harga gula, alasan penyakit diabetes digunapakai sekali lagi. Persoalan berapa pula kenaikan harga gula kali ini?

Jikalau dinaikkan harga gula sekitar 20 sen contohnya, berdasarkan pengalamatan menteri Kesihatan, apabila harga gula naik bilangan penghidap diabetes dapat dikurangkan. Itu baru harga gula naik sekitar 20 sen. Jikalau harga gula dinaikkan sebanyak RM2.00 sekaligus. Berapa banyak penghidap diabetes yang dapat Malaysia selamatkan?

Begitukah?

Harga Gula Naik Elak Penyakit Diabetes?

Kenaikan Harga Gula

Kali terakhir harga gula naik ketika pembentangan Bajet 2013 sebelum ini, sebanyak 20 sen (KLIK SINI SUMBERNYA). Adakah akan ada satu lagi pengumuman kenaikan harga gula pada pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013 ini?

P/S : Nampaknya, Dr Subramaniam boleh dimasukkan sekali lagi bersama-sama dalam senarai antara kalangan menteri seperti  Ismail Sabri, Hasan Malek, Ahmad Maslan yang dikehendaki menjalani ujian IQ.

PP/S : Sudah bersedia dengan kesan domino dengan kenaikan harga gula tidak lama sahaja lagi? Apa pandangan balas anda pula?

Bayi lelaki 5 bulan ditemui mati di taska

Posted: 24 Sep 2013 05:28 AM PDT

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid  
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid
PUTRAJAYA - Seorang bayi lelaki, Mohd Danish Rayqal berusia lima bulan ditemui mati oleh pengasuhnya di sebuah pusat jagaan di sini hari ini.

Bayi itu didapati sudah tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak memandikannya kira-kira jam 3 petang.

Bapa bayi itu, Ismail Ramli, 28, yang menghubungi Bernama berkata, beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Pihak taska telah menghubungi saya setelah mereka sampai di hospital, dan bayi saya telah disahkan meninggal dunia," katanya.

Ismail membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan menjalankan siasatan. - Bernama

Nizar: Saya bukan saudara Chin Peng

Posted: 24 Sep 2013 05:05 AM PDT

NURUL MAZWANA HAMDAN
 Muhammad Nizar Jamaluddin  
Mohammad Nizar Jamaluddin
IPOH  – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

 Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang amat dahsyat, Mohammad Nizar secara berseloroh menawarkan DNA miliknya untuk dibandingkan dengan DNA milik bekas pemimpin PKM itu bagi membuktikan kesahihan penafiannya.

 "Ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat kepada diri saya. Ambillah DNA saya dan periksalah daripada debu-debu Chin Peng sama ada saya ada hubungan tali kekeluargaan, saya pun nak tahu  juga, kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula.

 "Sebenarnya kita semua ini satu keturunan, itu sahaja. Saya menafikan sekeras-kerasnya.. Kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula" katanya tersenyum.

 Sebelum ini, beberapa buah blog mendakwa Adun Changkat Jering itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng, di mana ibunya dikatakan merupakan sepupu kepada bekas pemimpin pengganas itu.

 Memetik dakwaan sebuah blog, Kulaan Niring (http://kulaanniring.blogspot.com), Chin Peng juga adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

 Kor Ming sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut.

Rebat pengangkutan untuk Kakitangan Awam Selangor

Posted: 23 Sep 2013 11:12 PM PDT


rebat


SUBANG JAYA  : Seramai kira-kira 21,766 Kakitangan Awam Selangor bakal menerima manfaat daripada rebat pengangkutan awam yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri tidak lama lagi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri akan menyediakan bas pengantara dari stesen rangkaian pengangkutan awam terutama Terminal Bas di Seksyen 1, Shah Alam dan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Seksyen 19, Shah Alam ke Bangunan SUK di bawah Majlis Pengangkutan Awam Selangor yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Katanya, insentif itu akan membabitkan kakitangan awam di Bangunan SUK dan akan diperluaskan kepada kakitangan Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Kita merancang untuk memberi insentif ini kepada kakitangan awam negeri supaya penggunaan kenderaan dapat dikurangkan.

"Disamping itu, kita juga dapat membantu menaikkan ekonomi syarikat-syarikat pengendalian bas yang tidak lagi mendapat keuntungan ketika ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett.

Insentif rebat pengangkutan awam kepada kakitangan awam itu termasuk dalam tujuh perlaksanaan Manifesto Pilihanraya Umum Ke-13 Pakatan Rakyat  menerusi Pelan Tindakan Lima Tahun.

Belanjawan selangor 2014 mesra rakyat

Posted: 23 Sep 2013 11:07 PM PDT


bajet 2014


SUBANG JAYA : Kerajaan Negeri merangka Belanjawan Selangor 2014 dengan mengambil kira kehendak rakyat melalui hasil perbincangan bersama pemimpin masyarakat dalam sesi Majlis Dialog yang diadakan di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya, mulai hari ini hingga esok.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perbincangan itu penting supaya perlaksanaan Belanjawan Selangor 2014 selaras dengan keperluan dan kehendak rakyat. Sebelum ini, Kerajaan Negeri turut melaksanakan sesi dialog serupa bagi membincangkan perlaksanaan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Pakatan Rakyat.

Maklum balas dari sesi dialog itu dimuatkan dalam Pelan Tindakan Lima Tahun.

"Ia untuk mendapatkan maklum balas daripada pemimpin masyarakat seperti Ketua Kampung, Ahli Majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ahli Parlimen, pensyarah dan lain-lain untuk dibincangkan bagi Belanjawan 2014 Selangor.

"Ia ambil kira kehendak rakyat walaupun mereka tahu sekatan belanjawan melalui hasil negeri antara RM1.4 hingga RM1.6 bilion," katanya dalam sidang media selepas perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di sini.

Abdul Khalid berkata, penekanan kepada belanjawan berimbang masih menjadi keutamaan pentadbiran beliau. Sebarang program dan pelan tindakan hanya akan dirangka berdasarkan kepada had Belanjawan dan mengikut hasil pendapatan Kerajaan Negeri.

"Belanjawan bagi Selangor ialah belanjawan berimbang dengan tiada perbelanjaan defisit. Apa yang kita hasilkan itu sahaja yang boleh kita gunakan," tegas beliau.

Dalam ucapannya, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri mahu meneruskan usaha memuktamadkan pengambil-alihan industri air negeri menjelang Disember tahun ini.

Turut diberi penekanan adalah pengagihan saham-saham air kepada rakyat Selangor sekiranya pengambilalihan ini berjaya.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata skim air percuma 20 meter padu juga dapat diteruskan 10 tahun lagi dengan pengambil-alihan itu.

Menyedari permasalahan perumahan bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, pembinaan Rumah Mampu Milik di Selangor akan dirancakkan lagi melalui dasar baru Rumah Mampu Milik Berkualiti (AQH), serta peranan semi-otonomi kepada unit bertanggungjawab di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Antara tujuan lain yang diberi penekanan adalah pembinaan Pengkalan Data Bersepadu bagi semua program-program yang dibiayai Kerajaan Negeri termasuk statistik penerima bantuan dan penerima manfaat agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), penyenaraian program-program baru dan butiran penambahbaikan program sedia ada.

Bagi membantu menjana ekonomi usahawan, semua aktiviti dan program keusahawanan akan dipusatkan di bawah Pusat Keusahawanan Negeri yang menjadi agen sehenti pembangunan keusahawanan setempat, serta menambah daya program-program komuniti yang dibiayai Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan kaji selidik menyeluruh sebelum menubuhkan Makmal Halal Saintifik Selangor, yang bertujuan membantu menangani isu-isu pensijilan halal bagi produk-produk tempatan

Projek IC: Tindakan hanya diambil selepas laporan selesai

Posted: 23 Sep 2013 11:00 PM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
 

Tiada tindakan akan diambil berhubung "Projek IC" sehingga Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah selesai menyiapkan laporan penuh mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar).

RCI yang dipengerusikan Bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim itu seharusnya tamat pada 21 September, namun dilanjutkan sehingga 21 Disember.

"Semua perkara yang dibangkitkan dalam RCI akan diambil tindakan. Kita akan tahu berapakah angka sebenarnya selepas siasatan selesai.

 "Setelah siasat, ada kesalahan, kita pasti akan ambil tindakan, jadi kita minta bersabar dahulu, apa yang dibangkitkan dalam suruhanjaya itu bukan satu keputusan," katanya kepada Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Ruen Yuan keluar Gerakan 24 lepas kalah

Posted: 23 Sep 2013 10:57 PM PDT

 


 
 
Hanya selepas 24 jam kekalahan dalam persaingan merebut jawatan pengerusi negeri, bekas Setiausaha Gerakan Wilayah Persekutuan Dr Wong Ruen Yuan, bertindak keluar daripada parti.

Pemangku Setiausaha Agung Gerakan Datuk Mah Siew Keong, ketika mengesahkan perkara itu berkata pengerusi Gerakan Bahagian Segambut itu mengemukakan surat peletakan jawatannya, semalam.

NONEMah berkata, menurut surat berkenaan, Dr Wong berkata beliau meletakkan semua jawatan yang dipegangnya dalam parti dan juga sebagai anggota Gerakan.

Dr Wong (kanan) dikalahkan oleh bekas Ketua Pemuda Gerakan Kuala Lumpur Lau Hoi Keong dalam pertandingan satu lawan satu bagi jawatan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan yang diadakan di ibu pejabat parti itu, di Kuala Lumpur, malam semalam.

"Saya berharap beliau akan menimbang semula. Saya tidak pasti sama ada ia berkaitan dengan keputusan semalam. Pengerusi negeri yang baharu dipilih juga cuba memujuk beliau untuk menimbang semula," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Mah juga berharap Dr Wong akan menerima hakikat bahawa dalam mana-mana pemilihan parti, ada yang menang dan kalah.

Selain itu, katanya, hampir semua negeri, kecuali Terengganu, Kelantan dan Kedah berlaku pertandingan untuk merebut jawatan pengerusi negeri masing-masing.

"Ini (pertandingan) adalah satu proses yang sihat. Apa yang penting ialah kita berharap sesiapa yang menang, mereka cukup murah hati untuk menjemput pihak yang kalah untuk menjadi sebahagian daripada pasukan," katanya.- Bernama

Zahid Hamidi silap, Chin Peng tulis 10 surat untuk pulang ke Malaysia, kata peguam

Posted: 23 Sep 2013 10:52 PM PDT

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Majlis pengebumian Chin Peng di Bangkok semalam. Gambar oleh Reuters.Majlis pengebumian Chin Peng di Bangkok semalam. Gambar oleh Reuters.






















Chin Peng menulis sekurang-kurangnya 10 surat kepada kerajaan bagi memohon kebenaran untuk kembali ke Malaysia selepas termeterai Perjanjian Perdamaian Hatyai 1989 antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan kerajaan Malaysia.  Semua permohonannya ditolak.

Peguam, Leong Cheok Keng, berkata Chin Peng menulis surat terakhir kepada setiausaha mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum mengambil tindakan mahkamah.

"Dalam salah satu suratnya, dia merayu diberi kebenaran melawat keluarganya menggunakan pas lawatan sosial. Dia berjanji akan datang secara aman. Rayuan itu turut ditolak," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Perkara itu diberitahu Chin Peng kepada Leong semasa berbincang mengenai permohonannya kepada mahkamah untuk diberi kebenaran memasuki Malaysia.  Leong adalah salah seorang peguam yang mewakili Chin Peng.

Pengakuan Leong bercanggah dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat semalam bahawa Putrajaya sudah dua kali menawarkan Chin Peng untuk kembali tetapi pemimpin PKM itu menolaknya.

Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Perak berkata, Chin Peng pernah memberitahunya bahawa wakil terawal berunding dengan kerajaan mengenai permohonannya itu ialah menerusi bantuan peguam di Teluk Intan,  iaitu mendiang David Chai.

"Chin Peng memberitahu kami dia mahu pulang dalam tempoh setahun selepas termeterainya perjanjian tetapi mendapati permohonannya ditolak dan selepas itu beliau mula mendapatkan khidmat guaman," katanya kepada The Malaysian Insider di Bangkok, ketika beliau bersama 300 yang lain memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin komunis itu, semalam.

Leong berkata, Chin Peng memaklumkan kepada peguamnya mengenai rundingan terdahulu bersama kerajaan bagi menguatkan lagi hujahnya. Dia mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi pada Mac 2005 tetapi kalah dalam perbicaraan kerana gagal mengemukakan surat beranak dan bukti kewarganegaraan.

Semasa di Mahkamah Rayuan pada 2008, salah seorang juri, Datuk Abdul Malik Ishak, berkata buku yang ditulis Chin Peng mengandungi butiran penuh penjajahan British pada 16 Jun 1948 bertajuk "Alias Chin Peng - My Side History" tidak boleh diterima sebagai hujah.

"Semuanya boleh ditulis.  Perkara asasnya adalah: Mana dokumen anda? " soal Abdul Malik.

Chin Peng mendakwa, dia tidak dapat mengemukakan dokumen pengenalannya kerana dirampas polis sewaktu dia cuba melarikan diri di Kampar.

Katanya, dia layak kembali ke Malaysia kerana dilahirkan di Sitiawan, , Perak pada 20 Oktober 1923.

Mayat Chin Peng dibakar di Bangkok semalam namun masih belum diketahui di mana abu mayatnya akan disimpan.

Ahli keluarganya masih membisu berhubung isu berkenaan meskipun ahli politik masih berdebat sama ada abunya boleh dibawa pulang ke Sitiawan atau sebaliknya.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan menentang abu Chin Peng dibawa pulang kerana dibimbangi akan dipuja sebagai seorang pejuang.

Shahrizat bertarung untuk survival politik, kata penganalisis

Posted: 23 Sep 2013 10:49 PM PDT

OLEH JENNIFER GOMEZ

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika hadir di PWTC menghantar borang pencalonannya Sabtu lalu.Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika hadir di PWTC menghantar borang pencalonannya Sabtu lalu.

















Walaupun populariti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengatasi pencabarnya dalam pemilihan Wanita Umno kali ini tetapi penganalisis berpendapat beliau perlu bertarung bagi memastikan kelangsungan survival politiknya.

Penganalisis memberikan pelbagai faktor kelemahan beliau dan yang paling utama ialah pembabitan ahli keluarganya dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Antara sebab lain ialah corak pemilihan Umno kali ini yang mahukan wajah baru dan perubahan dalam parti itu dengan beberapa perubahan saat akhir dalam pertandingan pemimpin kanan.

 Kira-kira 10 minit sebelum tempoh pencalonan tamat pada Sabtu,  pertandingan merebut sayap wanita parti berubah menjadi tiga penjuru.

Di saat-saat akhir, Shahrizat terpaksa berdepan dengan pencabar yang merupakan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Seorang lagi pencabar ialah Ketua Wanita Kulim Bandar Baru yang juga seorang peguam, Raihan Sulaiman Palestin.

Raihan meminta ahli Wanita Umno tidak memandang rendah pencalonannya kali ini kerana beliau membawa suara akar umbi.

Namun semua tertumpu kepada Maznah yang juga  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah yang dikhabarkan menjadi proksi kepada bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz.

Sebaik sahaja Maznah mengumumkan dirinya akan bertanding, Rafidah berkata, satu pertandingan yang sihat berlaku dan menafikan Maznah adalah proksinya.

Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Jayum A Jawan, berkata meskipun pencabar Shahrizat tidak begitu dikenali tetapi pertandingan kali ini bakal menunjukkan beliau akan bertarung untuk survival politiknya.

"Jika pewakilan berpendapat parti perlu dijenamakan semula seperti menampilkan muka baru dan berintegriti, Shahrizat akan berdepan detik sukar," katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid sependapat dengan Jayum menjelaskan meskipun Shahrizat kukuh daripada segi populariti tetapi jika pewakilan menyahut seruan Datuk Mukhriz Mahathir 'berani berubah', kedudukan beliau akan tergugat.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan, berkata Sharizat akan menghadapi persaingan sengit tetapi peluangnya cerah kerana masih mempunyai pengaruh dalam sayap berkenaan.

"Beliau ada peluang tetapi jangan memandang rendah kepada lawannya," katanya.

Beliau berpendapat skandal NFC adalah salah satu sebab ahli sayap itu enggan mengundinya.

Katanya, pemilihan kali ini tiada petunjuk jelas siapa bakal memenangi pertandingan kerana ramai pewakilan yang akan mengundi.

Pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan berlangsung pada 12 Oktober ini.

RoS tidak hormat undang-undang, kata DAP

Posted: 23 Sep 2013 10:44 PM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM


















DAP hari ini menyelar kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS), Datuk Abdul Rahman Othman yang mendakwa pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu tidak selaras dengan kehendak perlembagaan parti.

Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo (gambar), berkata tindakan Abdul Rahman jelas menunjukkan RoS tidak menghormati proses undang-undang dan sering menyalahkan parti itu sebelum mendengar penjelasan.

"Abdul Rahman seharusnya tahu. Sekiranya ada aduan, beliau dikehendaki memaklumkan kami berkenaan aduan tersebut dan meminta penjelasan sebelum membuat sebarang keputusan.

 "Ia menimbulkan persoalan kerana itu saya ingin bertanya  adakah beliau mengikuti prosedur ini? Kalau tidak, kenapa? Dan apakah kuasa beliau untuk membuat keputusan dalam cara begini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gobind berkata, beliau hairan apabila Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan sehari sebelum Mahkamah Tinggi memutuskan isu yang sama.

"Saya menasihatkan Abdul Rahman supaya berhati-hati. Sebagai seorang ketua jabatan, beliau mesti faham dan menghormati proses undang-undang. Sama ada boleh atau tidak proses pemilihan semula CEC dibuat melalui kongres khas akan kami hujahkan di hadapan mahkamah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, DAP tetap dengan pendirian pemilihan CEC yang dibuat melalui kongres khas  adalah mengikut peruntukkan khusus dalam perlembagaan parti.

RoS sebelum ini berulang kali menasihatkan DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC selaras dengan kehendak perlembagaan parti itu.

Abdul Rahman berkata, RoS berusaha menegakkan keadilan untuk semua anggota parti dan bukan untuk jawatankuasanya sahaja.

"Sebagai pengawal selia, kami menjalankan tugas berasaskan Akta Persatuan dan bukan menganiaya mana-mana pertubuhan," katanya.

Pada 30 Julai, RoS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan baru CEC, dengan menyatakan ia tidak puas hati dengan penjelasan "masalah teknikal" yang diberikan berikutan dakwaan berlaku manipulasi kertas undi melibatkan 547 perwakilan.

Pada 19 Ogos, Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke mendakwa bahawa lebih 500 perwakilan DAP mengemukakan surat kepada ibu pejabat parti, dengan menjelaskan bahawa mereka menerima notis untuk mesyuarat itu tetapi tidak dapat hadir pada pemilihan CEC parti.

DAP pada mulanya menentang arahan RoS itu tetapi akhirnya patuh dan bersetuju mengendalikan pemilihan baru.

Polis: Kesan lebam bukti pelatih PLKN terkena objek tumpul

Posted: 23 Sep 2013 10:37 PM PDT



 
Lebam di bahagian belakang telinga yang dikesan dalam bedah siasat ke atas seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang meninggal dunia di Kem Pinggiran Pelangi di Kuantan semalam dipercayai menjadi penyebab kematian, demikian menurut polis.

Bercakap kepada Bernama semalam, Ketua Polis Daerah Rompin, Supt Johari Yahya bagaimanapun berkata: "Lebam kecederaan itu seperti terkena objek tumpul, tetapi belum ada kepastian mengenainya".

Pelatih Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, dari Kerdau, Temerloh dijumpai seorang rakannya dalam keadaan terbaring di bilik air kem berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah, awal pagi semalam.-Bernama

Uthaya tampil di mahkamah dengan kawalan ketat

Posted: 23 Sep 2013 10:32 PM PDT

 


 

Pemimpin Parti Hak Asasi Manusia P Uthyakumar membuat penampilan pertama di mahkamah terbuka dengan diiringi sekurang-kurangnya lima pegawai penjara selepas dijatuhi hukuman kerana menghasut oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tidak seperti biasanya, apabila tertuduh diiringi seorang pegawai, Uthyakumar hari ini dikawal ketat. Ini berlaku dalam pengurusan kes berhubung rayuannya.

Tindakan pihak berkuasa penjara itu bagaimanapun mengundang kemarahan penyokongnya, yang menuntut supaya pemimpin mereka itu dilayan dengan penuh kehormatan.

Selepas pengurusan kes, isterinya S Indra Devi dan ibu G Kalaivaniy sempat meluangkan masa dengannya sambil diperhatikan oleh pegawai penjara dan pihak polis.

Selepas aduan penyokongnya itu, mahkamah memerintahkan Uthaya dibawa ke lokap kompleks mahkamah supaya dapat bertemu keluarganya di situ.

Peguamnya AS Dhaliwal memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan 24 Oktober untuk lanjutan pengurusan kes.

"Nota prosiding dan alasan penghakiman belum disediakan," katanya.

"Justeru, kita tidak dapat menyediakan petisyen rayuan tanpa kedua-duanya yang diperlukan. Kami akan menulis kepada hakim Mahkamah Sesyen untuk menyediakan dokumen diperlukan secepat mungkin untuk bersedia dengan petisyen rayuan."

Tiada ulasan: