Selasa, 24 September 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video PANAS] Pengakuan Pak Cik "Guard" yang Dimaki Hamun Isteri Mat Yo

Posted: 24 Sep 2013 05:40 AM PDT



[MyNewsHub] SUBANG – Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.

Pelbagai kata biadap yang dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo terhadap pengawal di Lapangan Terbang Subang Skypark, di sini.

Bagi mendapatkan kisah sebenar bagaimana isu ini boleh tercetus, wartawanMynewshub.my berjaya menjejaki pengawal keselamatan yang dimaki hamun menerusi video berdurasi selama 55 saat itu.


Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.

Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.

Jelasnya, pada mulanya pasangan tersebut dilihat berborak hampir 10 minit.

Lalu, kata Azman, dia meminta mereka meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya jika mereka hendak berada lama di situ.

" Saya cakap pada mereka sekiranya lambat lagi, mereka perlu 'park' kereta di tempat sepatutnya.

" Dia kemudiannya memaki hamun saya, kata saya 'tak guna' sampailah perkataan jantan dayus pun keluar.

" Muka cantik tapi tiada adab, suaminya yang ada di sebelah hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa," jelasnya di sini hari ini.

Selepas insiden tersebut, Azman berkata, pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak mahu bersalam dengannya walaupun dia cuba berbuat demikian.

" Lepas itu saya nak pergi jumpa lelaki dia, nak minta maaf lebih kuranglah, mungkin saya pun terkasar atau apa-apa.

" Bini dia tetap rakam gambar saya dan maki hamun saya. Saya tak boleh terima dan saya tak nak dia ambil gambar saya, saya tepislah gambar tu (kamera).

" Lepas tu dia keluar, dia tendang saya, lelaki dia tolak saya," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut insiden itu, Azman berkata, dia tidak begitu mengenali lelaki tersebut adalah Mat Yo kerana tidak mengikuti perkembangan bola sepak tanah air.

Difahamkan kedua-dua pihak yang terlibat telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.


"Dah report dah, saya buat report, dia pun buat report, sekarang ini saya tunggu (tindakan) dari dia.

"Di sini ada CCTV, bila polis dah tengok, bos saya dah tengok, semua orang dah tengok memang betul bini dia tendang saya (di celah kangkang). Suami dia tolak saya," jelasnya lagi.

Menurut Azman, isteri Mat Yo juga mendakwa dirinya seorang kerabat sambil menunjukkan plat kereta Mini Cooper yang dipandunya mempunyai lambang kerabat diraja.

Oleh: JULIANA JOHAR DAN IBNU KHUSAIRY




Gara-gara Terlebih Dos Viagra, Lelaki Terpaksa Kehilangan Kemaluan

Posted: 24 Sep 2013 02:00 AM PDT



[HM] Bogota: Seorang lelaki dari selatan Colombia terpaksa membenarkan kemaluannya dipotong selepas dia didakwa menelan dos Viagra secara berlebihan bagi mengambil hati teman wanitanya.

Lelaki berusia 66 tahun dari Gigante itu memberitahu akhbar tempatan, dia dengan sengaja menelan ubat itu secara berlebihan. Dia kemudian dikatakan mengalami ereksi selama beberapa hari sebelum dipaksa mendapatkan nasihat doktor. Menurut laman berita Colombia Reports, ubat perangsang seksual itu menyebabkan lelaki yang didakwa peladang dan juga ahli politik itu mendapat tanda-tanda gangren.

Apabila dia mendapatkan bantuan perubatan, doktor di Gigante merujuknya ke pusat perubatan di Neiva dan petugas perubatan di sana menyatakan saraf di kemaluannya mengalami regangan.

Dia diberitahu satu-satunya pilihan yang ada ialah kemaluannya perlu dipotong agar regangan saraf itu tidak merebak ke bahagian lain tubuhnya. Seorang doktor memberitahu akhbar La Nacion: "Buah zakar dan kemaluan pesakit lebam dan dia kini masih dirawat."

Ekoran kejadian itu, hospital di Neiva memberi amaran kepada lelaki terbabit agar tidak menggunakan ubat perangsang seks tanpa preskripsi doktor.

Sementara itu, awal minggu ini seorang lelaki Yaman mati selepas mengambil Viagra secara berlebihan ketika bersedia untuk tidur bersama isteri barunya pada hari pertama perkahwinan mereka.

Lelaki berusia 25 tahun itu menelan lima pil Viagra sekali gus hingga membunuhnya, lapor akhbar harian berbahasa Arab Okaz Al Youm. - Agensi - 24/9/13



Polis Tangkap Pembunuh Pengasas Arab Malaysian, Anggap Kes Selesai

Posted: 24 Sep 2013 12:51 AM PDT


Polis Anggap Kes Selesai

[HM] Kuala Lumpur: Pembunuh upahan dikenali sebagai Jian atau digelar Si Empat Mata (Sei Ngan Chai) yang amat dikehendaki polis selepas menembak mati pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi, 75, pada 29 Julai lalu ditangkap polis di sebuah rumah di Larut Tin Tambahan Taiping, Perak, dekat sini, malam kelmarin.

Lelaki berusia 44 tahun yang juga suspek utama kes pembunuhan itu ditangkap jam 12.30 malam. selepas bersembunyi di sebuah rumah di Larut Tin Tambahan, Taiping.

Kes berprofil tinggi itu yang menggemparkan negara sebelum ini dianggap selesai apabila suspek utama pembunuhan terbabit ditangkap polis selepas 56 hari menyembunyikan diri.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kejayaan menangkap suspek terbabit hasil maklumat berkaitan lelaki itu yang disiarkan dalam media massa dan hasil maklumat awam serta risikan dijalankan.

Katanya, polis turut menahan dua lelaki di rumah sama berusia 26 dan 31 tahun kerana disyaki memberi perlindungan kepada suspek.

"Semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

"Polis sedang mengesan senjata api yang digunakan suspek untuk membunuh mangsa," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Media IPK Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Khalid berkata, dua rakannya yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan.

"Saya mengucapkan terima kasih di atas maklumat orang ramai dan usaha gigih Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Kuala Lumpur sehingga berjaya menangkap suspek utama kes pembunuhan ini," katanya. -24/9/13

Foto
Cerita lanjut di sini.

Remaja Didapati Bersalah Bunuh Jiran dengan Tukul Dihukum Penjara Seumur Hidup

Posted: 23 Sep 2013 07:31 PM PDT



[Kosmo] SIBU – Seorang remaja lelaki dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas diperkenan Yang Dipertua Negeri berhubung sabitan membunuh empat sekeluarga dan satu cubaan bunuh pada awal tahun lalu.

Pada prosiding 19 Ogos lalu, lelaki berusia 19 tahun itu didapati bersalah membunuh jirannya iaitu ahli perniagaan, Ling Tong Hock, 36; ibunya, Leong Nyuk Lan, 76; anak lelakinya, David Ling Chei Qi, 10, dan anak perempuannya, Amy Ling Zi Jiun, 7, dengan menggunakan tukul.

Hakim Supang Lian membuat keputusan itu selepas mengambil kira umur pesalah semasa kejadian berusia 17 tahun tujuh bulan dan berada dalam takrif kanak-kanak mengikut Seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001. -24/9/13


Berkaitan:

Remaja Bunuh 4 Orang Terselamat

[HM] Sibu: Seorang remaja lelaki terselamat daripada tali gantung apabila Mahkamah Tinggi Sibu, di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh empat sekeluarga serta cubaan membunuh dalam kejadian pada awal tahun lalu.

Remaja berusia 18 tahun itu dikenakan empat pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan satu cubaan membunuh mengikut Seksyen 307, Kanun Keseksaan.

Tertuduh bagaimanapun bernasib baik kerana ketika melakukan kesalahan pada 3 Januari 2012, dia berusia 17 tahun tujuh bulan dan ditakrifkan sebagai kanak-kanak mengikut Seksyen 2, Akta Kanak-Kanak 2011.

Hakim Supang Lian yang berpuas hati terhadap pendakwaan kemudiannya menjatuhkan hukuman terhadap remaja terbabit yang turut mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Supang ketika membaca keputusan penghakiman berkata, mengikut Seksyen 97 (1 ), Akta Kanak-Kanak 2001, hukuman mati tidak boleh diumumkan atau direkodkan terhadap tertuduh.

"Mengikut Seksyen 97 (2), akta sama, hanya ada satu ayat sebagai ganti hukuman mati iaitu memerintahkan supaya orang disabitkan atas sesuatu kesalahan pembunuhan itu ditahan di penjara selama diperkenankan Yang Dipertua Negeri Sarawak," katanya.

Tertuduh didakwa membunuh ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, dan ibunya Leong Nyuk Lan, 76, serta dua anak Ling, David Ling Chei Qi, 10, dan Amy Ling Zi Jiun, 7, dan kejadian berlaku di rumah keluarga terbabit di Jalan RTM di sini, pada jam 7 pagi, 3 Januari 2012.

Dia juga didapati bersalah atas cubaan membunuh seorang lagi anak Ling, Kelvin Ling Chei You, 8, dengan kejadian yang berlaku di rumah dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Franklin Ganggan Bennet, manakala tertuduh diwakili peguam Daren Ling. -24/9/13



[Wajib Baca] Berita BAIK untuk Rakyat Selangor

Posted: 23 Sep 2013 06:00 PM PDT


MB: Rakyat Selangor Nikmati Air Percuma 10 Tahun Lagi

[KD] KUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER: Rakyat negeri Selangor akan terus menikmati pemberian 20 meter padu air percuma untuk tempoh 10 tahun akan datang, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jaminan itu dinyatakan Khalid ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2014, di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya hari ini.

Menurutnya, jika penstrukturan air di Selangor berjaya dilaksanakan, maka susidi air percuma itu akan diteruskan kepada tempoh yang lebih panjang.

"Penyusunan semula industri air ketika ini ada nampak cahaya di hujungnya tetapi masih belum selesai dan kita akan meneruskan program subsidi ini untuk tempoh 10 tahun akan datang.

"Kita harap dapat selesaikannya kerana kita tidak mahu aset yang paling penting untuk rakyat ini diuruskan oleh pihak yang tiada kepakaran," katanya dipetikSelangorku.

Sebelum ini, Khalid memberitahu penyusunan itu akan diselesaikan sebelum 31 Disember depan selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air (Wasia) 2006.

Perkara berkenaan diputuskan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam surat bertarikh 9 September lalu.

Khalid turut memaklumkan penstrukturan itu akan memberi kemampuan kepada Kerajaan Negeri untuk menjelaskan hutang kira-kira RM1 bilion kepada Kerajaan Pusat.

"Selepas hutang itu diselesaikan, hutang Kerajaan Negeri hanya tinggal tidak lebih RM200 juta.

"Jadi oleh kerana rizab negeri ketika ini sebanyak RM3 bilion, jadi negeri Selangor tidak perlu meminta sedekah lagi, dengan ini kita dapat melaksanakan pembangunan negeri dengan baik," katanya. -23/9/13


Kelayakan Hadiah Anak Masuk Universiti Naik Kepada RM3,000

[Selangorku] SUBANG JAYA 23 SEPT : Sempena Belanjawan Selangor 2014, Kerajaan Negeri akan menaikkan had kelayakan Hadiah Anak Masuk Universiti daripada pendapatan seisi rumah RM1,500 sebulan kepada RM3,000 sebulan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini.

"Kita mampu meningkatkan insentif ini berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion," katanya dalam majlis perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.

Skim ini merupakan salah-satu daripada program pro-rakyat dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, untuk memudahkan mereka melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Setakat ini, jumlah direkodkan mencatatkan lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat dari program Hadiah Anak Masuk Universiti itu.

"Sambutan kepada program ini amat membanggakan dan ia ternyata membawa manfaat besar kepada rakyat Selangor," tegas beliau. - 23/9/13



Peguam: Zahid Hamidi Silap, Chin Peng Tulis 10 Surat untuk Pulang ke Malaysia

Posted: 23 Sep 2013 05:28 PM PDT


[TMI] Chin Peng menulis sekurang-kurangnya 10 surat kepada kerajaan bagi memohon kebenaran untuk kembali ke Malaysia selepas termeterai Perjanjian Perdamaian Hatyai 1989 antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan kerajaan Malaysia. Semua permohonannya ditolak.

Peguam, Leong Cheok Keng, berkata Chin Peng menulis surat terakhir kepada setiausaha mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum mengambil tindakan mahkamah.

"Dalam salah satu suratnya, dia merayu diberi kebenaran melawat keluarganya menggunakan pas lawatan sosial. Dia berjanji akan datang secara aman. Rayuan itu turut ditolak," katanya kepada The Malaysian Insider.

Perkara itu diberitahu Chin Peng kepada Leong semasa berbincang mengenai permohonannya kepada mahkamah untuk diberi kebenaran memasuki Malaysia. Leong adalah salah seorang peguam yang mewakili Chin Peng.

Pengakuan Leong bercanggah dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat semalam bahawa Putrajaya sudah dua kali menawarkan Chin Peng untuk kembali tetapi pemimpin PKM itu menolaknya.

Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Perak berkata, Chin Peng pernah memberitahunya bahawa wakil terawal berunding dengan kerajaan mengenai permohonannya itu ialah menerusi bantuan peguam di Teluk Intan, iaitu mendiang David Chai.

"Chin Peng memberitahu kami dia mahu pulang dalam tempoh setahun selepas termeterainya perjanjian tetapi mendapati permohonannya ditolak dan selepas itu beliau mula mendapatkan khidmat guaman," katanya kepada The Malaysian Insider di Bangkok, ketika beliau bersama 300 yang lain memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin komunis itu, semalam.

Leong berkata, Chin Peng memaklumkan kepada peguamnya mengenai rundingan terdahulu bersama kerajaan bagi menguatkan lagi hujahnya. Dia mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi pada Mac 2005 tetapi kalah dalam perbicaraan kerana gagal mengemukakan surat beranak dan bukti kewarganegaraan.

Semasa di Mahkamah Rayuan pada 2008, salah seorang juri, Datuk Abdul Malik Ishak, berkata buku yang ditulis Chin Peng mengandungi butiran penuh penjajahan British pada 16 Jun 1948 bertajuk "Alias Chin Peng - My Side History" tidak boleh diterima sebagai hujah.

"Semuanya boleh ditulis. Perkara asasnya adalah: Mana dokumen anda? " soal Abdul Malik.

Chin Peng mendakwa, dia tidak dapat mengemukakan dokumen pengenalannya kerana dirampas polis sewaktu dia cuba melarikan diri di Kampar.

Katanya, dia layak kembali ke Malaysia kerana dilahirkan di Sitiawan, , Perak pada 20 Oktober 1923.

Mayat Chin Peng dibakar di Bangkok semalam namun masih belum diketahui di mana abu mayatnya akan disimpan.

Ahli keluarganya masih membisu berhubung isu berkenaan meskipun ahli politik masih berdebat sama ada abunya boleh dibawa pulang ke Sitiawan atau sebaliknya.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan menentang abu Chin Peng dibawa pulang kerana dibimbangi akan dipuja sebagai seorang pejuang. – 24 September, 2013.



Tiada ulasan: