PENYAPU SIAL |
Posted: 23 Sep 2013 05:34 PM PDT chin peng .....salah seorang wira negara yang menentang gabungan penjajahan british -UMNO....di usia menjelang kematiannya teringin mati di negara ini sebagai warganegara yang taat setia.!!! ahmad zahid...kunun nampak macam wira rupanya penghianat negara....halau rakyat yang taat setia kepada negara semata mata tak mau rakyat tentu halatuju politik negara yang bersih dan bebas dari segala perbuatan rasuah ,pecah amanah ,rasuah , rasis dan anti agama...!!!
Chin Peng menulis sekurang-kurangnya 10 surat kepada kerajaan bagi memohon kebenaran untuk kembali ke Malaysia selepas termeterai Perjanjian Perdamaian Hatyai 1989 antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan kerajaan Malaysia. Semua permohonannya ditolak. Peguam, Leong Cheok Keng, berkata Chin Peng menulis surat terakhir kepada setiausaha mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum mengambil tindakan mahkamah. "Dalam salah satu suratnya, dia merayu diberi kebenaran melawat keluarganya menggunakan pas lawatan sosial. Dia berjanji akan datang secara aman. Rayuan itu turut ditolak," katanya . Perkara itu diberitahu Chin Peng kepada Leong semasa berbincang mengenai permohonannya kepada mahkamah untuk diberi kebenaran memasuki Malaysia. Leong adalah salah seorang peguam yang mewakili Chin Peng. Pengakuan Leong bercanggah dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat semalam bahawa Putrajaya sudah dua kali menawarkan Chin Peng untuk kembali tetapi pemimpin PKM itu menolaknya. Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Perak berkata, Chin Peng pernah memberitahunya bahawa wakil terawal berunding dengan kerajaan mengenai permohonannya itu ialah menerusi bantuan peguam di Teluk Intan, iaitu mendiang David Chai. "Chin Peng memberitahu kami dia mahu pulang dalam tempoh setahun selepas termeterainya perjanjian tetapi mendapati permohonannya ditolak dan selepas itu beliau mula mendapatkan khidmat guaman," katanya di Bangkok, ketika beliau bersama 300 yang lain memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin komunis itu, semalam. Leong berkata, Chin Peng memaklumkan kepada peguamnya mengenai rundingan terdahulu bersama kerajaan bagi menguatkan lagi hujahnya. Dia mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi pada Mac 2005 tetapi kalah dalam perbicaraan kerana gagal mengemukakan surat beranak dan bukti kewarganegaraan. Semasa di Mahkamah Rayuan pada 2008, salah seorang juri, Datuk Abdul Malik Ishak, berkata buku yang ditulis Chin Peng mengandungi butiran penuh penjajahan British pada 16 Jun 1948 bertajuk "Alias Chin Peng - My Side History" tidak boleh diterima sebagai hujah. "Semuanya boleh ditulis. Perkara asasnya adalah: Mana dokumen anda? " soal Abdul Malik. Chin Peng mendakwa, dia tidak dapat mengemukakan dokumen pengenalannya kerana dirampas polis sewaktu dia cuba melarikan diri di Kampar. Katanya, dia layak kembali ke Malaysia kerana dilahirkan di Sitiawan, , Perak pada 20 Oktober 1923. Mayat Chin Peng dibakar di Bangkok semalam namun masih belum diketahui di mana abu mayatnya akan disimpan. Ahli keluarganya masih membisu berhubung isu berkenaan meskipun ahli politik masih berdebat sama ada abunya boleh dibawa pulang ke Sitiawan atau sebaliknya. Ahmad Zahid berkata, kerajaan menentang abu Chin Peng dibawa pulang kerana dibimbangi akan dipuja sebagai seorang pejuang.
penyapu sial
pengerusi PKM - melayu presiden UMNO...najib kita tak pernah dengar pulak si ku nan nie buat keputusan hala tuju negara...menyalak lebih adalah...yang kita nampak meranap ekonomi dan sistem perundangan serta sistem berpolitik bersih negara adalah najib....ini bermakna presiden lebih berkuasa dari setiausaha...setiausaha lebih kepada pak turut presiden... tapi yang pelik bila tang sebut chin peng....tiba tiba bila sebut PKM...setiausaha lebih berkuasa dari pengerusi.....pengerusi PKM berbangsa melayu boleh pulak di terima dan di layan sebagai warganegara...apa bezanya...kecuali sifat perkauman yang melampau yang tak bertempat.. sedang mengadaikan ekonomi dan maruah melayu kepada kaum china yang lain adalah UMNO itu sendiri....jangan salahkan orang lain...salahkan diri sendiri dulu...kalau tak masakan kaum cina boleh berleluasa menguasai ekonomi negara dengan kebenaran UMNO juga . ingatlah...komunis tak amalkan rasuah ,pecah amanah ,khianat kepada negara dan rasis...UMNO lah yang buat semua kerja kerja jahat yang tidak di buat oleh komunis...tak salah sokong komunis tapi lebih dasyat kesalahan jika menyokong UMNO....terutamanya dari pemimpin pemimpin cap ayamya yang phobia tak tentu pasal...dulu phobia warna sekarang phobia abu mayat pulak....kah kah kah....!!!! |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan