Rabu, 18 September 2013

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


Must Read !! Kronologi Kemulculan Syiah

Posted: 18 Sep 2013 07:04 PM PDT

Assalamualaikum 
 Saja nak share ngan korang kronologi Munculnya Golongan Syiah atas muka bumi ini...
1) Runtuhnya Empayar Parsi/Sassanid/Iran di tangan Umar al-Khattab.
2) Fairuz, putera Maharaja Parsi Yezdager 111 men jadi tawanan perang, dia menjadi hamba kepada Mughirah r.a.(Gabenor Kufah)
3) Dimerdekakan & diberi nama Abu Lu'luah. Dia datang ke Madinah untuk membunuh Umar al-Khattab.
4) Tragedi subuh, Umar di bunuh oleh Abu Lu'luah ketika mengimamkan solat subuh. Abu Lu'luah dibunuh/membunuh diri sendiri.
5) Utsman menjadi Khalifah. 6 tahun kemudian, muncul Abdullah b. Saba' seorang Yahudi yg mengaku masuk Islam. 
6) Abdullah b. Saba' mengumpulkan kekuatan dari Mesir, kufah & Basrah untuk menjatuhkan Utsman. Dia menggunakan nama Saidina Ali, Talhah Ubaidillah & AzZubair Ibnu Awwam untuk mengumpulkan pengikutnya.
7) Utsman di bunuh. Saidina Ali diangkat menjadi Khalifah. Abdullah b Saba' bergabung dalam tentera Ali. Abdullah b. Saba' mencipta rangka ajaran Syiah yg berkait dengan Ali. Ali dibunuh setelah perang Siffin.
8 ) Sebelumnya Husain b Ali bernikah dengan Shahrbanu puteri Maharaja Parsi Yezdager 111. Sejak itu keturunan Ali berkait rapat dengan bangsa Parsi. Ajaran Syiah yg dicipta oleh Yahudi, berjaya melebarkan sayapnya ke Parsi/Iran.
9) Munculnya berbagai aliran Syiah yg berkaitan dengan Saidina Ali. Imamiyyah memegang Iran & beranggapan imam di sisi mereka ada 12 orang dari keturunan Ali.
10) Yahudi mempergunakan nama Syiah untuk meruntuhkan Islam dari dalam. Dalam Syiah ada golongan menipu & tertipu. Golongan menipu adalah Yahudi di Israel yg berkerjasama dengan Yahudi di Iran, golongan yg tertipu adalah sebahagian besar Syiah awam diseluruh dunia termasuk Syiah melayu di nusantara.(Syiah jadian)
11) Yahudi mempergunakan bangsa Parsi untuk meruntuhkan Islam kerana bangsa Parsi berdendam dengan Umar al-Khattab akibat jatuhnya empayar besar Parsi.

------------------------
Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Nabi s.a.w:"Dajjal akan keluar dari kota Yahudi Isfahan (di Iran) bersama 70,000 penduduk Isfahan." [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]

Nabi s.a.w bersabda : "Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan,mereka memakai Al-Tayalisah." [Hadis riwayat muslim]

Ibn Kathir berkata :"Dajal pada mulanya akan muncul dari Isfahan dari sebuah kota Yahudi." [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]

Kesimpulan : Syiah adalah Yahudi yg bertopengkan Islam. Tidak termasuk mazhab Imam Zaid & Imam Ja"far. Jangan terkeliru, Syiah bermaksud 'GOLONGAN'. Dalam al-Quran ada 4x perkataan syiah disebut. Dalam surah as-Saffat ayat 83, Maryam ayat 69 & al-Qasas ayat 15(disebut 2x). Yg dikatakan Syiah pada artikel ini adalah menyebut Syiah secara kebiasaan orang ramai faham.

Kementerian Pendidikan Iktiraf 24 Sekolah Berprestasi Tinggi

Posted: 18 Sep 2013 06:25 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengiktiraf 24 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 14 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah bagi kohort empat tahun ini. Ia juga menyaksikan pengiktirafan kali pertama yang diterima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) iaitu SJKT Ladang Rem, Johor. Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengiktirafan itu menjadikan jumlah keseluruhan SBT sehingga kini adalah 115 berbanding sasaran sebanyak 110 sekolah."Menerusi pengiktirafan itu, setiap sekolah akan menerima peruntukan RM700,000 bagi tahun pertama; RM500,00 (kedua) dan RM300,000 bagi tahun seterusnya.

"Selain itu, setiap pengetua, guru besar, uru dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) yang layak akan menerima Bayaran Insentif SBT berbentuk bayaran sekali sahaja (one-off) sebanyak RM1000.00 untuk sekolah menengah dan RM700.00 untuk sekolah rendah. "Ini bermakna pada hari ini kerajaan akan memberikan peruntukan khas berjumlah RM 16.8 juta kepada 24 SBT berkenaan," katanya ketika mengumumkan senarai SBT di sini, sebentar tadi.

Senarai SBT Kohort 4 Tahun 2013

Johor
SK Tengku Mariam
SJKT Ladang Rem
SMK Dato' Penggawa Barat

Kedah
SM Sains Kubang Pasu

Kelantan
SM Sains Machang

Melaka
SK Convent of the Infant Jesus 1 (M)
SMKA Sharifah Rodziah

Negeri Sembilan
SBP Integrasi Jempol

Pahang
SK Convent

Perak
SK Sultan Idris II
SK Marian Convent
SM Sains Raja Tun Azlan Shah
SBP Integrasi Gopeng

Pulau Pinang
SK Convent Green Lane
SJK (C) Han Chiang
SMKA Al-Irshad

Selangor
SK Taman Megah
SK Bukit Jelutong
SK Sri Petaling
SMA Persekutuan Kajang
SBP Integrasi Rawang

Putrajaya
SK Putrajaya Presint 11 (1)

Kuala Lumpur
SK Convent Bukit Nanas (1)
SJK (C) Kuen Cheng 2

sumber : MyMETRO

Bangga Dengan Penjajah ?? Sila Keluar Dari Malaysia

Posted: 17 Sep 2013 11:24 PM PDT

Assalamualaikum .. 

Kawan cuma nak nyatakan pandangan kepada juak-juak yang syok sangat berbangga dengan penjajah dengan mengenepikan peranan para pejuang yang berjuang mempertahankan negara. Pandangan dan saranan kawan supaya mereka nie menilai semula segala kenyataan yang dikeluarkan. Semalam sempat kawan baca beberapa berita yang memberi reaksi berkaitan dengan hasrat membawa pulang mayat bekas setiausaha PKM, Chin Peng. 

Pada kawan, tindakan yang dibuat untuk menghalang daripada membawa masuk mayat chin peng tu dah memang wajar lah kerana jika dilihat daripada salah satu sudutnya, beliau nie semasa hayatnya merupakan salah seorang yang terlibat dengan keganasan komunis di Tanah Melayu. Tapi yang kawan nak ajak mengkome-mengkome berfikir, Chin Peng kita kata dia bukan warganegara Malaysia, bagaimana pula dengan mayat Hendry Gurney pesuruhjaya british di Tanah Melayu yang dikebumikan di bumi Cheras ? Bagaimana pula jasad Francis Xavier yang ditanam di Melaka ?? Bukankah mereka bukan warganegara Tanah Melayu @ Malaysia ? Kalau macam tu minta lah kerajaan british untuk korek semula perkuburan mereka dan bawa balik semula ke England kalau kita kata bumi Malaysia nie tak layak menerima jasad warganegara lain. 

Tak cukup dengan itu ada yang berbangga dengan jasa yang diberikan oleh mereka. Dei macha, korang tak yah nak bangga sangat dengan apa yang telah dibuat. Pernah tak kita fikir apa yang telah dibuat pada ummat islam di Negara Ummat Islam yang lain contohnya di Spanyol, Palestin dan sebagainya sehingga mereka melarat ? Tak payah nak tuding jari pada orang lain tapi nilaikan apa yang berlaku. Pernah tak kita berbangga dengan pejuang-pejuang kemerdekaan yang berjuang sebelum tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu? 

Tak payah nak sembang panjanglah kalau kita rasa perjuangan mereka untuk menimbulkan semangat untuk merdeka dinafikan dan tak perlulah kita nak berbangga sangat merayakan hari merdeka andai jasa bakti mereka kita terus lupakan dan abaikan. Wassalam. 

Tiada ulasan: