Ahad, 8 September 2013

Biaqpila

Biaqpila


SPRM TAHAN PENYELUDUP KERETA MEWAH DIPERCAYAI ADA KAITAN KES TEMBAK PEGAWAI KANAN KASTAM

Posted: 08 Sep 2013 08:14 AM PDT

Penyeludup kereta mewah ditahan SPRM dipercayai berkait "Mr Clean‎"


Sindiket penyeludupan kereta mewah yang dipatahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis dipercayai kes sama membabitkan pegawai kanan kastam ditembak mati pada April.

Timbalan Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) hanya tinggal setahun perkhidmatan ditembak tiga das di leher dan pipi.

Ketelusan Shaharuddin menyebabkan beliau digelar "Mr Clean".

Anaknya, Akhtar Shaharuddin memberitahu The Malaysian Insider beliau percaya pembunuhan bapanya berkait dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

Pada Khamis, SPRM menahan seorang pengurus bank, isterinya dan lelaki yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan itu. Siasatan juga menjurus kepada penipuan dan penggubahan wang haram.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan suspek berumur di antara 30 dan 40 tahun.

Suspek wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian kereta mewah bernilai RM500,000 sementara suaminya, seorang pengarah swasta disiasat kerana bersubahat.

Kereta yang dipercayai didaftarkan di Langkawi dibeli dengan harga RM300,00 dan dijual dengan harga setengah juta ringgit dalam masa tiga bulan.

Siasatan menunjukkan dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam adalah palsu dan duti eksais kereta tidak dibayar.

Difahamkan sindiket berkenaan telah beroperasi sejak setahun lalu. – 8 September, 2013.‎

TMI






NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

LAWAK AHAD: MAKWE DAN PAKWE KANTOI

Posted: 07 Sep 2013 06:00 PM PDT



Sepasang pakwe-makwer tengah memandu di highway Ayer Keroh telah di tahan polis….

pakwer : ada apa masalah encik ?…

polis : anda di dapati memandu melebihi 110km

pakwer : mana ada encik,saya cuma pandu dalam 100km jer…mungkin meter saya rosak kot..

makwer : abang tak baik tipupolis tue…tadikan abang pandulebih dari 150km…

polis : saya juga akan saman encikkerkenaan lampu brek encik tidakberfungsi…

pakwer : ye ker lampu brek saya tak berfungsi? saya tak perasaan encik…minta maaf,nanti saya betulkan

makwer : abg..kan abg dah tahu berkenaan lampu tue rosak 2minggu lepas..saya sendiriberitahu abg ..

polis: saya juga akan saman encik sebab encik tak pakai talipinggang…

pakwer: saya baru jer bukakencik….masa encik tahan saya…

makwer : abg nie kan ..abg tak pernah pakai tali pinggang…tak baik tipu encik nie
si pakwer yang tak tahan dengan kerenah makwer dia terusmelenting

pakwer : diam ler ko,semua ko beritahu polis…ko nak aku kenasaman apa??lurus bangang betul ko…budusss,aku tepok paler ko kang…

polis : cik,,selalu ker PAKWER marah cik macam nie??

MAKWER : tak ler…dia jarang marah saya..kalau marah pun masa dia ISAP GANJA jer
pakwe : ya allah mati aq.. T_T

KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN



Tiada ulasan: