Rabu, 11 September 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Fathul Bari Bidas Ketua Pemuda PAS Dan Ustaz Asri

Posted: 10 Sep 2013 09:50 PM PDT

Tiada subsidi dalam Islam, hanya ada cukai, kata Ulama Umno

OLEH MD IZWAN

Saya bercakap dalam konteks sabar, kata Fathul Bari Mat Jahya berhubung artikelnya mengenai kenaikan harga minyak.

Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya mempertahankan kenyataannya mengaitkan kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah, serta menegaskan konsep "subsidi" tidak digunapakai di dalam ekonomi Islam.

Fathul Bari mendakwa Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memutar-belit kenyataannya dan menegaskan tujuan asal artikel beliau ditulis dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu adalah untuki memberi kefahaman kepada masyarakat.

"Mereka sebenarnya telah memutar belitkan kenyataan saya, saya sebenarnya bercakap tentang kenaikan harga minyak menurut perspektif akidah. Bagaimana kita nak mendekati isu ini.

"Saya bercakap dalam konteks sabar, saya bukan bercakap dalam konteks melarang kita dalam mempersoalkan perkara itu secara berhemah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di luar Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam.

Beliau juga memetik ayat Al-Quran: "Aku (Allah) uji mereka, dengan kematian dengan kekurangan harta benda, dengan hilangnya kerosakan tanam-tanaman dan sebagainya, dan berilah khabar gembira kepada orang sabar."

Katanya, konsep "subsidi" yang digunakan oleh kerajaan ketika ini tidak berlandaskan ekonomi Islam.

"Dalam ekonomi Islam tidak ada istilah subsidi, di zaman Saidina Umar al Khattab, beliau merupakan antara tokoh ekonomi yang merangka perkembangan ekonomi Islam.

"Subsidi tidak ada, cukai ada," katanya lagi.

Menurut Fathul Bari, pemberian "subsidi" oleh kerajaan tidak sampai kepada kumpulan sasaran yang lebih memerlukan memandangkan mereka yang kaya juga menerimanya.

"Sepatutnya, subsidi atau hibah (hadiah) ini diberikan kepada golongan sasar, seperti apa yang berlaku pada hari ini.

"Orang yang mewah kehidupannya juga merasai subsidi tersebut," katanya.

Beliau turut menjelaskan gambaran oleh Nasrudin dan Mohd Asri terhadap kenyataannya seolah-olah semua adalah takdir Allah juga tidak tepat, sebaliknya berkata orang ramai perlu mencari ikhtiar dalam menangani kenaikan harga barang.

"Mereka (Nasruddin dan Asri) sekarang ini cuba nak membawa saya ke situasi mengatakan semua adalah takdir Allah tanpa usaha... itu salah, mereka cuba putar belit kenyataan saya.

"Yang saya cuba sampaikan adalah ikhtiar, kita kena sabar. Selepas ini saya menulis sebuah artikel berkenaan dengan kaedah kita mempersoalkan perkara tersebut," katanya lagi.

Fathul Bari turut mengakui tajuk artikelnya telah diubah dan beberapa perenggan dipadamkan oleh penyunting akhbar Sinar Harian.

"Tajuk asalnya 'Bagaimana sikap kita dalam menghadapi kenaikan harga minyak'. Kedua, dua perenggan saya dipadamkan... tapi ini hak mutlak editor," kata Fathul Bari.

Sebelum ini, Nasrudin dan Mohd Asri membidas kenyataan Ulama Umno tersebut sebagai tidak berasas dan mengelirukan orang ramai kerana menjadikan Allah sebagai alasan terhadap kenaikan harga barang.

"Apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?" soal Mohd Asri dalam akaun Facebooknya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Menurut Najib kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel dan menegaskan pentadbirannya masih lagi memberikan banyak subsidi lain kepada rakyat. – 11 September, 2013.

Soalan harga minyak dan Fathul Bari dalam UPSR?

Posted: 10 Sep 2013 07:09 PM PDT



Klik pada gambar untuk lebih jelas.

Giler la, hebat soalan upsr tahin ni. Isu semasa beb!

Terima kasih kepada penggubal soalan sindirin dan lawak ini.

Live! Adun Salor YB Husam Musa Angkat Sumpah

Posted: 10 Sep 2013 06:59 PM PDT



Alhamdulillah.

Pagi ni yb husam yang juga adun salor mengangkat sumpah depan speaker kerajaan negeri kelantan.

Doakan semua urusan negeri berjalan lancar.

EME : Sedia Uruskan Pendaftaran Kemasukan Mahasiswa Dan Mahasiswi Baru Ke Al-Azhar

Posted: 10 Sep 2013 05:21 PM PDT



Prihatin Mesir | TERKINI | STATUS PENGAJIAN

EME : Sedia Uruskan Pendaftaran Kemasukan Mahasiswa Dan Mahasiswi Baru Ke Al-Azhar

Mohandissein, 10 September 2013 - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan rasmi bersama dengan Datuk Prof. Madya Dr. Hj. Su'aidi Dato'HjSafei , Pengarah Education Malaysia Egypt (EME) bertujuan untuk mendapatkan maklumat khusus berkaitan status pendaftaran mahasiswa dan mahasiswi baru ke Universiti Al-Azhar.

PMRAM yang diwakili oleh saudara Abdul Aziz Bin Ali, Presiden PMRAM dan beberapa orang pimpinan Badan Pengurus PMRAM serta wakil Yang Di Pertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) menghabiskan sekitar 2 jam setengah dalam perbincangan tersebut.

Hasil daripada perjumpaan tersebut, pihak EME memaklumkan bahawa pihak beliau bersetuju untuk pengurusan pendaftaran kemasukan pelajar baru ke Universiti Al-Azhar sesi pengajian 2013/2014 sebagaimana biasa. Adapun kedatangan mahasiswa dan mahasiswi baru terpulang kepada pihak masing-masing untuk meneruskan penghantaran pelajar ataupun tidak berdasarkan kepada konsisi terkini situasi Mesir.

Datuk Prof. Madya Dr. Hj. Su'aidi Dato' Hj Safei dalam perjumpaan tersebut menegaskan bahawa tiada halangan untuk para pelajar meneruskan pengajian mereka di Mesir ini.

" EME tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk datang ke Mesir akan tetapi EME bersedia untuk memberi khidmat nasihat dan penerangan serta pandangan berkaitan keadaan Mesir dan menyarankan pihak-pihak terbabit agar merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membuat sebarang keputusan ". Ujar beliau lagi.

Pengarah EME juga menafikan kenyataan akhbar sebelum ini yang menyatakan bahawa pihak EME tidak akan menguruskan proses pendaftaran kemasukan pelajar baru ke Universiti Al-Azhar tersebut.

PMRAM melihat bahawa kenyataan di peringkat EME ini sedikit sebanyak membuka peluang kepada para pelajar untuk membuat pilihan sama ada untuk meneruskan hasrat mereka menyambung pengajian di Mesir atau ke tempat lain. Perkara ini juga sebenarnya banyak membantu pihak-pihak di Malaysia dalam membuat keputusan yang terbaik berikutan telah tersebar di media massa sebelum ini ura-ura pihak EME tidak menguruskan pendaftaran mahasiswa baru sebagai mana yang dilaporkan.

" Kita mengharapkan agar pelajar yang benar-benar ingin meneruskan pengajian mereka di Mesir supaya menyemak dan memastikan bahawa borang permohonan mereka telah diproses di Malaysia dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia bagi melicinkan lagi proses pengurusan di peringkat EME ". ucap saudara Ahmad Shahrir Bin Alias selaku Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi BahasaPMRAM 2013 usai perjumpaan tadi.

PMRAM mengalu-alukan kedatangan adik-adik baru yang berminat untuk belajar di Mesir dan bersedia untuk memberi khidmat kebajikan kepada mereka dalam pelbagai lapangan di masa yang akan datang.

"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"

Sumber : pmram.org

Posted by Abu Maryam

Tiada ulasan: