Selasa, 10 September 2013

Biaqpila

Biaqpila


MANDEREM TAHI HIDUNG

Posted: 09 Sep 2013 09:00 PM PDT

ZABEDAH memegang azimat dan minyak wangi yang digunakan Su.

Ipoh: Pengalaman pahit menjadi mangsa 'manderem' atau jampi serapah orang gaji sendiri, menyebabkan seorang wanita serik untuk mendapatkan khidmat amah warga asing, khususnya dari Indonesia.

Dia yang mahu dikenali sebagai Zabedah, 38, dari Tambun, di sini, berkata, tak pernah diduganya amah yang dibayar RM650 sebulan tergamak mengenakan ilmu hitam terhadap dia dan keluarga.


"Lebih menyakitkan hati dia menggunakan bahan kotor, antaranya daki dan tahi hidung yang dimasukkan ke dalam makanan yang dimasaknya bertujuan `menundukkan' kami.

"Sebelum itu, saya menemui satu bekas merah mengandungi kertas azimat, cincin dan minyak wangi di dalam beg pakaiannya," katanya kepada Harian Metro.

Zabedah yang juga pengurus restoran berkata, perbuatan jijik itu diakui sendiri pembantu rumahnya itu yang dipanggil, Su, 34, selepas dia mengugut mahu menyerahkan wanita itu kepada polis.

HM



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

KENCING: LIM KIT SIANG SAMAN UTUSAN

Posted: 09 Sep 2013 06:00 PM PDT

Penasihat DAP Lim Kit Siang memulakan tindakan saman ke atas akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang membangkitkan semula dakwaan bahawa beliau kencing di hadapan kediaman menteri besar Selangor sebaik sebelum rusuhan kaum 1969.

Lim juga mengemukakan saman ke atas bekas timbalan menteri Umno Mohd Puad Zarkashi atas kenyataan kepada akhbar berkenaan, serta bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang mendakwa dalam satu tulisan blog bahawa Lim menyebabkan rusuhan 13 Mei.

"Bagaimanapa seorang bekas timbalan menteri Umno berkata (demikian) dan Utusan Malaysia menerbitkan kenyataan palsu seperti ini sedangkan ini adalah penipuan paling tidak bertanggungjawab," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Mohd Puad dalam Utusan Malaysia bertarikh 7 September bahawa kritikan ke atas filem Tanda Putera hanya untuk menutup tindakan Lilm yang didakwa kencing di hadapan kediaman menteri besar.

Kontroversi tersebut bermula pada tahun lalu apabila laman facebook Tanda Putera menerbitkan gambar Lim dengan keterangan bahawa pemimpin DAP itu ditahan selepas kencing di satu tiang bendera.

Gambar berkenaan seterusnya dipadamkan namun filem tersebut mengekalkan babak kencing melibatkan beberapa orang pemuda.

Lim bertegas bahawa insiden seperti itu tidak pernah berlaku dan beliau berada di Sabah ketika rusuhan meletus pada 1969.

MK

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Tiada ulasan: