Selasa, 10 September 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Anwar bidas Idris Jusoh isu hantar anak ke luar negara

Posted: 10 Sep 2013 04:15 AM PDT

KEADILAN DAILY

 

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh supaya ibu bapa yang tidak bersetuju terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), perlu menghantar anak mereka ke luar negara.

Katanya, Idris perlu menjawab isu berkenaan dengan hujah dan fakta bukan memberi kupasan angkuh berhubung perkara itu.

anwar

"Jawab dengan hujah bukan angkuh," tulis Anwar sebagai maklum balas terhadap rakan twitternya yang berkongsi laporan kenyataan Idris itu.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut dilapor berkata, kerajaan tidak akan menghalang mana-mana pihak mengambil keputusan menghantar anak mereka ke luar negara kerana tidak meyakini sistem pendidikan di Malaysia.

Tekan beliau, tiada sebarang tindakan dapat diambil untuk menghentikan rancangan kerajaan meneruskan pelaksanaan PPPM kerana ia telah dirasmikan.

"Kalau ada kata sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang," katanya kepada pemberita hari ini.

Pelan berkenaan menerima reaksi negatif daripada pertubuhan persatuan Cina seperti Dong Zhong dan juga Pakatan Rakyat.

Dong Zong yang dianggotai 77 persatuan Cina sebelum ini dilapor berkata, tidak menolak kemungkinan untuk membawa isu berkenaan ke mahkamah memandangkan pelan berkenaan dakwa mereka mengancam bahasa ibunda mereka.

Pakatan pula melihat terdapat enam aspek PPPM yang dilancarkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu bukan platform menyeluruh.

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Rakyat berkata, ketiadaan maklum balas daripada Kementerian Pendidikan terhadap pendedahan spesifik sistem pendidikan gagal memberi keyakinan bahawa PPPM akan dilaksanakan dengan berkesan dan cekap.

MB perinci perancangan ekonomi Kelantan

Posted: 10 Sep 2013 04:13 AM PDT

Aslani M,

KOTA BHARU: Biarpun ada pihak mendakwa kepemimpinan baru kerajaan Kelantan tiada idea, namun tanpa sedar kerajaan negeri telah menapak jauh bagi menarik lebih ramai pelabur ke negeri itu.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata, tumpuan diberi bagi menarik pelabur dari Asia Barat dan Asia Timur ke Kelantan.

Katanya, Asia Barat termasuk Oman, Kuwait, dan negara-negara Arab lain, manakala Asia Timur pula China dan Jepun.

"Enam siri pelaburan ke luar negara akan dilaksanakan tahun hadapan. Tiga misi perdagangan akan memberi tumpuan kepada negara di Asia Barat dan tiga lagi ke Asia Timur," katanya di sini.

Delegasi itu akan diketuai Menteri Besar selaku pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi dan Pelaburan Negeri.

Ahmad juga berkata, tumpuan diberi kepada pelaburan dalam bidang halal hub dan industri berasaskan mineral terutamanya limestone yang belum diusahakan secara industri.

Menurutnya juga tumpuan kerajaan negeri sekarang berusaha bagi mencapai sasaran membina 5,000 rumah mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah.

Katanya, kerjasama agensi kerajaan negeri dan pihak swasta sedang dijalankan.

Baru-baru ini Yayasan Islam Kelantan dengan kerjasama syarikat Hectares dan Acter Sdn Bhd melancar projek bercampur di kawasan seluas 115 ekar di Kok Lanas. Sebanyak 135 unit rumah mampu milik akan dibina.

"Kita yakin boleh capai sasaran 5,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 5 tahun. Program tersebut sebagaimana dijanjikan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan pada pilihanraya umum lalu," katanya.

Projek usahasama tersebut membabitkan pembinaan 653 unit kediaman. Menteri Besar juga berkata, Kelantan juga sedang menyediakan Dasar Pelaburan Negeri

Pestabola Merdeka: Harga tiket turun bermula esok

Posted: 10 Sep 2013 04:04 AM PDT

SINAR HARIAN
Pestabola Merdeka
HARGA tiket bagi menyaksikan kejohanan Pestabola Merdeka yang sedang berlangsung di sini akan diturun kepada kadar yang lebih rendah bermula dengan perlawanan ketiga esok.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, perkara berkenaan diputuskan oleh pihaknya setelah berbincang dengan penganjur kejohanan ProEvents International (M) Sdn Bhd.

Beliau berkata, sehubungan itu harga tiket bagi tempat duduk bebas dan utama di Stadium Darul Makmur diturunkan masing-masing kepada RM20 dan RM50 berbanding RM38 dan RM68 sebelum ini.

Bagi perlawanan antara Singapura dengan Myanmar di Stadium Mini Temerloh esok pula, tiket bagi tempat duduk bebas berharga RM20 dan tempat duduk utama berharga RM25 berbanding RM28 dan RM38 sebelum ini.

"Saya berharap penurunan harga ini akan membolehkan peminat di Pahang khususnya dan Kuantan amnya dapat hadir bagi menyaksikan perlawanan," kata Hamidin kepada pemberita di Kuantan hari ini.

Hamidin berkata, harga tiket yang mahal yang ditetapkan sebelum ini tidak dapat dielakkan disebabkan kos perbelanjaan kejohanan yang tinggi.

Sementara itu beliau berkata, FAM akan berbincang dengan Ketua Jurulatih Skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkaitan lanjutan kontrak pemain.

"Kita telah maklumkan kepada Datuk Afandi Hamzah (Naib Presiden FAM) yang juga pengurus pasukan Bawah 23 Tahun serta Kim Swee supaya memberi laporan tentang pemain yang ingin mereka lepas serta kekal tahun depan," katanya.

Beliau berkata, perkara berkenaan dijangka diputuskan selewat-lewatnya Oktober ini.

Hamidin turut mengingatkan pasukan yang berhasrat memancing pemain Harimau Muda A supaya tidak berbuat demikian dalam tempoh terdekat bagi membolehkan misi skuad negara mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Myanmar Disember ini tercapai.

Dilaporkan sebelum ini, Johor Darul Takzim berhasrat memancing tiga pemain skuad Harimau Muda A iaitu Md Fadhli Mohd Shas, Irfan Fazail dan Fandi Othman bagi memperkuat pasukan berkenaan menghadapi Liga Malaysia tahun depan. - Bernama

Kos perubatan negara meningkat 10 peratus Kos perubatan negara meningkat 10 peratus

Posted: 10 Sep 2013 04:02 AM PDT

Hilmi Yahaya  
Hilmi Yahaya

SINAR HARIAN

GEORGETOWN - Kos perubatan negara dijangka meningkat 10 peratus setiap tahun berikutan peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) ekoran kurangnya kesedaran rakyat berhubung gaya hidup sihat, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Sebagai contoh, katanya, masalah obesiti yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit menunjukkan peningkatan yang serius seperti diumumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam baru-baru ini.
"Peningkatan itu akan menyebabkan ramai masuk hospital dan kos kita memang meningkat tiap-tiap tahun. Saya pun ada melawat banyak hospital dan saya dapati memang sesak...perlu tambahan katil dan sebagainya," kata Dr Hilmi kepada pemberita selepas melancarkan Projek Bebas Tembakau Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) USM, Prof Dr Adnan Hussein; Pengerusi Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) Tan Sri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf dan Pengarah Pusat Racun Negara, Prof Madya Dr Razak Lajis.

Dr Hilmi berkata, keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan perubatan di hospital dan klinik kerajaan yang semakin meningkat turut menyumbang kepada peningkatan kos perubatan selain kos pentadbiran, pengurusan dan pembangunan.

Justeru, beliau meminta kerajaan menyediakan peruntukan tambahan kepada kementerian berkenaan menerusi Bajet 2014 bagi memastikan perkhidmatan kesihatan terbaik yang berterusan kepada rakyat.

Sementara itu, Dr Hilmi menyambut baik usaha USM memerangi gejala merokok di kalangan pelajar dan kakitangan yang dilihat mampu membantu kerajaan mengurangkan jumlah kes penyakit tidak berjangkit.

Beliau berharap institusi pengajian tinggi lain dapat mengikut langkah USM dengan menganjurkan program serupa. - Bernama

BN masih sisihkan Sabah

Posted: 10 Sep 2013 04:00 AM PDT

Oleh Noor Jaafar

noor sabah 


LAWATAN 24 kakitangan Ibu Pejabat DAP, termasuk empat wartawan Roketkini.com selama tujuh hari ke Sabah boleh dikatakan mencapai matlamat dan berjaya sekurang-kurangnya mengetahui sedikit sebanyak situasi sebenar di Negeri Bawah Bayu itu yang sedang menyambut ulang tahun 50 tahun Sabah Maju Jaya.

Jika berdasarkan hasil mahsul negeri yang kaya dengan minyak, balak dan industri pelancongan, tidak sepatutnya keadaan di Sabah masih jauh ketinggalan, termasuk tidak ada jalan raya yang lebih baik dan selesa bagi memendekkan perjalanan antara satu daerah ke daerah lain.

Walaupun Bandaraya Kota Kinabalu sedang pesat membangun dengan projek mega seperti Kompleks Pejabat Kerajaan Persekutuan, Pejabat Kerajaan Negeri dan bangunan komersil, namun penduduk di kawasan pedalaman yang mengusahakan projek pertanian masih diabaikan dan tidak ada kemudahan seperti sistem pengairan, empangan dan jalan ladang bagi memudahkan mereka mengusaha dan memasarkan hasil pertanian.

Rombongan yang diketuai Chu Yoon Ming sebaik menjejakkan kaki ke Ibu Negeri Sabah, disambut dan diraikan pemimpin DAP negeri itu, termasuk Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin, Ahli Parlimen Sandakan, Wong Tien Fatt, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang, Edwin @ Jack Bosi dan ADUN Sri Tanjung, Chan Foong Hin.

Selain itu lawatan kakitangan DAP turut diraikan aktivis tempatan, Catherine Chu, isteri Jimmy Wong, Christina Yew; Stanley Sie dan Francis Chong.

Antara tempat yang sempat lawati ialah Pulau Gaya, Pulau Sapi, Kudat, Kota Belud, mendaki Gunung Kinabalu, Kundasang, Ranau, Sandakan, Labuk Bay, Sepilok, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Pulau Mabul, Pulau Kepalai dan persinggahan terakhir di Tawau sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Kami juga sempat meninjau keadaan penduduk atas air di , serta penduduk di Pulau Mabul yang kami dimaklumkan tiada status kewarganegaraan. Itu menjadikan situasi mereka seolah-olah tergantung. 
Kerajaan Barisan Nasional membiarkan mereka tinggal di dalam negara namun 'lepas tangan' terhadap kebajikan mereka disebabkan status kewarganegaraan mereka.

Walaupun masa lawatan ke Sabah itu padat dengan program, kepenatan peserta sekurang-kurangnya terubat apabila diberi peluang snorkeling untuk melihat keindahan di dasar laut dan kecantikan batu karang.

sabah 

Sepanjang lawatan itu juga rombongan dijamukan dengan hidangan makan laut yang segar, seperti udang, ketam, ikan, sotong, siput dan rumpai laut termasuk di pusat makanan laut terkemuka di Kampung Sim Sim, Sandakan dan di bandar Semporna.

Saya yang pertama kali ke Sabah, permulaannya membayangkan Sabah sudah maju meninggalkan banyak negeri di Semenanjung kerana Negeri Di Bawah Bayu itu terkenal kaya dengan hasil bumi, termasuk petroleum, balak dan produk pelancongan dan hasil laut.

Bagaimanapun, berdasarkan taklimat yang disampaikan Catherine Chu, terbukti rakyat di Sabah terutama di Kampung Tambotuon, Kota Belud masih dipinggir dan tidak mendapat pembelaan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun setiap kali pilihan raya umum rakyat dijanjikan dengan pelbagai kemudahan.

Ini membuktikan pemimpin BN lebih mementingkan kemewahan hidup dan mengamalkan korupsi, sedangkan penduduk di pedalaman Sabah tidak disediakan kemudahan pertanian, termasuk sistem pengairan sawah yang baik dan jalan untuk membawa keluar hasil pertanian.

Janji BN untuk membina Lebuh Raya Pan Borneo juga masih tidak dikotakan, sebaliknya kekal dengan jalan satu lorong yang membosankan hingga mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke satu-satu destinasi walaupun jarak perjalanan hanya 100 kilometer.

Bukan setakat pembangunan luar bandar, rakyat tempatan Sabah juga dihantui ramai pendatang tanpa izin sehingga wujud perkampungan khas mereka yang gagal diambil tindakan oleh pihak berkuasa, termasuk yang sudah mendapatkan kerakyatan.

Berdasarkan tinjauan kebanyakan rakyat Sabah dilihat menyesal kerana kekal memilih BN memerintah negeri itu yang didakwa banyak melakukan rasuah dan mengambil kesempatan mengaut kekayaan.

kinabalu sabah 

Ramai yang menjangka BN Sabah bakal tewas pada PRU-13 lalu, tetapi disebabkan rakyat Sabah ditakutkan dengan isu pergolakan di Lahad Datu, BN masih kekal menerajui negeri itu.

Bagaimanapun mereka sudah bertekad akan melakukan perubahan pada PRU-14 nanti kerana BN gagal mengotakan janji kepada rakyat Sabah.

Selain Kota Kinabalu, Semporna dilihat menyerlah sedikit kemajuannya berbanding bandar lain di Sabah, termasuk Kinabatangan yang diterajui Datuk Bung Mokhtar Radin dan Kota Belud oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilihat begitu ketara ketinggalan seolah-olah Ahli Parlimen kawasan berkenaan tidak mempedulikan pembangunan di kawasan masing-masing.

Ramai terkedu apabila melihat kepayahan hidup petani di Sabah yang terpaksa memikul baja dan hasil pertanian berbatu-batu jauhnya untuk membajai tanaman dan memasarkan hasil kerana tidak mempunyai jalan dan jambatan, sebaliknya mengharungi sungai dan meredah hutan untuk berulang alik ke sawah.-Roketkini.com

Lima Ketua Bahagian Umno Kelantan Selesa, Sembilan Cemas

Posted: 10 Sep 2013 03:56 AM PDT

MSO

Sekurang-kurang empat atau lima ketua bahagian Umno di Kelantan boleh menarik nafas lega kerana kemungkinan besar kedudukan mereka sebagai ketua tidak akan dicabar. Ketua-ketua bahagian yang dikira bernasib baik ialah Mustapa Mohamed (Jeli), Annuar Musa (Ketereh), Nor Zaidi Omar (Tumpat) Jazlan Mohamed (Machang) dan Fatmi Che Salleh (Kota Bharu).

Ramzi Abdul Rahman
Mustapa sudah pasti akan menang tanpa bertanding kerana tiada desas desus menunjukkan beliau akan dicabar. Orang yang disebut-sebut berkelayakan dan pernah menzahirkan minat sebelum ini untuk mencabar beliau, Adhan Kachik, sudah membuat pengakuan terbuka di hadapan ketua-ketua cawanagn Umno Jeli yang beliau tidak berminat mencabar ketua bahagian.

Hal ini juga disahkan oleh Pegawai Khas Mustapa, Zahari Kechik yang mengatakan Adhan yang juga merupakan abangnya tidak akan mencabar Mustapa. "Dahan (Adhan) sudah membuat pengumuman dia tidak akan lawan Datuk Pa," begitu jelas Zahari dalam satu pertemuan dengan beliau beberapa hari lepas. Bila ditanya apakah itu tektik Adhan, tekan Zahari; kawan (saya) tahu perangai dia sebab dia abang kawan."

Demikian juga kedudukan Annuar Musa di Ketereh selamat apabila tiada kedengaran beliau akan dicabar. Kemenangan Annuar dalam pilhan raya lalu menyebabkan mereka yang sebelum ini ada angin untuk cabar Annuar jadi 'terkanyak'.

Timbalan Ketua Umno Ketereh, Md Alwi Che Amat juga tidak berminat untuk mencabar sahabatnya itu. Beliaulah yang berpotensi dan berpeluang memandangkan pengaruhnya di Ketereh. Atas setia kawan dengan Annuar beliau tidak pernah termakan cocokan agar menentang Annuar. Apa lagi Alwi sudah mengumumkan akan bertanding merebut jawatan lebih tinggi dari jawatan ketua iaitu kerusi Majlis Tertinggi. Langkah Alwi itu adalah sebagai jalan untuk tidak bertembung dengan Annuar di Ketereh tetapi akan bertembung di Kuala Lumpur kerana Annuar juga akan ikut bertanding MT.

Kedudukan Noor Zaidi Omar di Tumpat juga selesa apabila tidak kedengaran mana-mana ahli Umno di situ menjual diri untuk mencabar kedudukannya sebagai ketua Umno Bahagian Tumpat itu.

Manakala satu bahagian lagi dikira selamat ialah Machang. Kedudukan Mohd Jazlan Yaacob yang juga ahli Parlimen Machang tidak akan dicabar. Kejayaan beliau merampas kerusi parlimen Machang dalam pilhan raya lalu menyebabkan mereka yang bercadang untuk mencabar kedudukannya jadi malu mata. Bekas ahli Parlimen Machang, Sazami Miah disebut-sebut untuk mencabar tetapi kemungkinannya sangat tipis sekali.

Dalam pada itu kedudukan Fathmi Che Salleh di Kota Bharu masih menjadi tanda tanya. Setakat ini tidak ada kedengaran sesiapa berminat untuk melandanya. Tetapi ia tidak boleh dianggap Fatmi sudah menang tidak bertanding. Kekalahan demi kekalahan yang dialaminya dalam pilihan raya dan terbaru kalah ditangan Takiyuddin Hassan dengan majoriti lebih 16,000 pada PRU lepas menjejaskan wibawa Fathmi. Kekalahan itu boleh membukakan terliur ahli Umno untuk mencabar kedudukannya bagi membuat perubahan Umno Kota Bharu.

Bagaimana pun kedudukan sembilan ketua bahagian yang lain tidak menyelesakan apabila mereka sudah diura-urakan akan dicabar. Sesetengah cabaran hebat apabila ada lebih dua calon yang berhajat untuk mencabar kedudukan ketua bahagian.

Bahagian yang pasti sengit ialah Rantau Panjang. Kedudukan ketuanya Abdullah Mat Yassin tergugat apabila beliau akan dicabar oleh sekruang-kurang tiga calon, bekas ketua Mohd Zain Ismail, Ghazali Ismail dan bekas Adun Gual Periok, Shaari Hussein.

Begitu juga di Pasir Mas, kedudukan Hanafi Mamat juga akan dicabar. Kekalahan Hanafi dalam lima kali pilihan raya serta tidak ada pembaharuan dalam Umno Pasir Mas terutamanya menghapuskan politik wang dijadikan sebab kenapa beliau akan dicabar. Ada dua nama disebut akan mencabar kedudukan Hanafi, Azmi Alwi dan Zakaria Hasan (Ya Janggut). Khabarnya Ya Janggut sudah membuat persiapan rapi untuk melanda Hanafi kali ini. Perang besar di Pasir Mas kali ini.

Zakaria merupakan tokoh veteran Umno merupakan bekas ahli jawatankuasa Umno Pasir Mas sebelum ini merupakan Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang era tahun 80an dan pernah menjadi Bendahari Pemuda Umno Kelantan. Beliau merupakan bekas guru berkelulusan BA Hons Universiti Malaya.

Dua lagi kawasan yang akan hebat bertarung untuk merebut jawatan ketua ialah Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian ini adalah ekoran ketua sekarang ditantung kerana kesalahan melanggar disilin parti semasa pilihan raya lalu. Ketua Umno Pengkalan Chepa Dali Hussein digantung enam tahun, manakala ketua Umno Kubang Kerian Fauzi Ismail digantung selama sembilan tahun.

Di Pengkalan Chepa sekurang-kurang tiga nama disebut akan bertanding merebut jawatan ketua manakala di Kubang Kerian ada dua nama.

Kawasan Bachok juga akan berlaku perebutan. Kedudukan Awang Adek Huseein sebagai ketua akan dicabar oleh salah seorang bekas calon Umno yang kalah dalam pilihan raya lalu. Cabaran ke atas Awang Adek memalukan bekas timbalan menteri kewangan berkenaan. Tidak sepatutnya Awang Adek dicabar, tetapi kelemahan dan kegagalan dua kali Awang Adek merebut kerusi parlimen Bachok menyebabkan beliau dirasakan tidak wajar menjadi ketua lagi.

Kekalahan beliau kepada ketua pemuda Pas Bachok Marzub Shaari dengan kekurangan undi tidak sanpai 300 sangat memalukan. Orang Umno Bachok menyifatkan kekalahan itu kerana Awang Adek terkena badi paip.

Ketua Umno bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman juga tidak akan dibiarkan. Walaupun beliau menang di Dun Semerak dalam pilihan raya lalu tetapi kemenangan itu bukan lesen untuk beliau terus memimpin Umno Pasir Puteh. Orang disebut-sebut akan menentang Zawawi ialah bekas ketua, Kamaruddin Md Noor dan bekas ketua pemuda Rujahan Salleh.

Kawasan Tanah Merah masih belum dapat dipastikan. Walaupun bekas ketua yang sudah usang, Supardi telah menguar-guarkan dia akan mencabar Ikmal Ihsan untuk kerusi ketua tetapi ia tidak boleh pegang buku kerana stail Supradi suka membuat lawak. Atas perangainya ramai tidak mempercayai Supardi akan bersedia melawan Ikmal. Ada juga cara Supardi itu untuk menggertak Ikhmal sahaja. Kedudukan Ikhmal juga agak kukuh di Tanah Merah apabila beliau menang dalam pilihan raya lalu di kerusi parlimen Tanah Merah.

Di Kuala Krai dan Gua Musang juga terdengar desas desus kedudukan ketua di kedua-dua kerusi itu akan dicabar. Kedudukan Ramzi Abdul Rahman sebagai ketua Umno Kuala Krai katanya akan dicabar. Bagaimana pun belum 'tubik' nama yang ingin mencabar Ramzi. Ada maklumat mengatakan ketua pemuda Tuan Aziz Tuan Mat. Namun mungkin hasrat itu akan ditarik balik memandang Ramzi berjaya merampas balik kerusi Dabong.

Hanya beliau sahaja yang menang di Kuala Krai dan sudah pasti kemenangan itu memberi kelebihan dan penghormatan kepadanya.

Bagi mereka yang waras di Kuala Krai tidak ada sebab untuk mencabar kedudukan Ramzi kecualilah kerana niat buruk dan dengki.

Akhirnya di Gua Musang, kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua juga tergugat. Ketua pemuda Bazlan Abdul Rahman katanya berminat untuk mencabar Tengku Razaleigh. Sudah lama hubungan Bazlan dengan Tengku Razakeig renggang. Sekiranya maklumat ini benar, inilah pertama kali kedudukanTengku Razaleigh akan dicabar sebagai ketua di Gua Musang. Di antara ketua-ketua Umno bahagian di Kelantan, Tengku Razaleigh lah ketua yang paling lama dan ampuh

Barang naik sebagai takdir: Fathul Bari disanggah PAS dan Dr Zaharuddin

Posted: 10 Sep 2013 03:43 AM PDT

 

KL TODAY

PAS menyifatkan hadis yang disandar Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari berhubung barang naik, 'diguna pada konteks yang salah'.Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, islam menitikberatkan konsep adil kepada semua pihak bukan sahaja kepada peniaga tetapi juga kepada pembeli.

Menurutnya, adalah tidak wajar mengajak rakyat menerima kenaikan harga barangan sebagai takdir sedangkan pada masa yang sama ada pemimpin negara, ahli korporat dan syarikat kroni terus-menerus mengambil kesempatan untuk hidup bermewah.

"Memang hakikat naik turun, ajal maut semua ketentuan Allah tetapi bukan bermakna pemerintah boleh sesuka hati meletakkan kesalahan kepada takdir.

"Demikian juga kalau kita tengok kerajaan memotong subsidi untuk rakyat tetapi dalam waktu sama golongan korporat dan bangsawan lihat hidup melampau-lampau mewah," katanya dipetik TV Selangor.

Sehubungan itu, beliau memintak ulamak muda Umno itu memperbetul semula kenyataannya bagi mengelak salah faham kepada masyarakat.

Kenyataan Fathul Bari itu juga katanya berbahaya kerana boleh memberi gambaran bahawa peniaga boleh bebas menaikkan harga barangan mereka, dan pengguna harus menerimanya sebagai takdir.


Sementara itu di bawah adalah kenyataan penuh Dr.Zaharuddin Abdul Rahman yang juga menyanggah Fathul Bari:

Memang benar, ketentuan harga adalah dari Allah swt, malah semua perkara juga demikian. Namun mengajak beriman dan pasrah terus sambil mengabaikan arahan Allah dan RasulNya agar berusaha membanteras unsur kezaliman , ketidakstabilan dan kelemahan yang mengganggu proses harga adalah kaedah berfikir yang SALAH. Lihat Allah swt mengharamkan Riba.

Begitu juga haramnya BAI' AN-NAJASH kerana manipulasi harga sebenar secara terancang oleh rakan penjual, HARAMNYA Jualan TALAQQI AL-RUKBAN kerana menganggu harga pasaran, DIHARAMKAN juga IHTIKAR (simpanan barangan asasi agar naik harga kerana demand secara paksaan dicipta). Justeru, fahamilah hadis berkaitan 'harga adalah ketetapan Allah' beserta hadis-hadis yang berkaitannya. Jika tidak, anda mungkin melencong dari kefahaman yang betul.

Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam tidak membenarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan pada masa yang TIDAK TERDESAK. Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam juga menolak permintaan sahabat baginda untuk melakukan 'ceiling' harga di ketika pasaran tidak diserapi unsur zalim oleh peniaga dan tiada campurtangan dalam ketetapan harga, tiada gangguan pada permintaan serta penawaran Sebagaimana respon dan jawapan Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam kepada sahabat baginda :

بل الله يخفض ويرفع , وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال

Ertinya : Bahkan Allah SWT adalah yang menaik dan menurunkan harga, dan sesungguhnya akhu berharap untuk bertemu Allah dan tiada seorang pun dari kalangan kamu menuntut dariku akibat sebarang kezaliman ( yang aku lakukan) samada berkaitan darah atau harta" ( Riwayat Abu Daud ; hlm 385 ; Al-Bayhaqi, 6/29 ; Sohih menurut Albani)


Namun kemudiannya, ulama terulung dari kalangan Tabi'en seperti Imam Sa'id Musayyab, Yahya Sa'id Ansari, Imam Malik dan ramai lagi ulama tabien sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang kezaliman dari berlaku.

Sheikhuna Prof. Dr. Fathi Al-Durayni menjelaskan tas'ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas'ir. Iaitu Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159)

Ulama tabien pula membenarkan tas'ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi'r. Jelas dari isu ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza.

Ranking universiti utama negara merosot

Posted: 10 Sep 2013 03:32 AM PDT


KL TODAY

Kedudukan 800 universiti teratas di seluruh dunia bagi tahun 2013 yang dilaporkan oleh QS World University Rankings sewajarnya menjadi isu utama negara mutakhir ini, selain dari isu kenaikan harga minyak kerana kedua-duanya mempunyai kesan besar kepada kebajikan rakyat.
Laporan tersebut menunjukkan bahawa enam dari tujuh universiti awam negara yang tersenarai di dalam 800 universiti teratas telah mengalami kemorosotan seperti berikut:

Hanya UTM yang menokok sedikit kedudukannya dari tangga 358 (2012) kepada 355 (2013).


Kedudukan ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

1.      Reputasi pencapaian akademik (40%)

2.      Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan (10%)

3.      Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti (20%)

4.      Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti (20%)

5.      Keantarabangsaan pelajar (5%)

6.      Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti (5%)

Ramai pimpinan Barisan Nasional yang masih berdolak dalih dan tidak mahu menerima hakikat bahawa persoalan mutu pendidikan tinggi dan kedudukan universiti awam negara adalah isu utama yang membawa kesan besar kepada rakyat.

Kedudukan universiti awam negara yang tidak berdayasaing menyukarkan graduan mendapat kerja yang baik dengan gaji yang berpatutan. Malah, masalah pengangguran di kalangan graduan terutamanya di kalangan graduan Melayu/Bumiputra banyak berpunca dari mutu pendidikan tinggi yang merudum yang saban tahun disahkan oleh kedudukan universiti awam negara.

Oleh sebab itu, hakikat bahawa enam dari tujuh universiti awam negara semakin rendah kedudukannya sewajarnya diambil serius oleh semua pihak dengan penuh keterbukaan.

Apatah lagi apabila universiti terbaik Asia adalah National University of Singapore (NUS) yang menduduki tangga ke-24 menjadikannya univesiti terbaik Asia mengalahkan universiti-universiti Jepun, Korea Selatan dan China.

Ramai yang tidak tahu bahawa NUS mempunyai sejarah yang sama dengan Universiti Malaya kerana kedua-duanya diwujudkan sebagai University of Malaya di Singapura dalam tahun 1949 mengikut saranan Suruhanjaya Carr- Saunders. Pada tahun 1959, University of Malaya mempunyai dua kampus yang berasingan iaitu kampus asal di Singapura dan kampus baru di Kuala Lumpur. Pada tahun 1962, kedua-dua kampus ini berpisah menjadi dua universiti berasingan iaitu Universiti Malaya (di Kuala Lumpur) dan NUS (di Singapura).

Selepas 50 tahun, walaupun bermula dari titik yang sama, Universiti Malaya tidak pun berada di dalam kedudukan 100 teratas di dunia sedangkan NUS menjadi universiti terbaik di Asia.

Ini adalah hakikat yang perlu ditangani secara terbuka tanpa prejudis politik atau perkauman kerana mutu dan kedudukan universiti awam negara mempengaruhi taraf hidup rakyat dan daya saing negara seluruhnya.

Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya perkara-perkara demikian dibahaskan secara terbuka dan reformasi pendidikan tinggi dijalankan secara segera seperti berikut:


1.      Kembalikan kebebasan akademik kepada universiti-universiti awam dengan memberi kuasa autonomi kepada Senat Universiti tanpa campur tangan kementerian dan kerajaan

2.      Pemilihan kepimpinan universiti awam mengikut merit berdasarkan kredibiliti akademik, pengalaman mengurus universiti ternama, integriti peribadi yang bebas dari pandangan partisan dan ciri-ciri lain yang ada  pada kepimpinan universiti ternama dunia

3.      Kembalikan kebebasan minda yang sepenuhnya kepada siswazah dan gerakan mahasiswa dengan menghentikan serta merta sebarang aktiviti atau program yang mengongkong perkembangan minda bebas siswazah, termasuklah program propaganda politik yang dianjurkan oleh BTN dan badan-badan yang serupa dengannya

4.      Menilai semula sistem pemberian biasiswa yang menekankan penghantaran pelajar terbaik ke universiti-universiti luar negara dan beralih kepada sistem biasiswa yang memberi tempat terbaik kepada mereka di universiti-universiti terbaik Malaysia, dan

5.      Program khusus memperkasakan kredibiliti akademik fakulti di universiti-universiti awam dengan membawa masuk tenaga pengajar dan penyelidik terbaik dari seluruh dunia

Saya percaya langkah-langkah ini adalah permulaan untuk mengembalikan keunggulan universiti awam negara dengan sasaran Universiti Malaya berada di dalam tangga 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.

Saya juga akan membuat kunjungan hormat ke NUS dalam bulan November 2013 untuk mempelajari sendiri langkah-langkah yang dilaksanakan selama ini untuk menjamin kualiti pendidikan di universiti itu.

Rafizi ulas sebab kedudukan IPTA dalam senarai dunia merosot

Posted: 10 Sep 2013 03:29 AM PDT

Rafizi Ramli

 
Kedudukan 800 universiti teratas di seluruh dunia bagi 2013 yang dilaporkan oleh QS World University Rankings sewajarnya menjadi isu utama negara mutakhir ini, selain dari isu kenaikan harga minyak kerana kedua-duanya mempunyai kesan besar kepada kebajikan rakyat.Laporan tersebut menunjukkan bahawa enam dari tujuh universiti awam negara yang tersenarai di dalam 800 universiti teratas telah mengalami kemorosotan seperti berikut:

Hanya UTM yang menokok sedikit kedudukannya dari tangga 358 (2012) kepada 355= (2013).

Kedudukan ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
  • Reputasi pencapaian akademik (40%)
  • Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan (10%)
  • Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti (20%)
  • Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti (20%)
  • Keantarabangsaan pelajar (5%)
  • Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti (5%)
Ramai pimpinan Barisan Nasional yang masih berdolak dalih dan tidak mahu menerima hakikat bahawa persoalan mutu pendidikan tinggi dan kedudukan universiti awam negara adalah isu utama yang membawa kesan besar kepada rakyat.

Kedudukan universiti awam negara yang tidak berdaya saing menyukarkan graduan mendapat kerja yang baik dengan gaji yang berpatutan.

Malah, masalah pengangguran di kalangan graduan terutamanya di kalangan graduan Melayu/Bumiputra banyak berpunca dari mutu pendidikan tinggi yang merudum yang saban tahun disahkan oleh kedudukan universiti awam negara.

Oleh sebab itu, hakikat bahawa enam dari tujuh universiti awam negara semakin rendah kedudukannya sewajarnya diambil serius oleh semua pihak dengan penuh keterbukaan.

Apatah lagi apabila universiti terbaik Asia adalah National University of Singapore (NUS) yang menduduki tangga ke-24 menjadikannya univesiti terbaik Asia mengalahkan universiti-universiti Jepun, Korea Selatan dan China.

Ramai yang tidak tahu bahawa NUS mempunyai sejarah yang sama dengan Universiti Malaya kerana kedua-duanya diwujudkan sebagai University of Malaya di Singapura dalam tahun 1949 mengikut saranan Suruhanjaya Carr-Saunders.

Pada 1959, University of Malaya mempunyai dua kampus yang berasingan iaitu kampus asal di Singapura dan kampus baru di Kuala Lumpur. Pada 1962, kedua-dua kampus ini berpisah menjadi dua universiti berasingan iaitu Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan NUS di Singapura.

Selepas 50 tahun, walaupun bermula dari titik yang sama, Universiti Malaya tidak pun berada di dalam kedudukan 100 teratas di dunia sedangkan NUS menjadi universiti terbaik di Asia.

Ini adalah hakikat yang perlu ditangani secara terbuka tanpa prejudis politik atau perkauman kerana mutu dan kedudukan universiti awam negara mempengaruhi taraf hidup rakyat dan daya saing negara seluruhnya.
Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya perkara-perkara demikian dibahaskan secara terbuka dan reformasi pendidikan tinggi dijalankan secara segera seperti berikut:
  • Kembalikan kebebasan akademik kepada universiti-universiti awam dengan memberi kuasa autonomi kepada Senat Universiti tanpa campur tangan kementerian dan kerajaan
  • Pemilihan kepimpinan universiti awam mengikut merit berdasarkan kredibiliti akademik, pengalaman mengurus universiti ternama, integriti peribadi yang bebas dari pandangan partisan dan ciri-ciri lain yang ada pada kepimpinan universiti ternama dunia
  • Kembalikan kebebasan minda yang sepenuhnya kepada siswazah dan gerakan mahasiswa dengan menghentikan serta merta sebarang aktiviti atau program yang mengongkong perkembangan minda bebas siswazah, termasuklah program propaganda politik yang dianjurkan oleh BTN dan badan-badan yang serupa dengannya
  • Menilai semula sistem pemberian biasiswa yang menekankan penghantaran pelajar terbaik ke universiti-universiti luar negara dan beralih kepada sistem biasiswa yang memberi tempat terbaik kepada mereka di universiti-universiti terbaik Malaysia, dan
  • Program khusus memperkasakan kredibiliti akademik fakulti di universiti-universiti awam dengan membawa masuk tenaga pengajar dan penyelidik terbaik dari seluruh dunia
Saya percaya langkah-langkah ini adalah permulaan untuk mengembalikan keunggulan universiti awam negara dengan sasaran Universiti Malaya berada di dalam tangga 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.

Saya juga akan membuat kunjungan hormat ke NUS dalam bulan November 2013 untuk mempelajari sendiri langkah-langkah yang dilaksanakan selama ini untuk menjamin kualiti pendidikan di universiti itu.

Enam sebab Kit Siang bukan pencetus rusuhan 13 Mei 1969

Posted: 10 Sep 2013 03:23 AM PDT

lks bazar 5 

KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang  memberi enam sebab sebagai bukti beliau tidak terbabit dengan rusuhan kaum dan tuduhan fitnah sebagai pencetus tragedi 13 Mei 1969.

Katanya, enam sebab itu termasuk pertama beliau tidak bertanding mana-mana kerusi di Kuala Lumpur atau Selangor pada Pilihan Raya Umum 1969 lalu, sebaliknya bertanding bagi kerusi Parlimen Bandar Melaka.

 Kedua, beliau juga tidak berada di Kuala Lumpur selepas Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969, sebaliknya ketika itu berkempen di Kota Kinabalu membantu seorang calon bebas bagi kerusi Parlimen, kerana Pilihan Raya Umum di Sabah diadakan selepas pilihan raya umum di Semenanjung pada 10 Mei 1969.

"Ketiga, jika saya penyebab rusuhan kaum 13 Mei 1969, sudah tentu saya tidak berani balik dari Sabah ke Kuala Lumpur, apatah lagi jika benar saya yang melaungkan slogan anti-Melayu dalam perarakan jalan raya di Kuala Lumpur dan kencing pada tiang bendera di depan kediaman Menteri Besar Selangor.

"Keempat, jika benar saya yang menyebabkan rusuhan 13 Mei 1969 dengan melaungkan slogan anti-Melayu dalam perarakan jalan raya di Kuala Lumpur dan kencing pada tiang bendera di depan kediaman Menteri Besar Selangor, sudah tentu sejak dulu lagi saya dituduh dan didakwa di mahkamah, kerana melakukan perbuatan jijik sedemikian dan tidak mungkin dilepaskan begitu saja.

"Kelima, jika saya pencetus rusuhan berkenaan, tentu saya tidak akan meminta, sejak 44 tahun lalu sehingga sekarang, supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kejadian 13 Mei 1969 bagi mengenalpasti sebab dan dalangnya.

"Keenam, saya juga tentu tidak akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dari Pusat Tahanan Muar pada 5 Ogos 1969 untuk meluahkan "kegelisahan mengenai masa depan Malaysia" dan mengemukakan tiga cadangan untuk mengukuhkan perpaduan nasional berikutan rusuhan kaum 13 Mei 1969," katanya dalam kenyataan media, semalam.

 lks bazar 4

Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kebelakangan ini media UMNO dan media sosial, termasuk facebook, twitter dan blog, dibanjiri dengan pembohongan dan hasutan berasaskan perkauman.

Katanya, keadaan itu menimbulkan pertikaian apakah penyebaran pembohongan dan hasutan berunsur perkauman, tanpa mengambil kira kesannya terhadap usaha pembinaan bangsa Malaysia, adalah cara yang paling dapat menjamin undi yang tinggi dan pengaruh meluas pada pemilihan UMNO tidak lama lagi.

Beliau berkata, dua hari lalu, akhbar rasmi UMNO, Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang memuatkan tuduhan bekas Timbalan Menteri UMNO, Dr Mohd Fuad Zarkashi yang menyebut bahawa kritikan DAP terhadap filem "Tanda Putera" "semata-mata ingin menyembunyi kebiadapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bertindak kencing di depan rumah Menteri Besar Selangor ketika peristiwa 13 Mei 1969.

Kit Siang kesal kerana seorang bekas menteri UMNO sanggup mengeluarkan kenyataan palsu, tidak bertanggungjawab dan penuh pembohongan dan Utusan Malaysia pula sanggup menyiarnya.

Beliau menafikan berada di Kuala Lumpur sepanjang tempoh terjadinya 13 Mei 1969, tambahan pula Pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba menyatakan adegan kencing dalam filem itu adalah rekaan beliau yang menggunakan "lesen kreatif" untuk mengkhayalkan babak rusuhan kaum 13 Mei 1969.

"Ini bukan kejadian terpencil, kerana kebelakangan ini banyak pembohongan dan dusta disebarkan menerusi media UMNO dan media sosial, termasuk catatan dalam blog bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin pada Selasa lalu (3 September 2013) yang menuduh saya terbabit mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 dengan mendakwa, "Racun yang mereka semai telah membunuh," katanya.

Berikutan fitnah berkenaan, Lim Kit Siang mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Zainuddin, Fuad dan Utusan Malaysia bagi membersihkan namanya daripada semua pembohongan dan fitnah itu.

Bagaimanapun, katanya, rakyat Malaysia dan perwakilan UMNO sendiri perlu bertanya kepada diri mereka samada mereka mahu membenarkan penyebaran pembohongan dan hasutan berunsur perkauman sehingga menjejaskan usaha pembinaan bangsa Malaysia semata-mata jika percaya ia adalah cara yang dapat menjamin undi yang tinggi dan pengaruh meluas pada pemilihan UMNO nanti.

"Saya sudah berulang kali menyatakan saya tidak berada di Kuala Lumpur ketika berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969, tetapi nampaknya hakikat dan kebenaran tidak bermakna di mata pemimpin dan juru propaganda UMNO yang bersungguh-sungguh menyebarkan pembohongan dengan menuduh saya sebagai pencetus rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan mereka cerita mengenai peranan saya dalam perarakan jalanan pada 11, 12, dan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur serta kencing pada tiang bendera di kediaman Menteri Besar Selangor," katanya.

Menurut Kit Siang, beliau juga menyatakan dalam surat kepada Tunku Abdul Rahman bahawa sejak awal lagi selepas kekacauan 13 Mei 1969, DAP telah menawarkan bantuan untuk memulihkan keamanan dan keharmonian.

Katanya, beliau sendiri juga pada 17 Mei 1969, sempat mengemukakan tawaran dan kesanggupan yang sama bagi pihak parti pada satu sidang akhbar di Singapura, sebelum pulang dari Sabah ke ibu kota dan sebelum ditangkap.

"Selain itu, saya juga mengemukakan tiga cadangan iaitu agar Parlimen bersidang dengan segera untuk membolehkan semua Ahli Parlimen menegaskan sokongan mereka terhadap konsep dan ideal toleransi, persefahaman dan kemajmukan kaum dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap proses demokratik dan menafikan peluang Parti Komunis Malaya untuk menangguk keuntungan politik daripada kekacauan itu.

"Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat sebab terjadinya kekacauan 13 Mei serta menangkap dan menghukum dalangnya dan meneliti semua masalah perkauman di Malaysia dengan tujuan merumuskan penyelesaian jangka panjang.

"Kita perlu menimba pengajaran daripada tragedi 13 Mei 1969 agar Malaysia dapat menjadi negara yang lebih bersatu, berjaya, serta makmur, bukannya menyelewengkan sejarah dan fakta mengenai peristiwa tragis yang berlaku 44 tahun lalu itu untuk menangguk keuntungan politik demi mendapatkan undi yang lebih tinggi dan meraih pengaruh lebih besar pada pemilihan UMNO," ujarnya.-Roketkini.com

DAP seru KPN hormati semangat Akta Kanak-Kanak 2001

Posted: 10 Sep 2013 03:20 AM PDT

Teresa 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menggesa Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar melaksanakan tugas dengan menghormati semangat Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata, KPN juga harus mengeluarkan arahan kepada anggotanya agar mengikut garis panduan sesuai bagi memastikan hak kanak-kanak dihormati dan dilindungi setiap masa.

Menurutnya, walaupun mendapat pelbagai kritikan namun KPN tetap bertegas bahawa kanak-kanak boleh disoal siasat tanpa kehadiran ibu bapa.

"Saya ingin bertanya kepada KPN dua soalan, adakah anda benar-benar faham mengapa orang awam, peguam hak asasi manusia, Suhakam dan Majlis Peguam meminta mesti ada kehadiran ibu bapa jika pihak polis mahu menyoal kanak-kanak? Adakah anda faham apa dia semangat Akta Kanak-kanak 2001.

"Jika dia memahaminya, maka dia sepatutnya dapat memberi jawapan yang baik, memuaskan dan menyatakan "ya, kami faham 'ketakutan dan kebimbangan orang ramai dan akan memastikan persetujuan serta kehadiran ibu-bapa" dan bergerak ke hadapan.

"Tapi dia mengecewakan orang ramai semalam apabila mendakwa 'kehadiran ibu bapa tidak diperlukan', ia amat mengecewakan dan membingungkan apabila KPN masih enggan melakukan tindakan betul," katanya dalam kenyataan hari ini.

 Teresa 2

Teresa Kok yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP  pada 8 September lalu mendesak IGP supaya menarik balik kenyataannya berikutan gesaan Suhakam dan Majlis Peguam Negara baru-baru ini yang meminta polis menghormati dan melindungi hak-hak kanak-kanak.

KPN terdahulu itu enggan memberi kerjasama dan bertegas dengan menyatakan 'kami tahu bagaimana untuk menemubual kanak-kanak, kami juga mempunyai anak-anak' terhadap kritikan yang dilemparkan dalam insiden SK Seri Pristana.

Beliau berkata, polis yang menemuramah murid juga adalah ibu bapa dan mereka menggunakan akal mereka ketika menyoal siasat murid-murid.

Pada 28 Ogos, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Junaidi Bujang menyatakan 'tidak ada arahan' diberikan ketika menyoal siasat kanak-kanak itu.

Menyelar tindakan itu, Teresa menegaskan jawapan itu langsung tidak meyakinkan orang ramai.

"KPN beberapa hari lalu menjawab dengan sombong 'siapa kata kita tidak boleh menyoal siasat kanak-kanak?' dan semalam beliau meminta ibu bapa percaya bahawa polis juga 'mempunyai anak'

"Ketua Polis Negara perlu tahu bahawa jawapan itu tidak akan memberi inspirasi kepada keyakinan orang ramai dan mendapatkan sokongan.

"Cara terbaik untuk meyakinkan ibu-bapa adalah memastikan kehadiran mereka ketika disoal siasat," ujarnya. -Roketkini.com

Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar (RM2.60 = SG$1). Rakyat Singapura Semakin Gembira! Rakyat Malaysia?

Posted: 09 Sep 2013 10:32 PM PDT

 

Malaysia VS Singapore 2013

Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar : Biasanya, berdasarkan laporan media arus perdana di Malaysia, rakyat Malaysia diminta jangan terlalu percaya kepada khabar angin dan digalakkan hanya berpandukan maklumat yang "sahih dan tepat" contohnya kitab Utusan Malaysia dan Berita TV3 serta berita RTM.

Dan berdasarkan laporan Bernama yang disiarkan oleh Yahoo Malaysia, ekonomi Malaysia kekal kukuh, aman, stabil, ekonomi Malaysia positif, mengukuh, pesat membangun, harga minyak masih termurah berbanding negara lain, kos sara hidup rendah, segala macam yang indah-indah belaka.

Contohnya, laporan berita Bernama pada 29 April 2013 satu minggu sebelum Pilihanraya Umum ke 13 (2013).

Ekonomi Malaysia 2013

Sekarang?

Hakikatnya, sekarang ini, Ringgit Malaysia terus jatuh ke nilai terendah dalam tempoh 15 tahun. belum pernah dalam sejarah matawang malaysia dalam tempoh 15 tahun terakhir ini, nilai matawang Malaysia serendah seperti yang berlaku sekarang.

Terbaru nilai ringgi Malaysia mencacatkan angka tukaran dengan Singapore Dollar sekitar :

Nilai Malaysia Vs Singapura

Nampaknya nilai matawang ringgit Malaysia berbanding Singapore Dollar memberikan tekanan & bacaran yang kuat kepada rakyat Malaysia & kerajaan Malaysia yang terpaksa mengimport barangan daripada luar pada kadar yang mahal serta mengeksport barangan & produk Malaysia pada nilai rendah.

Contohnya :
  • Tahun 2000 kerajaan bayar RM3 billion untuk import ubat ubatan
  • Tahun 2013, kerajaan perlu bayar RM5 bilion disebabkan jurang nilai Euro yang semakin melebar  berbanding ringgit Malaysia
  • Akhirnya, siapa yang perlu menanggung kerugian tersebut? Kalau tidak…….
Sebaliknya masalah nilai ringgit Malaysia yang terus merosot ini memberikan suatu berita gembira kepada rakyat Singapura dan juga rakyat Malaysia yang berkerja di Kota Singa tersebut.
"Kejatuhan ringgit dengan teruk = ekonomi Malaysia merudum"

Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar : Rakyat Singapura Semakin Gembira?

Berita Semasa tidak terkejut dengan situasi ekonomi Malaysia sekarang ini cuma sedih, negara yang sebenarnya kaya-raya dengan hasil mahsul negara hanya berjaya masuk dalam senarai 40 negara berpendapatan rendah sedangkan negara tiada hasil pun boleh masuk dalam senarai 30 negara berpendapatan tinggi.

Jikalau mahu disingkap sejarah semasa merdeka selepas Singapura keluar dari Malaysia, tentera pun Singapura terpaksa pinjam dari Malaysia. Sekarang? Sekarang tentera Singapura & kelengkapan ketenteraan mereka adalah yang tercanggih di Asia Tenggara,

Ringgit Malaysia VS Dollar Singapore berada pada paras yang sama (MYR1=SGD1), tetapi sekarang? Bukan sahaja tidak boleh dibaik pulih malahan bertambah buruk.

Dan….yang menarik berdasarkan semakin Berita Semasa melihatkan kepada carta prestasi ringgit di sini

Prestasi Kejatuhan Ringgit Malaysia

Tukaran Matawang Malaysia 2013
Sumber : XE.com

Apa yang dapat anda perhatikan berdasarkan carta di atas? Dan, cuba lihat juga sejarah tukaran ringgit Malaysia dengan SGD, USD, EUR, GB, JPY dan lain-lain lagi untuk 1 tahun terkahir ini. Apa yang telah berlaku?
  • nilai ringgit mula mengukuh lebih kurang dua tiga bulan sebelum minggu pertama 13 Mei
  • Selepas itu, perubahan yang cukup drastik berdasarkan paparan carta tukaran matawang Ringgit malaysia, dan akhirnya nilai ringgit dilihat mulai susut dengan teruk.
Nah…..persoalannya sekarang. Apa yang telah berlaku pada minggu pertama 13 Mei 2013 tersebut? Berita Semasa pulangkan persoalan ini untuk dijawab dan diulas oleh anda pula?

[VIDEO] Pemuda & Pemandu Teksi Protes Harga Minyak Naik

Posted: 09 Sep 2013 10:30 PM PDT


Naik Minyak: Pemandu Teksi minta kerajaan kaji semula

KELAB GREENBOC

PETALING JAYA - Jawatankuasa Bertindak Teksi Selangor dan Wilayah Persekutuan mendesak kerajaan menimbang semula kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen kerana ia mampu memberi kesan buruk kepada pemandu teksi.

Pengerusinya, Amran Jan berkata, pemandu teksi turut menerima impak kenaikan harga petrol dan diesel yang dilihat amat tidak wajar kerana secara tidak langsung kos penyelenggaraan kenderaan akan meningkat.

Katanya, kos bagi penyelenggaraan teksi dijangka akan meningkat sebanyak 20 peratus berbanding harga sebelum ini ekoran kenaikan harga bahan api itu.

"Kos bagi alat ganti sememangnya akan meningkat dan keadaan ini akan membebankan pemandu teksi terutamanya di kawasan Lembah Klang, ini" katanya ketika sidang media yang diadakan di Stesen LRT Taman Bahagia, di sini semalam.

Kata Amran, walaupun pendapatan harian pemandu teksi tidak terjejas tetapi dengan RM2,500 sebulan dilihat tidak mencukupi untuk menampung kos alat ganti kenderaan selepas ini.

"Kami tidak akan dapat bertahan disebabkan oleh impak kenaikan harga petrol ini," katanya.

Mengulas isu sama, ahli jawatankuasa bertindak, Kemialin Yahya, 75, berkata, kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebenarnya membebankan seluruh masyarakat di negara ini.

Jelas Kemialin, kenaikan harga minyak yang tinggi sangat mengejutkan dan pihaknya berharap kerajaan dapat mengkaji semula.

Beliau turut menyarankan kerajaan menimbang pemberian subsidi bagi pembelian alat ganti dan tayar kepada pemandu teksi dalam usaha untuk mengurangkan beban golongan ini. -SH


LIHAT VIDEO DI SINI

Antara Robin Hood dengan Robin Najib

Posted: 09 Sep 2013 10:08 PM PDT




Oleh SHIRZAD LIFEBOAT 

ADALAH satu fakta tak-dapat-disangkal betapa hampir setiap golongan dewasa terutama mereka bertaraf ketua keluarga terjebak, malah tersumpah untuk berhutang lebih separuh hayat. Semuanya akibat struktur pelbagai cukai dan kadar faedah yang menokok kepada kos-akhir hampir semua barangan di peringkat pengguna.

Tidak sukar melihat betapa harga kereta dan rumah terkeluar daripada senarai barangan yang mampu dimiliki secara pinjaman jangka pendek atau apatalah lagi secara tunai.

Justeru setiap rakyat Malaysia yang berhutang bimbang sama ada mereka masih mampu hidup secara sempurna tanpa berhutang dengan bank menerusi kad kredit memandangkan kadar kenaikan gaji (dibaca pendapatan) hanyalah merupakan pecahan kecil kepada hutang kereta, hutang rumah, hutang pinjaman peribadi untuk tujuan menghantar anak ke universiti dan lain-lain hutang yang terpaksa diambil kerana sesuatu keperluan mendesak.

Pada garisan terakhirnya, hampir setiap rakyat Malaysia dalam golongan dewasa bimbang dan resah tentang kedudukan hutang mereka. Namun, yang langsung tidak menunjukkan sebarang kebimbangan, malah menganggapnya sebagai "biasa" adalah pemimpin Umno-BN.

"Pemimpin datang dan pergi. Pemimpin yang pergi boleh lupa sahaja tentang hutang. Pemimpin yang datang kenalah fikir tentang hutang pemimpin yang telah pergi," komen seorang penjual cendol dan rojak di tepi jalan di sebuah kawasan perumahan di pinggir Kuala Lumpur. Dulu dia ada sebuah kedai menjual akhbar, alat tulis dan pelbagai barangan runcit termasuk kad prayabar untuk pelbagai pembekal khidmat telefon mudah alih. Tetapi akhirnya terpaksa gulung tikar kerana tak mampu lagi untuk membayar ansuran bulanan rumah kedai yang dibelinya lapan tahun terdahulu ketika mana harga minyak dan barangan keperluan lain masih di peringkat munasabah dan masih boleh toleransikan.

Kami minum di warung tidak berlesen yang terletak di sebuah tanah lapang. "Masa aku masih dalam 'army' dulu, harga teh tarik ini baru seringgit." rungut seorang askar pangkat rendah yang telah pencen perkhidmatan beberapa tahun terdahulu tetapi sedang mencari pekerjaan. "Tiga orang lagi anak aku masih sekolah. Kalau nak harapkan pencen aje, tak boleh hidup," katanya lagi.

"Hmm. Betul tu," kata penjual cendol India Muslim yang baru menghantar pesanan whatsapps kepada isterinya yang sedang menjaga warung cendol motosikal roda tiga di persimpangan sebuah pasar raya. "Kita semua ni dah lah susah, kerajaan naikkan pulak lagi harga minyak."

"Itu dan memang cara kerajaanlah. Kalau nak pakai duit atau nak 'settle' hutang, terpaksa ambik duit rakyat. Naik cukai itu, naik cukai ini. Potong subsidi itu potong subsidi ini," sungut si askar pencen.

'Tau takpe', saya bersetuju dalam hati sambil mengingatkan peristiwa yang berlaku pada malam Najib Razak mengumumkan kenaikan harga minyak.

Pada malam itu saya lepak sambil minum kopi di sebuah kedai mamak berhampiran dengan sebuah stesen minyak Petronas. Ketika saya tiba kira-kira jam 11 malam, kereta yang berbaris untuk mengisi penuh tangki minyak masing-masing sudah ibarat kesesakan trafik di pusat bandar Kuala Lumpur tatkala waktu puncak. Banyak juga kenderaan yang terpakir di bahu jalan sisir dan tepi jalan utama kerana kawasan stesen minyak sudah penuh.

Seorang wanita, barangkali dalam usia pertengahan 30-an berjalan dengan muka masam ke arah meja sebelah saya. "Sudahlah satu jam tunggu, tak dapat masuk. ATM (mesin ATM) pulak beratur panjang," katanya kepada seorang lelaki yang agak lebih tua dan duduk di meja sebelah."

Rupa-rupanya wanita yang kemudiannya beredar dengan sebuah kereta Proton Waja itu hanya mahu mengeluarkan wang tunai RM50 untuk kegunaan suaminya yang telah pokai giler untuk ke tempat kerja keesokan hari.

'Itulah rentak dan nadi hidup di Malaysia bagi golongan berpendapatan sederhana,' kata hati saya lagi.
Sementara pemimpin Umno, termasuk yang buta ekonomi mengatakan kenaikan harga minyak akan membantu mengukuhkan ekonomi Malaysia (ikut mana kukuh pun ramai yang tak tahu), kerajaan juga akan menggunakan wang pengurangan subsidi minyak itu untuk memberikan nilai BR1M yang lebih tinggi.

Bagi yang layak menerima BR1M, mereka hanya mengambilnya kerana apa pun jumlahnya, ia berguna untuk meringankan sedikit beban tetapi dalam waktu yang sama akur betapa sesaknya keadaan ekonomi negara dan betapa tujuan BR1M hanyalah umpan politik Umno semata-mata dan bukan pada dasarnya untuk membantu kerajaan. Maknanya, rakyat yang lapar diberikan ikan walhal sepatutnya diberikan pancing.

Dengan alasan menggunakan wang pengurangan subsidi minyak untuk memberikan BR1M, Najib Razak nampaknya meniru gaya Robin Hood. Bezanya watak cerita rakyat Inggeris purba itu mencuri daripada golongan kaya untuk diberikan kepada golongan miskin tetapi Najib menafikan wang golongan miskin untuk diberikan semula kepada golongan miskin untuk tujuan mendapat nama (walaupun pada hakikatnya jumlah BR1M itu jauh lebih kecil daripada jumlah perbezaan jangka panjang dalam kos kehidupan akibat kenaikan harga minyak yang bersifat reaksi-berantai terhadap semua kos komoditi keperluan hidup).

Dalam pada itu, bercakap sebagai pakar terulung ekonomi seantero dunia, kenaikan minyak itu menurut penjelasan Najib adalah bagi tujuan pengukuhan semula ekonomi negara. Namun demikian, mereka yang dianggap kurang pakar oleh sesetengah pihak di Malaysia, dan bertugas sebagai penganalisis ekonomi di firma pengkadaran Fitch (di mana laporan dan analisisnya digunakan oleh hampir semua pembuat dasar fiskal di seluruh dunia) pula menawarkan pendapat berbeza.

Fitch memerhatikan betapa penabungan fiskal dari kenaikan minyak 20 sen itu hanyalah RM1 bilion bagi 2013 atau bersamaan 0.1 peratus daripada KDNK dan hanya RM3 bilion untuk tahun 2014 atau bersamaan 0.3 peratus dari KDNK.

Firma tersebut yang telah pun turut memfaktorkan pengurangan bersih satu peratus KDNK dari perbelanjaan menerusi ramalan fiskal kerajaan bagi tahun 2015 merasakan perubahan angka tersebut tidak akan menjejaskan pengkadaran mereka terhadap Malaysia (sebagaimana ia tidak akan mengurangkan hutang luar Malaysia atau memperbaiki indeks ekonomi yang lainnnya).

Barangkali Fitch terlepas pandang betapa dalam sebutan pengurusan dan urustadbir ekonomi Malaysia, terutamanya setelah diletakkan batu asasnya oleh Abdullah Ahmad Badawi ketika mengetuai Kementerian Kewangan (atas nama sahaja), kenaikan harga minyak dan komoditi keperluan lain jarang mengambil kira prestasi ekonomi itu sendiri. Sebaliknya ia lebih merupakan pertimbangan survival politik parti pemerintah.

Syarikat dituduh mencemar sungai diarah kosongkan premis

Posted: 09 Sep 2013 10:02 PM PDT


DSC_0340

RAWANG, : Kilang yang didakwa menyebabkan pencemaran minyak Sungai Selangor diarah mengosongkan premis oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang dalam masa 30 hari, berkuatkuasa 9 September.

Penolong Penguatkuasa MPS, C Paramasivam berkata MPS telah menempatkan anggota-anggota mereka di premis tersebut bagi memastikan pemilik mematuhi arahan itu.

Premis yang disita itu telah dibuka semula hanya bagi tujuan itu. Semua peralatan, kemudahan dan barangan yang dibawa keluar dari kilang itu akan direkodkan.

"Pemilik kilang boleh melakukan kerja-kerja pengosongan premis bermula hari ini (9 September) iaitu seawal jam 8 pagi hingga 7 malam. Kalau kilang ini tidak dapat dikosongkan dalam tempoh sebulan, kita tunggu arahan selanjutnya daripada YDP," katanya kepada Selangor Kini.

Kilang yang mengambil kontrak pembuangan sampah secara haram kira-kira 13 tahun lalu mula dihimpit kontroversi setelah didakwa bertanggungjawab terhadap pembuangan sisa minyak hitam ke Sungai Gong, yang mengalir keluar ke Sungai Selangor, baru-baru ini.

Selaras dengan respon Kerajaan Negeri, MPS bertindak pantas dan menyita kilang tersebut pada 31 Ogos lalu dan merampas 20 peralatan seperti alatan kimpalan serta dua buah lori tangki yang mengandungi minyak hitam.

Sementara itu, seorang kakitangan di syarikat berkenaan yang enggan dikenali menjelaskan pihaknya akur dengan keputusan MPS itu dan berjanji akan mengosongkan kilang itu dalam tempoh ditetapkan.

Beliau turut memberitahu, kesemua barangan daripada kilang itu akan dipindah ke beberapa lokasi berbeza antaranya, Ampang, Kundang, Klang dan Ijok.

"Susah untuk siapkan (pengosongan kilang) dalam tempoh sebulan, tetapi kami akan cuba. Pemilik cadang hendak pindah tahun depan tetapi kilang ini telah disita terlebih dahulu," katanya.

Kenaikan Harga Minyak: Sistem ekonomi hari ini, duit yg kerjakan orang

Posted: 09 Sep 2013 09:56 PM PDT



Oleh U Zaharudin Muhammad 

Ekonomi Islam boleh digambarkan sebagai bottom up sistem. Velocity of money (pergerakan duit) diproses oleh orang ramai, dipegang oleh setiap pojet rakyat, diurusniagakan dan akhirnya memberikan income kepada kerajaan utk urusan keperluan kerajaan dan golongan yang terpinggir. Sebab itu di dalam Islam ada kadar minimum yang wajib dipastikan oleh kerajaan supaya berada di dalam poket rakyat. Kadar minimum antaranya ialah setiap rakyat mestilah mempunyai wang cair untuk tempoh setahun keperluan.

Kerajaan kadang2 mengosongkan baitulmal bagi merealisasikan kadar minimum yg perlu ada dlm reserve setiap poket rakyat. Rakyat akan kerjakan duit yang ada dalam kocek utk dijadikan production, membuat kajian try and error, cuba business baru dll. Mereka boleh bangunkan kepakaran masing2 tanpa bergantung subsidi atau bergantung kpd syarikat gergasi dunia. Sebab itu orang islam kreatif pada zaman khilafah, sehingga berjaya mencipta kapal terbang pertama dunia, mengkaji perubatan dll tanpa bergantung kepada subsidi. Realitinya, rakyat dan kerajaan Islam tidak pernah miskin dgn sistem yg adil ini.

Tetapi sistem ekonomi hari ini, duit yg kerjakan orang. Minat lain tapi terpaksa buat kerja lain demi wang. Wang yang gerakkan manusia melalui kontrol political businessman yang saya dan pencinta keadilan musuhi. Wang yang kerjakan orang ramai. Tiada subsidi wang, manusia tak boleh bergerak. Velocity of money hanya berlegar dikalangan orang kaya. Orang ramai hanya terima wang awal bulan tapi akhir bulan habis.

Ada yang akhir bulan terima gaji, pertengahan bulan dah kira jari, bukan kira wang. Semua rakyat bekerja dengan membayar cukai yg tinggi, berhutang dan membayar secara installment cukai2 yg tak mampu dibayar cash. Cukai itu diberikan kepada golongan political businessman, ada lebihan baru diberikan subsidi. Lebih parah apabila political usinessman memberikan sumbangan kepada politician dlm pru, bila dpt kuasa, pembayaran blk dlm bentuk projek mesti dibuat.

Apabila pembayaran balik adalah tinggi, maka subsidi seperti minyak ditarik bagi memastikan reserve2 dan tabung2 top fund dipenuhi semula. Maka kadar minimum yg dititik beratkan dalam sistem korup ini ialah tabung2 top fund yang akan digunapakai oleh political businessman, bukan kadar minimum poket2 rakyat.

Akibatnya, berlakunya ketirisan, bubble project. Projek perlu pula kosnya berganda disebabkan oleh bubble cost. Projek mengguna pakai wang yang dibayar oleh setiap rakyat, diberikan kepada political businessman untuk dijual semula kepada rakyat secara berganda.

Lebih parah rakyat diperbodohkan dengan disembunyikan berapa cukai sebenar dibayar oleh rakyat. Diulik lagi konon2nya cukai itu demi kepentingan rakyat. Diparahkan lagi dgn ustaz2 umno yang melapiki perbuatan zalim tersebut dgn nas2 diluar contactnya.

Saya berazam utk memperjuangkan dakwah penerangan ini, serta mengajak rakyat untuk membuat perubahan.

Pelaburan RM52.6j tingkat ekonomi, cipta peluang di desa

Posted: 09 Sep 2013 09:49 PM PDT


BioMax Rubber

SHAH ALAM  : Pembukaan cawangan kedua kilang pembuatan sarung tangan di Kuala Selangor diyakini akan meningkatkan ekonomi negeri disamping mencipta peluang pekerjaan baru khususnya kepada masyarakat luar bandar.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Ean Yong Hian Wah berkata Kerajaan Negeri mengalu-alukan usaha Biomax Rubber Industries Sdn Bhd melabur sebanyak RM52.6 juta bagi menubuhkan kilang keduanya.

"Kerajaan Negeri menggalakkan pelaburan berkembang di negeri ini, kita mahu Selangor membangun dan bertambah maju selain dapat meningkatkan taraf masyarakat.

"Ini bersesuaian dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan pembangunan luar bandar," katanya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Semalam, Presidennya, Chong Wee Chong memaklumkan cawangan baru itu akan dibina di atas 3.24 hektar akhir tahun ini dan dijangka siap pada awal 2015.

Agensi berita Bernama melaporkan cawangan baru ini nanti mempunyai dua talian pengeluaran dengan kapasiti menghasilkan satu bilion sarung tangan perubatan/pemeriksaan (ME) setiap tahun.

Biomax ditubuhkan pada tahun 2010, dan mengeksport produk ke 20 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Vietnam, Eropah, Timur Tengah, India dan Australia.

Cawangan pertama Biomax terletak di Sungai Buloh.

Ean Yong berkata pelaburan Biomax memberikan impak positif dan membantu menguatkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan domestik dan luar negara.

Dalam Sidang Dewan Negeri Julai lalu, Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak RM8 bilion jumlah pelaburan bagi sektor perkilangan bagi tahun 2013.

Ean berkata sebanyak 1,420 projek perkilangan diluluskan dengan pelaburan sebanyak RM49.7 bilion dan 125,067 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan bagi tempoh 2008-2012.

Projek tebatan baru atasi banjir

Posted: 09 Sep 2013 09:47 PM PDT


tebatan banjir 01

SHAH ALAM : Projek tebatan banjir akan dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dan Klang baru-baru ini.

Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, projek ini akan dilaksanakan segera di kawasan yang telah dikenal pasti iaitu di Sungai Rasah dan sekitarnya.

tebatan banjir 02

"Antara cadangan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS) ialah supaya ditinggikan tebing di sekitar kawasan terbabit bagi menghalang air daripada melimpah keluar ke jalan dan tol berdekatan," kata Yunus dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, aliran longkang dan perparitan yang sempit sebelum bercantum telah menyebabkan cerutan (bottleneck) mengakibatkan air melimpah ke dalam sungai.

"Kerajaan Negeri turut mengenal pasti beberapa tempat yang sering mengalami banjir kilat kerana masalah perparitan yang tidak terurus dengan baik, tersumbat dan sebagainya seperti di Kampung Padang Jawa untuk dinaik taraf kepada lebih baik lagi," katanya.

Kerajaan Negeri juga akan melakukan tindakan segera di kawasan persimpangan Jalan Batu Tiga Lama dan Jalan Sungai Rasah dengan membesarkan longkang dan perparitan kerana kerap berlaku banjir lumpur.

tebatan banjir 03

Beliau menambah pihaknya dan sekumpulan pegawai dari JPS turut melakukan tinjauan ke kawasan tersebut sehari sebelum banjir berlaku.

"Kerajaan Negeri akan melakukan pemantauan di kawasan-kawasan yang turut diklasifikasikan sebagai kawasan berpotensi untuk mengalami banjir kilat supaya dapat dilakukan pencegahan awal sebelum berlaku malapetaka yang lebih besar.

Yunus tidak menolak kemungkinan taburan hujan yang agak luarbiasa yang menyebabkan berlakunya banjir kilat.

"Kerjasama daripada penduduk setempat dan seluruh rakyat Selangor diperlukan supaya tidak menjadikan longkang dan perparitan sebagai tempat pembuangan sampah segera sehingga menyebabkannya 'tersekat dan sebu'," katanya.

Polis enggan siasat semula kes Altantuya untuk tutup jenayah

Posted: 09 Sep 2013 09:43 PM PDT


altantuya

SHAH ALAM Keengganan polis membuat siasatan baru kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, menunjukkan sikap  lepas tangan pihak berkuasa itu dalam memberi keadilan kepada mangsa.

"Mereka tidak minat untuk cari siapa yang bunuh Altantuya. Nampaknya, Ketua Polis Negara (KPN) tidak endah ada pembunuhan walaupun jelas beberapa orang terlibat.

"Mereka tidak nampak keperluan untuk melihat siapa yang membunuh dan mendapatkan satu keadilan terhadap mangsa pembunuhan.

"Nampak sangat mereka lepas tangan, tak ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku, ini merupakan cara menutup jenayah," kata Ketua Biro Guaman PKR, Latheefa Koya kepada TV Selangor.

KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyatakan siasatan baru tidak perlu dan mahu semua orang perlu menghormati keputusan mahkamah.

Latheefa menyifatkan, siasatan tidak profesional polis boleh memberi kesan terhadap sesuatu kes di mahkamah.

"Kerja polis tak mantap, tak complete (selesai) dan memberi satu penyiasatan yang tidak sempurna ke mahkamah.

"Sudah tentu mahkamah perlu melepaskan sesoerang itu kalau tak cukup bukti. Yang salahnya polis kerana siasatan tidak profesional," katanya.- FZL

LIHAT VIDEO DI SINI

Ambil tindakan kepada Zainuddin, Fuad dan Utusan

Posted: 09 Sep 2013 05:19 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah mengarahkan para peguam mengambil tindakan perundangan terhadap Zainuddin Maidin, Fuad Zarkashi dan Utusan Malaysia untuk membersihkan namanya daripada semua pembohongan berkaitan 13 Mei 1969.

Namun, rakyat Malaysia dan perwakilan Umno sendiri perlu bertanya kepada diri mereka apakah mereka hendak membenarkan penyebaran pembohongan dan hasutan berunsur perkauman menjejaskan usaha pembinaan bangsa Malaysia.

Ini semata-mata kerana mereka percaya bahawa ia adalah cara yang paling dapat menjamin undi yang tinggi dan pengaruh meluas dalam pemilihan parti Umno yang bakal menjelang.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Kebelakangan ini media Umno dan media sosial, termasuk facebook, twitter, dan blog, dibanjiri pembohongan dan hasutan berasaskan perkauman. Keadaan ini menimbulkan persoalan:

Apakah penyebaran pembohongan dan hasutan berunsur perkauman, tanpa mengambil kira kesannya terhadap usaha pembinaan bangsa Malaysia, adalah cara yang paling dapat menjamin undi yang tinggi dan pengaruh meluas dalam pemilihan parti UMNO yang bakal menjelang?

Dua hari lalu, akhbar rasmi UMNO Utusan Malaysia telah menerbitkan satu laporan yang memuatkan tuduhan bekas timbalan menteri UMNO Dr. Mohd Fuad Zarkashi yang menyebut bahawa kritikan DAP terhadap filem "Tanda Putera" "semata-mata ingin menyembunyi kebiadapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bertindak kencing di depan rumah Menteri Besar Selangor ketika peristiwa 13 Mei 1969." (Utusan Malaysia 7.9.13 hal.13)

Mengapa seorang bekas menteri UMNO sanggup mengeluarkan kenyataan yang sedemikian palsu, tidak bertanggungjawab, dan penuh pembohongan, serta mengapa pula Utusan Malaysia sanggup menerbitkannya?

Saya tidak berada di Kuala Lumpur sepanjang tempoh terjadinya 13 Mei 1969 dan pengarah filem Tanda Putera Datin Paduka Shuhaimi Baba pula telah menyatakan yang adegan kencing dalam filem tersebut adalah rekaan beliau yang menggunakan "lesen kreatif" untuk mengkhayalkan babak rusuhan kaum 13 Mei 1969!

Ini bukan kejadian terpencil, memandangkan kebelakangan ini telah banyak pembohongan dan dusta disebarkan menerusi media UMNO dan media sosial, termasuk catatan dalam blog bekas menteri penerangan Zainuddin Maidin pada hari Selasa lepas (3 September 2013) yang menuduh saya terlibat mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 dengan katanya, "Racun yang mereka semai telah membunuh."

Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengambil tindakan perundangan terhadap Zainuddin, Fuad, dan Utusan Malaysia untuk membersihkan nama saya daripada semua pembohongan ini. Namun, rakyat Malaysia dan perwakilan UMNO sendiri perlu bertanya kepada diri mereka apakah mereka hendak membenarkan penyebaran pembohongan dan hasutan berunsur perkauman menjejaskan usaha pembinaan bangsa Malaysia semata-mata kerana mereka percaya bahawa ia adalah cara yang paling dapat menjamin undi yang tinggi dan pengaruh meluas dalam pemilihan parti UMNO yang bakal menjelang!

Saya telah berulangkali menyebut bahawa saya tidak berada di Kuala Lumpur semasa rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku, tetapi nampaknya hakikat dan kebenaran tidak mempunyai makna di mata para pemimpin dan juru propaganda UMNO yang bersungguh-sungguh hendak menyebarkan pembohongan bahawa saya telah mencetuskan rusuhan kaum 13 Mei 1969 dengan mereka-reka cerita tentang peranan saya dalam perarakan jalanan pada 11, 12, dan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur serta mereka-reka cerita saya kencing pada tiang bendera di kediaman Menteri Besar Selangor.

Enam sebab mengapa saya tidak mungkin terlibat mencetuskan rusuhan kaum 13 Mei 1969:

Sekurang-kurangnya ada enam perkara yang membuktikan bahawa tidak mungkin saya boleh mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969.

Pertama, saya tidak bertanding untuk mana-mana kerusi di Kuala Lumpur atau Selangor pada pilihanraya umum 1969 yang lalu, sebaliknya saya bertanding untuk kerusi parlimen Bandar Melaka.

Kedua, saya tidak berada di Kuala Lumpur selepas pilihanraya umum 10 Mei 1969, sebaliknya ketika itu saya berkempen di Kota Kinabalu untuk seorang calon bebas bagi kerusi parlimen, kerana pilihanraya umum di Sabah untuk tahun 1969 diadakan selepas pilihanraya di Semenanjung pada 10 Mei 1969.

Ketiga, jika saya yang menyebabkan rusuhan kaum 13 Mei 1969, sudah tentu saya tidak akan berani balik ke Kuala Lumpur dari Sabah, apatahlagi jika benar bahawa saya yang telah melaungkan slogan-slogan anti-Melayu dalam perarakan jalanraya di Kuala Lumpur dan telah kencing pada tiang bendera di depan kediaman Menteri Besar Selangor.

Keempat, jika benar saya yang menyebabkan rusuhan 13 Mei 1969 dengan melaungkan slogan-slogan anti-Melayu dalam perarakan jalanraya di Kuala Lumpur dan telah kencing pada tiang bendera di depan kediaman Menteri Besar Selangor, sudah tentu dulu lagi saya telah dituduh dan didakwa di mahkamah, kerana pelaku perbuatan jijik sedemikian tidak mungkin dilepaskan begitu saja!

Kelima, jika saya adalah pencetus rusuhan tersebut, tentu saya tidak akan meminta, sejak 44 tahun lalu sehingga sekarang, supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasa kejadian 13 Mei 1969 bagi mengenalpasti sebab dan dalangnya.

Keenam, saya juga tentu tidak akan menulis surat kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dari Pusat Tahanan Muar pada 5 Ogos 1969 untuk meluahkan "kegelisahan tentang masa depan Malaysia" dan mengemukakan tiga cadangan untuk mengukuhkan perpaduan nasional berikutan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Seperti yang saya sebutkan dalam surat saya kepada Tunku:

"Sejak awal lagi selepas kekacauan 13 Mei, DAP telah menawarkan bantuan untuk memulihkan keamanan dan keharmonian.

"Saya sendiri, pada 17 Mei, telah sempat mengemukakan tawaran dan kesanggupan yang sama bagi pihak parti saya dalam sebuah sidang akhbar di Singapura, sebelum saya pulang ke ibu kota Malaysia dari Sabah dan sebelum ditangkap."

Tiga cadangan yang saya kemukakan itu ialah:

(1) Agar Parlimen bersidang dengan segera untuk (a) membolehkan semua Ahli Parlimen menegaskan sokongan mereka terhadap konsep dan ideal toleransi, persefahaman dan kemajmukan kaum; dan (b) memulihkan keyakinan rakyat terhadap proses demokratik dan menafikan peluang Parti Komunis Malaya untuk menangguk keuntungan politik daripada kekacauan tersebut.

(2) Penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat sebab-sebab terjadinya kekacauan 13 Mei serta menangkap dan menghukum para dalangnya; dan

(3) Penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti semua masalah perkauman di Malaysia dengan tujuan merumuskan penyelesaian jangka panjang.

Kita perlu menimba pengajaran daripada tragedi 13 Mei 1969 agar Malaysia dapat menjadi negara yang lebih bersatu, berjaya, serta makmur, dan bukannya menyelewengkan sejarah dan fakta-fakta tentang peristiwa tragis yang berlaku 44 tahun lalu itu untuk menangguk keuntungan politik demi mendapatkan undi yang lebih tinggi dan meraih pengaruh lebih besar dalam pemilihan parti UMNO yang bakal menjelang.

Polis, 51 bank bergabung kekang jenayah siber - Bernama

Posted: 09 Sep 2013 05:17 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan 51 buah bank tempatan bagi mengekang jenayah siber atau perbankan internet yang mengakibatkan kerugian lebih RM95 juta tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar), berkata PDRM menyediakan sebuah portal mengenai tip dan modus operandi penipuan siber yang akan dipautkan dengan laman web bank terbabit bagi mewujudkan kesedaran kepada pengguna berhubung bahaya jenayah siber dan mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa jenayah online.

"Kita menyediakan amaran jenayah atau penipuan yang akan memuat naik 'the link' iaitu modus operandi di dalam portal kita dan setiap bank itu perlu menghubungkan pautan ini melalui laman web mereka dengan portal PDRM," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kolaborasi strategik PDRM bersama Persatuan Bank-bank Malaysia di Bukit Aman, semalam.

 Kolaborasi di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 7 itu melibatkan kerjasama antara Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Bank Islam Malaysia (IBIM), merangkumi 27 bank di bawah ABM dan 24 bank di bawah IBIM.

Khalid berkata, kerjasama itu diadakan berikutan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mendedahkan nilai kerugian keseluruhan kes penipuan siber dalam tempoh tujuh bulan tahun ini adalah lebih RM80 juta.

"Ini baru tujuh bulan pertama tahun ini. Tahun lalu, kerugian dicatat lebih RM98 juta. Ini agak membimbangkan kita," katanya, sambil menambah antara kes penipuan itu melibatkan SMS/panggilan, perbankan internet, godam dan pembelian barangan.

Khalid berkata, laporan menunjukkan masih ramai lagi masyarakat yang mudah ditipu selepas berkenalan dengan seseorang yang baharu dikenali menerusi laman sosial dan dengan mudahnya memasukkan wang ke dalam akaun mereka.

"Ini termasuk kes menang hadiah. Kalau menang hadiah kenapa kena keluarkan duit pula. Saya percaya siri kesedaran dan pendidikan secara berterusan mampu mengekang kejadian ini, termasuk kerjasama dengan pihak berkenaan," katanya.

Katanya, kerjasama dengan institusi kewangan ini bukan sesuatu yang baharu kerana perbincangan berkala diadakan empat kali setahun.

Khalid berkata, perbincangan itu lebih menjurus kepada pertukaran maklumat demi kebaikan bersama sambil meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan siber supaya tampil membuat laporan polis. - Bernama,

Ketua Polis Negara: Tiada siasatan semula kes Altantuya

Posted: 09 Sep 2013 05:14 PM PDT

OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Tiada siasatan semula kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Tiada siasatan semula kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan menjalankan siasatan semula kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu walaupun mahkamah sudah membebaskan dua suspek kes itu.

"Saya rasa tidak perlu, Kenapa kita perlu jalankan siasatan baru?"
 "Semua orang perlu menghormati keputusan mahkamah," kata Ketua Polis Negara itu pada satu sidang media hari ini.

 Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh warga Mongolia itu.

Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan Azilah dan Sirul.

Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan, Shah Alam pada 2006.

Mereka pada ketika itu bertugas di UTK Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak.

Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.

Keputusan mahkamah itu turut mendapat perhatian dan menjadi topik bagi warga siber di Internet apabila rata-ratanya meluahkan kecurigaan.

Antara persoalan paling kerap diutarakan ialah bagaimana rupa bekas polis Azilah Hadri dan Siru Azhar Umar? Mengapa DSP Musa Safri tidak dipanggil memberi keterangan?

Dan soalan yang terus berada di ruang siber, siapa bunuh Altantuya?

Kebanyakan ulasan yang dibuat di talian bernada sinis dengan salah seorang pengguna Internet, Isana berkata: "Wow! Kalau begitu, Altantuya pasti masih hidup kerana tidak ada sesiapa membunuhnya. `Endless Possibilities' hanya berlaku dalam 1Malaysia."

Azalina tarik diri tanding Ketua Wanita Umno selepas “dinasihatkan”

Posted: 09 Sep 2013 05:11 PM PDT

OLEH YISWAREE PALANSAMY

Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) akan menarik diri daripada bertanding jawatan tertinggi dalam Wanita Umno sebaliknya hanya akan mempertahankan kedudukan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan akan datang.

The Malaysian Insider difahamkan walaupun menjadi pencabar hebat kepada penyandang jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menjelang pemilihan parti tidak lama lagi, Azalina dikatakan membuat keputusan itu selepas "dinasihatkan" berbuat demikian.

Difahamkan Azalina akan diberikan jawatan kanan dalam sayap Wanita Umno dan syarikat berkait kerajaan (GLC) jika tidak bertanding.

 Apabila dihubungi, Azalina berkata beliau tidak akan melawan Shahrizat dan akan membuat kenyataan rasmi pada 20 September, sehari sebelum pencalonan untuk sayap Wanita Umno, Pemuda dan Puteri.

"Beliau diberitahu sekarang bukan masanya untuk bertanding sebagai ketua sayap itu, jadi beliau hanya akan bertanding jawatan MT," kata satu sumber yang rapat dengan Azalina kepada The Malaysian Insider.
"Beliau juga tidak akan bertanding jawatan nombor dua buat masa ini," katanya.

Azalina adalah penyandang ahli MT Umno yang dilantik menyertai badan itu pada 2000 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas presiden Umno.

Azalina dikenali dengan penampilan tegas dan ahli politik wanita lantang yang memenangi kerusi Parlimen Pengerang dalam Pilihan Raya 2013 dengan pertandingan selepas dua penggal menang tanpa bertanding.

Pada 5 Mei, Azalina berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru selepas dicabar calon PKR yang juga penyanyi popular 1980aan Dayangku Intan dan calon bebas Mohd Azaman Johari, seorang guru.

Satu lagi sumber memberitahu The Malaysian Insider Azalina diberikan ganjaran jawatan GLC kerana tidak menggugat karier politik Shahrizat.

Ini kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini melantik Shahrizat sebagai penasihat khas hal ehwal wanita.

Jawatan itu bertaraf menteri dan mensasarkan Shahrizat kekal memimpin Wanita Umno.

Azalina yang juga bekas Ketua Puteri Umno mengisytiharkan secara terbuka untuk mencabar Shahrizat pada Jun tahun ini.

Beliau juga pernah menganggotai Kabinet sebagai Menteri Pelancongan dari 2004 hingga 2008 dan Menteri Belia dan Sukan selama hanya setahun dari 2008 hingga 2009.

Isu Lynas: Perjuangan yang belum selesai

Posted: 09 Sep 2013 05:04 PM PDT

Anis Nazri,


Menyelusuri ruang pejalan kaki di Teluk Cempedak, Kuantan pada cuti Syawal lalu benar-benar mendamaikan. Ditemani bunyi desiran ombak, diiringi suara kanak-kanak berkejaran, cukup menghiburkan hati.

Pusat peranginan terkenal itu tetap dikunjungi pelbagai lapisan pengunjung yang mengambil peluang bermandi-manda, selain sekadar mengambil angin petang biarpun ketika itu hari keempat di bulan Syawal.

Di tengah-tengah keriuhan pengunjung yang tidak putus-putus beriadah bersama keluarga, mata penulis terpandang seorang lelaki warga emas yang menggamit penulis agar mendekatinya.

Melihat sahaja logo pada baju yang dipakainya, serta sekeping fail dan flyers di tangannya, penulis terus maklum tujuan lelaki berbangsa Cina itu menggamit.

Tanpa bertanya, penulis terus mengambil fail dari tangan lelaki berusia lingkungan 60-an itu, lantas menurunkan tandatangan ke atas ruang yang ada di fail tersebut.

Rupanya, dalam kesibukan umat Islam menyambut Syawal dan orang ramai bersantai di tepian pantai, lelaki itu mengambil peluang untuk mendapatkan tandatangan pengunjung bagi membantah operasi kilang Lynas yang mula beroperasi di Gebeng, Kuantan.

Penulis ingin melihat sudah berapa ramai yang menandatangani bantahan tersebut, namun terhalang ekoran anak kecil penulis yang berusia dua tahun sibuk menarik tangan penulis untuk meneruskan perjalanan santai petang itu.

Apa yang sempat penulis lihat pada lembaran tersebut, nama penulis berada di nombor lima dan empat nama di atas, telah ditandatangani oleh rakyat Malaysia berbangsa Cina.

Mungkin pada lembaran sebelumnya, sudah ramai yang bertindak menurunkan tandatangan sebagai tanda bantahan terhadap projek kontroversi itu.

Hakikatnya, sudah sekian lama penulis tidak mendengar perkembangan berkaitan badan anti-Lynas, iaitu Himpunan Hijau tentang kempen mereka.

Kesibukan menghadapi pilihan raya umum ke-13 lalu, turut menyebabkan penulis tidak mendapatkan perkembangan terbaru berkaitan kempen kumpulan ini.

Begitu juga apabila pengerusinya, Wong Tack diumumkan sebagai calon DAP di Parlimen Bentong, penulis cuba menghubunginya, namun gagal.

Seketika, isu Lynas tidak mendapat perhatian penulis sepanjang kempen pilihan raya lalu. Sehinggalah selepas pilihan raya, isu berkaitan Lynas sesekali terlintas di fikiran penulis.

Lalu, pertemuan penulis dengan aktivis anti-Lynas di Teluk Chempedak itu mengingatkan kembali tentang perjuangan Lynas yang belum selesai.

Penulis cuba mendekati aktivis itu kembali untuk berbual-bual dengannya, namun ketika itu beliau sedang melayani panggilan telefon untuk beberapa ketika.

Hasrat penulis tidak kesampaian apabila anak kecil penulis terus-terusan berusaha menarik tangan penulis untuk meneruskan perjalanan pada petang itu, sambil tercari-cari kelibat ayah dan abang-abangnya.

Penulis terpaksa meninggalkan Teluk Chempedak tanpa sempat berbual dengan aktivis Himpunan Hijau memandangkan hari sudah mula gelap, ditambah dengan cuaca yang agak mendung.

Sekembalinya penulis dari cuti Syawal, penulis mendapatkan maklumat berkaitan kempen mereka, khususnya tentang kempen mengumpul tanda tangan.

Kumpulan anti-Lynas sedang giat menjayakan kempen mereka di seluruh negara untuk mendapatkan sejuta tanda tangan dengan menempatkan beberapa aktivis mereka di kawasan-kawasan sasaran seperti pasar, padang permainan, malah di tempat awam.

Di Dataran Merdeka, kumpulan mereka yang diketuai sendiri Wong Tack sudah berkampung sejak 19 hari lalu. Biarpun pada peringkat awalnya kehadiran mereka diganggu beberapa anggota penguatkuasa DBKL, ia tidak mematahkan semangat mereka.

Malah, bandaraya Kuala Lumpur yang kebelakangan ini sentiasa dibasahi dengan hujan, turut tidak menjadi alasan untuk mereka meninggalkan kawasan tersebut.

Ketika penulis menghubungi Wong Tack, baru-baru ini, beliau yang pernah berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur, ketika kempen kumpulan itu Julai tahun lalu, tetap ceria dan bertenaga.

Ceritanya, hujan lebat dan angin kuat yang melanda Kuala Lumpur merupakan perkara kecil baginya untuk meninggalkan lapangan tersebut, malah turut teruja bercerita sikap beberapa penguatkuasa DBKL yang turut menurunkan tanda tangan mereka.

"Mula-mula dulu, memang mereka minta kami beredar. Tapi, lama kelamaan mereka sudah tidak kisah kerana kami tidak mengganggu sesiapapun. Malah, mereka juga turut 'sign'," cerita beliau sambil ketawa kecil.

Ketika penulis berbual dengannya, beliau berkata aktivis Himpunan Hijau telah berjaya mengumpulkan lebih 600 ribu tanda tangan yang menyokong perjuangan mereka menentang operasi kilang memproses nadir bumi itu.

Menjelang hari Malaysia, 16 Sept ini, Wong Tack berkata kumpulannya akan menyerahkan tanda tangan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan sokongan dan meminta campur tangan Agong.

"Pada tarikh itu, kami mengajak rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini untuk turut bersama-sama kami ke Istana Negara. Kami anggap ia satu majlis keramaian untuk menyatakan bantahan terhadap kilang Lynas ini. Mereka yang turut tanda tangan kempen ini juga dijemput bersama," kata beliau sambil mengingatkan penulis agar turut serta turun ke Dataran Merdeka untuk menandatangani kempen sejuta tanda tangan itu.

Apabila penulis mengatakan penulis sudah berbuat demikian di Teluk Chempedak, Wong Tack berulang-kali mengucapkan terima kasih dengan nada penuh ceria dan bertenaga.

Sememangnya, isu Lynas dan isu-isu alam sekitar begitu dekat di hati penulis, memandangkan isu alam sekitar selalunya berkait-rapat dengan soal kesihatan dan kemusnahan alam.

Kilang bernilai RM700 juta yang dibina di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang didakwa boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Kontroversi tersebut berterusan apabila kerajaan meneruskan dan membenarkan operasi kilang tersebut, biarpun beberapa siri demonstrasi diadakan bagi membantah kilang Lynas tersebut.

Ayahanda bertatu ditahan dalam Ops Cantas KL

Posted: 09 Sep 2013 04:47 PM PDT

SINAR HARIAN
PDRM
KUALA LUMPUR - Seramai 34 individu dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap ditahan dalam Ops Cantas Khas Polis Kuala Lumpur dalam tempoh lebih tiga minggu sehingga hari ini.
  
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, jumlah itu adalah daripada 502 orang yang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah selepas pemeriksaan terhadap 10,126 orang dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur.
  
Beliau berkata, dalam serbuan dan pemeriksaan secara terancang di beberapa lokasi 'hotspot' pada Sabtu dan Ahad lepas sahaja, seramai tujuh daripada 53 individu yang ditahan terbabit dalam kumpulan kongsi gelap dan pelbagai senjata api dirampas.
  
"Dalam serbuan ke atas sebuah kereta jenis Toyota Prius Sabtu lepas kira-kira pukul 8.30 malam di hadapan sebuah restoran di Taman Usahawan Kepong, polis menahan dua lelaki dan hasil pemeriksaan menemui satu kelopak peluru bersaiz 9mm berisi 10 butir peluru yang disorokkan di dalam poket seluar salah seorang daripada mereka.
  
"Susulan tangkapan itu, satu lagi serbuan dijalankan di pangsapuri Saujana, Damansara Damai. Seorang lelaki ditahan dan (polis) merampas tiga pucuk pistol semi auto jenama Hammerli P26., G23 Milspec dan PX4 Custom, tiga kelopak peluru berisi 29 butir peluru kapur, sepasang gari ibu jari dan pelbagai komponen pistol," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
 
Mohmad berkata, seorang daripada tiga yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit dadah dan polis kini sedang mengesan seorang lagi rakan kumpulan ini yang dikenali sebagai A'wan.
  
Kesemua mereka ditahan mengikut akta berkaitan senjata api dan samun dan kini direman sehingga 14 September, katanya.
  
Turut didedahkan dalam sidang media itu ialah penahanan seorang lelaki berusia 40-an yang memiliki watikah pelantikan sebagai 'ayahanda'.
  
Beliau dipercayai terlibat dengan kumpulan silat. Tiga pucuk pistol palsu dirampas dalam satu serbuan Ahad lepas kira-kira pukul 3.35 pagi di sebuah studio muzik di Taman Sri Rampai.
  
"Di badan lelaki ini dipenuhi dengan tatu...kita masih jalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada kumpulan yang disertainya itu adalah pertubuhan haram atau kumpulan kongsi gelap," katanya.
  
Mohmad berkata, lelaki itu ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966. - Bernama

Tiada ulasan: