Selasa, 10 September 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pemasangan CCTV di tandas sekolah : Apa pandangan Menteri Pelajaran Bayangan ?

Posted: 10 Sep 2013 03:30 AM PDT

Sekadar ingin tahu, apakah  pandangan dan tindakan yang akan diambil oleh Menteri Pelajaran bayangan kita mengenai isu terbaru sebagaimana laporan berikut : 

 Hanya baru lepas dua bulan sahaja SK Seri Pristana terlibat dalam isu kontroversi yang terkenal "tandas kantin", kini sekolah lain pula telah menyebabkan kemarahan ibu bapa; kali ini dengan isu pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di kedua-dua tandas lelaki dan perempuan.

 Walaupun SMK Seri Sentosa dipasang 64 CCTV berharga RM100, 000 pada bulan Mac, tiga bulan sebelum ia mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran, sesetengah ibu bapa hanya mendapat tahu tentang hari ini.

 Mereka juga marah kerana mereka tidak pernah menerima surat persetujuan yang didakwa dihantar oleh pihak sekolah pada bulan Jun untuk mendapatkan kelulusan mereka mengenai pemasangan kamera tersebut.

 Menganggap langkah tersebut sebagai "hambar", mereka terkejut bahawa video anak-anak mereka telah direkodkan tanpa persetujuan mereka.

 Mereka berkata mereka akan membantah sekiranya mereka mengetahui tentang CCTV, sambil menambah bahawa mereka akan membuat keputusan hari ini, mengambil tindakan seterusnya. Baca lagi di sini

Setuju tak? Kalau Rafizi jadi Menteri Pelajaran?

Posted: 10 Sep 2013 12:37 AM PDT


Aku sekadar mengemukakan pertanyaan yang lebih merupakan cadangan samada korang setuju atau tidak Rafizi Ramli jadi Menteri Pelajaran. 

Kalau korang sendiri ada kemampuan menandingi kebolehannya, sekurang-kurangnya dalam membuat kajian statistik atau apa-apa cadangan berkaitan dengan isu Kementerian Pelajaran, maka aku akan hormati korang dan sokong untuk jadi Menteri Pelajaran.

Rafizi, aku rasa ada kemampuan, walaupun beliau tidak pernah mengada-ngada menonjolkan dirinya ...Berikut adalah sebagai buktinya :

Kedudukan universiti negara MEROSOT, kesan besar kepada rakyat - Rafizi 

Kedudukan 800 universiti teratas di seluruh dunia bagi tahun 2013 yang dilaporkan oleh QS World University Rankings sewajarnya menjadi isu utama negara mutakhir ini, selain dari isu kenaikan harga minyak kerana kedua-duanya mempunyai kesan besar kepada kebajikan rakyat.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa enam dari tujuh universiti awam negara yang tersenarai di dalam 800 universiti teratas telah mengalami kemorosotan seperti berikut:

Universiti
Kedudukan 2012
Kedudukan 2013
Universiti Malaya
156
167
Universiti Kebangsaan Malaysia
261
269=
Universiti Sains Malaysia
326
355=
Universiti Teknologi Malaysia
358
355=
Universiti Putra Malaysia
360
411-420
Universiti Islam Antarabangsa
401-450
501-550
Universiti Teknologi MARA
601+
701+


Hanya UTM yang menokok sedikit kedudukannya dari tangga 358 (2012) kepada 355= (2013). Kedudukan ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

1. Reputasi pencapaian akademik (40%)

2. Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan

3. Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti

4. Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti

5. Keantarabangsaan pelajar

6. Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti

Ramai pimpinan Barisan Nasional yang masih berdolak dalih dan tidak mahu menerima hakikat bahawa persoalan mutu pendidikan tinggi dan kedudukan universiti awam negara adalah isu utama yang membawa kesan besar kepada rakyat.

Kedudukan universiti awam negara yang tidak berdayasaing menyukarkan graduan mendapat kerja yang baik dengan gaji yang berpatutan. Malah, masalah pengangguran di kalangan graduan terutamanya di kalangan graduan Melayu/Bumiputra banyak berpunca dari mutu pendidikan tinggi yang merudum yang saban tahun disahkan oleh kedudukan universiti awam negara.

Oleh sebab itu, hakikat bahawa enam dari tujuh universiti awam negara semakin rendah kedudukannya sewajarnya diambil serius oleh semua pihak dengan penuh keterbukaan.

Apatah lagi apabila universiti terbaik Asia adalah National University of Singapore (NUS) yang menduduki tangga ke-24 menjadikannya univesiti terbaik Asia mengalahkan universiti-universiti Jepun, Korea Selatan dan China.

Ramai yang tidak tahu bahawa NUS mempunyai sejarah yang sama dengan Universiti Malaya kerana kedua-duanya diwujudkan sebagai University of Malaya di Singapura dalam tahun 1949 mengikut saranan Suruhanjaya Carr- Saunders. Pada tahun 1959, University of Malaya mempunyai dua kampus yang berasingan iaitu kampus asal di Singapura dan kampus baru di Kuala Lumpur. Pada tahun 1962, kedua-dua kampus ini berpisah menjadi dua universiti berasingan iaitu Universiti Malaya (di Kuala Lumpur) dan NUS (di Singapura).

Selepas 50 tahun, walaupun bermula dari titik yang sama, Universiti Malaya tidak pun berada di dalam kedudukan 100 teratas di dunia sedangkan NUS menjadi universiti terbaik di Asia.

Ini adalah hakikat yang perlu ditangani secara terbuka tanpa prejudis politik atau perkauman kerana mutu dan kedudukan universiti awam negara mempengaruhi taraf hidup rakyat dan daya saing negara seluruhnya.

Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya perkara-perkara demikian dibahaskan secara terbuka dan reformasi pendidikan tinggi dijalankan secara segera seperti berikut:

1. Kembalikan kebebasan akademik kepada universiti-universiti awam dengan memberi kuasa autonomi kepada Senat Universiti tanpa campur tangan kementerian dan kerajaan.

2. Pemilihan kepimpinan universiti awam mengikut merit berdasarkan kredibiliti akademik, pengalaman mengurus universiti ternama, integriti peribadi yang bebas dari pandangan partisan dan ciri-ciri lain yang ada pada kepimpinan universiti ternama dunia

3. Kembalikan kebebasan minda yang sepenuhnya kepada siswazah dan gerakan mahasiswa dengan menghentikan serta merta sebarang aktiviti atau program yang mengongkong perkembangan minda bebas siswazah, termasuklah program propaganda politik yang dianjurkan oleh BTN dan badan-badan yang serupa dengannya

4. Menilai semula sistem pemberian biasiswa yang menekankan penghantaran pelajar terbaik ke universiti-universiti luar negara dan beralih kepada sistem biasiswa yang memberi tempat terbaik kepada mereka di universiti-universiti terbaik Malaysia, dan

5. Program khusus memperkasakan kredibiliti akademik fakulti di universiti-universiti awam dengan membawa masuk tenaga pengajar dan penyelidik terbaik dari seluruh dunia

Saya percaya langkah-langkah ini adalah permulaan untuk mengembalikan keunggulan universiti awam negara dengan sasaran Universiti Malaya berada di dalam tangga 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.

Saya juga akan membuat kunjungan hormat ke NUS dalam bulan November 2013 untuk mempelajari sendiri langkah-langkah yang dilaksanakan selama ini untuk menjamin kualiti pendidikan di universiti itu.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi, Parti Keadilan Rakyat sumber

Tiada ulasan: