Anak Sungai Derhaka |
- RON97 naik 15 sen mulai tengah malam ini.. sebab dah kantoi ke?
- Tanda Putera: Sangat memalukan dan menyedihkan kata Pengerusi Skim Wajib Tayang FINAS
- Dituduh sebagai Budak BODOH.. Ini dari Rafizi kepada Nazri Aziz.
- Terima Kasih Najib.. Tiba-tiba aku rasa diriku BODOH kata penyokong UMNO ini..
- Sasterawan Negara, A. Samad Said ditahan Polis jam 12.30 pagi..
- Rafizi memang budak bodoh kata Nazri Aziz..
RON97 naik 15 sen mulai tengah malam ini.. sebab dah kantoi ke? Posted: 04 Sep 2013 09:17 AM PDT Selain dari alasan untuk cuba memperbodohkan rakyat oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak ini aku tak jumpapun lain-lain alasan yang telah disediakan untuk menaikkan harga minyak RON97 ni.. Alasan bodohnya ialah tiada pengumuman awal dibuat berikutan persatuan tidak mahu ramai pengguna beratur panjang untuk mendapatkan bahan bakar tersebut seperti Isnin lalu sebaik sahaja pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sedangkan selama ini walaupun harga bagi RON97 mencecah RM3 satu liter.. tak pernahpun kelihatan pengguna-pengguna RON97 yang kebanyakkannya menggunakan kereta mewah beratur panjang untuk mengisi minyak.. Lagipun hanya 3 ke 4 peratus pemilik kenderaan menggunakan RON97 maka impak kenaikkannya tidak terlalu dirasakan.. Ini laporan dari The Malaysian Insider.. cuba korang baca ada alasan lain tak? Harga RON97 naik 15 sen tengah malam ini Ini pula dari Malaysiakini.. juga tiada alasan..
Ini dari The Star.. tak ada alasan juga.. RON 97 petrol to cost 15 sen more per litre |
Tanda Putera: Sangat memalukan dan menyedihkan kata Pengerusi Skim Wajib Tayang FINAS Posted: 04 Sep 2013 05:31 AM PDT Filem kontroversi Tanda Putera gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil. Filem memaparkan babak yang boleh dipersoalkan berhubung rusuhan kaum 13 Mei itu mula ditayangkan Khamis lalu, tetapi hanya berjaya mengutip RM500,000 daripada penjualan tiket di 70 pawagam seluruh negara dari hari bermula tayangan hingga Isnin. "Ini sangat memalukan dan menyedihkan," kata Pengerusi Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Mustapha Maarof dan memberitahu kos produksi filem itu berjumlah RM4.8 juta. Skim Wajib Tayang mewajibkan filem tempatan diberi hak tayangan di pawagam di Malaysia. Mustapha memberitahu, kutipan box office Tanda Putera sangat menyedihkan jika dibandingkan dengan filem KL Zombie yang mendapat kutipan RM3 juta bagi tempoh sama. "Tanda Putera sebuah filem yang bagus namun selera penonton berbeza-beza. Disebabkan kurang sambutan yang diterima, filem berkenaan harus ditayangkan di panggung yang lebih kecil. "Kontroversi yang melanda filem itu bukan penyebab ia kurang sambutan, tetapi genre filem berkenaan yang tidak menepati selera penonton masa kini," katanya. Ketika ditanya mengenai kerugian yang dialami kerajaan berhubung tiada sambutan terhadap tayangan filem berkenaan, Mustapha berkata, filem sejarah tidak perlu dikira untung ruginya kerana setiap negara perlu ada identiti tersendiri. Beliau berkata, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengarahkan filem berkenaan dengan amat baik sekali tetapi mungkin Shuhaimi sendiri tidak mengalami peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, maka elemen fiksyen lebih ditekankan dalam filem itu. Katanya, dalam Skim Wajib Tayang, filem tempatan hanya diberi keistimewaan untuk mendapat hak tayangan di panggung perdana untuk empat hari sahaja. "Prestasi filem itu akan dinilai pada hari keempat iaitu pada hari Ahad selepas mengambil kira pandangan penerbit, pawagam dan pengedar filem terbabit. "Pawagam juga pastinya tidak mahu menanggung kerugian dengan menawarkan panggung yang lebih besar tetapi tiada penonton. Selepas dua minggu juga, pihak pawagam boleh menarik keluar sesuatu filem, jika sambutan kurang memberangsangkan. "Kami sedaya-upaya memastikan filem tempatan dihargai kerana kerenah pengusaha pawagam tempatan hanya mahu menayangkan filem luar negara. "Antara sebab pawagam menolak filem tempatan ialah kerana mutu filemnya yang rendah. Justeru, menjadi tanggungjawab FINAS membantu pengeluar filem tempatan mendapatkan tarikh yang sesuai untuk ditayangkan serta disiarkan empat kali sehari," katanya. Walaupun filem itu disambut dingin oleh orang ramai, sesetengah pemimpin kerajaan mengatakan filem itu adalah filem yang baik dan harus dikaji oleh universiti tempatan ~ The Malaysian Insider |
Dituduh sebagai Budak BODOH.. Ini dari Rafizi kepada Nazri Aziz. Posted: 03 Sep 2013 11:46 PM PDT Nazri semalam menyifatkan cadangan Rafizi agar menteri mengeluarkan belanja petrol untuk kenderaan rasmi mereka sebagai satu cadangan bodoh. Katanya "Saya tak nak jawab soalan bodoh yang dia (Rafizi) utarakan. Dia memang bodoh budak ini. Dulu pun saya tak korup dia kata saya korup... sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Hari ini Rafizi menjawab tuduhan Nazri Aziz itu melalui satu kenyataan media yang ringkas.. Katanya "Saya pasti beliau boleh mempamerkan kepintaran beliau kelak dengan tampil bersemuka dengan saya dan biarlah rakyat menghakimi betapa pintarnya beliau,". Disamping itu Rafizi juga menyatakan kesediaannya untuk 'belajar' daripada kepintaran Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.. Hmm.. belajar tu bagus Bro.. tapi jangan belajar jadi kurang ajar macam dia cukuplah.. Berikut adalah kenyataan media yang dimaksudkan.. Tuduhan Bodoh Oleh Nazri Aziz: Saya Sedia Belajar Darinya Melalui Debat Atau Forum Saya tidak mengambil hati dengan kata-kata kasar yang dikeluarkan oleh Dato' Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa saya seorang budak yang bodoh seperti yang dilaporkan oleh laman-laman media. Cadangan yang saya ajukan adalah ikhlas dan selari juga dengan kenyataan yang dibuat oleh rakan cabinet Dato' Seri Nazri Aziz iaitu Saudara Khairy Jamaluddin, yang mengaku kononnya kementerian di bawahnya sedang menjalankan program penjimatan untuk mengurangkan belanja. Salah satu cara termudah untuk menjimatkan perbelanjaan dana awam ialah dengan membatalkan keistimewaan belanja petrol yang ditanggung oleh rakyat yang kini dinikmati oleh menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kanan mereka. Ini akan mengajar mereka supaya lebih berhati-hati dalam merancang perjalanan dan program mereka. Persoalan bahawa langkah ini perlu dilaksanakan dahulu di negeri-negeri Pakatan Rakyat tidaklah relevan kerana rakyat membayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan negeri. Pun begitu, saya akan menulis secara rasmi kepada Menteri-menteri Besar Pakatan Rakyat agar mengemukakan langkah-langkah untuk mengurangkan belanja petrol yang ditanggung oleh rakyat dalam mereka menjalankan tugas mereka. Mengambil kira kenyataan yang dibuat oleh Dato' Seri Nazri Aziz semalam, saya sudi untuk berdebat atau bersemuka dengan beliau di dalam satu forum untuk belajar dari beliau apakah sebab-sebab kenapa Barisan Nasional bertindak membebankan rakyat dengan menaikkan harga minyak. Saya pasti beliau boleh mempamerkan kepintaran beliau kelak dengan tampil bersemuka dengan saya dan biarlah rakyat menghakimi betapa pintarnya beliau. RAFIZI RAMLI Kalau berani sahutlah cabaran Rafizi itu wahai Nazri.. tapi berani ke dia? Baca juga bagaimana seorang penyokong UMNO merasakan dirinya tiba-tiba bodoh selepas Pilihanraya di ( SINI ) |
Terima Kasih Najib.. Tiba-tiba aku rasa diriku BODOH kata penyokong UMNO ini.. Posted: 03 Sep 2013 09:07 PM PDT Kesian kat penyokong UMNO/BN ni.. penat lelahnya membantu UMNO/BN semasa PRU13 yang lalu langsung tak dihargai.. Menurutnya semasa Pilihanraya Umum 13 yang telah berlalu, beliau dengan besemangat sekali pulang ke kampung halamannya dari Pulau Pinang ke Perak. Tujuannya hanya satu iaitu membantu dalam kempen untuk memberikan kemenangan kepada Kerajaan Barisan Nasional. Demi untuk merealisasikan impiannya itu beliau sanggup bergaduh dengan kedua-dua Ibu Bapanya yang punya pegangan politik yang berbeza. Beliau gembira akhirnya bilamana keputusan Pilihanraya yang lalu itu telah memihak kepada UMNO/BN biarpun tidak mendapat walau satu sen pun imbuhan. Namun begitu walaupun beliau telah bersusah payah membantu UMNO/BN, kini beliau merasakan dirinya bodoh. Bodoh kerana menyokong untuk meneruskan AES dan menikmati peningkatan harga minyak.. memang bodohpun dia.. kah..kah..kah.. Ni ucapan terima kasih buat Najib.. Terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga minyak malam kelmarin. Kerana jasa baik Datuk Seri, laman-laman sosial aktif semula. Kerana jasa baik Datuk Seri, hidup kami berseri semula selepas Facebook dan Twitter kami berdentung-dentang dan berkicau riang. Inilah sudut baik pengumuman kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen itu. Sebaik saja selesai pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu, kemeriahan laman sosial khasnya Facebook dan Twitter hilang sama sekali, tidak sebagaimana menjelang pilihan raya lalu. Kalau ada pun pada awal-awal sebaik sahaja selesai PRU13. Itu pun kerana masing-masing ghairah dengan pelantikan pimpinan negara dan negeri yang baru. Namun selepas selesai pembentukan kerajaan negeri Selangor (kerana Selangor paling lewat membentuk kerajaan) keghairahan itu hilang. Hingga semalam selepas 'hadiah' diumumkan Datuk Seri Najib. Tindakan Najib ini bertepatan dengan formula mentadbir negara menjelang dan selepas kempen pilihan raya berdasarkan kehendak kerajaan dan kehendak rakyat. Untuk tahun pertama, 100 peratus kehendak kerajaan dipenuhi manakala kehendak rakyat kosong pun tidak ada. Untuk tahun kedua, 80 peratus kehendak kerajaan, 20 peratus kehendak rakyat. Untuk tahun ke tiga, 50 peratus kehendak kerajaan dan 50 peratus kehendak rakyat. Untuk tahun ke empat, 20 peratus kehendak kerajaan dan 80 peratus kehendak rakyat. Bagi tahun kelima iaitu menjelang pilihan raya, kosong peratus kehendak kerajaan dan 100 peratus kehendak rakyat akan dipenuhi. Inilah yang dilakukan kerajaan Najib. Menjelang pilihan raya lalu, apa sahaja kehendak rakyat pun akan dipenuhi. Ketika itu kehendak pemimpin tidak penting. Kalau rakyat hendak jambatan, kerajaan akan bagi jambatan. Kalau tidak ada sungai untuk dibina jambatan di atasnya, kerajaan akan membina sungai untuk membolehkan jambatan dibina. Pendek kata semua kehendak rakyat akan dipenuhi, tetapi itu menjelang pilihan raya. Kini musim segala kehendak kerajaan akan dipenuhi pula. Hampir setiap hari harga barangan naik. Inflasi negara meningkat. Akibat perbelanjaan yang melampau menjelang pilihan raya lalu, kerajaan terpaksa mendapatkan bayarannya semula. Jika tidak, bagaimana hendak membayar gaji dan elaun besar pak-pak menteri kita. Sebelum ini, pelbagai maklumat didengar mengenai kenaikan harga barangan, perkhidmatan dan sebagainya. Petang semalam, Perdana Menteri kita memecahkan segala-galanya selepas diam sekian lama. Langkah dibuat kerajaan yang pertama adalah mengurangkan subsidi kerajaan terhadap rakyat. "Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak 20 sen adalah potongan 22 peratus daripada jumlah subsidi kerajaan kepada rakyat negara ini," kata Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR dalam sidang medianya tengah hari semalam. Baginya, tindakan memotong subsidi 22 peratus dengan menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen ini adalah jalan pintas Datuk Seri Najib.Salah satu gambar ejekan yang tersebar di laman sosial.Salah satu gambar ejekan yang tersebar di laman sosial. Bagi beliau, tindakan ini tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi negara yang kian parah di bawah pentadbiran Najib dan ia satu tindakan tidak adil kepada rakyat. Menurut Rafizi, pihak yang paling merana dengan tindakan ini adalah rakyat yang berpendapatan rendah. Mereka yang berpendapatan kurang RM500 sebulan membelanjakan 35 peratus daripada pendapatan mereka untuk membiayai petrol dan diesel. Keluarga yang berpendapatan RM500 - RM1,000 sebulan (27 peratus), RM1,000 - RM2,000 (25 peratus), RM2,000 - RM3,000 (22 peratus), RM3,000 - RM4,000 (20 peratus) dan mereka yang berpendapatan lebiuh RM4,000 sebulan membelanjakan 10 peratus sahaja pendapatan mereka untuk petrol dan diesel. Namun sebagaimana yang dinyatakan tadi, tindakan Najib memeriahkan kembali laman sosial. Pelbagai idea dikemukakan untuk menzahirkan bantahan mereka kepada tindakan ini. Bukan sahaja gambar Najib yang menjadi mangsa, gambar isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor juga menjadi bahan permainan aktivis media sosial ini. Melalui 'kedai gambar' (photoshop), mereka merekabentuk pelbagai gambar untuk menzahirkan kejengkelan mereka. Turut dipermainkan adalah menteri-menteri beliau yang memberikan jawapan bodoh setiap kali masalah menimpa negara. Kenyataan seorang menteri supaya jangan makan ayam apabila harga ayam naik digunakan untuk membuat analogi bagi mempermainkan Najib dan pentadbirannya. Yang menarik juga adalah pertanyaan seorang Facobooker, selama mana bantahan ini akan bertahan. Sehari, seminggu, sebulan atau setahun. Yang penting sampai tidak hingga pilihan raya umum ke 14 nanti. Sudah pasti tidak. Ia sekadar hangat-hangat tahi ayam. Atau sekadar gas dari air Lamoned sahaja. Berdesir bila mula dibuka, selepas itu sunyi sepi dan kembalilah kita kepada kehidupan normal ~ The Malaysian Insider |
Sasterawan Negara, A. Samad Said ditahan Polis jam 12.30 pagi.. Posted: 03 Sep 2013 10:22 AM PDT Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa A Samad "menyorok" ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi. "Saya minta dia serah diri. Semalam polis nak cari dia, tapi dia meyorok pula. Jadi sekarang polis belum kesan lokasinya. "Kalau berani cabar undang-undang, kena berani tanggung," katanya dalam satu sidang media di kampus Universtiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pagi 3 September. Bagaimanapun A Samad Said menafikan dakwaan ketua polis negara itu bahawa beliau menyorok ketika polis mengunjungi kediamannya pada malam semalam. Sasterawan negara itu berkata beliau berada di rumah semalaman semalam dan tiada siapa pun termasuk anggota polis datang ke rumahnya semalam. Tegasnya, dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau menyorok adalah "cakap-cakap angin untuk menyebar citra buruk" terhadap dirinya. "Saya ada di rumah semalaman. Tiada siapapun yang datang. Ya, saya ada di rumah terus-terusan. Tiada (polis) yang rasmi (datang). "(Dakwaan) ini khabar angin untuk menyebar citra buruk kepada saya,"kata tokoh sastera itu ketika dihubungi. Beliau juga bertegas untuk tidak menyerah diri sekiranya polis tidak mengeluarkan sebarang perintah rasmi. "Saya fikir IGP bercakap depan wartawan. Tidak ada surat rasmi, minta (secara) rasmi untuk (saya) menyerah diri. "Saya tidak bersedia untuk menyerah diri, kalau cakap-cakap luar sahaja. Saya fikir (jika) dipanggil, mesti ada hitam putihnya. Saya tidak tertakluk kepada cakap di luar-luar sahaja," katanya. Bagaimanpun A Samad berkata beliau sedia untuk membantu siasatan sekiranya surat rasmi supaya beliau berbuat demikian diserahkan kepadanya. Tapi pagi ini 4 September 2013 jam 12.30 pagi tersebar dilaman mikro Twitter bahawa Sasterawan Negara yang berusia 80an itu telah ditangkap oleh tiga anggota Polis. Menurut SUARAM Pak Samad telah dibawa ke balai Polis Dang Wangi untuk ditahan di bawah akta hasutan.. Berikutan itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak agar Menteri Dalam Negeri momohon maaf atas tindakan pihak Polis itu yang disifatkannya sebagai biadab. Gambar Pak Samad di dalam Balai itu datangnya dari SINI |
Rafizi memang budak bodoh kata Nazri Aziz.. Posted: 03 Sep 2013 09:06 AM PDT Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kabinet dicabar membayar sendiri perbelanjaan petrol dan diesel yang selama ini dinikmati mereka atas pembiayaan wang rakyat secara percuma. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membuat cabaran itu berikutan kenaikan harga RON 95 dan diesel sebanyak RM20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi. Dengan kenaikan itu, RON 95 berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter. "Najib bertanggungjawab menaikkan harga minyak, wajarlah beliau mengarahkan semua Menteri Kabinetnya seramai lebih kurang 70 orang itu membayar sendiri petrol dan diesel yang selama ini ditanggung wang rakyat. "Mereka mesti berlaku adil kepada rakyat yang selama ini menanggung perbelanjaan ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini lapor Selangorku Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri Ahmad Shabery Chik menyambut baik gesaan Rafizi Ramli agar jemaah menteri membayar petrol menggunakan wang sendiri tapi dengan syarat kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga melaksanakan gesaan itu. "Saya terbuka dgn cadangan sebegini ... dia (Rafizi) pun boleh buat di peringkat negeri. Tapi bila gesaan Rafizi itu dikemukakan oleh wartawan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. beliau menyifatkan cadangan agar menteri menggunakan duit sendiri untuk mengisi minyak sebagai "cadangan bodoh". "Saya tak nak jawab soalan bodoh yang dia (Rafizi) utarakan. Dia memang bodoh budak ini. Dulu pun saya tak korup dia kata saya korup. Hadoiiii macam ni punya orangpun Najib boleh lantik jadi Menteri.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan