Addin |
- Punca RON97 Naik 15 Sen Tengah Malam Ini Tersebar
- 7 Tahun Lalu, BN Pun Pernah Buat Janji Yang Sama.. Ini Buktinya
- Berita Gembira Dari Najib Yang Tak Di Dedahkan Oleh Media Pro BN
- Pemimpin MCA Dedah Tembelang Ali Rustam
- Suhaimi Baba Dedah Ramuan Kegagalan Filem Tanda Putera
- Biadap!! Anwar Berang Penahanan A. Samad Said Di Tengah Malam
- Gempar!! Mat Sabu Jadi Perasmi Program Agensi Kerajaan BN
- Akhirnya.. Tanda Putera GAGAL Capai Sasaran, Kini Di Tayang Di Pawagam Kecil
Punca RON97 Naik 15 Sen Tengah Malam Ini Tersebar Posted: 04 Sep 2013 09:37 AM PDT Dinegara-negara LAIN DIDUNIA waima dinegara paling tidak maju sekali pun dalam dunia ... barang yang berkualiti lebih tinggi sudah pasti harganya lebih mahal dari barang yang kualiti lebih rendah ... itu adalah hukum dan amalan universal yang logik .... tepai di Malaysia negara yang diperintah oleh UMNO berketuakan Najib Razak lain dari yang lain .. pelik lagi menghairankan ...BARANG BERKUALITI RENDAH LEBIH MURAH DARI BARANG KUALITINYA LEBIH TINGGI. Ini bermakna negara Malaysia yang diurus tadbir oleh UMNO/BN berketuakan Najib Razak adalah yang paling hampeh dan teruk sekali dalam dunia?????? Ini terjadi pada RON95 dan RON97 ... Harga RON95 tanpa subsidi jika diambil kira apa yang dipekikkan oleh para pemimpin UMNO jika tiada subsidi berharga RM2.73sen seliter .. Iaitu RM2.10 seliter harga pam dan ditambah 63sen seliter harga subsidi yang dihebohkan oleh kerajaan UMNO/BN ....Sedangkan harga RON97 kini yang sedikit pun tidak menerima subsidi harga dipam ialah sebanyak RM2.70sen seliter .. 3 sen lebih murah dari RON95. Satu dunia pun tahu .. kualiti RON97 lebih baik dan tinggi dari RON95 tetapi mengapa boleh lebih murah dari RON95?????? Atau ada sesuatu yang tidak kena dengan angka subsidi ini ?????... Kerajaan perlu memberikan penjelasan kepada rakyat berkenaan harga Petrol RON97 yang lebih murah berbanding RON95. Rakyat keliru keadaan itu berlaku kerana harga RON 95 sepatutnya lebih murah jika kerajaan serius untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dalam pemberian subsidi bahan api itu. Keadaan itu menunjukkan kerajaan tidak telus dalam penstrukturan subsidinya dan adanya hanky panky. Harga RON97 Naik 15 Sen Tengah Malam Ini
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Datuk Hashim Othman berkata harga baru itu menjadikan harga RON97 dinaikkan kepada RM2.85 seliter. Katanya, tiada pengumuman awal dibuat berikutan persatuan tidak mahu ramai pengguna beratur panjang untuk mendapatkan bahan bakar tersebut seperti Isnin lalu sebaik sahaja pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu, ketua perancang ekonomi CIMB Lee Heng Guie berkata kenaikan RON97 tidak dapat dielakkan meskipun ianya tidak berkaitan dengan program rasionalisasi subsidi kerajaan. "Hanya 3 ke 4 peratus pemilik kenderaan menggunakan RON97 maka impak kenaikkannya tidak terlalu dirasakan," katanya. Pada Mac lalu, harga RON97 mencatat kenaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.90 namun dua bulan selepas itu harganya diturunkan kepada RM2.70 berdasarkan harga purata minyak mentah global. ~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||
7 Tahun Lalu, BN Pun Pernah Buat Janji Yang Sama.. Ini Buktinya Posted: 04 Sep 2013 07:45 AM PDT Tujuh tahun lalu, iaitu pada tahun 2006, ketika menaikkan harga minyak, kerajaan pernah membuat janji yang sama dengan apa yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini. Ketika itu, kerajaan berjanji akan menggunakan penjimatan RM4.3 bilion dari kenaikan harga minyak untuk meningkatkan taraf pengangkutan awam di negara ini. Namun, ia tidak pernah dilaksanakan. Pengangkutan awam di negara ini tetap pada kadar yang sama di mana rakyat tidak boleh bergantung kepadanya. Jalan raya di Malaysia penuh dengan kenderaan persendirian dan kesesakan berlaku di mana-mana kerana jalan raya penuh dengan kenderaan. Hari ini, Putrajaya berjanji akan menggunakan sebahagian hasil daripada potongan subsidi minyak sebagai ganjaran kepada penduduk luar bandar yang membantu mengekalkan kuasa Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu, melalui pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kata Datuk Ahmad Maslan. Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, kerajaan juga sedang melihat cara membangunkan kawasan berkenaan. "Lebihan itu akan diagihkan ke banyak kawasan. Kerajaan akan memfokuskan kepada pembangunan kawasan pedalaman," katanya di Kuala Lumpur hari ini. Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu mengumumkan kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM3.3 bilion setahun selepas menurangkan subsidi minyak. Perdana menteri membuat keputusan untuk menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, sebagai langkah bagi mengurangkan defisit fiskal. Pada tahun 2006, kerajaan naikkan harga minyak 30 sen. Hasilnya, kerajaan dapat RM4.3 bilion darinya. Apabila ditekan rakyat, kerajaan berjanji ia akan digunakan untuk pengangkutan awam. Dalam Debat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ahmad Shabery Cheek bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" pada 15 Julai 2008 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Shabery ditanyakan soalan itu. Mengikut jawapan di Parlimen sebelum itu, kerajaan baru belanjakan RM834.75 juta untuk prasarana pengangkutan sejak dari tarikh itu. "Kenapa perkara ini berlaku? Dengan kenaikan kali ini pula, kerajaan boleh jimatkan RM13 bilion. Jika RM4.3 bilion kerajaan terkial-kial membelanjakannya, apa jaminan kerajaan dalam membelanjakan wang dari penjimatan RM13 bilion ini?" tanya penulis selaku wakil Anwar, dalam debat itu kepada Shabery. Soalan itu dibuat berdasarkan perbandingan yang dibuat dari janji kerajaan ketika menaikkan harga minyak pada tahun 2006 lalu. Penjimatan sebanyak RM4.3 bilion itu katanya untuk mempertingkatkan prestasi pengangkutan awam di negara ini. Namun, ketika itu Shabery tidak langsung menjawab soalan itu. Beliau mengambil sikap menyerang pihak yang bertanya soalan dengan kononnya wartawan itu tidak mengikuti isu semasa dengan baik. ~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||
Berita Gembira Dari Najib Yang Tak Di Dedahkan Oleh Media Pro BN Posted: 04 Sep 2013 06:01 AM PDT Tahniah dan syabas setingginya diucapkan kepada rakyat yang memberi undi dan sokongan padu kepada UMNO/BN terutamanya rakyat luar bandar, pendalaman, rancangan-rancangan FELDA, para pengundi pos dan awal. Akhirnya kerajaan pimpinan kesayangan dan kemgahan kalian Najib Razak akan tetap juga memperkenalkan GST .. Gasak Sampai Terburai sebanyak 6% setiap barang. Maksudnya setiap barang akan naik harga sebayak 6 peratus selepas dilaksanakan. Belum reda dengan kenaikan Ron95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter diikuti dengan permintaan dan kata-kata keras pihak pengendali pengangkutan awam untuk naikan tambang sehingga 30%, kini rakyat akan diberikan hadiah istimewa lagi dari Najib Razak sebagai tanda ucapan terima kasih dan membalas budi. Bersyukur dan berterima kasihlah... Jika bantah sila berpindah ke negara lain atau tidak pun duduklah dalam hutan. Kalau berdegil sangat nanti kerakyatan akan disyorkan ditarik balik oleh para pembodek UMNO. BN MENANG HIDUP RAKYAT SEMAKIN MALANG ... PR KALAH TERNYATA RAKYAT HIDUP SUSAH!!!! ~omakkau Iklan C (ii) | ||
Pemimpin MCA Dedah Tembelang Ali Rustam Posted: 04 Sep 2013 01:56 AM PDT Bekas ketua menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam menggesa kerajaan menutup resort kasino Genting Highlands. Laporan Nanyang Siang Pau hari ini menyebut, Ali mendakwa kasino berkenaan mewujudkan pelbagai masalah sosial dan jenayah. Beliau juga mendakwa menerima banyak aduan berhubung isu tersebut. Ali dalam sidang media selepas satu taklimat bersama usahawan bumputera di Melaka semalam berkata Genting Group tidak memberi sebarang sumbangan kepada ekonomi Melaka walau dengan pendapatan tinggi dari kasinonya. Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) itu berkata kerajaan masih boleh mengenakan levi cukai ke atas resort lain dan tidak perlu berganting kepada kasino Genting Highlands. Gesaan itu dengan tangkas disanggah oleh setiausaha agung Pemuda MCA Chai Kim Sen yang mendakwa kenyataan Mohd Ali itu sebagai usaha untuk memperbodohkan rakyat dengan mempermudahkan masalah terbabit. Beliau juga mendakwa Mohd Ali membuat kenyataan tersebut bagi menghadapi pemilihan dalam parti Umno. Chai berkata keputusan mengenai Genting Highlands perlu dibuat oleh kerajaan. ~malaysiakini Iklan C (ii) | ||
Suhaimi Baba Dedah Ramuan Kegagalan Filem Tanda Putera Posted: 03 Sep 2013 11:58 PM PDT Pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba tidak terkejut dengan sambutan dingin ke atas filem yang berlatar belakangkan sejarah kerana tahu selera penonton tempatan lebih ke arah genre seram dan komedi. "Kenyataannya kami menjangkakan filem ini kurang mendapat sambutan dan kutipannya pula tidak mungkin akan pecah panggung. Tetapi kami tetap meneruskannya kerana ia wajar dilakukan,"katanya kepada The Malaysian Insider hari ini. Beliau berkata, kritikan yang tidak pernah surut sejak Tanda Putera ditayangkan menjadi antara sebab pengarah tempatan mengelak untuk membikin filem lebih serius dan berdasarkan kisah sebenar seperti Tanda Putera yang menelan kos RM4.8 Juta. "Kami akan menentang arus ini. Ia bukan satu yang mustahil menghasilkan filem sejarah tanpa menerima geran dari kerajaan," katanya yang pernah membikin filem Pontianak Harum Sundal Malam dan Layar Lara. Tanda Putera tidak mendapat kutipan pecah panggung pada minggu pertama dan tayangannya kini ditukarkan ke pawagam kecil dengan tempat duduk terhad. Filem yang mengandungi adegan percetusan kaum 13 Mei yang didakwa meragukan memulakan tayangannya di seluruh negara pada 29 Ogos lalu dan hanya hanya mampu mengutip RM500,000 sepanjang tempoh penayangan filem itu. Shuhaimi berkata, beliau sedar filem berkisarkan sejarah tidak akan berjaya di panggung negara ini dan filem sejarahnya sebelum ini, Hati Malaya 1957 juga turut menerima nasib sama apabila hanya berjaya mengutip RM760,000 hasil jualan tiket berbanding kosnya mencecah RM3.6 juta ringgit. Hati Malaya 1957 menekankan perjuangan Perdana Menteri Ketiga Dato Onn Jaafar yang bergelut untuk menanamkan semangat kenegaraan menentang Malayan Union pada 1956 Seperti Tanda Putera, Hati Malaya mendapat peruntukan dari kerajaan . "Ia amat memalukan dan menyedihkan," kata Pengerusi Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Mustapha Maarof memberi reaksi terhadap sambutan filem itu. Skim Wajib Tayang mewajibkan filem tempatan diberi hak tayangan di pawagam di Malaysia. Mustapha memberitahu The Malaysian Insider, kutipan box office Tanda Putera sangat menyedihkan jika dibandingkan dengan filem KL Zombie yang mendapat kutipan RM3 juta bagi tempoh sama. Shuhaimi pada awalnya berkata, kekurangan sambutan penonton pada pembukaan filem kerana ia ditayangkan pada waktu bekerja. Walaupun menerima banyak kritikan yang negetif termasuk dari pihak media dan pemimpin politik, Shuhaimi berkata, beliau tetap berbangga apabila filem ini mendapat pulangan yang boleh tahan bagi filem sejarah. Shuhaimi berkata, penayangan serentak antata Tanda Putera dan Kl Zombie memberi saingan yang besar kepada filemnya. "Seorang pengarah memberitahu saya ia adalah membunuh, namun kita ambil sebagai cabaran kerana ini realiti selera penonton tempatan. Kita berjuang untuk penonton sebaik yang boleh," katanya. Bagaimanapun, katanya, filem berkisarkan sejarah ini tidak akan ada tamat tempohnya dan mempunyai nilai yang tinggi. "Sebagai contoh ia boleh digunakan oleh stesen televisyen. Saya berharap penonton tempatan akan dapat mengubah selera mereka daripada terus hanya menyukai genre seram dan komedi," katanya. Tanda Putera mencetuskan kontroversi apabila ada adegan di dalamnya dikatakan mengandungi unsur yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. Ia mendapat kritikan hebat daripada DAP dan MCA kerana filem itu dikatakan seolah-olah menyalahkan kaum Cina sebagai pencetus tragedi 13 Mei 1969. ~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||
Biadap!! Anwar Berang Penahanan A. Samad Said Di Tengah Malam Posted: 03 Sep 2013 10:39 PM PDT Penahanan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pada 12.40 pagi tadi mencetuskan kemarahan pengguna di laman sosial, dan kebanyakannya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penahanan itu. Antara yang berang ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan tindakan polis itu sebagai biadap kerana mengheret Samad pada tengah malam. "Tindakan biadab! A Samad Said umur 80 tahun diheret jam 12 malam?" Reaksi Anwar dalam laman Twitternya ketika mengetahui Samad ditahan . Anwar turut menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kepada sasterawan negara itu. Dalam Twitternya, Anwar berkata, menteri dalam negeri wajib mohon maaf kepada kepada Samad kerana pada usianya 80 tahun, beliau dibawa tiga polis pada jam 12 tengah malam ke ibu pejabat polis. "Tak dapat soal siasat siang hari? Perikemanusiaan?" katanya dalam Twitter. Tindakan polis menahan Samad turut dikritik rakan seperjuangannya dalam Bersih, Datuk Ambiga Sreenavasan yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0. "Pak Samad, Pengerusi Bersama Bersih 2.0 ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. Layanan yang mengejutkan dalam menghormati sasterawan negara," memetik dari laman twitter Ambiga. Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang kini berada di Sibu turut mengutuk tindakan polis. "Penahanan yang dibuat pada polis merupakan satu kebiadapan ia mesti dikutuk oleh semua rakyat Malaysia," katanya. Manakala seorang pengguna sosial, Radin Shamsulkamar @radins berkata dalam twitternya : "Kalau Pak A Samad Said berjalur Umno, nescaya PDRM tidak akan bertindak semustahil ini." Komen twitter itu turut dihantar kepada Zahid Hamidi dan Ketua Polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Zaim Al Amin @zaimhq : "Sasterawan negara berusia 80 tahun dibawa ke Balai Polis pada waktu malam untuk disiasat." Semalam, Samad ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya. Sasterawan negara itu disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. "Pak Samad dibebaskan kira-kira jam 2.30 pagi selepas keterangannya diambil," kata aktivis, Adam Adli Abdul Halim kepada The Malaysian Insider. Samad diwakili peguam, Latheefa Koya dan Eric Paulsen. Latheefa memberitahu The Malaysian Insider, Samad disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 505, Kanun Keseksaan. Sebelum ini, polis turut menahan dan menyoal siasat aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli di bawah Akta Hasutan 1948 semalam. Insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya itu turut tersebar dalam laman sosial Youtube. Berlaku ketegangan apabila kelibat seorang pemuda yang menjerit kepada kumpulan tersebut berkata "Itu bendera Malaysia." Selain itu, tiga bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung insiden itu. Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul manakala Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menggesa polis mengenakan tindakan tegas mengikut Akta Hasutan terhadap kumpulan yang mengibarkan Sang Saka Malaya. ~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||
Gempar!! Mat Sabu Jadi Perasmi Program Agensi Kerajaan BN Posted: 03 Sep 2013 09:49 PM PDT Mohamad Sabu (gambar) diberi penghormatan merasmikan Forum Pengukuhan Integriti Politik anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) yang dijadualkan pada 7 September ini. Timbalan Presiden PAS itu dijadualkan memberi ucap utama di program yang turut membariskan Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi UiTM; Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Hajah Sutinah Haji Sutan; Pengarah Latihan PKR, Mustafa Kamil Ayub dan Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr Tan Seng Giaw. Ketika dihubungi petang semalam, Mat Sabu berkata beliau amat berbesar hati diberi penghormatan untuk merasmikan kursus itu. "Kali ini mereka mahu PAS terbabit. Saya amat gembira," katanya. Bagi Mohamad, gerakan Islam masa kini kurang memberi perhatian pada soal integriti. "Mereka tumpu Fiqah semata-mata," katanya yang turut kenali sebagai Mat Sabu ketika ditanya harapan beliau terhadap program ini. Bertempat di Ruemz Hotel, Subang Jaya, program anjuran bersama IIM dan Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi PAS akan bermula jam 8.30 pagi sehingga 1 tengahari Sabtu ini. Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, sila lawati: https://www.facebook.com/events/ Iklan C (ii) | ||
Akhirnya.. Tanda Putera GAGAL Capai Sasaran, Kini Di Tayang Di Pawagam Kecil Posted: 03 Sep 2013 07:00 PM PDT
Filem kontroversi Tanda Putera gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil. Filem memaparkan babak yang boleh dipersoalkan berhubung rusuhan kaum 13 Mei itu mula ditayangkan Khamis lalu, tetapi hanya berjaya mengutip RM500,000 daripada penjualan tiket di 70 pawagam seluruh negara dari hari bermula tayangan hingga Isnin. "Ini sangat memalukan dan menyedihkan," kata Pengerusi Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Mustapha Maarof dan memberitahu kos produksi filem itu berjumlah RM4.8 juta. Skim Wajib Tayang mewajibkan filem tempatan diberi hak tayangan di pawagam di Malaysia. Mustapha memberitahu The Malaysian Insider, kutipan box office Tanda Putera sangat menyedihkan jika dibandingkan dengan filem KL Zombie yang mendapat kutipan RM3 juta bagi tempoh sama. "Tanda Putera sebuah filem yang bagus namun selera penonton berbeza-beza. Disebabkan kurang sambutan yang diterima, filem berkenaan harus ditayangkan di panggung yang lebih kecil. "Kontroversi yang melanda filem itu bukan penyebab ia kurang sambutan, tetapi genre filem berkenaan yang tidak menepati selera penonton masa kini," katanya. Ketika ditanya mengenai kerugian yang dialami kerajaan berhubung tiada sambutan terhadap tayangan filem berkenaan, Mustapha berkata, filem sejarah tidak perlu dikira untung ruginya kerana setiap negara perlu ada identiti tersendiri. Beliau berkata, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengarahkan filem berkenaan dengan amat baik sekali tetapi mungkin Shuhaimi sendiri tidak mengalami peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, maka elemen fiksyen lebih ditekankan dalam filem itu. Katanya, dalam Skim Wajib Tayang, filem tempatan hanya diberi keistimewaan untuk mendapat hak tayangan di panggung perdana untuk empat hari sahaja. "Prestasi filem itu akan dinilai pada hari keempat iaitu pada hari Ahad selepas mengambil kira pandangan penerbit, pawagam dan pengedar filem terbabit. "Pawagam juga pastinya tidak mahu menanggung kerugian dengan menawarkan panggung yang lebih besar tetapi tiada penonton. Selepas dua minggu juga, pihak pawagam boleh menarik keluar sesuatu filem, jika sambutan kurang memberangsangkan. "Kami sedaya-upaya memastikan filem tempatan dihargai kerana kerenah pengusaha pawagam tempatan hanya mahu menayangkan filem luar negara. "Antara sebab pawagam menolak filem tempatan ialah kerana mutu filemnya yang rendah. Justeru, menjadi tanggungjawab FINAS membantu pengeluar filem tempatan mendapatkan tarikh yang sesuai untuk ditayangkan serta disiarkan empat kali sehari," katanya. Walaupun filem itu disambut dingin oleh orang ramai, sesetengah pemimpin kerajaan mengatakan filem itu adalah filem yang baik dan harus dikaji oleh universiti tempatan. Dalam kenyataannya semalam, Shuhaimi mengatakan sambutan dingin terhadap filemnya kerana ia mula ditayangkan pada pertengahan minggu pada hari bekerja. "Ini perkara biasa, walaupun untuk filem blockbuster Hollywood. Apa motif di sebalik laporan media negatif terhadap Tanda Putera," katanya. Shuhaimi berkata, di sebalik hentaman dan sindiran, termasuk daripada pemimpin politik yang didakwanya cuba memperlekeh dan menimbulkan kebencian kepada filem itu, beliau bersyukur kutipan masih baik. "Kepada pembenci filem ini yang melabelkannya filem Umno, mana mungkin pawagam tidak dipenuhi ahli Umno seramai 3 juta orang itu pada 4 hari pertama filem ini ditayangkan. "Sudah tentu pecah panggung dan mencatat pungutan box office berjuta-juta ringgit!" katanya. Filem sejarah Shuhaimi sebelum ini "1957: Hati Malaya" juga menempa kegagalan selepas kutipan jualan tiket filem berkenaan hanya mencatatkan RM760,000 berbanding kos penerbitannya mencecah RM3.6 juta. Filem terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd itu meskipun ditayangkan di 38 pawagam di seluruh negara, tetapi hanya mampu bertahan kira-kira tiga minggu saja. "1957: Hati Malaya" memberi tumpuan kepada perjuangan Datuk Onn Jaafar, Pengasas Umno yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme Melayu menentang Malayan Union pada 1946. DAP dan MCA mengkritik filem berkenaan, menyuarakan kebimbangan berhubung babak dan dialog dalam filem itu yang boleh mencetus ketegangan kaum. Penasihat DAP Lim Kit Siang kesal dengan filem Tanda Putera yang masih menayangkan babak beberapa pemuda Cina kencing di tiang bendera laman bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan