Anak Sungai Derhaka |
- Anaknya beli banglo RM7Juta.. Ini jawapan Nazri Aziz..
- Gara-gara terlalu ghairah bergambar Najib malukan Malaysia..
- Anak Siapa Beli Bungalow RM 7,242,555.07 nie?
- Al-Fatihah!! Ustaz Azizan kembali kerahmatullah..
- Harga RON95 dijangka dinaikkan lagi.. Terima Kasihlah BN..
Anaknya beli banglo RM7Juta.. Ini jawapan Nazri Aziz.. Posted: 26 Sep 2013 08:00 AM PDT Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri. Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta. "Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini. Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?" Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim. Sila baca dakwaan itu di SINI |
Gara-gara terlalu ghairah bergambar Najib malukan Malaysia.. Posted: 26 Sep 2013 05:18 AM PDT Gara-gara terlalu ghairah bergambar dgn CEO Facebook, Mark Zuckerberg, Najib tersilap mengatakan Mark sebagai CEO Twitter. Padahal CEO Twitter sebenarnya Dick Costolo.. Samada beliau memang tersilap atau langsung tidak mengetahui siapa CEO Facebook dan siapa pula CEO Twitter hanya belaiu yang mengetahui.. Kesilapannya itu telah dipermainkan oleh ramai pengikut Twitternya.. Ramai antara mereka telah retweet apa yang dnyatakan Najib itu dengan mempersoalkan apakejadahnya CEO Facebook berada di HQ Twitter? Antara tweet dari pengikutnya.. Mr. SGAG - @NajibRazak Did you also meet Bill Gates at Apple HQ? not typical. - @AskAaronLee @NajibRazak Quite a joke isn't he. Mentioning Facebook's main rival Lim Yung-Hui - Zuck at Twitter HQ? "@NajibRazak: Had a good chat yesterday with Mark Zuckerberg at Twitter HQ. Laurel Papworth - @AskAaronLee I know, but funny and cute :) Like a "dad" mistake :P @NajibRazak Mr. SGAG - @NajibRazak Did you also have a good chat with Steve Jobs at iHeaven? #MacDaddy Setelah kenyataannya itu dipermainkan oleh ramai pengikut Twitternya, 40 minit kemudiannya, Najib mengakui kesilapannya itu. Dan nak cover malu punya pasal Najib memuatnaik gambar beliau dengan CEO Facebook sekali lagi.. Hmmm... adakah Najib orang yang dimaksudkan oleh Mahathir di ( SINI )..? |
Anak Siapa Beli Bungalow RM 7,242,555.07 nie? Posted: 26 Sep 2013 01:06 AM PDT Dikala rakyat semakin ekonomi terhimpit dengan kanaikkan harga barang keperluan dan dikala usahawan mula terkesan dengan kadar nilai matawang yang menjunam, terdedah lagi bagaimana anak seorang pemimpin negara berbelanja mewah.. Gambar diatas ialah bungalow yang dikatakan bernilai RM 7,242,555.07 didakwa sebagai telah dibeli oleh seorang anak kepada seorang pemimpin negara. Menurut NGO tersebut oleh kerana individu yang membeli rumah tersebut adalah seorang Bumiputera diskaun RM500,9444.08 atau 7% telah diberikan. NGO yang membuat pendedahan mengenainya mempersoalkan kemampuan anak pemimpin tersebut untuk memilikinya. Kerana menurut mereka sememangnya ianya amat meragukan bagaimana anak pemimpin itu yang jelas begitu muda dan dikatakan menjalankan perniagaan mampu memiliki rumah tersebut. Adakah kerana kelulusan pinjaman yang diberikan berdasarkan keupayaan anak pemimpin tersebut membayar kembali pinjaman atau pinjaman diberikan kerana bapanya seorang Menteri? Oleh itu mereka mendesak agar penjelasan diberikan oleh pihak yang terbabit.. Siapa Menteri itu, siapa pula anaknya dan dokumen-dokumen bukti pembelian sila lihat di SINI |
Al-Fatihah!! Ustaz Azizan kembali kerahmatullah.. Posted: 25 Sep 2013 09:56 PM PDT Al-Fatihah!!.. Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak disahkan meninggal dunia jam 11.10 pagi tadi. Berita sedih ini turut dikongsikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman mikro Twitter miliknya. "Innalillah.. Allahyarham Ustaz Azizan mantan MB Kedah, sahabat dan pemimpin Pas, pejuang gigih yang berjasa. Moga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohnya," katanya. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Semalam media melaporkan keadaan Allahyarham yang kritikal susulan masalah jantung yang serius. Allahyarham dilaporkan mengalami masalah jantung dengan denyutan berhenti sebanyak dua kali. Bagaimanapun, keadaan Allahyarham kembali stabil selepas diberikan bantuan kecemasan, semalam. Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya di Hospital Pulau Pinang, akibat komplikasi diabetik. Allahyarham yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 13 Ogos lalu, selepas lebih tiga bulan menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang. Lapor Sinar Harian... sementara itu sumber dari PAS Kedah pula.. baca kat bawah ni.. Bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan telah dilaporkan kembali kerahmatullah pada jam 11.10 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah. Jenazah kini berada di Kompleks PAS Pokok Sena, akan disolatkan selepas waktu Asar di kompleks tersebut dan dikebumikan di Muasasah Darul Ulum... Semoga Roh nya dtempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.... Amin.. |
Harga RON95 dijangka dinaikkan lagi.. Terima Kasihlah BN.. Posted: 25 Sep 2013 09:10 PM PDT Selain dari membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, langkah menaikkan harga RON95 ini juga adalah perlu demi keselamatan rakyat. Harga petrol yang mahal ini akan menyebabkan rakyat mengurangkan penggunaan kenderaan mereka oleh itu dalam masa yang sama kadar kematian akibat kemalangan jalan raya juga akan berkurangan. Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi Kerajaan. Selain itu sebagai membuktikan bahawa Kerajaan sedia ada mementingkan rakyat, cukai kenderaan juga perlu dikaji semula kerana didapati cukai yang sedia ada masih membolehkan rakyat Malaysia memiliki kenderaan.. Cukai yang lebih tinggi perlu dikenakan bagi mengurangkan jumlah pemilikan kenderaan dan dalam masa yang sama ianya akan membantu mengurangkan kematian akibat kemalangan jalanraya.. Kat atas tu alasan bodoh yang aku cadangkan untuk Menteri-menteri UMNO guna bila nak naikkan harga minyak.. Berikut adalah laporan RON95 dijangka naik lagi.. PDAM: Potongan Lanjut Subsidi Bahan Api Akan Kurangkan Penyeludupan KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 pada jangka masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara. Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM) Datuk Hashim Othman. "Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama. Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand. Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya. Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu. Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80. Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc. Bodoh punya Najib.. hutang pandai.. nak kurangkan hutang menyusahkan rakyat pula.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan