Roslan SMS Corner |
- Semak semula juga peranan ahli-ahli Parlimen PAS (26/9/13)
- Alfatihah....pulangnya seorang pejuang (26/9/13)
- Jangan hina "Jalur Gemilang" tapi yang lain..... (26/9/13)
Semak semula juga peranan ahli-ahli Parlimen PAS (26/9/13) Posted: 26 Sep 2013 01:02 AM PDT Saya sedang mendengar perbahasan oleh ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamarudin sekarang ini. Masyallah, YB PKR ini ketika membahaskan perbelanjaan tambahan untuk TV Al Hijrah menyeru agar kerajaan menggunakan TV ini sebagai satu usaha bagi menyedarkan rakyat tentang perlunya kepada perlaksaan Hukum Hudud dikalangan umat Islam dalam Negara. Yang menarik perhatian saya, ahli parlimen PKR berhujah mengemukakan sesuatu yang positif ke arah perlaksanaan Hukum Hudud. Dah lama kita tak dengar ahli Parlimen PAS bangkitkan isu ini. Dari pagi sehingga kini dah beberapa ahli Parlimen PAS bangkit termasuklah mencelah, buat lawak, perli dan seumpamanya. Tak dengar pun sesuatu yang kukuh dibangkitkan berkenaan Islam dan perlaksanaannya. Saya bangkitkan isu ini supaya PAS secara dalaman juga semak semula, selain hubungan dengan PKR dalam Pakatan sebagaimana tuntutan Multaqa Ulamak baru-baru ini, tetapi juga menyemak semula peranan, kedudukan dan akhlak ahli-ahli Parlimen PAS. Apa peranan mereka di Dewan Rakyat, kita sesungguhnya melahirkan wakil-wakil untuk dibawa ke badan legislatif tertinggi Negara dengan tujuan agar suara Islam kedengaran peringkat tertinggi. Kita mahu dasar dan prinsip perjuangan kita menjadi bahan hujah diperingkat perundangan tertinggi. Kalau sekadar mahu buat bising, buat lawak saya kira ramai lagi boleh main peranan itu. Saya mohon maaf tetapi saya percaya ramai yang menyaksikan siaran langsung di internet perjalanan Dewan Rakyat akan akui perkara ini (kadang-kadang macam saksikan Maharaja Lawak pula). Semoga ahli-ahli Parlimen PAS lebih bertenaga, mengemukakan hujah yang lebih bernas, meyakinkan dan mampu membentuk persepsi baik terhadap Islam. Oleh itu selain memberi perhatian pada tuntutan Multaqa Ulamak itu, perhatian serius juga harus diberikan oleh PAS khasnya melalui muktamar akan datang terhadap peranan ahli-ahli Parlimen kita. |
Alfatihah....pulangnya seorang pejuang (26/9/13) Posted: 25 Sep 2013 08:51 PM PDT |
Jangan hina "Jalur Gemilang" tapi yang lain..... (26/9/13) Posted: 25 Sep 2013 08:09 PM PDT Beberapa rang undang-undang telah dibentangkan di Dewan Rakyat semalam sebagai sebahagian dari langkah kerajaan memperketat dan memperkemaskan lagi pencegahan jenayah dalam Negara dikala rakyat jelata berhadapan dengan kes-kes jenayah yang semakin menjadi-jadi. Saya percaya ianya akan lumat dibahaskan oleh ahli-ahli parlimen dan semoga sesuatu yang bermakna dapat dicapai dan yang paling penting keselamatan dan kesejahteraan rakyat dapat dijamin. Saya sempat membaca beberapa cadangan baru yang dikemukakan, ada yang boleh diterima, ada yang barangkali perlu diperhalusi namun ada juga yang saya nampak agak "keterlaluan" dan sewajarnya ditolak. Pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang menjadikan satu kesalahan jenayah bagi sesiapa yang menghina, memusnahkan, memijak atau membakar jalur gemilang adalah sesuatu yang patut, memandangkan ianya merupakan bendera rasmi Negara yang sewajarnya dihormati oleh semua. Akan tetapi memasukkan juga tindakan yang sama terhadap bendera Negara asing (foreign nation) bagi saya adalah keterlaluan. Kita hormat dan mendaulatkan Negara kita, manakala bagi Negara asing, mereka yang berdamai dan berbaik-baik dengan kita, kita hormati. Namun jika ada yang mencari masalah dengan kita, contohnya Negara "Haram" Israel yang menjajah dan menzalimi bumi dan rakyat Palestin, tidak ada sebab untuk kita menghormati mereka apalagi bendera mereka. Kita mungkin berhadapan dengan contohnya Amerika Syarikat yang menghina agama, Negara atau rakyat kita. Ketika itu tidak ada sebab kita menghormati mereka. Sikap kita itu paling dekat kita zahirkan dalam tidak menghormati bendera mereka. Takkanlah ketika itu ianya menjadi satu kesalahan jenayah! Kalau rakyat kita pijak dan menghina jalur gemilang, beliau itu memang biadap, dan sewajarnya diambil tindakan, akan tetapi apabila rakyat kita bertindak demikian terhadap bendera Negara asing yang memusuhi kita atau rakyat kita atau kepentingan kita atau agama kita, menjadikan tindakan memijak bendera Negara itu atau mebakarnya sebagai suatu kesalahan jenayah bagi saya "tidak masuk akal". Oleh itu dalam bab ini saya mohon ahli-ahli Parlimen kita samada dari kerajaan mahupun pembangkang, agar menolaknya sama-sekali, kecuali yang melibatkan bendera Negara kita sendiri. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan