Isnin, 2 September 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


13 mei:TIDAK HANYA TENTANG CHINA

Posted: 01 Sep 2013 08:16 PM PDT

Kepada Said Zahari, peristiwa 13 Mei akibat dari golongan yang tidak senang melihat keharmonian bangsa di negara ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 September 2013.Kepada Said Zahari, peristiwa 13 Mei akibat dari golongan yang tidak senang melihat keharmonian bangsa di negara ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 September 2013.
Bekas Ketua Pengarang Utusan Said Zahari mengatakan tragedi berdarah yang berlaku dalam negara pada 13 Mei 1969 lebih besar dari sekadar pergaduhan antara kaum Melayu dan Cina.
Beliau mengulas filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang mempunyai latarbelakang peristiwa itu.
"13 Mei bukanlah mengenai kaum Melayu bergaduh dengan kaum Cina tapi ia lebih dari itu, ia akibat dari golongan tidak senang melihat keharmonian bangsa dinegara ini," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sempena ulangtahun Hari Merdeka ke-56.
"Sewajarnya sejarah harus dinilai dari keseluruhannya dan dilihat dari perkembangannya," katanya ketika ditemui dirumahnya Puncak Alam, Selangor.
Dakwa beliau rusuhan kaum ketika itu terjadi kerana bekas penjajah akan menghalang segala usaha penyatuan kaum di negara ini dengan harapan dapat kembali menjajah.
"Ketika berada dalam tahanan saya bersama rakan-rakan berbincang mengenai insiden itu dan kami merasakan timbul perkara  tidak sihat dalam isu itu," kata Said merujuk kepada penahanannya di bawah ISA di Singapura.
Katanya British sebenarnya tidak mahu memberi kemerdekaan di negara ini namun mereka terpaksa akur dengan kebangkitan rakyat bukan saja di Malaya pada ketika itu termasuk di seluruh Nusantara selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
Kerana itu katanya, para sejarawan negara perlu kembali kepada sejarah dahulu dan meneliti unsur-unsur yang mahu memecah belahkan perpaduan rakyat.
Mengulas cadangan Lim Kit Siang yang mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semula peristiwa 13 Mei, Said menyifatkan ia cuma permainan politik dari seorang ahli politik.
"Tidak ada salah untuk mengkali semula insiden tersebut namun hakikatnya kita kenal siapa Lim Kit Siang, beliau seorang ahli politik hanya mengambil kesempatan atas tragedi tersebut," kata Said.
Bekas ketua pengarang Utusan itu mengatakan Umno tidak mampu bertahan lama sekiranya parti nasionalis itu tidak keluar dari kepompong kemelayuannya.
Said yang pernah memimpin akhbar itu sebelum diambil alih Umno pada tahun tahun 1961 berkata parti Melayu itu kini sudah semakin lemah dan perjuangannya boleh dianggap lesu.
"Umno itu sekiranya masih sama tidak keluar dari kepompong kemelayuannya maka ia cuma menunggu masa rebah, sekiranya masih wujud, ia hanyalah tinggal pada nama dan isinya kosong tiada perjuangan hanya kepentingan," katanya.
Pada 1961, Said memimpin wartawan Utusan mogok kerana membantah tindakan Umno untuk menguasai akhbar itu.
Bagi lelaki berumur 85 tahun itu, Utusan harus kekal bebas dari penguasaan mana-mana parti politik selari dengan prinsip kewartawanan yang baik.
Akibatnya beliau dilarang masuk ke Malaya pada ketika itu oleh bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman yang juga Menteri Dalam Negeri.
Said yang kini sedang menyiarkan memoir ketiganya berjudul "Menggegam Segumpal Harapan" ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Singapura selama 17 tahun oleh bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew.
"Ramai yang tidak tahu penentang penjajah ialah mereka dari Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang bertempur malah ramai yang terkorban demi menuntut kemerdekaan.
Kerana mereka ini lantang dan bersifat radikal tidak seperti pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan namun didepan penjajah tunduk pada kuasa asing itu PKM digambarkan sebagai pemberontak cuba menghancurkan negara walhal kenyataannya bukan begitu," katanya mengulas mengenai peristiwa di ambang kemerdekaan sebelum 31 Ogos, 1957. – 1 September, 2013.

A SAMAD SAID..SAYANGKAH DIA DENGAN GELARAN SASTARAWAN NEGARA

Posted: 01 Sep 2013 07:06 PM PDT

Tindakan kumpulan tertentu mengibarkan bendera digelar 'Sang Saka Malaya' dan bukannya Jalur Gemilang pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara di ibu negara, Jumaat lepas, disifatkan sebagai mencabar kedaulatan negara, kata pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam.

ramlah adam 150911 perkasaRamlah (kiri) yang juga Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata ini melibatkan soal kemerdekaan, perjuangan yang dibuat orang terdahulu untuk memastikan negara tercinta bebas daripada penjajahan.

"Ini soal negara, bukan soal politik, bagi saya, kumpulan tertentu itu telah mencabar kedaulatan negara.

"Walaupun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, tetapi kita bercakap mengenai negara, tidak melibatkan politik," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kumpulan tertentu yang mengibarkan bendera itu pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56, di Dataran Merdeka, Jumaat lepas.

Tindakan kumpulan itu mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang merampas bendera berkenaan lalu menggumpalnya sambil memberitahu itu bukan bendera Malaysia dan insiden itu mula dimuat turun di laman sosial.

Ramlah turut mempersoalkan matlamat kumpulan itu yang mengibarkan bendera digelar 'Sang Saka Malaya' itu.

"Mana kiblat mereka? Adakah mereka belot kepada negara? Mereka mendaulatkan sesuatu yang tidak pernah diterima pada satu masa dahulu," katanya.

'Sang Saka Malaya' itu, merupakan bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris empat jalur dilaporkan bendera milik sebuah persatuan di negara ini pada era 1940-an.

bersih pc on jom 100 170112 samad saidMengulas mengenai penglibatan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (kanan), Ramlah berkata tokoh itu sepatutnya sensitif dengan perjuangan orang terdahulu daripada beliau (A. Samad), yang berusaha memperoleh kemerdekaan untuk negara.

Ramlah yang berasa sedih dengan penglibatan tokoh itu berkata sebagai seorang yang matang dan tokoh yang dihormati, beliau perlu menghormati negara yang telah berjasa kepada beliau.

"Kerajaan mengiktiraf beliau dan kerajaan itu adalah kerajaan yang memimpin negara sekarang," katanya.

Menurut klip video itu, A. Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sebuah sajak dengan bendera 'Sang Saka Malaya' berada berhampiran dengannya ketika seorang lelaki merampas beberapa bendera itu.

Sehubungan itu, Ramlah mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terutama yang membabitkan soal perlanggaran kenegaraan yang menyebabkan insiden seperti itu berleluasa.

Dalam pada itu, Ramlah mengucapkan tahniah kepada lelaki berkenaan yang berani merampas bendera itu.

Beberapa penganalisis politik pula berpendapat pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencetuskan api kemarahan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini termasuk mereka yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya itu.

sivamurugan pandian 210508Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian (kanan) berkata usaha menukar bendara negara telah bermula sejak tahun lalu lagi dan seperti tiada kesudahannya, insiden sama berulang semula pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara Jumaat lepas.

"Pihak berkuasa perlu lebih tegas dan berani untuk mengambil tindakan serta menghukum pihak yang tidak bertanggungjawab itu kerana jika tidak ia seperti kita mengiktiraf bendera Sang Saka Malaya itu," katanya.

Beliau berkata mereka yang memahami sejarah negara serta peri pentingnya kedaulatan itu dipertahankan, tidak akan melakukan tindakan sedemikian kerana bendera merupakan nilai dan simbol negara.

Mengenai tindakan berani lelaki dalam klip video itu, Sivamurugan berkata:

"Tindakan lelaki dalam klip video itu patut dijadikan contoh dan iktibar oleh semua pihak kerana beliau berani bertindak walaupun seorang diri".

Nada sama turut dilontar Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi Pengajian Media Universiti Teknologi Mara Prof Madya Dr Ismail Sualman yang berkata tindakan berani pihak tertentu cuba mengibarkan bendera lain selain Jalur Gemilang jelas menunjukkan kurangnya penguatkuasaan daripada pihak berkuasa.

"Apabila bendera itu dipaparkan pada malam itu....pihak berkuasa macam tak ambil tindakan, tiada yang ambil perhatian sehingga ada pihak ambil kesempatan," katanya.

Beliau menegaskan usaha menukar Jalur Gemilang merupakan tindakan tidak berakal kerana tiada mana-mana negera di dunia ini yang menukar bendera masin-masing kerana ia simbol kedaulatan sesebuah negara.

"Pemimpin boleh bertukar dari semasa ke semasa...tapi bukan bendera. Tak ada lagi negara di dunia ini tukar simbol kedaulatan mereka," katanya.

NONEPresiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay berkata tindakan tegas perlu dikenakan kepada mereka yang tidak putus-putus mempersendakan Jalur Gemilang (kiri) bagi memberi pengajaran kepada yang lain.

"Mengibarkan bendera yang bukan Jalur Gemilang tidak sepatutnya berlaku...mereka perlu menyanjung bendera kedaulatan kita bukan dengan mengambil kesempatan ketika Merdeka dengan mengibarkan bendera lain.

"Kerajaan tidak seharusnya duduk diam lagi...satu tindakan tegas perlu diambil kepada sesiapa sahaja yang tidak menghormati bendera kita...jangan biar ia merebak," katanya.

Beliau turut memuji keberanian pemuda yang merampas bendera yang digelar 'Sang Saka Malaya' itu daripada tangan individu-individu dan lantang mempertahankan Jalur Gemilang.

Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al-Habshee berkata tindakan berani pemuda itu membuktikan ada rakyat Malaysia yang berani mempertahankan bendera negara walaupun sedar berhadapan dengan sebilangan kumpulan tidak bertanggungjawab di kawasan itu.

Katanya tindakan itu adalah mesej kepada pihak tertentu supaya tidak sewenang-wenangnnya mempermainkan bendera kebanggaan rakyat dan negara.

Beliau meminta Kementerian Dalam Negeri menjalankan siasatan dan menangkap individu yang mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" itu serta melucutkan taraf kewarganegaraan mereka.

Sementara itu Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Syed Anuar Syed Mohamad meminta kerajaan mempertimbangkan supaya menarik kembali gelaran tokoh Sasterawan Negara yang diberikan kepada A. Samad.

NONEKatanya tindakan A. Samad itu boleh mencemarkan bidang kesusasteraan negara termasuk hasil karyanya sendiri yang turut berunsurkan patriotisme.

"Kerajaan yang bagi tokoh Sasterawan Negara ini tetapi beliau (A.Samad Said) tidak sudah-sudah mempertikaikan apa yang dibuat oleh kerajaan. Sepatutnya beliau kena menjadi model yang perlu diikuti, ini tidak," katanya.

Tindakan mengibarkan 'Sang Saka Malaya' pernah berlaku semasa ambang Merdeka di ibu negara tahun lepas.

Ekoran itu, lebih 400 laporan polis dibuat berhubung insiden tahun lepas itu dan beberapa orang disiasat mengikut Akta Hasutan tetapi tiada seorang pun didakwa setakat ini.

- Bernama

Tiada ulasan: