Sabtu, 14 September 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ditohmah Kerana Naik Jet Peribadi: Ini penjelasan dari Nik Abduh.. bacalah!!

Posted: 14 Sep 2013 04:59 AM PDT


Semalam boleh dikatakan kebanyakkan Blog Pro UMNO menyiarkan gambar Nik Abduh sedang menaiki jet peribadi di atas..

Kononnya menurut mereka gambar diatas telah terlupa untuk dimuatnaik oleh sebuah blog Pro PAS yang telah menyindir tindakan seorang Ketua Bahagian Umno yang balik ke kawasan untuk perasmian Mesyuarat Agung UMNO Cawangan.

Seperti biasa tanpa usul periksa mereka melemparkan berbagai tuduhan..

Untuk menjadikan cerita mereka lebih menarik, gambar Nik Abduh sedang menahan teksi turut dimuatnaik..

Kononnya gambar ini perlu disebarkan bagi tujuan membina persepsi positif buat Nik Abduh.. lagipun ianya menampakkan betapa zuhudnya Nik Abduh kata mereka..


Malah ada yang melemparkan tuduhan "Pura-pura zuhud sudah menjadi darah daging pemimpin PAS. Depan orang berlakon zuhud. Bila takde orang dia punya belanja mak datuk dia tengok pun gerun."

Ada juga yang terus mengatakan "Sahlah Nik Abduh ni makan duit taukeh balak." hanya kerana melihat gambar itu..


Benarkah apa yang didakwa oleh kebanyakkan Blog Pro UMNO mengenai gambar Nik Abduh di dalam jet itu?..

Baca! ini penjelasan tuan punya tubuh..

Saya diminta oleh ramai sahabat untuk menjelaskan gambar saya menaiki sebuah pesawat jet peribadi yang tersebar di internet.  
Oleh kerana ia difahami secara negatif, elok juga saya jelaskan.  
Gambar tersebut saya sendiri muat naik dalam grup whatsup dewan pemuda pas. 
Ia adalah kebiasaan kami untuk memuat naik gambar-gambar menarik sekitar kehidupan peribadi dan jamaah yang menarik untuk dikongsi.  
Gambar tersebut telah disebar keluar oleh kawan saya. Sudah pasti tujuannya adalah baik insya Allah.  
Mungkin kerana tanpa penjelasan, ia menarik tafsiran pelbagai.  
Ia adalah penerbangan pada tahun 2012 dari Kota Bharu ke Ipoh bersama beberapa exco kerajaan negeri Kelantan dengan menaiki jet peribadi milik seorang tokoh korporat Melayu untuk lawatan ke ladang tanam semula balak yang diusahakan oleh beliau.  
Lawatan itu adalah untuk melihat sendiri kejayaan projek tersebut. Tokoh korporat tersebut berhasrat untuk melabur di Kelantan.  
Tanam balak, bukan tebang balak.  
Beliau memohon tanah sudah kerja, bukan hutan simpan. Saya difahamkan, ia masih dalam proses kelulusan.  
Ia jika berjaya, adalah terlalu baik untuk ekonomi dan mesra hijau negeri Kelantan.  
Saya dipelawa menaiki jet peribadi tersebut oleh kawan saya yang rapat dengan tokoh korporat bergelar Tan Sri tersebut.  
Ada kekosongan dan dengan izin tuannyalah kan? Apa perasaan saya? Wah, jawabannya ialah, jika anda, apa pula perasaan anda?  
Impian duniawi saya ialah menaiki kapal pelancongan Rusia menuju ke kutub utara, dunia serba putih. Sapa boleh sempurnakan impian emas saya ini? 
Nik Mohamad Abduh 

Itulah... orang kata kalau tak tahu tanya... jangan main tuduh tak tentu hala.. nanti dapat bala..

Tumpang naik bukannya bayar sewapun. lagipun tuan punya jet sendiri mengizinkan.. apa salahnya?

Nak tunaikan nazar berlari dari Kuala Besut ke Putrajaya pun boleh ditaja RM650,000 takkanlah tumpang naik jet tak boleh..

Laporan nazar ditaja RM650,000 tu sila baca di SINI

Ketua Dewan Ulamak PAS cadang kaji semula hubungan dengan PKR..

Posted: 14 Sep 2013 02:34 AM PDT


Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar PAS mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.

Hampir 1,000 pemimpin PAS di kalangan ulama menyertai perhimpunan yang diadakan menjelang muktamar PAS ke 59 22 November depan di Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, tiga muktamar PAS berturut-turut meluluskan usul agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.

Bagi melaksanakan kajian ini Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR.

"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun ~ The Malaysian Insider


... Ini akan menjadi punca UMNO dan Barisan Nasional akan kekal memerintah negara ini...

Nazar jalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya ditaja RM650,000 oleh Kerajaan Terengganu?

Posted: 13 Sep 2013 11:02 PM PDT


Tentu ramai yang masih ingat akan kelibat seorang penyokong tegar UMNO/BN yang telah bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya jika UMNO/BN berjaya mengekalkan kerusinya di Kuala Besut dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

Mohd Noor Mat, 47 yang merupakan seorang Pekerja Rendah Am Yayasan Islam Terengganu cawangan Besut akan menunaikan nazarnya untuk berjalan kaki sejauh lebih 680 kilometer itu.

Beliau dikatakan akan cuba mengambil masa selama 12 hari bagi menamatkan perjalanan melalui Kuala Besut ke Kuantan dan Kuala Lumpur sebelum ke Putrajaya.

Nazar atau niat untuk berjalan kaki ke Putrajaya dilafaz pada hari penamaan calon 12 Julai lepas di depan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Anggota Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh.

Semalam lidah rasmi UMNO telah melaporkan nazarnya penyokong tegar UMNO untuk berjalan kaki itu akan dilaksanakan pada 22 September ini..

Program cabaran berjalan kaki Walk 4 Malaysia sejauh 600 kilometer dari Kuala Besut, Terengganu ke Putrajaya pada 22 September ini mencerminkan semangat juang rakyat negara ini dalam mempromosikan keamanan dan kedamaian.  
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cabaran yang melibatkan peserta, Mohd. Noor Mat itu membuktikan kepada semua bahawa tiada alasan yang dapat menghalang beliau daripada merealisasikan impian yang dibuat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai lalu.  
Beliau berkata, program tersebut diharap dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia kerana aktiviti berjalan kaki seharusnya menjadi rutin harian masyarakat kerana dapat meningkatkan tahap kecergasan.  
"Kita berasa kagum dengan hasrat dan dedikasi yang mahu membuktikan kepada semua bahawa tiada halangan mahu pun cabaran, namun yang wujud hanyalah peluang," katanya ketika melancarkan Walk 4 Malaysia di sini hari ini.  
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. 

Selain itu Utusan juga melaporkan..

"Jiwa kental dan hati waja yang mahu diterjemahkan Mohd. Noor dalam Walk 4 Malaysia ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan jitu pihak berkenaan,'' katanya.  
Walk 4 Malaysia merupakan cetusan idea Mohd. Noor, 47, yang mahu menunaikan nazarnya susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Kuala Besut.  
Selain Mohd. Noor, program 13 hari yang bermula 22 September ini di Dataran Kuala Besut akan disertai oleh 40 peserta lain yang mewakili Majlis Sukan Negeri Terengganu dan sepanjang perjalanan, mereka akan singgah di 13 destinasi sebelum tiba di Putrajaya.  
Pada majlis itu, Khairy menyerahkan Jalur Gemilang kepada Mohd. Noor, bagi pihak Perdana Menteri.

Apa yang lidah rasmi UMNO ini tidak laporkan ialah selain dari penyerahanan Jalur Gemilang sebagai simbol  program itu sekeping cek bernilai RM650,000 juga telah diserahkan kepada Mohd Noor...


Nak tunaikan nazarpun ditaja RM650,000?.. duit siapa tu? siapakah yang begitu bermurah hati untuk menaja itu?.. takkan taja saja kot..

Ni penaja-penajanya..

Sumber dari SINI

Senarai penajanya Terengganu Inc. – Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. Syarikat pegangan pelaburan utama negeri Terengganu yang anak-anak syarikat juga menjadi penaja iaitu EPIC, Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd, Golden Pharos (Pengerusi – Speaker DUN Terengganu, Zubir Embong) dan TDM..

Semuanya anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu.. Untuk melihat struktur Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. boleh klik di SINI 

Betullah Najib kata " ini mencerminkan semangat juang rakyat negara ini...".. Semangat juang untuk menghabiskan RM650,000 yang tak nampak memberikan faedah langsung kepada rakyat..

Yang kenyang ialah Mohd Noor dan 40 penyamun.. opps silap.. 40 orang yang akan bersamanya itu...

Tiada ulasan: