Sabtu, 14 September 2013

Addin

Addin


Berita Gempar Dari Negeri Kedah..

Posted: 14 Sep 2013 10:40 AM PDT

Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dzyiauddin mendedahkan seorang novelis terkenal didapati memasukkan unsur Syiah sebagai satu medium penyebaran ajaran itu kepada golongan muda.

Beliau berkata, novel itu menekankan kebaikan fahaman berkenaan sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku dalam kehidupan masyarakat sekarang.

Bagaimanapun, mufti tidak mendedahkan nama novelis terbabit.Novel berkenaan difahamkan mengesahkan masalah yang melanda golongan wanita yang tidak dapat diselesaikan  melalui pendekatan Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi berjaya ditangani melalui Syiah.

Syeikh berkata, novelis berkenaan bijak menyusun jalan cerita dengan menyelit fahaman Syiah tanpa disedari pembacannya.Malah, katanya, novel itu dikatakan memasukkan petikan hadis untuk memantapkan penulisannya.

"Memang pembaca tidak perasan kerana hero atau penyelamat diceritakan secara bersahaja dengan menggunakan watak baru yang tidak dikaitkan dengan Syiah namun kalau kita perhalusi, baru nampak mesej tersirat," katanya dipetik daripada Sinar Harian hari ini.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang memantau aktiviti novelis itu termasuk karyanya.Katanya, tidak dinafikan novel antara bahan bacaan paling dekat dengan remaja kerana itu, gerakan tersebut menggunakan kesempatan itu mempromosikan fahaman melalui pembacaan santai.

"Ada sesetengah remaja menjadikan novelis itu sebagai idola mereka kerana tertarik dengan koleksi novel dihasilkan, jadi sudah pasti ada yang terpengaruh dengan agenda Syiah," katanya.

Semalam akhbar itu juga turut melaporkan penularan meluas mengenai fahaman itu dalam media sosial di Facebook.Gerakan itu menggunakan pelbagai nama akaun antaranya ialah "Syiah tetap Islam" dan "I'm Proud to be Syiah".

Sebelum ini, akhbar ini juga sudah beberapa kali menjadikan isu Syiah di Malaysia sebagai sasaran laporan mereka. ~the malaysian insider






Iklan C (ii)



Ketua Dewan Ulama PAS Buat Onar Lagi?

Posted: 14 Sep 2013 04:37 AM PDT

Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib (gambar) mencadangkan agar PAS mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.

Hampir 1,000 pemimpin PAS di kalangan ulama menyertai perhimpunan yang diadakan menjelang muktamar PAS ke 59 22 November depan di Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, tiga muktamar PAS berturut-turut meluluskan usul agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

Multaqa Ulama PAS yang diadakan di Alor Setar hari ini.Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.

Bagi melaksanakan kajian ini Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR.

"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun.  ~the malaysian insider






Iklan C (ii)





Panas!! Pembohongan Terbongkar Yang Tidak Di Siarkan Di TV3..

Posted: 14 Sep 2013 12:39 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris memang penulis blog pro-Umno, Papagomo.

Selain diperintah membayar RM500,000 dalam satu kes fitnah, Wan Muhammad Azri turut berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung satu lagi tulisannya yang lain yang mengaitkan hakim yang mendengar kes dan dianggap memudaratkan badan kehakiman.

Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah penulis blog kontroversi itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera berkata Wan Mohammad Azri berbohong kerana walaupun membuat penafian tersebut ketika memberi keterangan, tetapi penulis blog berusia 30 tahun itu, dalam pernyataan pembelaannya, mengaku dia adalah Papagomo dan membela diri atas alasan membuat komen yang adil.

Baca seterusnya di SINI.





Iklan C (ii)




Malaysia Sudah Tidak Bahagia Seperti Dulu - Laporan PBB

Posted: 13 Sep 2013 05:33 PM PDT

Malaysia tidak sebahagia seperti sebelumnya menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.Kedudukan  Malaysia merudum dari tangga 51 pada  tahun lalu ke tangga 56 berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia 2013.

Ini menjadikan Malaysia ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Singapura di tangga 30 dan Thailand di tangga 36 namun masih mendahului Indonesia yang berada di kedudukan 76.Tahun lalu, Singapura berada pada kedudukan 33, Thailand (52) dan Indonesia (83). Rujuk rajah di bawah.

Manakala Denmark berada di kedudukan pertama negara paling bahagia di dunia dengan memperoleh markah 7.693 berdasarkan "Tangga Cantril" iaitu satu bentuk pengukuran berdasarkan penilaian responden dengan menggambarkan kehidupan sebagai tangga, berdasarkan skala 10 paling bahagia dan 0 sebagai terburuk.


Malaysia mendapat markah 5.760 dalam ujian tersebut merudum 0.377 mata daripada laporan sebelumnya. 40 negara lain turut mencatat penurunan sementara 60 negara lagi mencatat peningkatan.

Bagaimanapun, kajian tersebut tidak menyatakan butiran lengkap keputusan yang diperoleh.Laporan tahun ini berdasarkan maklumbalas yang diterima dari tahun 2010 hingga 2012 daripada 156 negara yang dikeluarkan oleh Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan PBB (SDSN).

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, jangka hayat sihat, sokongan sosial untuk mendapatkan bantuan, persepsi rasuah, sifat pemurah dan kebebasan membuat pilihan adalah faktor yang diambil kira dalam kajian itu.

Laporan tersebut juga mendedahkan beberapa perkembangan baru seperti dunia kini lebih bahagia dan pemurah sejak lima tahun lalu berdasarkan penilaian penduduk mengenai hidup mereka.

"Laporan ini kaya dengan maklumat dimana ukuran dan kajian yang dilakukan secara sistematik boleh mengajar kita bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan perkembangan mapan," kata Pengarah Institut Bumi Universiti Columbia, Jefrrey D. Sachs.

"Kini berlaku peningkatan permintaan sedunia apabila penduduk mementingkan polisi dan mengutamakan kualiti hidup," katanya. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)


Tiada ulasan: