. |
- Ingat Tempoh Untuk Pas Berpecah Sudah Pun Tiba
- Jenazah Sabariah Selamat Dikebumikan
- Yuganu Dan Rohani Dicabar di Pasir Puteh
- Isteri Syed Husin Ali Meninggal
- Ada Hal Mengejutkan Berlaku Di Kelantan
Ingat Tempoh Untuk Pas Berpecah Sudah Pun Tiba Posted: 14 Sep 2013 01:29 AM PDT ULASAN PETANG Ketua Dewan Urusan Ulamak Pas Harun Taib (foto) membuat cadangan supaya Pas mengkaji semula kerjasama (tahalus syiasi) dengan PKR. Beliau dilaporkan mengemukakan cadangan itu semasa merasmi Mutlaqa Ulamak se-Malaysia yang berlangsung sehari suntuk di Kedah hari ini. Alasan itu katanya kerana banyak perkara menerusi tahalus syiasi itu boleh melemahkan Pas. Beliau tidak menyebut apakah bentuk kelemahan-kelemahan secara specifik dan ilmiah, hanya menyebut salah satu kelemahannya menyebabkan sokongan Melayu terhadap Pas berkurangan berdasarkan kepada pilihan raya lepas. Tentunya andai ini silap sebab tahalus syiasi itu bukan bersifat macam ayam mengawan tetapi bersifat angin berjimak (lama). Pandangan Harun ini adalah subjek yang akan menggemakan muktamar Pas yang akan berlangsung di Shah Alam pada November depan. Sudah tentu muktamar akan datang akan memberi fokus kepada cadangan itu dan ia akan menjadi agenda utama muktamar. Apabila Harun melontarkan isu itu, ia menjadi isyarat kepada ahli-ahli Pas terutamanya golongan merasakan diri mereka 'ustaz, hafiz atau mendapat pendidikan Timur Tengah dan lebih bangsa 'Melayu' akan membahas perkara berkenaan. Apa yang dapat dibayangkan di sini, sekiranya agenda itu dibahas dan diterima sudah tentu Pas akan mempamirkan satu langkah baru yang lama dan sekaligus Pas akan menunjukkan ia dikuasai oleh 'pedagang-pedagangan' politik Islam. Kemungkinan yang boleh disuluh di sini Pas akan mencari rakan politik baru dalam projek 'tahalul syiasinya' untuk masa depan bagi meletakkan Pas sebagai sebuah parti dominan seperti diharap Harun. Bolehkah Pas menjadi dominan dengan pendekatannya tanpa menuruti sungai peralihan kerana politik itu sendiri bersifat pragmatik? Mungkin di sini Pas akan berpaling tadah bekerjasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan Melayu dan Islam. Tetapi selalu yang disoalkan, apakah Umno akan bersikap jujur dan ikhlas dengan Pas? Dan sejauh manakah Pas menyakin Umno memperjuangkan Islam dan Melayu sedangkan dasar-dasarnya yang jelas bertentangan dengan kehendak dasar perlembagaan Pas. Cadangan untuk mendekati Umno ini tidak menghairankan kerana agenda Unity Gorvenment masih berjalan tetapi dengan sedikit perubahan dan bertukar pemainnya. Kalau dahulu ia dimainkan oleh bekas timbalan presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan beberapa yang lain, tetapi kini ada watak lain yang mengambil alih baton kerajaan perpaduan itu dengan melarikannya dalam kabus. Sekiranya muktamar menerima cadangan itu; Pas memutuskan kerjasama dengan PKR khasnya Anwar Ibrahim sedikit sebanyak ia akan menjejaskan Pas dari segi kepercayaan umum. Orang akan melihat Pas tidak konsisten didalam akidah politiknya (kerjasama) atau berbuat sesuatu tanpa berfikir. Golongan muda profesional tentu akan tergencat menyebabkan mereka menarik diri dari Pas. Pemansuhan kerjasama itu juga boleh menyebabkan orang Cina konfius dengan Pas dan hilang kepercayaan. Kerusi-kerusi bandar yang dimenangi Pas atas sokongan pengundi Cina akan hilang. Implikasi ini kena diterima, sumbangan orang Cina juga dalam hubungan kerjasama ini tidak banyak sikit menguntungkan Pas. Secara umumnya cadangan Harun agar dikaji semula kerjasama itu tidak boleh dikesampingkan begitu saja dengan syarat ia dibuat secara menyeluruh. Kajian itu bukan saja melihat kelemahan atau pun kenegatifan Pas dengan kerjasama itu sahaja, sebaliknya kaji juga mengenai kesan positifnya seperti salah satu dinyatakan di atas tadi. Kalau hendak buat kajian jangan melihat cemarnya PKR sahaja, tetapi kena juga lihat kelemahan Pas itu sendiri serta kesalahan-kesalahan dilakukan Pas disepanjang tahalul syiasi itu sendiri. Sebab Pas juga parti yang tidak sesuci namanya dari segi amlinya. Bila ditengok memang Pas menjadi terlalu toleransi dan anjal dalam aspek-aspek yang perlu dipetegakkan, misalnya mengenai soal agama dan bangsa, tetapi siapa yang salah. Apakah PKR yang menekan Pas agar bersikap begitu atau siapa? Misalmya dalam layanan liberalisasi keagamaan Pas menjadi tersangat baik dan terbuka sampai Presiden dan Mursyidul Am sendiri sanggup masuk ke gereja demi menarik perhatian dan simpatis politik? Apakah pemergian presiden dan mursyidul am itu atas paksaan PKR atau Anwar? Jawabnya tidak. Ia adalah kehendak dan ijtihad mereka sendiri. Jadi dalam hal ini PKR atau DAP tidak boleh disalahkan atas toleransi keterlaluan itu sehingga menyebabkan Pas rugi melainkan kesalahan kepada Pas juga. Bagaimana pun, cadangan Harun itu juga dilihat bakal menjadi polemik baru didalam Pas. Cadangan itu sudah tentu akan bertentangan dengan pandangan (pola fikir politik) Mursyidul Am Pas Nik Abdul Nik Aziz yang melihat tahalus syiasi dengan PKR itu memberi ruang baru kepada Pas sendiri untuk memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. Perwujudan Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) Pas sedikit sebanyak ia bertolak dari roh tahalu syiasi. Sebelum mengkaji kebehasilan tahalus syiasi itu kaji dulu apakah untung dan rugi DHPP Pas itu. Boleh jadi juga isu itu akan digunakan untuk muktamar November nanti untuk menyingkir mereka yang tidak sebulu dan sepasukan dengan mereka, iaini golong merasakan mereka alim ulamak. Golongan profesional yang selama ini membawa anjakan baru dalam politik Pas; mempolitikan ulamak dan mengulamakkan politik, telah membawa perubahan besar kepada pentadbiran dan sistem politik Pas serta memecahkan 'bongol-bongol' pejal dalam rangka kepelbagaian citarasa politik berversiasi negara ini. Seharus dikaji dengan mendalam dan panjang lebar. Penolakan kerjasama dengan PKR itu sudah tentu ia akan membawa kepada penolakan kerjasama dengan DAP juga dan menolak kerjasama dengan mereka yang benci kepada UBN. Penerimaan itu nanti menyebabkan orang ramai khasnya generasi baru merasakan Pas mundur ke belakang semula. Pandangan itulah yang dimahui Umno bagi melihat Pakatan Rakyat yang kini menguasai suara majoriti menjadi lemah 'kumbali'. Umno sedang berdoa siang dan malam dengan mendupakan asap kemeyen Islam dan bangsa bagi mempengaruhi Pas. Apakah langkah dewan ulamak yang ingin membawa Pas kembali ke belakang dalam tribulasi ini kerana mereka sudah termakan cacing dalam mee Umno? Nauzubaliah. Paling menakut dan membimbangkan gara-gara cadangan Harun Taib dan begitu ghairahnya golongan merasakan mereka alim itu menyebabkan Pas akan berpecah dua. Peristiwa yang berlaku penghujung 1982 menyebabkan Mohd Asri Muda dan rakan-rakan meninggalkan Pas kemudian menubuh Hamim tahun 1986 disebabkan diperlakukan demikian rupa dan kejinya, perlulah disedari dan diambil iktibar. Tempoh untuk Pas berpecah juga sebenarnya sudah sampai selepas, iaini Pas tenang selama 30 tahun. Perhatilah Pas sudah tidak berpecah dan kalut sudah 30 tahun setelah kekalutan terakhirnya 1982. [wm.kl.3:35 pm 14/09/13] | ||||
Jenazah Sabariah Selamat Dikebumikan Posted: 13 Sep 2013 09:49 PM PDT BALESUNGKAA Jenazah isteri tercinta Syed Husin Ali, Allahyarham Sabariah Abdullah, 68 selamat disembahyangkan di masjid Kampung Tunku Petaling Jaya jam 11:00 pagi ini dan dikebumikan di perkuburan Kota Damansara. Kira-kira 200 orang terdiri daripada saudara mara, sahabat handai tokoh rakyat itu hadir memberi penghormatan terakhir kepada isterinya dan ikut sama menyembahyangkan jenazah.
Aktivis politik dan sosial kontenporari yang juga merupakan anak didiknya di Universiti Malaysia turut sama kelihatan. Antaraya Kamaruzaman Yaacob, Hishmuddin Rais dan lain-lain. Beberapa orang wakil rakyat Pakatan Rakyat dan pimpinan PKR juga hadir. Antara wakil rakyat yang hadir, Tian Chua, N Surendran dan lain-lain. Setiasuaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Dr Mohd Nor Manute (Ahli MPT), Senator Syed Shahir Syed Mohamud, Dr Wan Suhaimi Wan Daud (Ketua Cabang PKR Pasir Mas) juga kelihatan. Bekas ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad satu-satu pimpinan Pas yang kelihatan. Turut sama hadir memberi penghormatan ialah penyair dan pengarah filem Yassin Salleh. Allahyarham Sabariah meninggal petang semalam di rumahnya. Beliau adalah isteri yang gigih dan setia kerana terpaksa menghadapi zaman perit semasa berpisah dengan Syed Husin apabila pejuang rakyat (Syed Husin) itu ditahan di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) enam tahun. Belia juga turut membela di atas penahanan suaminya menerusi lisan dan juga menerusi penyebaran surat-surat pernyataan atau berucap pada majlis-majlis kemasyarakatan. Allahyarham seorang guru bukan saja suri kepada Syed Husin tetapi teman seperjuangan dan sepanjalan. Allahyarham meninggal tiga orang cahaya mata. Semoga roh Allahyarham ditempatkan Allah di makam para mukhlisin. [wm.kl.12:36 pm 14/09/13] | ||||
Yuganu Dan Rohani Dicabar di Pasir Puteh Posted: 13 Sep 2013 05:44 PM PDT SINGGUNG Kehilangan dua kerusi Selising dan Semerak dalam pilihan raya lalu tidak memberi apa-apa iktibar kepada Pas kawasan Pasir Puteh dan nampaknya parti berbangsa Islam kawasan itu tidak menganggap kekalahan itu sebagai kifarah ke atas mereka.
Dua jawatan didalam kepimpinan Pas Pasir Puteh akan berlaku pertembungan. Kenapa harus berlawan dalam masa parti baru mengalami kekalahan? Jawatan yang dikatakan akan berlaku perlawanan ialah kerusi Timbalan Yang diPertua Pas dan Ketua Muslimat. Rohani Mamat ketua dewan muslimat Pas akan ditentang oleh isteri kepada pimpinan Pas Pasir Puteh. Khabarnya pelan sudah diatur untuk memastikan Rohani tumbang. Manakala Adun Gaal, Tuan Mazlan pula dihala agar menentang Yuganus Yunus untuk kerusi timbalan YDP. Apakah untung yang diperolehi Pas kawasan Pasir Puteh dengan perkembangan ini. Paling malang lagi penentangan itu katanya bertolak dari tanggapan kedua-dua mereka tidak sebulu dengan beberapa orang yang menguasi kepimpinan hari ini? Kebetulan saya pernah mengikuti dari dekat Pas kawasan ini pada akhir tahun 70-an. Pas kawasan ini tidak penah sunyi dari perebutan jawatan. Paling menyedihkan ada kalanya mesyuarat kawasan terpaksa ditangguhkan kerana berlaku kekecohan sampai bertampar dan bertumbuk. Apabila Pas Pasir Puteh baru hilang dua kerusi, tidak sewajarnya mereka menerusi amalan 'jahiliah' itu, bergaduh semasa sendiri. Apakah alasan maka Rohani dan Yuganus hendak diganti? Apakah kerana mereka dilihat vokal dalam parti berani mengkritik maka mereka harus dilenyapkan? Sampai ke bila pun Pas Pasir Puteh tidak akan tamadun.
Begitu juga dengan Yuganu. Apalah dosa guru ini maka beliau harus ditentang. Apakah kerana dalam mesyurat dua tahun lepas dia telah menumbangkan Drs Zainuddin Awang Hamat, maka kemenangan beliau itu harus dibalas? Begitukah? Apakah Zainuddin emas tembaga pusaka di Pasir Puteh yang tidak boleh dileburkan untuk dijadikan perhiasan? Saya rasa Yuganus sudah banyak disakiti di Pasir Puteh. Dia dinafikan menjadi calon dan tidak dilantik megenag apa-apa jawatan lantikkan politik. Ini satu ketidakadilan. Hak Yuganus sebagai ahli dan pemegang jawatan itu tidak boleh dinafikan. Dia dipilih didalam muktamar lepas dan beliau ada pengikutnya sendiri. Suara ahli yang memilihnya hendak dihormati. Semangat yang perlu dibawa di Pasir Puteh ialah persaudaraan demi mengukuhkan parti. Nik Mazian Nik Mohamad sebagai ketua, Drs Zainduddin sebagai bekas timbalan dan juga wakil rakyat harus menjadi orang tua mendamaikan puak-puak yang sengketa. Drs Zainuddin terutamanya sepatutnya dia menjadi juara untuk menyatukan ahli atau memastikan tidak ada pertandingan berlaku berdasarkan puak dan nafsu. Ilmu hakikat dan makrifat yang ada kepadanya beliau boleh menjadi ulama besar di dalam Pas di Pasir Puteh. Tidak dapat tidak bila berlaku perlawanan apa lagi kalau ia bertolak dari dendam perbalahan akan terjadi. Perpecahan tidak dapat dielakkan. Selama mana sangat seseorang yang dianiaya boleh bertahan dan sabar. Inilah yang perlu dielakkan. Apabila masing-masing sudah hilang sabar menyebabkan segalanya akan jadi 'berkucar wakyah'. Yang perlu diingat ialah PRU 14 dan masa depan parti. Paling afdal lagi Pas patut menjadi lebih baik dari Umno. Adalah elok kalau semua pihak merenung kembali apa yang berlaku sekarang ini. Sikap kerana hendak membuang seseorang kerana nafsu adalah perbuatan yang tidak baik. Alasan pertandingan dibenarkan adalah tidak tepat apa lagi kalau menjatuhkan atas niat dendam dan sentimen assobiyah. [wm.kl.7:48 pm 13/09/13] | ||||
Isteri Syed Husin Ali Meninggal Posted: 13 Sep 2013 09:20 AM PDT Al Fatihah, isteri Senator Syed Husin Ali, Sabariah Abdullah,68 telah kembali ke Rahmatullah lewat senja tadi (7: 50 pm) di rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya. Allahyarham dikatakan terjatuh sewaktu hendak mengambil wuduk. Menurut twiter Syed Husin jenazah isterinya akan dibawa ke masjid Kampung Tunku jam 9:00 pagi esok untuk diurus dan disembahyang jam 11:00 pagi. Jenazah akan dikebumikan di perkuran Kota Damansara. Takziah kepada Syed Husin dan seluruh ke seluarga. [wm.kl.12:18 am 14/09/13] | ||||
Ada Hal Mengejutkan Berlaku Di Kelantan Posted: 13 Sep 2013 08:36 AM PDT SUSUPAN MALAM Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakub perlu lebih prihatin kepada perkembangan negeri Kelantan kerana banyak hal-hal yang boleh mengejutkan berlaku sejak kebelakangan ini. Setengah perkara atau masalah itu ia adalah lanjutan dari zaman Nik Abdul Aziz Nik Mat jadi MB.
Sebagai contoh mengenai satu projek usahasama di antara sebuah majlis daerah dengan sebuah syarikat pemaju dari Kuala Lumpur untuk membangun hartanah berupa bangunan kedai dan rumah di atas tanah seluas hampir 40 hektar. Projek itu melibatkan perbelanjaan melebihi RM100 juta? Ia dilaksanakan atas tanah rakyat katanya nilai yang dibayar dengan harga yang tidak munasabah. Nilai seekar dibayar RM120 ribu sahaja dimana kalau mengikut nilai semasa sekitar RM200 ribu hingga RM250 ribu. Penilaian itu dibuat oleh pihak kerajaan telah menaniayakan rakyat. Memang peluang untuk membuat bantahan diberi tetapi kerana setengahnya terdiri dari orang kampung serta tidak ada wang untuk membayar fee peguam menyebabkan mereka terpaksa menelan harga itu begitu sahaja. Ekoran penilaian rendah oleh majlis daerah ini menyebabkan berlaku protes secara senyap terhadap kerajaan Kelantan. Walaupun ada aduan-aduan dan rintihan dibuat tetapi ia tidak mengubah keadaan. Tidak sepatutnya kejadian sedemikian berlaku di negeri Kelantan. Harga yang ditetapkan pemaju untuk nilai satu lot rumah rumah ialah RM650 ribu. Iya juga menimbulkan keganjilan apabila pada mulanya sumbangan dipersetujui sebanyak RM1.2 juta tetapi dikurangn sehingga RM5,900 sahaja. Ia merupakan angka yang tidak logik sama sekali dan disyaki berlaku ketidaktelusan. Khabarnya penurunan jumlah sumbangan ini setelah syarikat berkenaan berunding dengan Jawatankan Khas Projek. Jumlah bayaran sumbangan itu menyebabkan timbul rasa tidakpuas hati dan kepelikan di kalangan pegawai di majlis berkenaan termasuk Pegawai Jajahan. Ini menyebabkan kemungkinan laporan kepada SPRM akan dilakukan? Perundingan di antara Jawatankuasa Khas Projek berkenaan dengan syarikat berkenaan juga diadakan di luar Kelantan termasuk di Kuala Lumpur. Dalam pada itu projek itu juga katanya tidak dibincang dalam mesyuarat penuh majlis berkenaan seperti selalunya. Ahmad sebagai MB wajar mengambil perhatian perkara ini dengan membuat semakan dalam kes ini. [wm.kl.11:34 pm 13/09/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan