Biaqpila |
- UTUSAN TARIK BALIK FITNAH TERHADAP HUSAM, BAYAR KOS RM40,000
- WOW!!! MOTOSIKAL KULIT UDANG
- CERDIK BETOI PEMIMPIN UMNO
- AMK SARAWAK: DEDAH URUSNIAGA JUAL-BELI BALAK
UTUSAN TARIK BALIK FITNAH TERHADAP HUSAM, BAYAR KOS RM40,000 Posted: 18 Sep 2013 05:59 AM PDT Hari ini mungkin hari yang paling mengembirakan bagi Datuk Husam Musa (gambar) kerana beliau berjaya menyelesaikan fitnah terhadapnya menjelang muktamar empat tahun lalu apabila Mingguan Malaysia bersetuju untuk menarik balik fitnah itu dan membayar kos RM40,000 kepadanya. Persetujuan ini dicapai melalui penyelesaian damai yang dibacakan di depan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Mingguan Malaysia, versi mingguan kepada akhbar Utusan Malaysia, bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya 22 September ini dan bersetuju membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam. Utusan juga berjanji tidak akan menyiarkan kembali perkataan fitnah itu dalam mana-mana penerbitannya. Husam diwakili peguam Malik Imtiaz melalui Tetuan Thomas Philip manakala Mingguan diwakili Tetuan Shafie and Mohan. Penasihat Undang-undang Kanan Utusan, Shirad Anwar menandatangi persetujuan hari ini bagi pihak Utusan. Turut berada di mahkamah ialah Zulkiflee Bakar, penulis rencana berkenaan. Menjelang muktamar PAS pada 2009, Mingguan Malaysia menyiarkan satu tulisan bertajuk 'Menilai Hujah Husam' ditulis Zulkeflee yang mengandungi penyataan fitnah terhadap Husam. Antaranya, akhbar milik Umno itu menyiarkan tulisan: "Ahli-ahli PAS tidak boleh membenarkan kehadiran mana-mana pemimpin yang dilihat suatu hari kelak boleh menjadi 'makhluk perosak' atau melakukan 'kerja-kerja bodoh' dalam parti itu." "Mereka tidak boleh menyiarkan ada pemimpin daripada golongan profesional merelakan diri mereka diperalatkan oleh orang luar bagi meruntuhkan kepimpinan ulama dalam PAS." "Kalaulah puak-puak Erdogan dipilih, ahli-ahli PAS harus bersedia melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya. Ini kerana agenda golongan profesional daripada puak Erdogan untuk menguasai PAS tidak akan berakhir di situ. Mereka akan melakukan perancangan yang lebih teliti untuk memastikan agenda pihak tertentu di luar PAS bagi menguasai parti berkenaan tercapai. Oleh itu mereka perlu menghapuskan sebarang golongan yang boleh bertindak sebagai musuh dalam selimut kepada PAS." Husam ketika ditemui The Malaysian Insider hari ini berkata, beliau gembira dengan keputusan yang dicapai dalam mahkamah hari ini. "Isu ini berlangsung selama empat tahun tanpa penyelesaian dan menjadi isu yang menyerang saya ketika itu," katanya ketika ditemui selepas keputusan dibacakan. Pada tahun berkenaan, Husam bersama Mohamad Sabu bertanding untuk jawatan sebagai timbalan presiden PAS namun beliau dan Mohamad Sabu kalah kepada Nasharudin Mat Isa yang disokong Utusan. Ekoran itu, beliau menyaman Utusan, ketua pengarangnya serta penulis, Zulkeflee kerana memfitnahnya. "Hari ini ia selesai. Saya harap tuduhan sebegini tidak berbangkit lagi," katanya. – 17 September, 2013. TMI NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN |
Posted: 18 Sep 2013 12:00 AM PDT Seorang chef di Taiwan yang dikenali sebagai Huang Mingbo telah menghasilkan sebuah hasil seni yang menarik iaitu sebuah model motorsikal dari kulit Udang Kara. Model ini sangat unik kerana memerlukan kemahiran yang tinggi dan kerja-kerja yang terperinci. Huang mingbo mempersembahkan karya hebatnya di sebuah hotel di China iaitu di Fuzhou Hotel. NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN |
Posted: 17 Sep 2013 09:00 PM PDT |
AMK SARAWAK: DEDAH URUSNIAGA JUAL-BELI BALAK Posted: 17 Sep 2013 06:00 PM PDT KUCHING 17 SEPTEMBER: Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sarawak, Ahmad Nazib mendesak kerajaan mendedahkan urusniaga syarikat pembalakan di negeri itu dengan rakan niaganya di Jepun. Reaksi demikian dinyatakan berhubung pendedahan NGO antarabangsa Global Witness, bahawa syarikat Jepun, Sojitz Corporation dan Itochu Corporation membeli 'balak haram' dari Samling Global dan Shin Yang Group yang berpangkalan di Sarawak. "Dedahkan perjanjian, transaksi dan urusniaga jual beli. Kalau salah satu pihak menyalahi undang-undang, mereka (kerajaan ) boleh batalkan (perjanjian dan urusniaga) "Kita menggesa kerajaan Malaysia untuk menguatkuasakan undang-undang di peringkat antarabangsa dan lakukan siasatan terperinci," kata Nazib kepada Keadilandaily. Sebahagian laporan didedahkan Global Witness Beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S{RM) melakukan siasatan dan tidak membiarkan individu atau syarikat tertentu yang rapat dengan ahli politik melangkaui undang-undang. "Isu ini serius. Penguatkuasa undang-undang hendaklah bertindak mendakwa pihak tersebut bagi kesalahan jenayah alam sekitar. "Jangan hanya sebut nama. Tunjukkan kepada rakyat mereka yang melakukan kesalahan didakwa dan dihukum di mahkamah," tegas Nazib yang juga seorang peguam. KD NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan