Rabu, 4 September 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini! RON97 naik 15 sen mulai malam ini

Posted: 04 Sep 2013 04:27 AM PDT



Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng, ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Tuduhan Bodoh: Rafizi Cabar Nazri Debat

Posted: 04 Sep 2013 12:53 AM PDT


PETALING JAYA, 4 SEPT: Kenyataan Menteri Pelanconga, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa saranan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli adalah bodoh berhubung isu kenaiakan harga minyak dijawab oleh Ahli Parlimen Pandan tersebut hari ini.

Ikuti kenyataan penuh Rafizi hari ini.

TUDUHAN BODOH OLEH NAZRI AZIZ: SAYA SEDIA BELAJAR DARINYA MELALUI DEBAT ATAU FORUM

Saya tidak mengambil hati dengan kata-kata kasar yang dikeluarkan oleh Dato' Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa saya seorang budak yang bodoh seperti yang dilaporkan oleh laman-laman media.

Cadangan yang saya ajukan adalah ikhlas dan selari juga dengan kenyataan yang dibuat oleh rakan cabinet Dato' Seri Nazri Aziz iaitu Saudara Khairy Jamaluddin, yang mengaku kononnya kementerian di bawahnya sedang menjalankan program penjimatan untuk mengurangkan belanja.

Salah satu cara termudah untuk menjimatkan perbelanjaan dana awam ialah dengan membatalkan keistimewaan belanja petrol yang ditanggung oleh rakyat yang kini dinikmati oleh menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kanan mereka. Ini akan mengajar mereka supaya lebih berhati-hati dalam merancang perjalanan dan program mereka.

Persoalan bahawa langkah ini perlu dilaksanakan dahulu di negeri-negeri Pakatan Rakyat tidaklah relevan kerana rakyat membayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan negeri. Pun begitu, saya akan menulis secara rasmi kepada Menteri-menteri Besar Pakatan Rakyat agar mengemukakan langkah-langkah untuk mengurangkan belanja petrol yang ditanggung oleh rakyat dalam mereka menjalankan tugas mereka.

Mengambil kira kenyataan yang dibuat oleh Dato' Seri Nazri Aziz semalam, saya sudi untuk berdebat atau bersemuka dengan beliau di dalam satu forum untuk belajar dari beliau apakah sebab-sebab kenapa Barisan Nasional bertindak membebankan rakyat dengan menaikkan harga minyak. Saya pasti beliau boleh mempamerkan kepintaran beliau kelak dengan tampil bersemuka dengan saya dan biarlah rakyat menghakimi betapa pintarnya beliau.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
4 SEPTEMBER 2013

Ternyata benar, Filter Rokok memang mengandung darah Babi

Posted: 03 Sep 2013 09:48 PM PDT

 http://cdn.kaskus.com/images/2013/07/26/4243022_20130726091507.jpg

Ternyata benar, Filter Rokok memang mengandung darah Babi

Ketua Komisi Nasional Pengendalian Tembakau (Komnas PT), DR Hakim Sarimuda Pohan, mengungkapkan bahwa dalam filter rokok yang banyak digunakan di Indonesia terkandung bahan yang berasal dari darah babi.

Hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam filter rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok, kata Hakim saat menjadi pembicara dalam dialog bahaya merokok bagi kehidupan berbangsa di Balaikota Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Rabu.

Ia meyakini bahwa filter yang digunakan untuk rokok yang beredar di Indonesia merupakan filter impor yang mengandung komponen dari darah babi. Menurutnya, semua itu diketahui setelah adanya pernyataan yang diungkapkan ahli dari Australia atau Profesor Kesehatan Masyarakat dari Universitas Sydney, Simon Chapman.

Profesor di Australia memperingatkan kelompok agama tertentu terkait dugaan adanya kandungan sel darah babi pada filter rokok. Profesor Simon Chapman menyatakan itu merujuk pada penelitian di Belanda yang mengungkap bahwa 185 perusahaan berbeda menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan pembuat filter rokok.

Menurut Hakim, sudah selayaknya umat Muslim yang mayoritas di Indonesia ini menjauhi barang yang nyata-nyata dilarang agama tersebut. Bukan hanya kaum Muslim, tetapi kaum Yahudi juga melarang pemanfaatan babi untuk keperluan seperti itu, tambahnya dalam dialog dalam rangkaian sosialisasi peraturan daerah (Perda) yang melarang merokok di tempat tertentu.

Dalam dialog yang dihadiri ratusan peserta dari kalangan PNS, pengelola hotel, restoran, dan pengelola tempat-tempat umum tersebut juga dihadiri Wali Kota Banjarmasin Haji Muhidin dengan moderator Kepala Dinas Kesehatan setempat, drg Diah R Praswasti.

Dalam dialog tersebut dilangsungkan dengan tanya jawab yang antara lain disarankan perlunya Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang mengharamkan merokok.

jika di anggap berguna mohon sebarkan articel ini jazakallahukhair

Walcott: Kecederaan Rooney menakutkan

Posted: 03 Sep 2013 09:31 PM PDT

England akan bertemu Moldova dan Ukraine dalam dua perlawanan kelayakan yang penting minggu depan, tetapi Rooney tidak akan diturunkan dalam kedua-dua perlawanan selepas berlanggar dengan Phil Jones semasa sesi latihan.

Penyerang England itu memerlukan jahitan untuk lukanya, yang lebih kurang sepanjang botol mineral 500ml, menurut Walcott.

Berdasarkan maklumat Walcott, Rooney mungkin tidak akan tampil di kawasan umum buat sementara waktu.

Menunjukkan pada botol di atas meja semasa sidang media, Walcott berkata: "Saya telah melihat gambarnya dan lukanya sebesar itu.

"Lukanya sangat besar.

"Sangat menggerunkan. Saya tidak rasa ia akan membantu rupanya.

"Ia seperti sesuatu dalam filem seram."

Kasut but Jones telah mengenai kepala Rooney semasa latihan dan menyebabkan kecederaan itu.

Lagi Hujah Dari YB Umno

Posted: 03 Sep 2013 07:11 PM PDT



Klik untuk lebih jelas

Hadoi..

Kemaih la hujah awak YB. Patut lah menang pilihanraya.

Bodek yb bodek puas puas.

Dulu sebelum pru13, lain je nada kamu.

Rafizi Ramli Bidas Nazri

Posted: 03 Sep 2013 03:52 PM PDT



Cuma 20sen sahaja, rakyat perlu bersyukur. Tapi tahukah selama ini rakyat tanggung duit minyak Menteri & Timbalan Menteri?

Bila ditegur melenting. Mengapa UMNO begitu sombong & angkuh?

Jangan biar mereka perlekehkan kita. Share & like page Rafizi Ramli!!

Tiada ulasan: