Rabu, 11 September 2013

Addin

Addin


Punca Denmark Menjadi Negara Paling Bahagia Di Dunia

Posted: 11 Sep 2013 09:39 AM PDT

Denmark sekali lagi mengekalkan takhta sebagai negara paling bahagia di dunia berdasarkan laporan tahunan kedua yang dikeluarkan oleh UN Sustainable Development Solutions Network, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2013 (World Happiness Report 2013). 

Tahap kegembiraan sesebuah negara dinilai berdasarkan enam elemen penting iaitu kesihatan jangka hayat (health life expectancy), persepsi terhadap rasuah (perceptions of corruption), KDNK per kapita (GDP per capita), kebebasan untuk membuat pilihan hidup (freedom to make life choices), sokongan sosial (social support) dan juga and kemurahan hati (generosity). 

Laporan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Earth Institute di University of Columbia itu mengklasifikasikan tahap kebahagiaan pada skala 1 hingga 10. Denmark mendapat 7.693 mata manakala Malaysia pula berada di tangga ke-56 dengan 5.760 mata dari keseluruhan 156 negara yang tersenarai.

Apa yang menarik, kelima-lima negara yang mengungguli carta negara paling gembira atau bahagia di dunia adalah negara yang terletak di utara eropah iaitu Denmark (1), Norway (2), Switzerland (3), Netherlands (4) dan juga Sweden (5).

Jadi, apakah punca sebenar rakyat di negara tersebut gembira dan bahagia? Adakah faktor cuaca dan lokasi sesebuah negara?Daripada pemerhatian dan pengamatan penulis yang berada di bumi Denmark selama hampir tiga tahun, terdapat banyak faktor yang mendorong Denmark menjadi negara paling gembira di dunia. 

Apa yang pasti ia bukan disebabkan faktor cuaca kerana negara di skandinavia mengalami musim sejuk yang panjang. Mana mungkin, seseorang itu boleh menjadi lebih gembira sekiranya sentiasa dibelenggu cuaca yang sejuk dan dingin sepanjang tahun. Jadi apakah faktor sebenar yang melayakkan Denmark digelar sebagai negara paling bahagia?

Baca seterusnya di SINI.






Iklan C (ii)


Suspek Kes Pembunuhan Timbalan Pengarah Kastam Akan Di Tahan

Posted: 11 Sep 2013 07:24 AM PDT

Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) di Putrajaya pada 26 April lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pengecaman suspek berumur 22 hingga 30 tahun itu dibuat melalui foto dan tindakan memberkas suspek akan dibuat dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau enggan menyiarkan gambar suspek kerana kes itu masih dalam siasatan. Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, April lalu.

Dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.

Dalam perkembangan lain, polis menahan pasangan suami isteri berumur 51 dan 55 tahun pada 28 Ogos lepas kerana dipercayai mendera anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun di Jalan Pahang, Setapak, di sini.

Khairi berkata kedua-dua suspek yang merupakan peniaga itu ditahan susulan laporan polis oleh seorang guru sebuah sekolah di Setapak, sehari sebelum kejadian.

"Guru tersebut mendapati kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan parah di bahagian badan, kaki, mulut dan kepala. Kanak-kanak itu hadir ke sekolah dengan keadaan luka yang kronik dan ibu bapanya dipanggil untuk diambil keterangan.

"Pihak sekolah telah membuat inkuiri terhadap kanak-kanak berkenaan dan mendapati dia dipukul oleh kedua ibu bapanya," katanya sambil menambah pihak sekolah yang berasa curiga dengan kecederaan kanak-kanak itu telah membuat laporan polis.

Khairi berkata akibat trauma, kanak-kanak malang itu enggan hadir ke sekolah.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, polis menangkap dua suspek yang dipercayai anggota kongsi gelap setelah mendapati suspek mempamerkan tatu yang mempunyai elemen kongsi gelap dalam Ops Cantas Khas dua hari lepas.

"Tangkapan kedua-dua suspek di Brickfields dan Cheras ini menjadikan jumlah kes di bawah akta ini adalah sebanyak 36. Kedua-dua suspek kini ditahan reman dan polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355)," katanya. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Ketua Polis Negara Aibkan Najib

Posted: 11 Sep 2013 05:17 AM PDT

Kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis tidak akan membuat siasatan baru terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dilihat seperti mahu "memalukan" Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berpendapat kenyataan tersebut juga boleh menjatuhkan imej negara kerana boleh dilihat tidak serius dalam soal menegakkan keadilan.

"Saya melihat kenyataan KPN itu hanya bertujuan untuk memalukan Najib tidak ada sebab lain dan kalau ada sebab lain kenapa beliau tidak mahu meneruskan siasatan baru.

"Ini merupakan perbuatan jenayah yang cukup berat, KPN tidak boleh buat tidak kisah tentang perbuatan tersebut dan kita perlu ingat ia akan melibatkan imej negara ini," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Katanya, adalah tidak mungkin berlaku sesuatu pembunuhan tetapi kita tidak mengetahui siapa pembunuhnya, dan pihak berkuasa pula mengambil sikap tidak mahu meneruskan siasatan sehingga tertangkapnya pembunuh sebenar.

Beliau juga melahirkan kebimbangan kes ini menjadi satu lagi episod jenaka kepada sistem keadilan negara.

"Kalau polis tak nak siasat, kita yang perlu siasat polis apa penyebab utama mereka tidak mahu meneruskan siasatan.

"Ini memperlihatkan seolah-oleh negara kita ini tidak mempunyai undang-undang. Tapi dalam kes membabitkan Pakatan Rakyat, polis nampaknya berebut-rebut mahu siasat," katanya yang juga seorang peguam.

Bagi beliau, penyelesaian terbaik dalam isu ini adalah dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan di Raja, yang mempunyai kuasa untuk menyiasat keseluruhan termasuk dalam jabatan polis itu sendiri. ~harakahdaily




Iklan C (ii)


Ini Bukan Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz.. Tapi Utusan Yang Spin

Posted: 11 Sep 2013 02:55 AM PDT

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menafikan beliau meminta supaya golongan ulama dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS."Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. 

Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama."Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. 

Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja," kata Nik Abdul Aziz kepada pemberita ketika menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Baru-baru ini beberapa media seperti akhbar milik Umno, Utusan Malaysia cuba memberi gambaran Mursyidul Am PAS itu mahu ulama dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden.Sementara itu, PAS kawasan Segamat, Johor memilih Datuk Husam Musa untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden untuk Muktamar parti itu yang ke-59 November ini.

Pemilihan Husam dibuat oleh perwakilan muktamar yang bersidang 25 Ogos lalu, iaitu kawasan PAS yang pertama membuat mesyuarat agung.Semalam, PAS kawasan Besut, Terengganu memilih Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sebagai calon timbalan presiden mereka.

Pemilihan Nik Amar dibuat melalui mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu selepas diberikan mandat oleh Mesyuarat Agung PAS kawasan sebelum ini.

"Pemilihan kedua-dua tokoh ini membayangkan sikap dua kumpulan penting dalam PAS untuk jawatan timbalan presiden kali ini."Apa yang jelas ulama mahukan Nik Amar manakala akar umbi mahukan Husam," kata seorang pemimpin PAS yang tidak mahu namanya disiarkan.

Beliau membuat andaian ini berdasarkan siapa di belakang jawatankuasa PAS kawasan Besut yang memilih Nik Amar sebagai calon mereka.Antaranya Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Salleh dan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Datuk Husein Awang di samping Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Bagi kawasan Segamat pula, ia membayangkan kehendak akar umbi PAS kawasan itu kerana pemilihan Husam dibuat oleh semua perwakilan mesyuarat agung kawasan itu.Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub merasmikan mesyuarat agung itu.

Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masod, berkata beliau menyerahkan pemilihan itu dibuat oleh semua perwakilan untuk mengelakkan sebarang masalah jika jawatankuasa beliau membuat pilihan.

"Bayangkan mesyuarat agung kawasan kami terpaksa habis jam 12 tengah malam selepas bermula jam 9 pagi bagi membolehkan perwakilan diberikan hak sepenuhnya membuat semua pilihan," kata Firdaus kepada The Malaysian Insider.

Penyandang jawatan timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu sudah mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan itu dalam muktamar ini.

Nama Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga disebut-sebut bakal mendapat pencalonan untuk jawatan ini tetapi belum dibuat secara rasmi oleh mana-mana kawasan.

Sementara itu, sehingga kini, hanya nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai Presiden PAS sementara kawasan Besut dan Segamat mencalonkan Abdul Hadi untuk jawatan itu.

PAS akan mengadakan muktamarnya pada 22 - 24 November ini di Shah Alam, Selangor dengan pemilihan untuk semua jawatan dibuat. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Menteri Lantikan Najib Ni Lebih Bongkak Dari Mahathir.. Ini Buktinya

Posted: 11 Sep 2013 02:00 AM PDT

DAP hari ini menyelar Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh ekoran kenyataannya yang mengatakan kerajaan tidak akan menghalang ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke luar negara jika tidak percaya dengan sistem pendidikan negara.

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok  menegaskan, Putrajaya perlulah bertanggungjawab merancang, melaksana, malah termasuk menjual polisi mereka untuk diterima rakyat.

"Tiada pihak yang akan bersetuju dengan semua polisi kerajaan... namun tiada menteri sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya sistem Pembelajaran dan Pengajaran Matematik dan Sains dalan Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak menerima persetujuan banyak pihak.

"Adakah Dr Mahathir mengarahkan mereka menghantar anak ke luar negara?" soal Kok.

"Kerajaan perlu pandai menjual polisi mereka melalui debat dan pujukan," katanya lagi.

Tiada sebarang tindakan dapat diambil untuk menghentikan rancangan Putrajaya meneruskan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) kerana ianya telah dirasmikan.

"Kalau ada kata sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi kita nak pastikan sistem kita bertambah baik," katanya.

Sebagai sebuah kerajaan, Putrajaya jelas Idris tidak akan berdolak-dalih lagi meskipun pelan berkenaan menerima reaksi negatif daripada pertubuhan persatuan Cina seperti Dong Zong dan juga parti politik dari Pakatan Rakyat.

"Beri ruang kementerian untuk laksana sebaik-baiknya dulu, nak tembak-tembaklah, tapi beri ruang dulu," katanya.

Ahli Parlimen Besut itu menegaskan, kerajaan telah merencana pelan berkenaan dengan segala perincian, termasuk mengambil kira pandangan 55,000 pihak berkepentingan daripada dalam dan luar negara. ~the malaysian insider






Iklan C (ii)




PAS Besut Calon Nik Amar Lawan Mat Sabu

Posted: 11 Sep 2013 12:14 AM PDT

PAS Besut mencalonkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah untuk mencabar penyandang jawatan timbalan presiden Mohamad Sabu (gambar) dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Resolusi PAS kawasan itu sebulat suara supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS bagi sesi akan datang.

Muktamar tahunan PAS kali ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini bagi memilih kepimpinan baru sesi 2013-2015.

Pemilihan kali ini turut mendapat perhatian daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan bahawa timbalan presiden harus dipilih dari kalangan ulama.

Dengan pencalonan Nik Amar oleh beberapa kawasan membuktikan saranan Mursyidul Am itu diambil kira oleh setiap kawasan bagi pemilihan PAS akan datang.

Nik Amar sudah mendapat layak untuk bertanding sebagai timbalan presiden PAS dalam pemilihan akan datang.

Dalam pada itu, PAS Besut turut menamakan tiga calon untuk merebut jawatan naib presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Pengaruh Mursyidul Am dijangka memberikan impak besar dalam pemilihan kepimpinan PAS tidak lama lagi.

Media melaporkan pada Sabtu lalu, Nik Abdul Aziz berpendapat Abdul Hadi patut dikekalkan sebagai presiden PAS dan timbalannya pula dipilih di kalangan ulama.

Katanya, semua pemimpin PAS perlu mempunyai ciri ulama, namun apa yang membezakan mereka adalah ilmu agama yang dituntut.

Kenyataan Nik Abdul Aziz sekali gus memberi isyarat kepada pewakilan supaya jawatan presiden PAS itu tidak dipertandingkan.

"Saya berdoa dan minta Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu diteruskan jadi presiden, tetapi timbalan atas undi dan tentu saya mahu orang ulama jadi timbalan beliau," katanya selepas kuliah mingguan di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

Beliau berkata demikian selepas Yang Dipertua PAS Padang Serai, Fauzi Tahir mahu menawarkan diri bagi mencabar Abdul Hadi merebut jawatan nombor satu itu pada muktamar kali ini.

Fauzi berkata, penawarannya itu bukan ingin berlawan atau mencabar Abdul Hadi tetapi adalah untuk menguji ahli PAS seluruh Malaysia tentang kefahaman mereka terhadap perlembagaan parti.

Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan itu mengakui mempunyai calon pilihan sebagai timbalan presiden, namun tidak mahu mendedahkan sebaliknya menyerahkan kepada ahli PAS untuk membuat keputusan terbaik.

"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)


Saksi Terkemuka RCI Projek IC Sabah Hadir.. Saksikanlah Wayangnya

Posted: 10 Sep 2013 11:24 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, beliau tidak pernah mendengar mengenai "Projek IC" sehingga baru-baru ini dan tidak pernah mengeluarkan mana-mana perintah berkaitan pemberian kad pengenalan secara sembarangan kepada pendatang asing di Sabah.

Bekas perdana menteri yang berpakaian sut kelabu lengkap dengan tali leher merah dan kemeja ungu dan berusia 88 tahun itu mengundang tawa mahkamah yang penuh sesak apabila dengan sinis berkata:"Terima kasih banyak kepada pegawai Manoi Kurup yang memberitahunya bahawa Projek IC juga dikenali sebagai Projek M, M maknanya untuk Mahathir.

"Saya tidak pernah tahu mengenai Projek IC sehinggalah baru-baru ini," katanya ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah.

Dr Mahathir mendakwa, beliau tidak kisah apabila namanya digunakan, dan berkata namanya digunakan di banyak tempat dan beliau digelar perkauman dan seorang ultra.

"Saya tidak pernah peduli dan kisah mengenai perkara itu," katanya dan menambah tidak pernah memberi sebarang arahan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh atau mana-mana individu merujuk kepada pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini dikawal lebih ketat daripada biasa dengan jumlah pengunjung lebih ramai sejak RCI bermula, apabila tersebar mengenai saksi ke-209 RCI ialah saksi paling terkemuka. Polis memeriksa lebih 140 orang yang memasuki ruang mahkamah dengan alat pengesan logam.

Ramai yang lain, kebanyakannya penyokong Dr Mahathir menunggu dengan sabar di luar mahkamah. Tun Siti Hasmah Ali, isteri Dr Mahathir adalah yang pertama masuk ke dalam mahkamah kira-kira jam 9.24 pagi sebelum perdana menteri paling lama berkhidmat itu memasuki mahkamah, beberapa minit kemudian. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Tiada Subsidi Dalam Islam, Hanya Ada Cukai - Fathul Bari

Posted: 10 Sep 2013 08:34 PM PDT

Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya mempertahankan kenyataannya mengaitkan kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah, serta menegaskan konsep "subsidi" tidak digunapakai di dalam ekonomi Islam.

Fathul Bari mendakwa Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memutar-belit kenyataannya dan menegaskan tujuan asal artikel beliau ditulis dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu adalah untuki memberi kefahaman kepada masyarakat.

"Mereka sebenarnya telah memutar belitkan kenyataan saya, saya sebenarnya bercakap tentang kenaikan harga minyak menurut perspektif akidah. Bagaimana kita nak mendekati isu ini.

"Saya bercakap dalam konteks sabar, saya bukan bercakap dalam konteks melarang kita dalam mempersoalkan perkara itu secara berhemah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di luar Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam.

Beliau juga memetik ayat Al-Quran: "Aku (Allah) uji mereka, dengan kematian dengan kekurangan harta benda, dengan hilangnya kerosakan tanam-tanaman dan sebagainya, dan berilah khabar gembira kepada orang sabar."

Katanya, konsep "subsidi" yang digunakan oleh kerajaan ketika ini tidak berlandaskan ekonomi Islam.

"Dalam ekonomi Islam tidak ada istilah subsidi, di zaman Saidina Umar al Khattab, beliau merupakan antara tokoh ekonomi yang merangka perkembangan ekonomi Islam.

"Subsidi tidak ada, cukai ada," katanya lagi.

Menurut Fathul Bari, pemberian "subsidi" oleh kerajaan tidak sampai kepada kumpulan sasaran yang lebih memerlukan memandangkan mereka yang kaya juga menerimanya.

"Sepatutnya, subsidi atau hibah (hadiah) ini diberikan kepada golongan sasar, seperti apa yang berlaku pada hari ini.

"Orang yang mewah kehidupannya juga merasai subsidi tersebut," katanya.

Beliau turut menjelaskan gambaran oleh Nasrudin dan Mohd Asri terhadap kenyataannya seolah-olah semua adalah takdir Allah juga tidak tepat, sebaliknya berkata orang ramai perlu mencari ikhtiar dalam menangani kenaikan harga barang.

"Mereka (Nasruddin dan Asri) sekarang ini cuba nak membawa saya ke situasi mengatakan semua adalah takdir Allah tanpa usaha... itu salah, mereka cuba putar belit kenyataan saya.

"Yang saya cuba sampaikan adalah ikhtiar, kita kena sabar. Selepas ini saya menulis sebuah artikel berkenaan dengan kaedah kita mempersoalkan perkara tersebut," katanya lagi.

Fathul Bari turut mengakui tajuk artikelnya telah diubah dan beberapa perenggan dipadamkan oleh penyunting akhbar Sinar Harian.

"Tajuk asalnya 'Bagaimana sikap kita dalam menghadapi kenaikan harga minyak'. Kedua, dua perenggan saya dipadamkan... tapi ini hak mutlak editor," kata Fathul Bari.

Sebelum ini, Nasrudin dan Mohd Asri membidas kenyataan Ulama Umno tersebut sebagai tidak berasas dan mengelirukan orang ramai kerana menjadikan Allah sebagai alasan terhadap kenaikan harga barang.

"Apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?" soal Mohd Asri dalam akaun Facebooknya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Menurut Najib kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel dan menegaskan pentadbirannya masih lagi memberikan banyak subsidi lain kepada rakyat. ~the malaysian insider

Addin:

Jikalau Fathul Bari dakwa tiada subsudi dalam ekonomi Islam, bagaimana pulak unsur riba yang ada dalam ekonomi negara kita. Adakah ianya ada dalam ekonomi Islam?




Iklan C (ii)


Rupanya Detektif Polis Dalang Bocor Nama 30 Ketua Gengster, Kini Di Buru Polis & KDN

Posted: 10 Sep 2013 07:54 PM PDT

Dikehendaki: Seorang detektif yang dapat selesaikan misteri.

Siapa melakukannya? Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mencari siapa di kementeriannya membocorkan kepada media nama 30 ketua kumpulan gengster termasuk ahli politik MIC yang kini mahu menyaman kerajaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) juga hairan siapa yang mendedahkan nama tersebut.

"Kita tidak tahu siapa yang dedahkan, kami pun mahu tahu juga," katanya yang turut mencurigai senarai nama tersebut. Pemain: Bernama, agensi berita pro kerajaan atas nama kewartawanan penyiasatan dengan mudah melaporkan pada Jumaat memetik KDN sebagai sumber.

Pemain lain, polis. Mereka melaporkan kepada KDN mereka tidak mendedahkan nama itu kepada kementerian.

"Saya tidak tahu sumber mana dari kementerian tetapi maklumat itu tidak datang dari polis. Kami ada senarai sendiri dan sebahagian geng yang disenarai kementerian dalam perhatian kami," kata Penolong Pengarah (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hasan.

Katanya, mereka menghubungi akhbar harian The Star dan Bernama bagi mengetahui sumber senarai nama yang mereka terbitkan.

Latar cerita: lebih 30 nama ketua kongsi gelap dari Geng 04, 08, dan 36 serta kawasan takluk mereka dilapor Bernama pada Jumaat dan diterbitkan The Star pada hari berikutnya.

Pendedahan ini ekoran kegusaran orang ramai daripada beberapa siri kes tembakan yang kerap dilaporkan dan masih menjadi perhatian umum.

Kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan kadar jenayah semakin meningkat tetapi ahli politik dan polis terus menyalahkan ketua kumpulan kongsi gelap yang dibebaskan dari tahanan tanpa bicara.

Memetik sumber KDN, laporan berita minggu lalu mendedahkan nama 30 ketua kumpulan dan mendedahkan mereka bergerak aktif di kawasan takluknya.

Antara identiti yang didedahkan sebagai gengster paling dikehendaki adalah Tiram Sasi (Johor), Sungai Way Sugu (KL), Prai Bala (Pulau Pinang), Langkap Sasi (Perak) dari Geng 04; Indren (Pulau Pinang), Dark (KL), Siva Guru (KL) dari Geng 08; Cendol Kanna (KL), Devan (ketua kumpulan di KL yang merupakan jutawan pengedaran dadah) dan Kajang Kalai (Kajang) dari Geng 36.

Nama terakhir merujuk kepada Exco Pemuda MIC Kalai Arasu Muniandy. Beliau menafikan pendedahan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang kerana mencemarkan nama baiknya.

Sementara itu, Wan Junaidi memberitahu The Malaysian Insider, perbincangan mengenai kebocoran senarai nama itudibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebaik sahaja berita itu tersebar.

"Semua di antara kami termasuk ketua setiausaha kementerian masih belum mendapat jawapan. Zaman ini, segalanya boleh berlaku," katanya.

Siapa yang mendedahkan nama itu, masih menjadi tanda tanya.

Misteri ini mengambil masa lima hari sejak disiarkan media pada Jumaat. Polis dan KDN masih menemui jalan buntu. ~the malaysian insider







Iklan C (ii)


Tiada ulasan: