Rabu, 11 September 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mahathir Hari Ini Tak Mengaku Beri IC Kepada PATI Di Sabah... Tapi Cuba Lihat Video Ini.. Apa Katanya Dulu?

Posted: 11 Sep 2013 01:17 AM PDT


Dr Mahathir ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini,menyalahkan "pegawai kerajaan" yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon tidak layak.

Malah beliau juga menafikan pernah memberi sebarang arahan kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing pada ketika itu.

Sedangkan pada awal tahun ini sekitar 17 Januari 2013, beliau telah mengaku bertanggungjawab memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing pasa zaman pentadbirannya.

Malah beliau mendakwa tindakannya itu tidak seberapa berbanding bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman yang disifatkan "lebih teruk" dari beliau.

"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,"

"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah," katanya ketika ditanya pemberita selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Karangkraf .

Beliau juga mengakui bahawa projek pemberian kad pengenalan itu dibuat menjelang pilihan raya namun mendakwa ianya mungkin hanya kebetulan.

"Saya buat sebelum pilihan raya. Mungkin kebetulan. Saya tak tahu. Tapi ia mengikut undang-undang. Perkara itu berlaku sebelum pilihan raya tak bermakna melanggar undang-undang," katanya lagi.

Kat bawah ni videonya...

 
Sumber video lihat di SINI


Ini laporan dari The Malaysian Insider..

"Saya tidak pernah beri sebarang arahan kepada arwah Tan Sri Megat Junid untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing," kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini.  
Dr Mahathir ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini, berkata beliau tidak bertanggungjawab terhadap semua tuduhan terhadap allahyarham bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.  
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai RCI Manoi Kurup yang bertanya kepada bekas perdana menteri itu mengenai dakwaan saksi sebelum ini.  
Manoi berkata, salah seorang daripada saksi dari Pejabat Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim, memberikan bukti bahawa Megat Junid mengarahkan pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang haram di Sabah untuk mengubah demografi penduduk di negeri itu.  
Hassnar berkata, Megat Junid memberitahunya arahan projek itu datang dari Dr Mahathir sendiri.  
"Hassnar? Saya tidak pernah dengar tentang dia. Saya juga tidak perasan beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri," kata Dr Mahathir dan menambah ia adalah keputusan Majlis Keselamatan Negara untuk menahan Hassnar.  
Manoj kemudian bertanya kepada Dr Mahathir mengenai beberapa jenis kad pengenalan digunakan oleh pendatang haram termasuk Kad Layang-Layang, Kad Burung-Burung, Kad Expo, dan Dr Mahathir berkata, beliau hanya mengetahui tentang satu jenis kad pengenalan iaitu IC yang menyebabkan hadirin di galeri mahkamah tertawa.  
Manoj turut bertanya sama ada beliau mengetahui mengenai buku "Projek IC Agenda Tersembunyi Mahathir."  
"Saya baca buku itu baru-baru ini apabila seseorang memberikannya kepada saya. Ia adalah bahan akademik yang bagus untuk dibaca.  
"Tetapi saya tidak tahu bagaimana penulis boleh mendapat kesimpulan ia adalah keputusan saya menggerakkan Projek IC. Bagaimanapun, saya perasan bila orang guna nama saya, buku itu laku," katanya yang sekali lagi mengundang tawa pengunjung di galeri awam.


..... Nampaknya yang mudah lupa itu Tun Mahathir.. bukannya Melayu mudah lupa...

Setelah teruk dibelasah, Fathul Bari dakwa kenyataannya diubah dan diputarbelit..

Posted: 10 Sep 2013 09:08 PM PDT


Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya mempertahankan kenyataannya mengaitkan kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah, serta menegaskan konsep "subsidi" tidak digunapakai di dalam ekonomi Islam.

Fathul Bari mendakwa Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memutar-belit kenyataannya dan menegaskan tujuan asal artikel beliau ditulis dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu adalah untuki memberi kefahaman kepada masyarakat.

"Mereka sebenarnya telah memutar belitkan kenyataan saya, saya sebenarnya bercakap tentang kenaikan harga minyak menurut perspektif akidah. Bagaimana kita nak mendekati isu ini.

"Saya bercakap dalam konteks sabar, saya bukan bercakap dalam konteks melarang kita dalam mempersoalkan perkara itu secara berhemah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di luar Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam.

Beliau juga memetik ayat Al-Quran: "Aku (Allah) uji mereka, dengan kematian dengan kekurangan harta benda, dengan hilangnya kerosakan tanam-tanaman dan sebagainya, dan berilah khabar gembira kepada orang sabar."

Katanya, konsep "subsidi" yang digunakan oleh kerajaan ketika ini tidak berlandaskan ekonomi Islam.

"Dalam ekonomi Islam tidak ada istilah subsidi, di zaman Saidina Umar al Khattab, beliau merupakan antara tokoh ekonomi yang merangka perkembangan ekonomi Islam.

"Subsidi tidak ada, cukai ada," katanya lagi.

Menurut Fathul Bari, pemberian "subsidi" oleh kerajaan tidak sampai kepada kumpulan sasaran yang lebih memerlukan memandangkan mereka yang kaya juga menerimanya.

"Sepatutnya, subsidi atau hibah (hadiah) ini diberikan kepada golongan sasar, seperti apa yang berlaku pada hari ini.

"Orang yang mewah kehidupannya juga merasai subsidi tersebut," katanya.

Beliau turut menjelaskan gambaran oleh Nasrudin dan Mohd Asri terhadap kenyataannya seolah-olah semua adalah takdir Allah juga tidak tepat, sebaliknya berkata orang ramai perlu mencari ikhtiar dalam menangani kenaikan harga barang.

"Mereka (Nasruddin dan Asri) sekarang ini cuba nak membawa saya ke situasi mengatakan semua adalah takdir Allah tanpa usaha... itu salah, mereka cuba putar belit kenyataan saya.

"Yang saya cuba sampaikan adalah ikhtiar, kita kena sabar. Selepas ini saya menulis sebuah artikel berkenaan dengan kaedah kita mempersoalkan perkara tersebut," katanya lagi.

Fathul Bari turut mengakui tajuk artikelnya telah diubah dan beberapa perenggan dipadamkan oleh penyunting akhbar Sinar Harian.

"Tajuk asalnya 'Bagaimana sikap kita dalam menghadapi kenaikan harga minyak'. Kedua, dua perenggan saya dipadamkan... tapi ini hak mutlak editor," kata Fathul Bari.

Sebelum ini, Nasrudin dan Mohd Asri membidas kenyataan Ulama Umno tersebut sebagai tidak berasas dan mengelirukan orang ramai kerana menjadikan Allah sebagai alasan terhadap kenaikan harga barang.

"Apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?" soal Mohd Asri dalam akaun Facebooknya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Menurut Najib kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel dan menegaskan pentadbirannya masih lagi memberikan banyak subsidi lain kepada rakyat.

Najib sewel?.. Betulke?.. Nih jawapan dari PEMANDU..

Posted: 10 Sep 2013 05:30 PM PDT


Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dari Jabatan Perdana Menteri menegaskan, semua pelantikan kakitangannya dibuat berdasarkan meritokrasi, pengalaman profesional, etika kerja dan kemampuan untuk menghasilkan kualiti kerja.

Menurut satu kenyataan bertarikh 5 September akan tetapi hanya boleh diakses media semalam, Pemandu menjelaskan, kakitangannya yang bertugas sebagai Penganalisa Kanan, Farah Intan Burhanudin hanya mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab sahaja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).


"Memang dia mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab yang menjadi mata pelajaran wajib di UIA, tetapi dia tidak pernah mengulang untuk mata pelajaran subjek teras.

"Farah menamatkan pelajarannya di UIA dengan Ijazah Penuh Kepujian Kelas Kedua," kata Penganalisis Pemandu Ashvin Khaira dalam kenyataan itu.

Pemandu juga menjelaskan, denda yang dikenakan ke atas Farah oleh Majlis Peguam adalah denda pentadbiran sahaja kerana kegagalan beliau memaklumkan pertukaran kerja dari peguam kepada bertugas dengan Pemandu.

Penjelasan ini dibuat Pemandu bagi menjawab segala tuduhan yang dikenakan blogger Umno terhadapnya baru-baru ini sehingga mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "sewel".

Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk "Sewel" Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.

Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.

Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk "The PM's Screwup Team – Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan juga di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua mereka sepakat pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.

Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.

Mak Aih!! Angkuhnya Ahli Parlimen UMNO ni....

Posted: 10 Sep 2013 09:31 AM PDT


Sepatutnya sebagai Menteri, Ahli Parlimen Besut ni membuktikan kebolehannya menentang hujah dengan hujah dan juga fakta.. bukannya menetang hujah dengan menunjukkan keangkuhannya kepada rakyat..

Katanya kerajaan telah merencana pelan berkenaan dengan segala perincian, termasuk mengambil kira pandangan 55,000 pihak berkepentingan daripada dalam dan luar negara dalam merencanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)..

Kalau 55,000 pandangan boleh didengar kenapa pandangan dari pertubuhan Dong Zong tak boleh didengar?

Idris Jusoh: Kerajaan tak halang hantar anak belajar luar negara

Datuk Seri Idris Jusoh berkata kerajaan tidak akan menghalang mana-mana pihak mengambil keputusan menghantar anak mereka ke luar negara kerana tidak meyakini sistem pendidikan di Malaysia.

Menurut Menteri Pendidikan II itu, tiada sebarang tindakan dapat diambil untuk menghentikan rancangan Putrajaya meneruskan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) kerana ianya telah dirasmikan.

"Kalau ada kata sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi kita nak pastikan sistem kita bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog anjuran Karangkraf di Shah Alam awal hari ini.

Menurut Idris, sebagai sebuah kerajaan, Putrajaya tidak akan berdolak-dalih lagi meskipun pelan berkenaan menerima reaksi negatif daripada pertubuhan persatuan Cina seperti Dong Zhong dan juga parti politik dari Pakatan Rakyat (PR).

"Beri ruang kementerian untuk laksana sebaik-baiknya dulu, nak tembak-tembaklah, tapi beri ruang dulu," katanya.

Ahli Parlimen Besut itu menegaskan, kerajaan telah merencana pelan berkenaan dengan segala perincian, termasuk mengambil kira pandangan 55,000 pihak berkepentingan daripada dalam dan luar negara.

"Kerajaan akan terus melaksanakannya, lagi pun ia telah dilancarkan," kata Idris.

Mengambil kira kepentingan pembangunan sistem pendidikan negara, Idris menegaskan, kementeriannya mensasarkan untuk mencapai objektif mereka melalui pelaksanaan pelan berkenaan, yang mana terpaksa mengorbankan beberapa bantahan sesetengah pihak.

"Kerajaan dah rancang blueprint ini dan akan laksanakan, kerana pelan ini telah diberi perincian, kita tak boleh dolak-dalih.

"Kita tidak boleh ikut kehendak semua orang, kita kena tahu objektif kita. Kita kena tahu apa yang terbaik," tegasnya.

Dong Zong yang dianggotai 77 persatuan Cina sebelum ini berkata tidak menolak kemungkinan untuk membawa isu berkenaan ke mahkamah memandangkan pelan berkenaan dakwa mereka mengancam bahasa ibunda mereka.

PR pula melihat terdapat enam aspek yang menjadikan yang dilancarkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat bukan satu platform menyeluruh.

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Rakyat berkata ketiadaan maklum balas daripada Kementerian Pendidikan terhadap pendedahan spesifik sistem pendidikan gagal memberi keyakinan bahawa PPPM akan dilaksanakan dengan betul dan cekap.


Boleh percaya ke kerajaan dah dengar pandangan dari 55,000 pihak tu?.. takkanlah dari 55,000 tu semuanya memberikan pandangan yang baik-baik.. nampak macam bohong saja tu...

Tiada ulasan: