RAKYAT MARHAEN |
- Syria: Bukan soal Sunni lawan Syiah
- Umno jangan guna isu Syiah untuk berpolitik
- Perkasa bukan model perjuangan Melayu, kata Pak Lah
- Israel rancang hapus identiti Islam
- Negeri Dan Pemimpin Kaya-Raya: Kemiskinan punca pelajar Penan tercicir
- Banking on Najib
- Car bomb explodes, Datuk Seri with underworld links CHEATS DEATH
- YES, ANOTHER SHOOTING: Death gets cheaper by the day, 33rd victim is from Kedah
- Dakwat Tidak Kekal: Kami akan terus tekan SPR, kerajaan - Rafizi
- Kuin: Mukhriz cuba lepas tangan, kenyataan bercanggah
- Mahathir-Pak Lah kembali ‘panas’ menjelang 1 Syawal
- Anggota polis Cawangan Khas didapati bersalah sembunyi maklumat
- Warisan Kerajaan BN: Lobi k'jaan S'gor, kata menteri UMNO pada pemilik flet
- Pusat Bila ? : Ketua Menteri, exco dan Adun PR di Pulau Pinang isytihar harta
- Ketika Utusan Malaysia tidak terlalu berkuasa…
- Ucapan Selamat Hari Raya Dato' Seri Anwar Ibrahim
- Koleksi Lensa Raja Yang Menjadi Kebanggan Rakyat
- Kalau saya ikutkan kemahuan Mahathir, Malaysia mungkin sudah muflis sekarang - Pak Lah
- Peliknya Umno
- Rebels Capture Syrian Military Base
- Egyptians' fear for future clouds Ramadan
- Photo Rasul yg diperjual-belikan di Negara Syiah Iran
- NEGARA AMAN: KERETA AUDI Q5 SUV BERHARGA RM350,000 HANGUS TERBAKAR KENA LONTARAN MOLOTOV KOKTEL!
- MCA Mahu Belajar daripada KOMUNIS China, TS Muhyiddin Yasin Raikan Presiden SYIAH Iran, Bayangkan Jika...!!!
- Ikhwan Tidak Berganjak: Kembalikan Mursi Sebagai Presiden Sebagai Syarat Penyelesaian
Syria: Bukan soal Sunni lawan Syiah Posted: 06 Aug 2013 09:02 PM PDT Dr Mohd Zuhdi MarzukiBerhubung dengan isu Syria, sila baca kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkaitan dengannya. Beliau adalah orang yang diamanahkan oleh gerakan Islam untuk menjadi mediator antara Gerakan Islam dan Kerajaan Iran pada peringkat awal. Beliau bertemu dengan Ahmadenejad di Iran menyatakan pandangan gerakan Islam bagaimana untuk menyelesaikan isu Syria. Pada peringkat awal, Iran dan gerakan Islam bersetuju supaya diberikan hak kepada rakyat Syria untuk memilih pemimpin melalui pilihanraya sebagaimana di Mesir dan Tunisia. Basyar al-Asad juga setuju mempertimbangkannya pada peringkat awal. Tetapi kemudian berlaku pemberontakan bersenjata yang dipercayai melibatkan kumpulan al-Qaedah yang ditaja oleh Putera Bandar sehingga meletus civil war. Apabila tercetus civil war maka rakyat awam menjadi mangsa. PAS tegas menyatakan pendirian bersama-sama dengan rakyat Syria, penyelesaian isu ini ialah semua pihak sama ada Basyar al-Asad dan pemberontak perlu meletak senjata. Kuasa-kuasa besar jangan campurtangan dalam isu Syria sama ada secara langsung atau melalui proksi seperti Arab Saudi, UAE dan Qatar. Tidak dapat dinafikan bahawa keterlibatan kumpulan terrorist yang ditaja merumitkan lagi penyelesaian isu Syria, malah pada pandangan saya civil war di Syria ini sememangnya dibiarkan berpanjangan sehingga "yang menang jadi abu yang kalah jadi arang". Saya cenderung untuk berpandangan merekalah yang terlibat membunuh Dr Sa`id Ramadhan al-Buti, modus operandinya hampir sama juga seperti pembunuhan Dr Abdullah Azzam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Umno jangan guna isu Syiah untuk berpolitik Posted: 06 Aug 2013 08:58 PM PDT Kenyataan bijaksana Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai isu Syiah yang dimomokkan media massa, dimainkan oleh sebahagian ahli politik, diracuni pula oleh kumpulan Tafriqah dan Takfiri dan didiamkan oleh sebahagian besar agamawan menyerlahkan kewibawaan PAS selaku gerakan Islam paling berpengalaman dan Ini menunjukkan kematangan PAS dan Abdul Hadi sendiri dalam memahami sepak terajang politik antarabangsa dan sejarah ketamadunan Islam itu sendiri. Ketika mana UMNO dilihat mengunakan isu Syiah untuk percaturan politik sempit mereka untuk mendapatkan sokongan dari masyarakat Melayu setelah menyedari masyarakat bukan Melayu telah secara hampir total tidak lagi menyokong mereka dalam PRU 13 baru-baru ini. Kenyataan yang amat ditunggu-tunggu oleh masyarakat Muslim antarabangsa yang pelik memerhatikan gelagat Malaysia yang menghina, mengecam dan mengkafirkan pengikut Syiah secara begitu biadab tanpa pembelaan dari sebahagian besar agamawan tanah air. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia bertindak keterlaluan terhadap masyarkat Syiah. Arab Saudi yang diketahui mempunyai hubungan diplomatik yang buruk dengan Iran juga tidak pernah bertindak sedemikian terhadap lebih tiga juta pengikut Syiah di negara mereka. Setelah hampir setiap hari momokan dilakukan media-media massa dan media-media sosial terhadap masyarakat Syiah, kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa Malaysia masih lagi mempunyai pemimpin Islam yang berwibawa, bersesuaian dengan prinsip "PAS for All". Ketika sebahagian pemimpin PAS terutama di peringkat pemuda mula mengikut rentak gerakan neo wahabism Abdul Hadi tampil dengan penuh kematangan sebagai tokoh pemimpin gerakan Islam bertaraf antarabangsa. Di samping itu, kenyataan pembelaan Abdul Hadi boleh menarik sokongan pengikut Syiah yang dikatakan berjumlah 250-300 ribu kepada PAS. Adalah dipercayai ramai juga pengikut syiah yang menyokong UMNO sebelum ini. Isu Sunnah Syiah dimainkan kembali ekoran peperangan proksi di Syria yang didalangi oleh Amerika . Mudahnya, Syria perlu dihancurkan untuk menyekat laluan bantuan ketenteraan Iran kepada Hezbullah. Penguasaan regim barat ke atas bumi Syria bukan sahaja melemahkan Hezbullah tetapi akan membunuh Hamas dan Jihad Islami di bumi Palestin. Inilah cita-cita Israel. Malangnya hari ini seruan jihad di bumi Syria dicanangkan melalui organisasi wahabi dan pro wahabi seluruh dunia yang dibiayai oleh sekutu Amerika di Timur Tengah iaitu Saudi dan Qatar. Mereka menciptakan semangat jihad palsu di bumi Syria dan mempengaruhi anak-anak muda menyertai gerombolan pengganas untuk menghancurkan keamanan bumi Syria. Pihak kerajaaan Syria yang mempertahankan tanahair mereka dan Hezbullah yang wajib mempertahankan survival mereka dicop sebagai Syiah yang kononnya gemar menumpahkan darah Ahlus Sunnah. Maka skrip Syiah Sunnah dimainkan kembali. Di Malaysia sendiri ramai kader-kader wahabi melalui Hizbut Tahrir menggerakkan semangat jihad palsu Syria dengan menggunakan baja kebencian kepada Syiah. Read More / Baca Lagi >> | ||
Perkasa bukan model perjuangan Melayu, kata Pak Lah Posted: 06 Aug 2013 08:55 PM PDT Tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum dan komuniti namun ia tidak seharusnya dilakukan dengan cara yang tidak sepatutnya seperti dilakukan Perkasa, kata bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam bukunya. Melalui bukunya berjudul Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, Pak Lah berkata menjadi kesalahan memperjuangkan satu-satu kaum dengan menolak kaum lain. Kumpulan yang diketuai Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin mendesak agenda kanan, terutama konsep Ketuanan Melayu, dan mengambil pendekatan keras terhadap mereka yang dilihat sebagai musuh Melayu dan Islam. Menjelang pilihan raya, Perkasa mencetuskan kontroversi apabila mengugut untuk membakar Al-Kitab, Bible berbahasa Melayu, dan juga video menunjukkan Zulkifli mengkritik agama Hindu. Menyentuh konsep Ketuanan Melayu, Abdullah berkata ia tidak seharusnya bermaksud sebagai kuasa mutlak Melayu. "Apa maksud tuan? Bagaimana kamu menjadi tuan? Dengan melakukan apa yang kamu buat - sama ada dalam pembelajaran, profesion, perniagaan. "Hanya kerana kamu Bumiputera, kamu tidak boleh jangka semuanya diserahkan kepada kamu dan panggil kamu sebagai tuan. Ketuanan bukanlah satu hak. Ia perkara yang kamu perlu kerjakan," kata Pak Lah dalam bukunya. Beliau mengakui adanya kebimbangan sesetengah orang Melayu terhadap perjuangan bangsa mereka kerana banyak lagi yang ketinggalan. "Bagaimanapun, kebimbangan itu boleh disalurkan melalui kaedah yang betul, dan bukan melalui cara yang kasar seperti mana tindakan Perkasa,"kata Abdullah. Read More / Baca Lagi >> | ||
Israel rancang hapus identiti Islam Posted: 06 Aug 2013 08:51 PM PDT BAITULMAQDIS - PALESTIN. Anggota kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ahmed Qurei memberi amaran berhubung rancangan jahat rejim Zionis untuk menghapuskan identiti Islam di Baitulmaqdis. Ahli Jawatankuasa Eksekutif PLO itu turut menyelar dasar Israel yang bertujuan untuk melanggar dan memusnahkan tapak bersejarah di bandar tersebut. "Saya menggesa masyarakat antarabangsa supaya melindungi kesucian Baitulmaqdis terutamanya Masjid al-Aqsa yang kini semakin terancam akibat perbuatan biadab golongan Yahudi," tegasnya dalam laporan Press TV. Sejak beberapa dekad lalu, Israel cuba untuk mengubah demografi Baitulmaqdis dengan membina penempatan haram Yahudi dan turut mengusir penduduk Palestin. | ||
Negeri Dan Pemimpin Kaya-Raya: Kemiskinan punca pelajar Penan tercicir Posted: 06 Aug 2013 08:50 PM PDT Disebabkan kesempitan hidup dan tidak cukup belanja mereka terpaksa belajar separuh jalan dan tidak dapat meneruskan pendidikan ke universiti. Ketua Kampung Long Jekitan, Daud Suk, 45 tahun, berkata, disebabkan jauhnya mereka di kawasan pedalaman, kos pengangkutan yang tinggi serta tidak dapat menyesuaikan diri dalam suasana hidup di bandar juga antara faktor mengapa ramai remaja Penan yang layak tetapi tidak dapat meneruskan pendidikan ke tahap lebih tinggi seperti ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). "Pada masa ini, terdapat enam remaja Penan dari Long Jekitan ini yang pandai (layak) masuk ke universiti, tetapi disebabkan kesempitan hidup dan tidak cukup belanja mereka terpaksa belajar separuh jalan dan tidak dapat meneruskan pendidikan ke universiti," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap mengalu-alukan rombongan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang yang merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan melancarkan Pusat Khidmat Komuniti Penan di Long Jekitan di sini. Tidak mampu Mengulas lanjut berkenaan situasi berkenaan, Daud memberitahu, ramai juga anak-anak kaum Penan yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Jekitan, tetapi apabila tamat tahun enam, tidak meneruskan pendidikan kerana ibu bapa mereka tidak mampu menanggung kos menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah menengah di Marudi atau sekolah menengah terdekat. Jelasnya, seperti di SK Long Jekitan, terdapat 222 orang pelajar yang menuntut di sekolah rendah tersebut pada masa ini, tetapi tidak mustahil hampir 50 peratus daripadanya tidak dapat melanjutkan pendidikan ke peringkat sekolah menengah. Akibatnya, ramai yang berkahwin awal dan hanya tinggal di kampung sebagai suri rumah tangga sepenuh masa sedangkan kalau mereka mendapat pendidikan yang sepatutnya mereka boleh berjasa kepada bangsa dan negara. "Ini amat membimbangkan memandangkan usaha kerajaan untuk membangunkan masyarakat Penan mungkin boleh terjejas jika sekiranya anak-anak Penan terus ketinggalan dalam pelajaran," katanya. Manakala, bagi masyarakat Penan itu sendiri, tegasnya mereka hendak sentiasa menggalakan anak-anak mereka untuk belajar. Berusaha sendiri | ||
Posted: 06 Aug 2013 08:44 PM PDT Najib must lead the nation out of the current malaise and we have no choice except to place our hopes on him. You could be forgiven if you are thinking this is happening in a Third World nation but it is happening right here in Malaysia who is aspiring to be a First World nation by 2018. Especially serious are the issues concerning crime and economy. Of course the government has said that they will take steps to rectify the situation especially pertaining to the recent crime wave. But it is silly of them to blame the opposition on this as the opposition has offered ideas such as the setting up of an auxiliary police force only to be ignored by the government. Moreover, Pakatan Rakyat (PR) is not the government of the day. However, kudos to the police for busting a number of drug cartels although they are short-handed. "The government must realise that this current crime spree will scare away potential foreign investors and tourists," said Ustaz Abu Bakar Hussain, the PAS state assemblyman for Titi Serong in Perak. And it is generally bad for business. Even our own citizens are feeling scared to dine alfresco in the wee hours of the morning for fear of being set upon by robbers or being hit by a stray bullet from a shooting. The BN government seems to lack the drive for putting things in order and has ignored the call made by PAS Pokok Sena MP, Mahfuz Omar to convene an emergency Parliament session before Hari Raya Aidil Fitri to discuss the crime situation. Mahfuz has thus labelled the government as "sombong, angkuh dan bongkak" (proud, arrogant and too full of themselves) for refusing to accept any suggestions or ideas put forward by Pakatan's lawmakers. Seems like the days of 'the government knows best' is back in vogue because the government intends to go it alone even if the citizens want to offer ideas. Read More / Baca Lagi >> | ||
Car bomb explodes, Datuk Seri with underworld links CHEATS DEATH Posted: 06 Aug 2013 08:43 PM PDT KUALA LUMPUR - It looks an Opposition politician who a week ago warned Malaysia was fast going back to the days of Al Capone, where mobsters ruled and gunfights, arson and bombings were a daily occurrence has hit the nail on the head. Not only was a 26-year-old man gunned down in Kedah on Tuesday night by an unknown assailant, a wealthy businessman who owns several restaurants and nightclubs in Kuala Lumpur, cheated death when his luxury car was blown up on Monday. The businessman, a Datuk Seri who has had past brushes with the law, was in the car. But he was lucky. Both he and his driver managed to escape unhurt. They were passing through Taman Taynton View in Cheras when the car bomb was detonated. 'Sabotage' According to the Star, the bomb had been strapped below the car, sending ball bearings ripping through the boot of the Jaguar when it exploded. The businessman, who was not named, is said to be a former detainee under the Emergency Ordinance and had been remanded in Simpang Renggam for more than a year. He is also alleged to have some links with the underworld. City CID chief Senior Asst Comm Ku Chin Wah has confirmed the incident, saying that the blast only damaged the rear of the car and other motorists or passers-by were not injured. However, Ku stopped short at calling it a murder attempt, describing the incident as "an act of sabotage". Opposition politician Chua Jui Meng was more blunt when asked for his view for the rise in crime. "We have to face it. Malaysia is in a state of lawlessness. The latest shooting reminds me of the Al Capone movies where the line between the cops and the mobsters was invisible and you had open gunfights and killings on the streets," PKR vice president Chua Jui Meng had told Malaysia Chronicle in a July 30 article titled M'sia back to the days of Al Capone due to govt inaction from Dr M's days "In the early 2000s, Ong Tee Keat who was then the MCA Youth chief sent a dossier he compiled of the links between the syndicates and certain government leaders to Dr Mahathir (Mohamad, the former prime minister). | ||
YES, ANOTHER SHOOTING: Death gets cheaper by the day, 33rd victim is from Kedah Posted: 06 Aug 2013 08:42 PM PDT KUALA LUMPUR - Malaysia's 33rd assassination bid in 4 months or the 10th in 11 days has occurred. A 26-year-old man was seriously injured after he was gunned down in Pondok Labu, Kedah at about 10pm Tuesday night. Police have yet to release the details but it is believed the victim was inside his house when an unidentified assailant whipped out a gun and fired a shot. The victim was rushed to the Hospital Kulim and is reported to be in a critical condition. Out of control crime? The latest contract-style hit is bound to further depress the Malaysian public. Suddenly citizens are faced with the fact that nothing can be done because Prime Minister Najib Razak's government may have left it too late. Crime may well be out of control in Malaysia. Just two days ago, a rubber tapper died after he was shot while having a drink at a stall with friends. Based on a tabulation obtained from the Star newspaper, the 40-year-old Amirul Tajo Nasir would have been the country's 32nd shooting victim since April 12. Amirul died at Universiti Sains Malaysia Hospital in Kubang Kerian. Gunshot wounds were found on the chest, stomach and buttocks. According to Kelantan deputy police chief Mazlan Lazim, Amirul was with two friends when two men on a motorcycle stopped about two metres from the stall in Kampung Gong Mengkeleh, Pasir Putih at dawn on Monday. The pillion rider then opened fire at the victim. Police believe Amirul was shot at least six times. "We offer our prayers for the latest victim's recovery but we also hope the police, the Home Minister and Prime Minister Najib Razak himself will stop pointing fingers all round except at themselves," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle. "For example, what is the use for Zahid to say the police are under-staffed and not to be blamed. Who is blaming the ordinary police personnel in the first place? What we all want are not excuses or the PM and the Home Minister pretending to be good guys and protecting the police. Who will protect the rakyat (the people) then? What we need is action, otherwise we should have the resignations of the IGP, Zahid and even Najib himself for failing to plan and manage the security of this country." Indiscriminate and across the board killings The Opposition politician was referring to a call from Home Minister Zahid Hamidi not to blame the police for the rising lack in public safety, while a minister in the Prime Minister's Office had hit out at critics, saying Najib should not be faulted for the spike in crime. But as Jui Meng pointed out, who then is to blame. And more to the point, how can Malaysians regain control of their environment. So far, the victims of the assassination bids are from all walks of life - from the richest segment of Malaysia's society to the poorest. None of the major ethic groups were spared. In other words, the killings were indiscriminate and lends credence to talk that death was very cheap in Malaysia. Apparently, one can hire an assassin for just RM1,000 because the risk of the Malaysia police tracing and capturing the assassin was deemed low. Assassins come cheap because the police are viewed as incompetent? | ||
Dakwat Tidak Kekal: Kami akan terus tekan SPR, kerajaan - Rafizi Posted: 06 Aug 2013 08:40 PM PDT SHAH ALAM – PR menegaskan isu dakwat kekal yang menjadi pertikaian pihaknya pada PRU13 yang lalu, tidak akan ditamatkan begitu sahaja, setelah beberapa pendedahan mengejutkan dibuat bulan lalu. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, PR telah mendapat maklumat tambahan mengenai perkara tersebut dan akan didedahkan kepada umum dalam masa yang sesuai. Menurutnya, bukti-bukti yang dikumpul itu akan digunakan untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan. "Kita tak akan tamatkan begitu sahaja perkara itu. "Kita ada semua maklumat untuk terus bawa isu ini, dan bagi tekanan kepada kerajaan dan SPR supaya mengambil tindakan," katanya kepada Sinar Harian Online. Penggunaan dakwat kekal mula diperkenalkan SPR pada PRU13 sebagai salah satu proses penambahbaikan sistem pilihan raya. Bagaimanapun, dakwat kekal yang diberi jaminan akan kekal dalam tempoh lima hari tidak seperti yang diumumkan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kuin: Mukhriz cuba lepas tangan, kenyataan bercanggah Posted: 06 Aug 2013 08:38 PM PDT POKOK SENA: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkenaan status Kolej Universiti Insaniah (Kuin), bertentangan dari fakta sebenar dan menjerat leher sendiri. Menurut Mahfuz, Menteri Besar Kedah itu seperti mahu menyembunyikan fakta sebenar dan mahu lepas tangan apabila mendakwa status Kuin adalah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan bukan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). "Kita kesal dengan kenyataannya yang tidak berpijak dibumi nyata. Kenyataan ini amat menyimpang dari fakta sebenar dan saya amat kesal seorang MB boleh mengeluarkan kenyataan seumpama ini," bidasnya ketika mengadakan sidang media di Pokok Sena, semalam. Mahfuz sebelum ini membangkitkan isu pembekuan gaji kakitangan Insaniah Holding selama tiga bulan yang cuba di ketengahkanoleh Mahfuz baru-baru ini dan meminta Mukhriz selaku Menteri Besar menyelesaikannya. "Apabila kita bertegas akan membawa hal tersebut kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, beliau (Mukhriz) mengeluarkan kenyataan 'lepas tangan' seolah- oleh kerajaan negeri tidak terlibat atau bertanggungjawab dalam hal demikian. "Kolej Universiti Insaniah Sdn Bhd merupakan milik penuh kerajaan negeri dan Lembaga Kuin sendiri dilantik oleh kerajaan negeri. Malah Pengerusi Lembaga Insaniah adalah Menteri Besar sendiri. Read More / Baca Lagi >> | ||
Mahathir-Pak Lah kembali ‘panas’ menjelang 1 Syawal Posted: 06 Aug 2013 08:37 PM PDT Setelah bertahun-tahun berdiam diri dan memendam rasa dengan kritikan dan serangan yang tidak sudah-sudah daripada Mahathir, Pak Lah akhirnya memilih untuk menjawab sebahagian daripada kritikan yang dilemparkan terhadapnya itu melalui penerbitan sebuah buku yang bertajuk "Awakening - The Abdullah Badawi Years In Malaysia" yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi. Read More / Baca Lagi >>Maklumat awal mengenai buku ini sudah dikeluarkan semalam, namun majlis pelancarannya dijangka akan diadakan selepas Hari Raya nanti yang akan dilakukan oleh Pak Lah sendiri. Buku ini nampaknya menjadi medan untuk Pak Lah menjawab sebahagian daripada kritikan oleh Mahathir terhadapnya terutamanya mengenai pentadbiran negara, kedudukan kewangan yang ditinggalkan oleh Mahathir, keadaannya yang sering tertidur dan diketahui oleh Mahathir sebagai suatu penyakit tetapi sering digunakan untuk menunjukkan kelemahannya dan lain-lain lagi berkaitan pelbagai perkara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Terbitnya buku ini selepas berakhirnya pilihanraya umum yang paling sengit dalam sejarah dan menjelang pemilihan UMNO yang akan berlangsung kira-kira dua bulan lagi tentunya boleh mengundang tafsiran yang berbagai-bagai. Masa terbitnya buku ini tentunya bukan suatu kebetulan tetapi barangkali setelah ditapis dan dianalisa kesan buruk dan baik dalam pelbagai segi. Apatah lagi sekarang ini anak Mahathir iaitu Mukhriz dan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, masing-masing telah mendapat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dan Menteri Belia dan Sukan dan dijangka akan bertanding jawatan kanan dalam pemilihan kali ini manakala Mahathir pula seakan mahu menunjukkan pengaruhnya yang berterusan dalam UMNO dengan keaktifannya bersuara dan menghadiri pelbagai perjumpaan di sana-sini. KJ dijangka akan terus mempertahankan jawatan Ketua Pemudanya manakala Mukhriz yang kalah di tangan KJ dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda empat tahun lalu pula sedang diasak untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden UMNO setelah faktor Mahathir dikatakan menjadi kunci kemenangan BN menawan semula Kedah daripada tangan Pas. Ini menjadikan sementara bapa dan bapa mertua kedua-dua pemimpin itu terus berbalah, anak dan menantu mereka pula sedang meneruskan pendakian dalam hireaki UMNO. Terbitnya buku Pak Lah ini menjelang sambutan 1 Syawal turut mengundang rasa teruja banyak pihak kerana selepas ini tentunya akan menerima reaksi balas daripada Mahathir pula. Mengenali watak Mahathir yang tidak pernah mengalah dengan sesiapa yang cuba mencari pasal dengannya, adalah dijangkakan reaksi Mahathir mengenai buku ini dan apa-apa perkara yang melibatkan dirinya sebagaimana yang tertulis dalam buku itu pastinya lebih pedas dan panas lagi. | ||
Anggota polis Cawangan Khas didapati bersalah sembunyi maklumat Posted: 06 Aug 2013 08:36 PM PDT Seorang anggota polis dari bahagian Cawangan Khas dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun atas kesalahan sengaja menyimpan maklumat mengenai pencerobohan bersenjata tentera Sulu di Lahad Datu Februari lalu. Koperal Hassan Basari didapati bersalah mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan kerana menyimpan maklumat mengenai pencerobohan selepas hakim Mahkamah Tinggi Ravinthran Paramuguru memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu tanpa keraguan yang setara. Memetik dari Star, peguam bela Koperal itu, Ram Singh berkata bahawa mereka akan mengemukakan rayuan semula menentang hukuman dan perbicaraan. Hassan, 58 tahun kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan namun dilihat menitiskan air matanya ketika memeluk keluarganya sebelum dia dibawa pergi. Ravinthran berkata, beliau berpuas hati dengan hukuman Hassan iaitu penjara maksimum kerana tertuduh bukan merupakan anggota biasa atau orang orang awam. Hassan didapati bersalah atas kesalahan yang dilakukan di Ibu pejabat Lahad Datu Cawangan Khas antara 2 Jan dan Mac tahun ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Warisan Kerajaan BN: Lobi k'jaan S'gor, kata menteri UMNO pada pemilik flet Posted: 06 Aug 2013 08:33 PM PDT Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan (kanan) berkata, kementerian tidak dapat meneruskan pembinaan rumah ganti ekoran masalah itu. "Kepada penduduk yang terjejas (di Dengkil), saya mohon bantuan anda untuk selesaikan masalah ini. "Penting untuk ada bekerjasama dengan kami dengan melobi kerajaan Selangor supaya ia menawarkan tanah alternatif," kata Rahman. Dalam kenyataan kepada Malaysiakini, menteri itu menegaskan, kerajaan Selangor tidak memberikan jawapan rasmi berhubung perkara itu, sekali gus menyebabkan ia tertangguh. Ini menurutnya berlaku walaupun kerajaan Selangor sebelum ini berkata sedia memberikan tanah yang sesuai jika kerajaan pusat sanggup membina rumah gantian secara percuma. Exco Selangor yang bertanggungjawab V Ganabatirao memberitahu Malaysiakini, setiausaha kerajaan negeri sudah menulis surat kepada kerajaan pusat bulan depan bagi memaklumkan kesediaan mereka menggantikan tanah untuk rumah pangsa yang retak itu. Pada 11 Jun lalu, penduduk di Taman Permata dikejutkan oleh bunyi bising akibat keretakan bangunan kediaman mereka. Sejak itu, mereka terpaksa tinggal dalam khemah yang didirikan di kawasan berdekatan. | ||
Pusat Bila ? : Ketua Menteri, exco dan Adun PR di Pulau Pinang isytihar harta Posted: 06 Aug 2013 08:31 PM PDT Semua 11 ahli exco negeri dan 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mengisytiharkan aset mereka semalam. Salinan pengisytiharan aset dari exco dan ADUN dari PR diedarkan kepada pemberita di Komtar, Pulau Pinang. Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) berkata butiran aset termasuk hartanah, pelaburan dan kenderaan bermotor dilaporkan sehingga 5 Mei tahun ini. Berdasarkan pengisytiharan, Lim mempunyai dua rumah kedai di Melaka; dan RM308,368 dalam simpanan tetap, saham dan unit amanah di lapan syarikat. Sebuah rumah kedai dibeli pada harga RM435,000 sementara sebuah lagi dengan harga RM530,000. Lim juga melunaskan pinjaman pembelian dua rumah kedai itu. Beliau tidak mempunyai kenderaaan, menurut The Star hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Ketika Utusan Malaysia tidak terlalu berkuasa… Posted: 06 Aug 2013 08:30 PM PDT Dalam buku yang menceritakan tahun-tahunnya ketika memegang kuasa, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi (gambar) membuat pendedahan yang mengejutkan mengenai bagaimana beliau berurusan dengan Utusan Malaysia, jelas berbeza dengan bagaimana akhbar lantang itu diuruskan oleh Umno sekarang. Abdullah terkenal sebagai seorang yang liberal terhadap media berita dalam usahanya untuk mengembalikan kredibiliti media selepas rosak teruk ketika media arus perdana berada di bawah pemerintahan Mahathir, tetapi Abdullah menetapkan ketegasan apabila berkaitan isu perkauman dan agama. Merujuk kepada pekerja medianya, beliau berkata:"Saya tidak masuk campur kerja mereka kerana saya percaya mereka mempunyai kerja profesional untuk dibuat dan saya memberi ruang kepada mereka. Tetapi, apabila mereka menyalahgunakan keterbukaan itu dengan memainkan isu perkauman dan agama, seperti yang dilakukan Utusan Malaysia, maka saya akan panggil mereka dan beri amaran." Beliau mendedahkan bahawa beliau pernah menelefon ketua pengarang Utusan Malaysia dan memberi amaran keras: akhbar itu melampaui batas dengan sidang redaksi yang berunsur perkauman dan Putrajaya tidak akan memberikan keistimewaan kepadanya jika didakwa kerana menghasut. Bagaimanapun, pengarang itu tidak dikenakan sebarang tindakan. Tetapi, Abdullah berkata, panggilan telefon itu berjaya menakutkan orang media dan selepas itu, tidak ada lagi artikel yang menyinggung perkauman dan agama daripada akhbar milik Umno itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Ucapan Selamat Hari Raya Dato' Seri Anwar Ibrahim Posted: 06 Aug 2013 03:21 PM PDT | ||
Koleksi Lensa Raja Yang Menjadi Kebanggan Rakyat Posted: 06 Aug 2013 03:14 PM PDT | ||
Kalau saya ikutkan kemahuan Mahathir, Malaysia mungkin sudah muflis sekarang - Pak Lah Posted: 06 Aug 2013 03:11 PM PDT Dianggap sebagai "Mr Clean", beliau dipilih sebagai pengganti Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, hubungan mereka bertukar sebaliknya. Ini berkaitan isu menantu dan penasihatnya, yang dikenali "budak tingkat empat". Bimbang legasinya terjejas, Mahathir kemudian memulakan genderang perang dan mula mengkritik kepimpinan Abdullah, yang dilihatnya sebagai pemimpin yang lemah. Dan selepas kemerosotan teruk dalam pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan sokongan pada BN mula retak, Mahathir memutuskan merobek kerjaya politik Abdullah. Dalam wawancara dengan sebuah buku baru, Awakening, the Abdullah Badawi years in Malaysia, Abdullah melontarkan kenyataan pedih kepada pendahulunya, dengan menggambarkan Mahathir sebagai lelaki yang penuh kontraldiksi. Antara lain, Abdullah berkata, jika beliau mengikuti hasrat Mahathir dengan projek-projeknya seperti landasan berkembar RM14.5 bilion, negara ini mungkin akan muflis. "Boleh kamu bayangkan jika saya mengalah pada Mahathir dengan terus tekanan berterusan untuk berbelanja ketika defisit sudah amat tinggi, bagaimana Malaysia akan mengharungi krisis kewangan dan minyak yang kemudiannya melanda pada 2008. "Jika tidak tidak berhemat dan terus berbelanja, saya boleh katakan kita mungkin sudah muflis sekarang," katanya dalam wawancara yang disiarkan dalam buku baru yang dijadual dilancarkan pada bulan ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 06 Aug 2013 03:09 PM PDT | ||
Rebels Capture Syrian Military Base Posted: 06 Aug 2013 02:54 PM PDT | ||
Egyptians' fear for future clouds Ramadan Posted: 06 Aug 2013 02:52 PM PDT | ||
Photo Rasul yg diperjual-belikan di Negara Syiah Iran Posted: 06 Aug 2013 08:17 AM PDT | ||
NEGARA AMAN: KERETA AUDI Q5 SUV BERHARGA RM350,000 HANGUS TERBAKAR KENA LONTARAN MOLOTOV KOKTEL! Posted: 06 Aug 2013 08:14 AM PDT PUCHONG:- Dua lelaki yang memakai topi keledar muka penuh telah melontar Molotov koktel pada Audi Q5 SUV berharga RM350,000 terbakar hangus yang diletakkan berhampiran deretan kedai di Taman Equine di sini petang tadi. Seorang saksi berkata kira-kira jam 4.00 petang dia melihat dua orang lelaki memakai topi keledar muka penuh berjalan ke arah kereta berkenaan , menyalakan bom petrol dan melemparkan kearah kereta tersebut. Mereka kemudiannya terus melarikan diri dengan sebuah motosikal. Sebuah kereta bomba telah tiba ditempat kejadian kira-kira sepuluh minit kemudian dan berjaya memadamkan kebakaran dengan pantas namun semuanya sudah terlambat kerana kereta tersebut habis hangus terbakar. Tuan punya kereta tersebut telah pun membuat laporan polis. | ||
Posted: 06 Aug 2013 08:11 AM PDT
MCA Mahu Belajar daripada Parti Komunis China [MK] MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China (CCP) dalam usaha memulihkan parti selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 lalu. Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, kekuatan struktur CCP, sistem pendaftaran anggota dan pengurusan maklumat Internet dikenal pasti selepas lawatan enam hari ke China. "Lawatan ke China bagi mempelajari kekuatan struktural CCP dan menggabungkannya dengan rangka dasar transformasi MCA," kata Liow dalam sidang media di ibu pejabat MCA hari ini. Liow yang mengetuai pasukan petugas transformasi MCA bagaimanapun menegaskan parti itu bukannya melihat kepada fahaman Komunisme. "Lawatan itu tidak menyentuh langsung soal ideologi," katanya. Liow berkata, CCP merupakan parti yang "terbuka dan liberal" dalam mendekati masyarakat dan kekuatan stukturnya membolehkannya wujud dan berfungsi untuk lebih 90 tahun. TPM di Tehran Hadiri Pelantikan Presiden Baharu Iran [Bernama] Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Tehran pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran. | ||
Ikhwan Tidak Berganjak: Kembalikan Mursi Sebagai Presiden Sebagai Syarat Penyelesaian Posted: 06 Aug 2013 08:05 AM PDT Mesir: Ikhwan Muslimin menegaskan tidak akan menerima sebarang solusi yang dicadangkan mana-mana pihak kecuali pihak tentera bersetuju dengan syarat bahawa Dr Muhammad Morsi perlu dikembalikan sebagai Presiden Mesir yang sah. Kenyataan tersebut dikeluarkan Parti Kebebasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwanul Muslimin sebagai menjawab kepada pertemuan Wakil Menteri Luar Negeri AS, William Burns yang mahu memujuk Ikhwan menerima solusi damai terhadap krisis politik yang berlaku di Mesir. Kunjungan utusan AS itu sendiri adalah yang terbaru dalam penerusan langkah diplomatik menjadi orang tengah antara pendukung Mursi dan pemerintah sementara yang dikuasai tentera. Ikhwan mendakwa, pendirian mereka tidak berubah, agar pihak tentera yang merampas kuasa mengembalikan legitimasi Mesir dengan menyerahkan kembali pemerintahan kepada Morsi yang telah dipilih oleh rakyat negara itu secara sah. Dalam pada itu, Ahram Online melaporkan, Menteri Luar Negeri UEA Abdullah Zayed bersama rakannya dari Qatar Khalid Al-Attiyah serta William Burns telah mengunjungi orang kedua Ikhwanul Muslimin Khairat Asy-Syatir di penjara Tora malam tadi. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan