Tukar Tiub |
- PERJANJIAN JUAL NEGARA AKAN DI TANDA TANGANI
- SHIAH SEMAKIN BERKEMBANG
- POLIS TAHU PULAK ADA MOTIF BILA MEMBUNUH
- JENG JENG JENG - NAJIB SEDANG DI KEPONG
- DUA HARI LAGI KITA MAIN MERCUN
- TAMAROD SEDUNIA DITERUSKAN LAGI!
- TOLONG JANGAN KELENTONG
- MARI KITA SAMA SAMA BERHARI RAYA
- PENGUMUMAN PERMINTAAN
- PENCERAHAN DAN NASEHAT DARI PEMBACA
- KESEDARAN AKHIRNYA SAMPAI JUGA
PERJANJIAN JUAL NEGARA AKAN DI TANDA TANGANI Posted: 06 Aug 2013 06:00 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB perjanjian jual negara ini akan di tanda tangani ini amat jelas buktinya? obama akan datang bulan oktober justeru untuk bodek obama untuk pastikan amerika sokong najib maka perjanjian jual negara ini akan ditanda tangani lupa ke? perbincangan sengaja dibuat di kota kinabalu jauh dari mata orang ramai sengaja dibuat pada bulan puasa agar tak ada demo semua ini dilakukan dengan niat jahat semua dilakukan tipu melayu tak caya? sila tunggu Kerajaan pandang serius input TPPA sebelum buat keputusan KOTA BHARU 6 Ogos — Kerajaan memandang serius input yang diberi semua pihak berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, yang penting dalam membuat keputusan itu ialah kepentingan negara tetap menjadi keutamaan tanpa menjejaskan sebarang hak rakyat. "Pertimbangan dibuat sama ada ia membantu negara atau boleh menjejaskan kepentingan negara. Ini asas untuk pertimbangkan apa yang akan kita lakukan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama ketua jabatan dan badan bukan kerajaan, di sini malam tadi. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... KALAU HANYA PANDANG SERIOUS.... ERTINYA NAK KELENTONG.... kah kah kah.. kah kah kah... ERTINYA AKAN DI TANDA TANGANI.... kah kah kah.. kah kah kah... TAK PERCAYA SILA TUNGGU..... kah kah kah SILA KLIK IKLAN INI ---------- |
Posted: 06 Aug 2013 01:30 PM PDT PUTRAJAYA 5 Ogos - Kementerian Dalam Negeri telah mengesan terdapat kira-kira 250,000 pengikut Syiah yang bergerak aktif selepas mengenal pasti 10 kumpulan itu di negara ini. Ketua Setiausahanya, Abdul Rahim Mohamad Radzi (gambar) berkata, faktor perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan fahaman Syiah disebarkan menerusi laman sosial dan media sosial dengan pantas. "Jika 10 tahun dahulu kumpulan ini terdiri daripada kumpulan minoriti dengan tiga markas sahaja tetapi sekarang markas mereka sudah ada di hampir setiap negeri," katanya di sini hari ini. GURU IMAN SHAFIE SEORANG SHIAH Satu persoalan yang ditimbulkan oleh seorang ustaz yang mengkaji syiah ni semasa di universiti. Salah seorang guru imam shafie, pengasas mazhab yg kite guna pakai skrg ini ialah imam jaafar iaitu antara imam yg besar dlm fahaman syiah. Itu mcm mane tu? Adakah imam syafie juga syiah sebab belajar dgn imam jaafar? Itu persoalanyg sering aku tanye ustaz2 ahlil sunnah dan sampai skrg tiade jwpn. on PENCERAHAN DAN NASEHAT DARI PEMBACA Publish | Delete | Spam Anonymous on 8/6/13 WAJIB MEMBACA AKU DAH LAMA JADI SYIAH...MAS DULU BELAJAR KAT UM...PUNCANYA AKU DENGAR MACAM-MACAM FITNAH KAT SYIAH...LEPAS TU AKU PUN BELAJAR TENTANG SYIAH...BUAT PERBANDINGAN ANTARA MAZHAB....MEMANG SUSAH NAK JADI SYIAH NI...KENA STUDI BANYAK PERKARA...KENA STUDI AL-QURAN....HADITH...SEJARAH...BAHASA ARAB SECARA MENDALAM... AKHIRNYA OTAK RASIONAL AKU DAN HATI AKU TIDAK DAPAT MENOLAK SYIAH LAGI YANG AMAT SESUAI DENGAN FITRAH...AKU PUN JADI SYIAH...SO NAK JADI SYIAH BUKAN SEKADAR MELOLONG KAT SANA SINI KAFIR SANA SINI...CAKAP BODO-BODO...TAK JADI.... JANGAN INGAT ORANG MASUK SYIAH ORANG JAHIL... "SAPA YANG TAK KENAL RASULULLAH TAK KENAL ALLAH..SAPA YANG TAK KENAL AHLUL BAIT AS TAK KENAL RASULULLAH...SIAPA YANG TAK KENAL ALI AS, FATIMAH AS, HASAN AS, IMAM HUSAYN AS...ZAINAB AL-KUBRA...MEREKA TIDAK MENGENAL RASULULLAH SAW...TIDAK MENGENAL AJARAN ISLAM YANG BENAR... TIDAK MENGENAL ALLAH SWT... TAK CAYA CUBALAH STUDI TENTANG SYIAH DARI PANDANGAN SYIAH SENDIRI BUKAN DARI PANDANGAN YUSUF QARDAWI DAN SEWAKTU on PENCERAHAN DAN NASEHAT DARI PEMBACA Publish | Delete | Spam Anonymous on 8/6/13 SILA KLIK IKLAN INI ----------- |
POLIS TAHU PULAK ADA MOTIF BILA MEMBUNUH Posted: 06 Aug 2013 08:00 AM PDT Polis kenal pasti motif 16 kejadian tembak di PP GEORGE TOWN 6 Ogos - Pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap, pertembungan perniagaan dan pergaduhan isu peribadi adalah antara motif yang dikenal pasti punca 16 kejadian tembakan di sekitar negeri ini sejak Januari lepas, kata polis. Sehubungan itu, polis Pulau Pinang telah mengenal pasti suspek-suspek 16 kes jenayah bersenjata api itu, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi. "Kami akan mengambil tindakan terhadap mereka dalam masa terdekat," katanya berucap pada perhimpunan bulanan Kontinjen Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini hari ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... SUDAH KANTOI.... kah kah kah.. kah kah kah...SUDAH MANTOI.... kah kah kah... kah kah kah.... ADA MOTIF UNTUK BUNUH.... kah kah kah.. kah kah kah...PANDAI PULAK POLIS NI..... kah kah kah... kah kah kah.... KENAPA TAK TANYA SIRUL DAN AZILAH ....kah kah kah.. kah kah kah...APA MOTIF BUNUH ALTANTUYA?..... kah kah kah... kah kah kah...KANTOI.... MANTOI...... mkah kah kah SILA KLIK IKLAN INI --------- |
JENG JENG JENG - NAJIB SEDANG DI KEPONG Posted: 06 Aug 2013 07:00 AM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB najib sedang dikepong najib sedang diasak di malaysia gerakan terajang najib sedang merancang di paris hakim sedang menyiasat Siasatan Scorpene juga siasat kemasukan Najib ke Perancis Hakim siasatan Perancis yang menyiasat dakwaan sogokan dalam jualan dua kapal selam kelas Scorpene - oleh DCNS, pembuat kapal berpangkalan di Paris, kepada Malaysia - juga menyiasat kemasukan tiga individu ke negara itu sejak 1999, kata sumber. Ketiga-tiga mereka Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu dikatakan ada melawat Perancis tetapi urusan masuk-keluar tidak direkodkan dalam dokumen imigresen. Jasbir Singh Chahl, bekas broker, mendakwa rekod Perancis menunjukkan Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dan tidak terlibat juga dalam rundingan itu. Berdasarkan dokumen mahkamah Perancis bernombor 54, yang boleh diperoleh di Internet, hakim siasatan Scorpene mahu tahu sama ada ketiga-tiga nama di atas "dicatat pada fail rentas sempadan dan sama ada mereka melalui wilayah Perancis sejak 1999". Sumber berkata, mahkamah telah bertanya perkara itu melalui faks bertulis kepada 'Staff of the Central Directorate of the Frontier Police'. JENG JENG JENG JENG JENG JENG woit...KENAPA JAKIM TAK KELUAR FATWA... kah kah kah.. kah kah kah...INI KES BUNUH.... kah kah kah... kah kah kah.... MESTI BASAH..... kah kah kah.. kah kah kah.... DALAM KES BUNUH MESTI BASAH.... kah kah kah.. kah kah kah.... BASAH INI MENGHINA ISLAM..... kah kah kah.. kah kah kah... MACAM USIK ANJING YANG BASAH..... kah kah kah... KLIK IKLAN INI --------- |
DUA HARI LAGI KITA MAIN MERCUN Posted: 06 Aug 2013 03:50 AM PDT PETANG INI tetiba hari ini sampai rasa macam kelmarin aku mula berpuasa hari berjalan bagitu cepat masa berlalu pantas sekelip mata rasanya macam semalam baru bersahur anak bulan dilihat rasanya macam kelmarin aku membeli sekotak kurma rasanya macam kelmarin aku mengucap selamat berpuasa hari berlalu saat bergerak matahari terbenam matahari timbul jerebu datang jerebu pergi bulan puasa pun tamat lalu aku menilai kembali apa yang telah aku lakukan aku tak perlukan seorang akountan aku tak perlukan jurukira aku perlu memandang ke cermin dan bertanya pada cermian apa yang telah aku lakukan detik detik yang telah pergi adalah titisan air mata adalah titisan peluh yang tak akan datang lagi hanya ingat ingatan yang mengingatkan aku tentang kelmarin daqn semalam ingat ingatan yang kabur kabur dimakan masa demi masa demi saat demi fikrah PETANG INI DI PADANG RUMPUT petang ini aku ditempat yang sama saperti kelmarin saperti dua minggu dulu saperti sebulan dulu saperti setahun dulu saperti yang terus aku lakukan aku memerhati langit yang cerah awan yang indah biru yang lemah puteh yang berterabur petak petak hitam dipukul angin entah ke mana kaki akau di pandang rumput yang maha luas jauh di hadapan aku kota yang tersergam lalu aku sedut udara lalu aku ciumi bau alam laluy aku menutup mata lalu aku memasang telinga lalu aku terdengar suara angin lalu aku terdengar suara unggas bila aku mendongak ke langit bila aku membuka mata aku ternampak helang sedang bermain dengan angin lalu aku terdengar suara gagak yang mungkin kekasihnya telah hilang lalu aku teringat akan pipit uban lalu aku teingat akan terkukur lalu mata aku mencari teman aku yang datang bersama setiap petang ke pandang rumput ini ESOK PULANG KE KAMPONG semuanya telah sedia mercun telah dibeli bunga api telah dibeli baju telah dibasuh kain telah dibasuh hanya minyak pelita hanya lilin hanya sumbu kain yang wajib aku beli kemudian aku pulang untuk beraya selamat hari raya untuk semua selamat berbuka puasa SILA KLIK IKLAN INI |
TAMAROD SEDUNIA DITERUSKAN LAGI! Posted: 05 Aug 2013 10:30 PM PDT WARGA ARAB BAGUN MELAWAN MESIR DAN PROJEK PEMBODOHAN Saya telah menggarap empat tulisan mengenai Mesir. Selain dari keinginan saya untuk membawa pencerahaan saya juga turut sama bertamarod. Tamarod membawa makna – berontak/melawan. Saya garap tulisan itu agar kita dapat bersama merayakan garis politik jalan raya yang dibawa oleh anak-anak muda di Mesir. Tamarod kini bukan hanya di Mesir, bukan hanya di Turkey, bukan hanya di Brazil – kini tamarod sedang merebak ke seluruh dunia. Kita telah membaca bagaimana tamarod di Brazil telah berjaya mengagalkan kenaikkan harga tiket bas. Kita telah melihat bagaimana tamarod di Istanbul telah menjadikan Edorgan tempang dalam cita-citanya untuk menjadi Presiden Turki. Demonstrasi jalan raya kini telah menjadi satu budaya politik dunia. Dalam dunia pasca moden hari ini jalan raya adalah tempat pertempuran politik untuk menuntut keadilan, menuntut hak dan melawan kezaliman. Jika tahun enam puluhan anak muda telah bergerila di hutan, bergerila dipadang pasir dan bergerila dalam bandar - kini metod politik pasca moden telah berubah. Anak muda kini turun ke jalan raya. Membaca sejarah tahun 60'an dan 70'an, kita akan bertemu dengan Brigades Rouges Itali, Japanese Red Army, Weatherman dan Black Panther dari Amerika, Baader-Meinhof di German, Mujahedin al-Khalq di Iran , Action Direct di Peranchis, Sandero Luminoso di Peru, Al-Fatah di Palestin dan dan dan. Semua ini adalah gerakan anak muda yang bangun mengangkat senjata melawan kuasa imperial Anglo-Amerika dan kaum pemodal multinasional. Kini anak muda bertamarod ke jalan raya membawa 'mod politik ' baru. Sebenarnya turun ke jalan raya ini bukan satu 'mod politik' yang baru. Metod berdemo dijalan raya telah digunakan oleh CIA untuk menjatuhkan PM Iran Mohammad Mosaddeh pada tahun 1953. Metod ini juga telah digunakan oleh CIA pada tahun 1965 untuk menjatuhkan Bung Karno. Tetapi metod jalan raya ini telah dirampas kembali oleh anak muda Amerika dan anak muda Eropah dizaman Perang Vietnam. Anak-anak muda sedunia yang menentang Perang Vietnam telah menjadikan jalan raya sebagai wadah politik. Mereka telah berdemo menentang perang Vietnam - di London, Rome, Paris, Washington, Bangkok dan Kuala Lumpur. Politik jalan raya yang menjadi ikon sejarah, yang menaburkan imej romantik ialah apabila anak anak muda dan mahasiswa kota Paris turun ke jalan raya untuk menjatuhkan Presiden Charles de Gaulle pada bulan Mei 1968. Paris dan Mei68 akan terus menjadi rujukan awal tamarod anak muda sedunia. Politik jalan raya dalam era pasca moden – diera Arab Spring - telah dibantu oleh teknoloji internet, teknoloji digital dan alat komunikasi yang terpantas. Teknoloji terkini telah membantu mengembang ampoh Musim Bunga Arab. Teknoloji ini juga membantu mengumpulkan puluhan ribu anak muda di Istanbul, di Rabat, di Bahrain dan di Yemen. Politik jalan raya telah berjaya menjatuhkan rejim-rejim zalim di Tunisia dan Mesir. Di Bahrain dan di Yemen tamarod belum selesai. Saya membuka wacana tamarod dengan membawa rujukan politik jalan raya dari seluruh dunia dengan niat untuk mengajukan satu persoalan hakiki. Untuk saya persoalan ini amat fundumental. Dari pengamantan saya suasana budaya politik kita sedang nazak. Justeru saya wajib mengajukan soalan ini. Soalannya ialah - apakah budaya tamarod sedunia ini bersama perkembangan teknoloji terkini akan membantu anak-anak muda di Malaysia untuk bangun menjatuhkan rejim United Malays National Organisation yang telah berkuasa lebih dari 50 tahun? Untuk saya jawapannya pasti boleh – pasti boleh yang positif. Tetapi sebelum kita bersama merayakan perkataan ' boleh dan positif ' , pada hemat saya ada pekara yang wajib kita tuntaskan dahulu. Ada perkara yang saya rasa perlu kita bersama lintasi dahulu. Ini kerana saya rasakan ada kejulingan, ada kekeliruan dan ada kecelaruan fikrah dalam membaca dan memahami politik Malaysia dan politik antarabangsa. Saya telah lama merumuskan bahawa kejayaan yang paling besar United Malays National Organisation ialah kejayaan membodohkan warga Malaysia terutama Manusia Melayu. Proses pembodohan ini telah membonsaikan akal dan fikrah Manusia Melayu. Akal dan fikrah Melayu telah dibantutkan dari berkembang. Yang wujud hanyalah akal-akal kontot yang tidak berupaya untuk berfikir secara kritikal. Proses pembodohan jelas dibuktikan dengan peranan dan usaha media Melayu untuk membangangkan Manusia Melayu ke tahap gaban. Contohnya: Tahun lalu sebuah kontena bahan mentah – rare earth – telah dibawa masuk dari Australia ke Kuantan. Utusan Malaysia akhbar milik United Malays National Organisation telah memaparkan dimuka hadapan gambar satu kumpulan Melayu yang sedang meramas dan memegang bahan mentah rare earth. Gambar ini membawa tajuk : Kilang Lynas Selamat. Keselamatan kilang ini dibuktikan kerana ada Mak Cik Tua Bertudung yang berani menggintil-gintil bahan mentah rare earth tanpa mendapat kecederaan. Untuk saya gambar dan berita ini saheh telah membodohkan Manusia Melayu. Pembaca Melayu TIDAK diberitahu bahawa bahan mentah rare earth ini kalau belum diproses memang selamat tidak ada santau radioaktif. Santau radioaktif ini hanya akan muncul apabila bahan mentah ini dibakar dan diproses. Apabila saya melihat gambar Mak Cik Tua Bertudung ini saya merasa sedih kerana bukan sahaja Si Mak Cik ini dibangangkan malah seluruh pembaca Melayu dibodohkan ke tahap gaban. Paling sedih media Melayu ini bukan sahaja telah menipu Melayu malah telah menjadi barua kepada syarikat santau radioaktif ini. Proses pembodohan ini sedang merebak. Saya sendiri cukup yakin bahawa projek pembodohan ini telah sampai ke tahap yang amat kritikal. Respon dari surat- surat yang saya terima terhadap tulisan saya mengenai Mesir dan Syrian menambahkan lagi keyakinan saya bahawa ' masyarakat Melayu ini sedang sakit tenat'. Saya dapati ada kumpulan pembaca tulisan saya tidak memiliki daya fikir yang kritikal. Saya telah menunjukkan dengan fakta politik bahawa apa yang berlaku di Syria itu bukan pertempuran antara Sunni dengan Shiah. Hakikatnya - apa yang berlaku di Syria ialah projek kuasa imperial Anglo-Amerika dan Zionis untuk mengawal bumi Arab. Mengawal bumi Arab bertujuan untuk mengawal telaga minyak dan telaga gas. Kenapa agaknya pekara sesenang tupai melocat didalam belukar ini pun gagal difahami oleh satengah pembaca. Jika seseorang memiliki keupayaan berfikir secara kritikal apabila membaca apa yang sedang berlaku di Syria pasti akan timbul pelbagai soalan. Contohnya : Yang bermazhab Shiah di Syria hanya 10% dari 28 juta rakyat. Tentera Syria majoritinya bermazhab Sunni. Jika konflik di Syria ialah konflik Shiah lawan Sunni pasti soldadu Bashar yang bermazhab Sunni telah bangun menibai Bashar. Pasti telah lama Bashar tekubur. Kenapa ramai Manusia Melayu tidak memilik khudrat untuk menimbulkan soalan ini? Kalau kita beralih untuk melihat apa yang berlaku di Mesir maka kebongsaian juga muncul. Saya ajukan pandangan bahawa bahawa apa yang berlaku di Mesir itu ialah demo rakyat Mesir untuk menjatuhkan Mubarak yang zalim. Kemudian berdemo lagi – kali ini menentang pentabiran Morsi yang tidak terbuka. Ketika ini cita cita suci anak muda Mesir untuk mendirikan Mesir yang lebih adil dan demokratik telah dibajak oleh tentera. Tentera telah merampas kuasa. Saperti di Syria soldadu Mesir juga bermazhab Sunni. Seharusnya dengan fikiran kritikal akan timbul soalan kenapa Sunni membunuh Sunni? Atau kenapa ada Sunni menentang Morsi dan ada Sunni menyokong Morsi? Bonsai fikrah ini semakin menjadi-jadi. Kejayaan United Malays National Organisation memandulkan fikrah Manusia Melayu sedang merebak. Kalau kita perhatikan secara rapi Manusia Melayu yang bonsai fikrah ini juga memiliki sifat berjiwa rendah. Sifat jiwa rendah ini berjaya ditanamkan bukan hanya melalui proses pembodohan tetapi melalui proses menakut-nakutkan. Saya cukup yakin – projek pembodohan dan projek menakut-nakutkan Manusia Melayu ini berjalan seiring. Dari segi teori ilmiah sebelum seseorang itu dapat dibodohkan maka sosok itu perlu ditakut-takutkan. Apabila takut maka amat senang untuk dibodohkan hingga gagal untuk memiliki tabaii manusia untuk berfikir secara kritikal. Pada bulan puasa tahun ini amat jelas proses menakut-nakutkan Manusia Melayu sedang berjalan ligat. Manusia Melayu terus dikepong dengan ajenda eksklusif pengunaan nama Allah. Dalam masa yang sama dalam bulan puasa ini Utusan Malaysia telah mengolah naratif watak Manusia Melayu yang 'cukup lembik' lebih lembik dari 'bakuteh'. Manusia Melayu ini diwatakkan oleh Utusan sebagai bagitu rapuh pegangan imannya. Terlihat sahaja anjing 'berhari raya' dengan serta merta Manusia Melayu yang bonsai fikrah ini hilang pedoman dan putus iman. Ketika inilah Manusia Melayu ini ditakut-takutkan seolah-olah bulan hadapan Anjing dan Biawak akan mengambil alih pentabiran negara. Sayugia diberi ingatan. Agar jangan menusuk sembilu ke dalam luka. Kita wajib berwaspada kerana Melayu Bonsai yang berjiwa rendah ini sedang memanifestasikan rendah jiwa mereka dengan 'angkuh sombong'. Sifat Angkuh sombong ini sedang menggunakan bentang Agama. Apakah makna semua ini? Apa hubungan ini dengan Tamarod? Ucapan Selamat Hari Raya dahulu dari saya. Akan disambung minggu hadapan. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan oleh SUARA KEADILAN sesiapa yang mahu melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon : 03- 922 - 10 -45 SILA KLIK IKLAN INI ------------- |
Posted: 05 Aug 2013 10:00 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB inilah bahayanya sifat malas membaca kerana malas membaca selama ini kena tipu oleh ustaz dan alim ulamak yang kerjanya menakut nakutkan yang kerjanya menghukum yang kerjanya mengeluar fatwa ustaz dan ulamak yang jual agama ustaz dan ulamak yang makan upah yang diupah oleh united malays national organisation BUKU TULISAN USTAZ WAN JI BOLEH DIPESAN DISTRO BUKU 012-664-88-73 Pendakwah jawab Perkasa, Mazhab Hanafi benar Muslim bela anjingSeorang pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin menjawab desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menggesa kerajaan menggunakan undang-undang Syariah terhadap pelatih anjing Muslim dengan mengatakan menyentuh dan memelihara anjing tidak salah bagi sesetengah mazhab dalam Islam."Bagi ulama mazhab Hanafi, memelihara dan memegang anjing tidak salah tetapi bagi ulama Mazhab Shafei ia adalah satu kesalahan," kata Wan Ji yang mendalami Islam di Pakistan dan Mesir itu. Wan Ji yang mempunyai banyak kuliah agama dimuat naik di Youtube berhujah, jika hendak dikatakan tidak mengikut Mazhab Shafei menghina Islam, bagaimana pula dengan menunaikan zakat dengan wang. "Masalah dengan Malaysia adalah orang ramai banyak membuat penilaian atas sesuatu perkara berdasarkan mazhab Islam Melayu," kata Wan Ji dalam tazkirah Ramadannya di sebuah surau. "Mengikut Mazhab Shafei, umat Islam hendaklah menunaikan zakat fitrah menggunakan makanan asasinya. Dalam konteks Malaysia, beras. Kenapa umat Islam di Malaysia menunaikan zakat dengan menggunakan wang. Kalau ikut Mazhab Shafei, ini salah dan boleh didakwa menghina Islam," katanya. Menurut Wan Ji, mengeluarkan zakat menggunakan wang dibolehkan oleh ulama Mazhab Hanafi dan digunakan fatwa ini oleh umat Islam di Malaysia untuk memudahkan urusan pembayaran zakat. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH kah kah kah...BARU DI BERI TAHU....ZAKAT SEPATUTNYA PAKAI BERAS.... kah kah kah.. kah kah kah...PAKAI BERAS AJARAN SHAFIE.... kah kah kah kah kah kah...YANG PAKAI DUIT INI AJARAN MAZHAB HANAFI.... kah kah kah... kah kah kah...INI LAH BIJAK AKAL MANUSIA.... kah kah kah.. kah kah kah...PILIH MANA YANG MASUK AKAL..... kah kah kah..., kah kah kah.... KES ANJING PUN SAMALAAAA.... kah kah kah.. kah kah kah... INI BARU PENCERAHAN AGAMA... kah kah akh.. kah kah kah...BUKAN SIBUK NAK TANGKAP DAN ROTAN... kah kah kah KLIK IKLAN INI |
MARI KITA SAMA SAMA BERHARI RAYA Posted: 05 Aug 2013 09:30 PM PDT UCAPAN SELAMAT HARI RAYA sidang pengarang tim teknikal juru gambar mengucapkan selamat hari raya kepada pembaca kepada pembenci kepada penykong kepada pencacai dengan ucapan kalau nampak iklan sila klik agar tim tukar tiub dapat duit raya untuk beli mercun dan bunga api NOTA tim tukar tiub tidak minta maaf kerana semua yang ditulis semua yang digarap semua yang digambari semua yang di semiotikkan adalah dengan niat dan cita cita apa yang dipapar itulah yang dihajat ------------ |
Posted: 05 Aug 2013 09:00 PM PDT KEMPEN TURUNKAN HARGA DIN AYAM SEDANG BERJALAN KAH KAH KAH PERGUMUMAN DAN PERMINTAAN adalah dicanagkan adalah diwar warkan adalah dimashurkan kepada semua para umat kepada pembaca yang tahu surah kepada tok perawi yang tahu sanad kepada tok perawi soheh yang tahu kesah kenapa din ayam di panggil di ayam? pencerahan ini penting untuk menjelaskan bahawa din ayam bukan jual ayam din ayam bukan bapak ayam din ayam bukan seorang ayam din ayam bukan otak ayam dia ayam bukan kaki ayam din ayam bukan teloo ayam siapa din ayam ini? |
PENCERAHAN DAN NASEHAT DARI PEMBACA Posted: 05 Aug 2013 07:49 PM PDT GUNAKAN AL QURAN sy mula tertarik dgn syia ni masa jais serbu markas mereka. sy mula membaca tentang syiah. fitnah yang dilemparkan terhadap syia ni dah lama dijawab oleh laman web syiah. tapi puak sunni bila dia takut nak baca laman syiah. oleh itu sampai kiamat tak akan dpt jawapan utk fitnah mereka. yg peliknya, syiah mengguna al-Quran dan kitab sahih sunni utk menepis tohmahan sunni. itupun sunni taknak terima. terdapat ulamak sunni yang masuk syiah spt syeik ahmad tijani dan syeik an antaki. on PANDANGAN UNTUK PENCERAHAN Publish | Delete | Spam Anonymous on 8/4/13 JANGAN GUNA FIKIRAN JANGAN DENGAR SAJE APA ORANG CAKAP 1.kan dah kata ko tak payah ulas bab agama!!ko ni memang jahil sejahilnya tentang bab agama islam!! sepatutnya dalam usia tua bangka ko!!ko cari seorang GURU untuk belajar mengenai agama islam!!sekarang ko BERGURUKAN syaitan dalam segala pandangan ko mengenai agama islam!! 2.atau sekarang ko dah menjadi syiah bersama-sama mat sabu!!!! on PANDANGAN UNTUK PENCERAHAN Anonymous on 8/4/13 AYAT PERTAMA QURAN IALAH BACA BUKAN DENGAR Malas membaca,otak jadi bonsai..Jangan lupa,wahyu pertama Allah kepada Muhammad s.a.w ialah "baca"..bukan "dengar"..Membaca jambatan ilmu,membaca membuka minda,membaca membawa kepada pencerahan.Membaca menajamkan fikiran..Cuma membaca Utusan Meloya akan menambah bebal dalam otak anda..sekian. on PANDANGAN UNTUK PENCERAHAN Budak Kampar on 8/4/13 USTAZ DAN ULAMA JADI BURUNG KAKAK TUA Allah dah peringatkan kita dalam al-Quran mengenai orang-orang Yahudi yang terlampau taksub dengan rahib-rahib mereka. Tapi tradisi keilmuan kita memanglah tak da rahib-rahib tapi kita ada ulamak (konon2) dan ustaz2. Para ulamak dan ustaz ini kebanyakan samada secara lansung atau tidak lansung terdidik di negara Timur Tengah. Balik dari Timur Tengah para ustaz dan ulama ini tadi menjadi burung kakak tua ikut membuta-tuli fahmanan ARAB yang selama ini memang anti betul dengan orang Parsi (Iran). Tok-tok guru ARAB mereka nak tunjuk tak suka kepada Iran atau Parsi pun tak boleh sebab nanti nampak sangat assobiyah ARABISME mereka tu. Maka mereka guna pentas sekterian Sunni-Syiah sebab Iran (Parsi) majoritinya Syiah. Ustaz2 dan Ulama2 yang balik dari Timur tengah inilah yang jadi burung kakak tua ikut membuta-tuli otak-otak tok-tok guru ARAB mereka yang sebijik macam unta. Bukan sahaja macam unta malah dah ikut fahaman Ustaz2 dan Ulama2 NATO (misal Yusof al-Qardawi) yang siap ucap terima on POLITIK DUNIA - SYRIA - WAJIB BACA Publish | Delete | Spam Anonymous on 8/3/13 SILA KLIK IKLAN INI ----------------- |
KESEDARAN AKHIRNYA SAMPAI JUGA Posted: 05 Aug 2013 07:34 PM PDT KIBARKAN BENDERA RAKYAT INGATAN belajarlah dari parti komunis walau pun dari negeri china kah kah kah KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... AKHIRNYA.... kah kah kah.. kah kah kah...AKHIRNYA KESEDARAN SAMPAI.... kah kah kah... KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan