MIMPI SENJA |
Aksi ranjang Marsha Londoh dan Wan Hanafi Su dijangka hangat dalam Laga Posted: 28 Aug 2013 09:43 PM PDT Filem tanpa kehadiran wanita adalah tak sah. Budiey tak pasti, ada tak filem kat atas dunia ni yang semua pelakonnya adalah lelaki. Pendek kata, wanita dijadikan satu daya tarikan. Budiey tak nafikan, wanita seksi dan babak di ranjang menjadi daya tarikan untuk memaksa penonton ke panggung. Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang, sambutan penonton terhadap filem-filem tempatan dilihat masih belum memberansangkan. Terbaru melalui sebuah trailer awal filem berjudul Laga, menampilkan satu babak lakonan Marsha Milan Londoh dan pelakon senior, Wan Hanafi Su yang dijangka akan menjadi isu hangat apabila filem ini ditayangkan kelak. Ini kerana, selain babak atas katil, diselitkan sekali babak yang memperlihatkan Marsha yang sedang berkemban didekati oleh Wan Hanafi Su dalam keadaan menghairahkan. Nah! Ini mungkin strategi penerbit filem ini iaitu Syarikat Penerbit iaitu Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem yang menjalani pengambaran sekitar Taiping, Perak ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Rosyam Nor, Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan Syazwan Zulkifli. Apakah impak awal dengan menjadikan watak Marsha sebagai simbol seks mampu memberi keuntungan yang maksima buat filem kedua hasil arahan pengarahnya iaitu Ismail Yaa'cob? Hal ini pasti satu cabaran yang hebat buat pengarah ini apatahlagi tiada nama-nama komersial di dalam filem arahanya kali ini. Menurut Ismail Yaa'cob:
Filem Laga mengisahkan kisah laga ayam haram (sabung ayam). Sepasukan polis dari balai polis Rantau Panjang, Kelantan yang diketuai Inspektor Rosyam telah membuat serbuan ke atas satu pertandinngan laga ayam haram yang baru hendak bermula. Pelakon filem Laga: Syazwan Zulkifli, Wan Hanafi Su, Eman Manan, Nasir Bilal Khan, Rosyam Nor, Marsha Londoh, Tyas Mirasih. Ini bukan kali pertama scene ranjang dibuat untuk filem kat Malaysia, sebelum ni dah banyak kali dibuat. Seolah menjadi perkara biasa dalam senario filem. Cuma Budiey tertanya-tanya, adakah ini cara yang betul untuk menarik minat penonton ke pawagam? Apa pendapat anda? |
Gengster Melayu : Geng 3 Calit paling aktif diketuai " Ayahanda" Posted: 28 Aug 2013 03:56 AM PDT Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit. Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri. Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu. Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" dari golongan Cina; serta "Geng 3 Calit" dari kelompok Melayu. Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan "perang" ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum. Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran. "Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak. "Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana. "'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda," katanya.- malaysiakini PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengumumkan senarai 49 pertubuhan haram, termasuk kongsi gelap esok, kata menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata senarai yang mengandungi nama pertubuhan, lokasi dan aktiviti yang terlibat pertubuhan haram itu akan diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi pada satu sidang media. "Pengazetan nama pertubuhan-pertubuhan haram telah saya tanda tangani. "Mereka (pertubuhan-pertubuhan haram) tidak boleh menggunakan nama, lambang, menggunakan premis atau bergerak dalam satu pasukan atas nama atau simbol yang disenaraikan itu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Poland, Adam Waclaw Jelonek di pejabatnya di sini hari ini. Beliau berkata pertubuhan-pertubuhan haram ini boleh dikenakan denda maksimum RM15,000 dan penjara lima tahun. Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai pertubuhan haram kepada umum telah mendapat sokongan NGO termasuk Majlis Peguam dan pertubuhan-pertubuhan pencegahan jenayah. Selain mengembalikan keyakinan rakyat, beliau berkata langkah ini juga menunjukkan polis serius dalam membanteras jenayah di negara ini," katanya. "Langkah ini diambil selepas Ops Cantas Khas dan usaha mewartakan nama pertubuhan atau entiti haram ini, yang pada asasnya untuk menformalkan tindakan undang-undang di samping membasmi kegiatan jenayah. "Saya kira apa yang dilakukan adalah mengikut undang-undang yang diperuntukkan bagi kami melaksanakannya dengan sewajarnya," katanya. Ahmad Zahid juga berkata KDN akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk memantau aktiviti perniagaan pertubuhan-pertubuhan haram. "Kita tidak berkompromi dengan aktiviti haram yang dijalankan pertubuhan-pertubuhan haram. Yang penting ialah rakyat diberi perlindungan sepenuhnya," katanya. "Saya kira kerjasama rapat dengan SSM merupakan usaha yang dijalankan polis atau ROS (Pendaftar Pertubuhan). Apa yang penting orang ramai perlu diberi perlindungan sepenuhnya," katanya. - Bernama How to become a gang member - Tay Tian YanAUGUST 28, 2013LATEST UPDATE: AUGUST 28, 2013 07:51 PM In Malaysia, almost everyone has the opportunity to join a secret society without difficulty. If you are a young man, you will have 50% more chance. Secret societies are open to all. You don't need an A or a good-looking face to join. Just like other societies in schools, secret societies welcome new members, have organised cadres and are active in promoting their activities. Hong Men, Wah Kee, 04, 36, and Satu Hati are fighting for new members with Scouts, St. John Ambulance, Chinese Society and Tamil Society. For some students, secret societies are more attractive than uniformed groups. It is so hard to be a uniformed group member as they would have to march under the hot sun; learn tying knots and first aid; memorise all the rules and go around to raise funds. It is more relaxing to join secret societies. All you need is to make a vicious face and give orders. As for fundraising, there is no need to beg. Just ask, "you want to give or not?" After deducting the part for the boss, you can even keep the rest. Moreover, it is so cool to be a gang member. It can even meet the desire for power, peer fear, and admiration from the opposite sex. There is also admiration from society. Hong Kong-based comic Oriental Heroes demonstrated secret societies as a world of justice. Slashing, burning, kidnapping are necessary means while blood and violence are heroic acts. Ten-year-old children have already agreed with these behaviours and joining secret societies became their great ambition. A Better Tomorrow, Young and Dangerous and Infernal Affairs have become classics in the Chinese movie industry. Misbehaviour is covered by brotherhood love while violence is shown to be more effective than the rule of law. Fifteen-year-old teenagers are so excited after watching these movies and immediately, they join a secret society so that they can be heroes, too. Schools attended by young Indian people, their living environment and cultural ecologies are having even higher exposure to secret societies compared to the Chinese. Please think, how have we actually educated our children and what kind of environment has been provided to them? Under such an environment, there is no need to teach them. From input to output, it would be as easy as a straight line for secret societies to get members. Therefore, the headline of this article should instead be "How to avoid becoming gang member". It is much more difficult to answer this question. First of all, never ever send your children to secret society preparatory schools. Please do whatever possible to avoid schools with signs of existence of secret societies. Secondly, search and destroy all gang-themed comics, movie DVDs and books. Please do not hesitate even to smash your 52-inch television if you have to. Thirdly, track the whereabouts of your children and understand what they are thinking. Develop their ideas of right and wrong and instil the rule of law concept of civilisation to lead them towards a bright future, and help them get the courage and confidence to overcome setbacks and keep pursuing their goals. Lastly, if all the above methods fail, you can arrange a trip to visit the Simpang Renggam Jail, so that they can see the fate of gangsters. It might bring a shocking and preventive effect. -mysinchew.com |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan