Kelab Greenboc |
- Pemimpin Ikhwanul Muslimin Bantah Tuduhan Terorisme
- Dr.Mazlee Bidas Kenyataan Prof dari Mesir Tentang Mursi
- UMNO BN Mahu Sekat Air Ke Pulau Pinang Kerana Kalah PRU13
- Apa Rahsia Datuk Kamaruddin Bersara Sebagai Setiausaha SPR Senyap-senyap?
- Akhbar NYT Siar Iklan Memfitnah Ikhwanul Muslimin
- [TERBONGKAR] AS Dalang Penggulingan Dr.Mursi!
Pemimpin Ikhwanul Muslimin Bantah Tuduhan Terorisme Posted: 29 Aug 2013 01:01 AM PDT Seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir, Muhammad el-Beltagy membantah tuduhan kononnya kumpulannya telah melakukan tindakan terorisme menyusul kudeta yang menggulingkan presiden negara itu. Kenyataan Beltagy itu dikeluarkan setelah Ikhwanul Muslimin merancang demonstrasi baru untuk menentang tindakan keras pihak keselamatan. Para pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin telah ditahan, salah seorangnya warga AS, Muhammad Soltan putera dari tokoh Ikhwanul Salah Soltan. El-Beltagy, seorang mantan ahli parlimen dari Parti Kebebasan dan Keadilan dituduh menghasut rakyat Mesir melakukan dan diburu oleh pihak berkuasa selama hampir tiga minggu. Dalam satu pesanan video yang ditayangkan Al Jazeera, el-Beltagy menyatakan pihak berkuasa cuba membalikkan krisis politik menjadi masalah keselamatan dengan menuduh kumpulannya di balik kempen terorisme. Media Mesir, yang sebahagian besar anti-Ikhwanul menyatakan kekerasan itu sebagai perang melawan terorisme. "Jangan mahu dibodohi dengan semua pembohongan dan penipuan yang bertujuan untuk melabelkan kami dengan terorisme, kekerasan, dan membunuh...pada ketika tangan rejim kudeta tenggalam dalam darah," kata Beltagy seperti dikutip Al Jazeera, Rabu (28/8). El-Beltagy bersembunyi awal bulan ini setelah pihak berkuasa Mesir membubarkan perkemahan protes aman untuk menuntut pembebasan mantan presiden Muhammad Mursi. Ratusan orang terbunuh dalam kekerasan, termasuk puteri el-Beltagy sendiri, Asmaa El-Beltagi. Baca: Asmaa El-Beltagi, Syuhada Mesir - Warkah Yang Sebabkan Erdogan Turut Menangis. |
Dr.Mazlee Bidas Kenyataan Prof dari Mesir Tentang Mursi Posted: 29 Aug 2013 12:01 AM PDT Kenyataan seorang profesor sains politik dari Mesir yang mendakwa Dr Mohamed Mursi terpaksa digulingkan kerana beliau mengecewakan majoriti rakyat negara itu yang memilihnya pada pilihan raya presiden tahun lalu lantaran terlalu memberi ruang kepada Ikhwanul Muslimin untuk memerintah, dicabar pakar politik Timur Tengah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik. Menurut Maszlee, apa yang disebut oleh Prof Dr Mohammad Selim, saintis politik dari Universiti Kaherah itu sama dengan propaganda kumpulan penentang Mursi, Tamarood yang mendakwa Mursi sekadar jadi 'pak turut' kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain sedangkan rakyat Mesir memilih beliau untuk jadi presiden mereka, bukan Ikhwan Muslimin. "Mursi dituduh oleh Tamarood sebagai presiden yang tidak berkuasa sebaliknya yang berkuasa adalah Ikhwanul Muslimin. Dari sudut mana dikatakan begitu? Dalam membuat keputusan, setiap keputusan Mursi dibuat bersama Majlis Penasihat Presiden. Dalam majis itu, hanya seorang saja wakil Ikhwanul Muslimin iaitu Wael Haddad. Itu pun Wael Haddad adalah penasihat Mursi dalam hal hubungan antarabangsa. Anggota Majlis Penasihat lain pelbagai latar belakang, ada wakil Kristian Koptik, wanita, teknokrat, Salafi." Paling jelas, kata Maszlee, Mursi malah pernah menawarkan jawatan timbalan presiden kepada Mohamed El Bardaei, pesaingnya dalam pilihan raya. "Bukan El Bardaie saja, calon-calon lain juga ditawarkannya jawatan, satu bukti komitmennya untuk perpaduan dalam politik Mesir. Satu lagi bukti ialah beliau tidak meletak orang Ikhwan sebagai Menteri Pertahanan, posisi yang sangat penting untuk pemerintahannya sebaliknya beliau lainti Abdel Fattah Al Sisi. Beliau gantikan Hussain Tantawi dengan Al Fattah yang akhirnya menggulingkan beliau. "Jadi di mana boleh dikatakan Mursi memerintah dengan ikut telunjuk Ikhwan? Itu yang saya tidak faham," katanya. Maszlee menjelaskan demikian kepada Sinar Harian di sini, semalam. Selain itu kata Maszlee, perkara yang paling nyata pada era Mursi ialah Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil bukan orang Ikhwan. "Beliau juga tidak melantik rakannya, Muin Abdel Futuh yang keluar meninggalkan Ikhwan ke Kabinet atau Majlis Penasihat Presiden. Terlalu banyak fakta untuk menyangkal kenyataan seperti itu," katanya. Sebenarnya jelas Maszlee ada banyak bukti untuk dijadikan hujah penggulingan Mursi dirancang, didalangi oleh saki baki rejim Mubarak dan juga kaitan dengan kuasa asing. "Apabila berlaku revolusi 25 Januari 2011 yang menyaksikan jatuhnya bekas Presiden Hosni Mubarak, kita tidak boleh anggap bahawa revolusi itu sudah sempurna. Ini kerana walaupun kepala (Mubarak) sudah dibuang, badan dan ekornya masih yang lama. Jadi keadaan tidak banyak berubah seperti apa yang disangka. "Bayangkanlah, polis terutama daripada Cawangan Khas (SB) yang sudah sekian lama melindungi seorang diktator (Mubarak), terpaksa menghadapi perubahan besar untuk berkhidmat kepada rakyat di bawah pentadbiran Mursi. Begitu juga tentera. Inilah yang mungkin jadi masalah bagi mereka, walaupun Mursi tidak mengongkong mereka sebagaimana di bawah rejim Mubarak." Lebih ketara, kata Maszlee, di bawah pemerintahan Mursi juga, pejabat Ikhwanul Muslimin di seluruh Mesir diserang, diceroboh, dibakar dan dirompak oleh kumpulan samseng yang dikenali sebagai Baltajia. "Sungguh pun demikian, polis tidak ambil tindakan, biarkan saja. Inikah apa yang dikatakan Ikhwanul Muslimin menguasai pentadbiran Mursi sedangkan dalam keadaan keselamatan mereka sendiri diancam oleh samseng pun, polis tidak buat apa-apa sedangkan presiden orang mereka?" tanya Maszlee. Selain itu, kata Maszlee, media juga rata-ratanya masih dikuasai oleh penerbit dan editor yang pro Mubarak. Ini termasuk Naguib Sawiris, taikun media Mesir daripada etnik Kristian Koptik yang diketahui bersikap anti Mursi dan anti Ikhwanul Muslimin. "Sewaktu revolusi 25 Januari 2011, Banyak gereja diserang tetapi polis tidak ambil tindakan kerana apa yang saya andaikan, mereka sengaja mahu beri gambaran buruk kepada revolusi tersebut. Di Mesir, politik mereka tidak kreatif. Sejak zaman Gamel Abdel Nasir yang naik jadi presiden selepas rampasan kuasa tentera pada 1952, seluruh dunia dimomokkan Ikhwanul Muslimin kumpulan yang ganas. "Mereka tidak ada skrip baru dan ini menyebabkan pihak luar, media antarabangsa, kumpulan hak asasi sesetengahnya sudah tak larat nak layan Mesir. Kita amat sedih apabila seorang profesor universiti (Selim) pun tidak boleh berfikir out of the box (di luar kotak)," katanya. Sebenarnya, kata Maszlee apa yang paling jelas di sebalik penggulingan Mursi ialah tangan ghaib pihak yang terjejas sejak pemimpin Ikhwan itu naik sebagai Presiden Mesir. "Ini sudah tentu AS dan Israel. Paling nyata, dalam tempoh setahun saja jadi presiden, Mursi dengan berani telah menyanggah telunjuk AS yang menetapkan peraturan bahawa negara itu tidak boleh menanam gandum lebih daripada 20 peratus yang diperlukan rakyatnya. Peraturan ini termaktub dalam Perjanjian Camp David yang dimeterai pada 1978. "Tetapi Mesir di bawah pemerintahan Mursi yang singkat itu, berjaya mengeluarkan gandum sehingga 60 peratus dengan bantuan Rusia. Mesir juga pada era Mursi mengikut model ekonomi Malaysia, 'dasar pandang ke Timur' ketika di bawah Tun Dr Mahathir dengan menjalin hubungan dagang dengan Rusia, China, Jepun dan Singapura. Juga negara Selatan antaranya Brazil, Chile dan Venezuela. Ini yang tidak digemari oleh AS. Mereka bimbang jika Mesir terus dibiarkan dalam tangan Mursi, republik itu mungkin akan jadi Turki kedua," katanya. -SH |
UMNO BN Mahu Sekat Air Ke Pulau Pinang Kerana Kalah PRU13 Posted: 28 Aug 2013 09:10 PM PDT Sekat air ke P Pinang hukuman pada rakyat kerana tak pilih BN PCadangan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah agar Kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang sebagai politik sempit yang menindas rakyat. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali berkata, kenyataan dangkal Ahmad Bashah dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam turut mencerminkan rupa sebenar pemimpin Umno BN. "Mereka tergamak menghukum rakyat hanya disebabkan kepentingan politik sempit, walhal Ahmad Bashah harus faham, penduduk Pulau Pinang dan Kedah mempunyai hak yang sama terhadap bekalan air Sungai Muda. "Malah tidak pernah sepanjang sejarah penubuhan Malaysia sejak merdeka, hak milik dan soal pembekalan sumber air ini menjadi pertikaian," katanya dalam kenyataan. Tegasnya, tindakan itu menunjukkan Umno BN cuba menghukum penduduk Pulau Pinang kerana tidak memilih parti itu dalam pilihan raya umum lalu. "Justeru, demi kepentingan dan kebajikan rakyat kedua-dua negeri, saya mendesak Ahmad Bashah menarik balik kenyataannya yang dangkal dan tidak berperikemanusiaan itu". -KD
ULASAN GB UMNO tidak serik-serik dengan kesalahan dan kesilapan menggunakan isu air untuk "menjatuhkan" kerajaan PR. Sebelum PRU13, isu air menjadi isu utama yang dimainkan UMNO di negeri Selangor di dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan PR di negeri itu. Apa kesudahannya? UMNO yang ditimpa musibah besar di negeri itu. Dengan Najib sendiri sebagai kapten untuk merampas Selangor dari PR, tiba-tiba keputusan PRU13, BN cuma mendapat 12 daripada 56 kerusi di negeri itu. BN Selangor turut kehilangan 10 kerusi yang disandangnya sebelum itu iaitu Paya Jaras, Templer, Morib, Dusun Tua, Sabak, Tanjung Sepat, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa dan Sungai Pelek. Kini sekali lagi, UMNO cuba menggunakan "air sebagai senjata" untuk menekan kerajaan PR di Pulau Pinang. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Air itu adalah pemberian Allah swt untuk sekalian manusia di mukabumi dan sesiapa juga yang cuba merampas hak Allah untuk berlaku kejam dan zalim ke atas pihak lain pasti akan dihuykum pula olehNya. |
Apa Rahsia Datuk Kamaruddin Bersara Sebagai Setiausaha SPR Senyap-senyap? Posted: 28 Aug 2013 05:15 PM PDT Abdul Ghani Salleh Dilantik Setiausaha Baharu SPR KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Pengarah di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Abdul Ghani Salleh dilantik Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu, berkuat kuasa 19 Ogos ini. Menurut kenyataan SPR Selasa, Abdul Ghani, 55, menggantikan Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang bersara pada 13 Ogos lepas. Kamaruddin dilantik ke jawatan itu pada 1 Okt 2010. "SPR berharap dengan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam, pelantikan Abdul Ghani sebagai Setiausaha SPR yang baharu dapat memimpin Urus Setia SPR dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan dasar yang ditetapkan SPR dengan cekap dan berkesan," kata kenyataan itu. Abdul Ghani mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 9 Jan 1984. Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri, termasuk Pegawai Daerah Gombak pada 1 Ogos 2006, dan Pengarah di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor mulai 2 Mei 2008. Dalam pada itu, SPR merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kamaruddin atas sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada badan berkenaan. - BERNAMA
ULASAN GB Dalam diam-diam rupa-rupanya Datuk Kamaruddin Mohamed Baria telah bersara sebagai Setiausaha SPR sejak 13 Ogos yang lalu. Persoalan yang masih menjadi tandatanya rakyat ialah apakah polis sudah selesai menyiasat isu dakwat kekal yang mana Datuk Kamaruddin terlibat secara lansung di dalam pembeliannya yang kosnya menelan belanja jutaan ringgit wang rakyat? Apakah persaraanya secara diam-diam itu untuk "mendiamkan" isu dakwat kekal dari terus dibangkitkan dan diipersoalkan? Ini juga mengingatkan kita mengenai persaraan bekas Pengerusi SPRM satu ketika dulu yang dipercepatkan. Datuk Seri Ahmad Said telah diketahui umum bahawa beliau dikaitkan dengan skandal pemberian kontrak uniform SPRM secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka seperti kebiasaannya! Persaraan kedua-dua mereka semacam ada hal yang cuba ditutup. |
Akhbar NYT Siar Iklan Memfitnah Ikhwanul Muslimin Posted: 28 Aug 2013 07:10 AM PDT Satu kelompok rakyat Mesir yang anti Ikhwanul Muslimin pada Sabtu lalu telah memasang iklan satu halaman penuh di surat khabar AS New York Times (NYT). Iklan itu berisi tuduhan kononnya Ikhwan didukung oleh al-Qaidah dan bertanggung jawab ke atas serangan terhadap individu, gereja-gereja dan lembaga-lembaga publik yang ada di Mesir. Dalam iklan tersebut, kelompok yang menamakan dirinya "Mesir Amerika untuk Keadilan" meminta para pembaca NYT untuk bergabung dengan mereka dalam meminta pemerintah AS untuk mengakui bahawa tidak ada demonstrasi aman yang dilakukan Ikhwan di Mesir. Iklan itu juga menuduh gerakan Islam Ikhwan menyerang lebih dari 90 gereja dan lembaga-lembaga awam dan menyalahkan mereka atas pembunuhan individu yang tidak bersalah dan tidak bersenjata. Iklan tersebut juga menyatakan bahawa partai politik Hamas Palestin adalah sebuah cabang dari Ikhwanul Muslimin. Iklan tersebut kemudian meminta perhatian para pembaca bahawa fakta yang ada adalah Hamas telah dicap sebagai organisasi teroris oleh Kementerian Luar Negeri AS. Namun juru bicara parti kebebasan dan keadilan Ikhwan menyatakan bahawa isi iklan yang ada surat khabar NYT merupakan pembohongan yang nyata. "Tuduhan itu hanyalah kebohongan belaka," kata Tariq Mursi, seorang juru bicara untuk Parti Kebebasan dan Keadilan Ikhwanul Muslimin kepada Al Arabiya Inggeris. "Gambar yang digunakan mereka adalah dari revolusi 25 Januari. Semua orang tahu Ikhwanul Muslimin dan sejarah terhormat mereka," tambah Mursi. "Saya percaya penerbitan ini dipimpin oleh kelompok AS untuk menghasut kebencian, permusuhan dan kekerasan di antara warga Mesir," ujarnya. |
[TERBONGKAR] AS Dalang Penggulingan Dr.Mursi! Posted: 28 Aug 2013 04:20 AM PDT Washington - Amerika Syarikat (AS) akhirnya membuat pengakuan menerusi majalah The Week bahawa mereka berkomplot dalam rampasan kuasa tentera ke atas bekas Presiden Mesir digulingkan, Mohammed Mursi. Dipetik laporan AP, majalah yang turut memaparkan gambar Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi Al-Sisi dengan tajuk "Our Man in Cairo - Should US cut off aid to Egypt military?" itu turut menyiarkan kenyataan AS menyokong tentera walaupun sebelum ini mereka tidak mengiktiraf penggulingan Mursi secara rasmi. AS yang merupakan dalang di sebalik pergolakan di Mesir kini dilihat cuba berselindung di sebalik gesaan supaya Mursi dibebaskan. Sebelum ini, Washington turut mengenakan tekanan ke atas Mursi supaya membawa pembaharuan dalam sektor dan sistem demokrasi selepas pelantikan beliau pada tahun lalu Dalam satu kenyataan lain, jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki memaklumkan mereka menghormati keputusan mahkamah membebaskan bekas Presiden Hosni Mubarak yang turut menerima sokongan kuat AS sepanjang 30 tahun pemerintahannya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan