MIMPI SENJA |
- 'Penceroboh Suluk gugur tuntutan jika saya sultan' - Sultan Mohd Akjan
- MCA buat laporan polis terhadap Papagomo
- Kami bukan Taliban - Nooh Gadut
'Penceroboh Suluk gugur tuntutan jika saya sultan' - Sultan Mohd Akjan Posted: 14 Aug 2013 10:18 PM PDT RCI SABAH Sultan Mohd Akjan Ali Muhammad yang mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Sabah berkata penceroboh Suluk akan menggugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah jika beliau dilantik sebagai sultannya. Akjan (kiri) memberitahu suruhanjaya diraja siasatan (RCI) mengenai pendatang di Sabah bahawa jeneral penceroboh tersebut, Agbimuddin Kiram dari kesultanan Sulu, telah bertemu beliau sebelum serangan mereka ke atas Sabah. "Apabila Datu Agbi datang - pada bulan Februari jika tak silap saya - dia telah merayu kepada saya supaya menjadi Sultan Sabah. "Saya membuat perjanjian dengan mereka bahawa mereka hendaklah gugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah jika saya menjadi sultan," katanya ketika memberi keterangan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. Akjan berkata beliau kemudian memaklumkan perjanjian itu kepada pihak polis tetapi mereka tidak memperdulikannya. "Untuk menyelamatkan Sabah, saya bersedia untuk menjadi sultan tetapi pegawai polis yang saya beritahu tentang perkara ini tidak memaklumkannya kepada pegawai atasannya," kata Akjan. |
MCA buat laporan polis terhadap Papagomo Posted: 14 Aug 2013 04:39 AM PDT Gara-gara kenyataan melampau, Exco Pemuda MCA, Chong Sin Woon bersama rakannya membuat laporan polis terhadap penulis blog, Papa Gomo di Balai Polis Dang Wangi atas tuduhan sengaja mencetuskan sentimen perkauman. Ketua Pemuda Biro Pendidikan Pemuda MCA itu, berkata tindakan Papa Gomo memanggil masyarakat Cina sebagai 'Pendatang" yang diletakkan di laman Facebook penulis blog itu disifatkan melampau. "Kita mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Papa Gomo dan mendakwa beliau mengikut Akta Hasutan. Malah bukan kepada dia saja tetapi siapa pun yang sengaja mancetuskan ketegangan kaum di negara ini harus disiasat,"katanya seperti dilaporkan akhbar China Press, hari ini. Chong berkata, jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap isu yang membabitkan sensiviti kaum, dan membiarkan pihak tidak bertanggugjawab terus menyebarkan fitnah maka ia tidak mendatangkan kebaikan kepada keharmonian negara ini. Meskipun identiti Papa Gomo ini masih terus menjadi misteri namun, beliau berharap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat melakukan siasatan dan mendedahkan hal ini. Katanya, isu membabitkan perkauman semakin tegang apabila berakhirnya Pilihan Raya Umum lalu ekoran dari keputusan majoriti kaum Cina yang beralih kepada Pakatan Rakyat. Ia menyebabkan parti Melayu, Umno menuduh masyarat Cina sebagai pembelot. Dalam masa sama, Chong juga menegaskan pelaksanaan perlu diambil ke atas mereka yang mencabar undang-undang negara ini. Katanya, setakat ini pihaknya sudah mengumpul bukti untuk dikemukakan ke mahkamah bagi negeri Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Selain dari menggelarkan kaum Cina sebagai pendatang, Papa Gomo turut didakwa menulis kenyataan seperti "Kita Melayu patut bersatu menentang Cina", "Cina harus balik ke negara China" dalam laman Facebooknya. |
Kami bukan Taliban - Nooh Gadut Posted: 14 Aug 2013 12:01 AM PDT Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut menangkis dakwaan bahawa pihak berkuasa agama itu bertindak "seperti Taliban" dalam usahanya untuk merobohkan surau kontroversi di sebuah resort di Johor. Nooh dengan nada kesal berkata NGO Lawyers for Liberty (LFL) tidak sepatutnya mengumpamakan tindakan MAIJ seperti amalan kumpulan fundamentalis agama di Afghanistan itu. "Biarlah dia cakap macam itu. Tak payah komen lah. Kita bersangka baiklah. Semua kini dalam siasatan. Yang (gelaran) Taliban itu tak sepatutnya berlaku. Kita bukan Taliban. "Kita serah pada pihak yang bertanggungjawab untuk jalankan tugas... kita ada undang, polis. Biar dia buat kerja dia. Sekarang dalam siasatan. Kita tunggu sahaja keputusannya. Kita tak boleh ganggu penyiasatan," katanya ketika dihubungiMalaysiakini. NGO hak asasi dan reformasi undang-undang tersebut dalam kenyataan di Twitter semalammendakwa demikian susulan rancangan MAIJ untuk merobohkan surau kontroversi yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat itu. Nooh turut ditanya sekiranya arah kiblat di surau berkenaan boleh diselarikan semula dengan tanda arah yang baru, tanpa melibatkan perobohan struktur berkenaan. Mengulas perkara itu, Noh berkata pihaknya mendapati arah kiblat di surau berkenaan telah tersasar jauh. "Sekarang ini awak tahu tak kiblat itu dah tersasar (jauh). Bukan sahaja tak menghadap Kaabah tapi tak menghadap Tanah Haram. Biarlah mereka ini buat kerja," katanya lagi. Dalam kenyataannya semalam, Nooh dilaporkan berkata soal untuk merobohkan surau tersebut akan hanya ditentukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam masa sebulan lagi. Surau yang terletak dalam kawasan sebuah resort di Kota Tinggi itu meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan oleh sekumpulan penganut Buddha pada Sabtu. Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan