Khamis, 15 Ogos 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


RoS Gagal Buktikan Kewujudan "Father Augustus Chen"

Posted: 15 Aug 2013 01:01 AM PDT

Parti DAP mencabar Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman mengemukakan alasan berhubung dakwaannya yang menggangap pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) lalu tidak sah apabila watak rekaan dengan nama 'Father Augustus Chen' terbukti tidak wujud. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, masa tujuh hari yang diberikan kepada 'Father Augustus Chen' untuk menampilkan diri dan membuktikan yang ia benar-benar wujud telah tamat, namun sehingga kini masih tiada tanda menunjukkan ada manusia di Malaysia atau di bumi ini mempunyai nama sedemikian. "'Father Augustus Chen' adalah makhluk khayalan juru propaganda dan cybertrooper Umno/BN yang dicipta untuk menulis sekitar seratus pembohongan dalam risalah setebal 12 muka surat sebagai kemuncak serangan terhadap pemilihan CEC yang berlangsung Disember lalu. "Rakyat berhak untuk tahu bagaimana Ketua Pengarah ROS dan pimpinan Umno/BN termasuk menteri kabinet boleh terpedaya dengan pembohongan yang direka oleh watak khayalan sehingga mereka merasa yakin untuk menganggap pemilihan CEC tidak sah. "Memandangkan watak ini terbukti adalah makhluk rekaan dan risalahnya adalah pembohongan, apakah alasan untuk Ketua Pengarah RoS menganggap pemilihan CEC DAP yang lalu tidak sah dan mengarahkan DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC?," soalnya yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah dalam kenyataan, semalam. Kit Siang turut mengecam sikap juru propaganda dan cybertrooper UMNO/BN yang mula berubah nada memandangkan tidak dapat lagi berselindung disebalik nama 'Father Augustus Chen'. "Kini mereka mengatakan tidak penting sama ada 'Father Augustus Chen' wujud atau tidak, sebaliknya yang penting ialah sama ada tuduhan-tuduhan yang dilemparkannya dalam risalah itu benar. "Perubahan nada mereka ini sungguh mengaibkan, kerana jelas bahawa jika pengarang risalah itu sendiri direka-reka, maka tuduhannya sudah tentu tidak sepatutnya diberi perhatian kerana ianya pasti merupakan rekaan dan pembohongan," tegasnya. Dalam kenyataan yang sama, Kit Siang mengulangi kesediaan DAP untuk mengadakan siasatan awam ke atas pemilihan CEC itu jika ROS dapat memberi penjelasan sewajarnya berhubung tuduhan yang dilemparkan. "DAP tetap bersedia untuk memberi respons terhadap setiap pembohongan yang dikemukakan 'Father Augustus Chen' dalam siasatan awam jika Ketua Pengarah ROS sanggup untuk turut memberikan penjelasan dalam siasatan awam tentang bukti yang beliau gunakan untuk mengambil tindakan terhadap DAP," ujarnya. – Roketkini

[VIDEO] Kes Isteri Dipukul Dalam Lif, Penjawat Awam Diburu Polis

Posted: 14 Aug 2013 11:05 PM PDT

Wanita yang dipukul suami dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, di Bukit Mertajam berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera ke atas lelaki berkenaan.

Wanita berusia 36 tahun itu yang telah membuat laporan polis selepas kejadian itu Isnin lepas, berkata beliau bimbang suaminya, seorang penjawat awam, akan bertindak lebih ganas.

Mangsa, yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Mertajam, berkata beliau bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas suaminya kerana bertindak keterlaluan.

Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Menceritakan kejadian itu semalam, katanya kejadian itu berlaku ketika beliau bersama dua anaknya mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.

"Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak agar mengikutinya.

"Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut saya dan tidak mahu mengikut 'daddy' menyebabkan suami marah," katanya.

Mangsa, yang tinggal berasingan dengan suaminya berusia 36 tahun itu, berkata suaminya bertindak menampar mukanya beberapa kali walaupun dua anaknya melihat kejadian itu.

Beliau mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan wanita lain pada 2011 dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jerantut, Pahang.

Katanya beliau pernah meminta suaminya agar menceraikannya tetapi dia dicabar agar pergi ke pejabat agama.

"Saya minta agar dia lepaskan saya dengan cara elok tetapi dia cabar saya supaya ke pejabat agama. Susulan itu, saya mendapatkan bantuan peguam untuk memfailkan permohonan cerai pada awal Julai lalu. Saya sudah tawar hati dan sebelum ini pun saya yang menyara anak kerana dia tidak memberi nafkah sejak Disember tahun lalu," katanya.

Adik mangsa, Mohd Yunus Ahmad Ramli, 31, yang memuatkan naik video tersebut, berharap pihak polis mengambil tindakan lanjut.

Ekoran kejadian itu, polis sedang mengesan suami mangsa yang menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya. -Bernama




[VIDEO & GAMBAR] Syawal Berdarah Di Mesir, 450 Terbunuh, Ribuan Cedera

Posted: 14 Aug 2013 07:51 PM PDT


Lebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban sehingga kini manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.

Selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.

Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.

Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.

Wisma negeri di Aswan dan Arish sehingga kini tidak beroperasi.

Orang ramai juga mula berkumpul di masjid di seluruh Kaherah termasuk di Masjid Asad Al-Furat di Dokki, Masjid Istiqomah di Giza, Masjid Fath di Ramsis dan Masjid Nour di Abbasiyah.

Mereka dijangka akan berarak ke tempat kejadian bagi membuat bantahan dan bakal menghasilkan kematian yang semakin banyak.

Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka.


Naib Presiden, Mohamed ElBaradei umum letak jawatan


KAHERAH: Naib presiden Mesir, Mohamed ElBaradei mengumumkan perletakan jawatannya pada Rabu.

Perletakan jawatan itu dibuat ekoran keganasan yang tercetus di negara itu berikutan tindakan keras ke atas penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi.

Mesir mengisytiharkan darurat selama sebulan bermula pukul dua petang GMT (10 malam waktu Malaysia).




Di Mesir, Baling Batu, Botol: Perangai Yang Serupa Pernah Berlaku Di Sini

Posted: 14 Aug 2013 04:53 PM PDT


3 cedera, pro Morsi diserang samseng upahan

MESIR: Penyokong Presiden Dr Muhammad Morsi yang berarak ke bangunan Kementerian Dalam Negeri semalam diserang oleh sekumpulan samseng upahan.

Aljazeera melaporkan samseng upahan tersebut telah melemparkan batu dan botol kaca ke arah peserta yang berarak dari atas balkoni bagi mencetuskan provokasi.

Suasana kelam kabut sehingga pergelutan tercetus dan polis kemudian melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

Beberapa ribu penunjuk perasaan pro demokrasi telah mengambil bahagian dalam perarakan tersebut apabila pergelutan bermula.

Reuters pula menyebut samseng tersebut turut membaling batu ke arah penyokong Morsi.

Dua lelaki memegang parang dilihat mengejar peserta dalam perarakan tersebut.

Ribuan menyertai perarakan tersebut termasuk ulamak Al-Azhar, wanita dan kanak-kanak.

Dalam pada itu, Rabitah Ikhwan melaporkan sekurang-kurangnya 23 orang cedera termasuk ulama Al-Azharakibat serangan samseng yang dilindungi oleh polis tersebut. -HD

ULASAN GB

Nampaknya suku sakat mereka yang sekularis itu sama perangainya di mana-mana.

GB tidak menuduh UMNO itu serupa dengan golongan anti-Mursi, tetapi nampaknya perlakuan, gelagat dan tindakan mereka hampir serupa.

Jika berita di atas itu berlaku di Mesir dimana kumpluan penyokong Dr.Muhammad Mursi yang merupakan seorang hafiz 30 juzuk Al-Quran diserang dengan balingan batu dan botol kaca, apa kurangnya di negara kita dimana golongan yang serupa (?) pernah membaling batu, besi, botol, kayu dan bermacam-macam lagi semasa ceramah Pakatan Rakyat sewaktu sebelum PRU13 yang lalu.

Sebagai bukti, sila baca semula:

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

MCA Buat Laporan Polis Ke Atas Papa Gomo

Posted: 14 Aug 2013 07:01 AM PDT

Gara-gara kenyataan melampau, Exco Pemuda MCA, Chong Sin Woon bersama rakannya membuat laporan polis terhadap penulis blog, Papa Gomo di Balai Polis Dang Wangi atas tuduhan sengaja mencetuskan sentimen perkauman.

Ketua Pemuda Biro Pendidikan Pemuda MCA itu, berkata tindakan Papa Gomo memanggil masyarakat Cina sebagai 'Pendatang" yang diletakkan di laman Facebook penulis blog itu disifatkan melampau.

"Kita mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Papa Gomo dan mendakwa beliau mengikut Akta Hasutan. Malah bukan kepada dia saja tetapi siapa pun yang sengaja mancetuskan ketegangan kaum di negara ini harus disiasat,"katanya seperti dilaporkan akhbar China Press, hari ini.

Chong berkata, jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap isu yang membabitkan sensiviti kaum, dan membiarkan pihak tidak bertanggugjawab terus menyebarkan fitnah maka ia tidak mendatangkan kebaikan kepada keharmonian negara ini.

Meskipun identiti Papa Gomo ini masih terus menjadi misteri namun, beliau berharap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat melakukan siasatan dan mendedahkan hal ini.

Katanya, isu membabitkan perkauman semakin tegang apabila berakhirnya Pilihan Raya Umum lalu ekoran dari keputusan majoriti kaum Cina yang beralih kepada Pakatan Rakyat.

Ia menyebabkan parti Melayu, Umno menuduh masyarat Cina sebagai pembelot.

Dalam masa sama, Chong juga menegaskan pelaksanaan perlu diambil ke atas mereka yang mencabar undang-undang negara ini.

Katanya, setakat ini pihaknya sudah mengumpul bukti untuk dikemukakan ke mahkamah bagi negeri Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Selain dari menggelarkan kaum Cina sebagai pendatang, Papa Gomo turut didakwa menulis kenyataan seperti "Kita Melayu patut bersatu menentang Cina", "Cina harus balik ke negara China" dalam laman Facebooknya. -TMI

ULASAN GB

Kita sama-sama tungu dan lihat samada kali ini polis sedia menangkap dan menyiasat papagomo.

Walaupun banyak aduan mengenai papagomo telah dilaporkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, nampaknya pihak polis tidak lansung mengambil tindakan ke atas papagomo. Kali ini, pemimpin dari MCA, sekutu Barisan Nasional sendiri membuat laporan polis. Masih berdiam dirikah pihak polis ke atas blogger UMNO ini yang ternyata mengeluarkan kenyataan rasis dan hasutan ini?

Tiada ulasan: