Khamis, 29 Ogos 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Rakyat Malaysia Yang Kurang Ajar

Posted: 28 Aug 2013 09:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia mungkin berhadapan dengan hukuman penjara lima tahun kerana didakwa mempersendakan bendera Indonesia.

Broderik Chin, membuat 'gurauan' itu selepas pekerjanya gagal mencari bendera untuk dikibarkan sempena hari kemerdekaan Indonesia.


Dia telah didakwa berkata bahawa bendera tersebut "boleh digantikan dengan seluar dalamnya yang berwarna merah".

MenurutJakarta Post, Chin telah berbuat demikian pada 16 Ogos, iaitu sehari sebelum hari kemerdekaan negara itu.

Chin merupakan pengurus besar kilang kelapa sawit PT Kreasi Jaya, sebuah anak syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK).

Pesuruhjaya Kanan Polis Indonesia, Agus Rianto berkata ada kemungkinan Chin bergurau atau marah dengan pekerjanya.

Katanya tindakan Chin telah menaikkan kemarahan penduduk tempatan di Dumai yang selepas itu telah melakukan bantahan di luar kilang.

Berikutan bantahan itu, polis Dumai telah menahan Chin pada 21 Ogos lalu.Menurut Agus lagi, Chin akan di dakwa di bawah Artikel 66 Akta 2009 berkaitan bendera, bahasa, simbol dan lagu negara.

Berdasarkan laporanJakarta Post, Chin bakal berdepan dengan hukuman penjara lima tahun atau denda Rp 500 juta (RM150,762)


"Kamu angkuh, kamu tiada beza dengan kerajaan BN yang dahulu.."

Posted: 28 Aug 2013 05:41 PM PDT

SHAH ALAM: Suasana di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor kecoh seketika apabila wakil pembeli Blok E Petaling Utama, Petaling Jaya Selatan (PJS) 1 bertegang urat dengan wakil Menteri Besar Selangor mengenai status pemilikan rumah kos rendah mereka.

Kira-kira 10 wakil pembeli yang pada mulanya berhasrat untuk berjumpa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sejak awal pagi tadi naik angin apabila Abdul Khalid tidak muncul, sebaliknya hanya Ketua Setiausaha Sulitnya Mohamad Yasid Bidin turun ke tingkat bawah dan menunjukkan sikap dingin.


"Tak payah (jumpa Menteri Besar)! Mahkamah dah putuskan kerajaan negeri kalah kepada pemaju.

"Apa-apa masalah pergi jumpa dengan pemaju," katanya.

Apabila ditanya tentang status terkini hal pengambil alihan projek tersebut, Mohamad Yasid hilang kawalan emosi dan berkata;

"Kamu jangan masuk campur! Ini hal kerajaan negeri. Jangan halang kerja kami," katanya dan terus berlalu pergi menuju ke bahagian lif.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E PJS1, Sugumaran membalas; "Saya ada hak untuk bertanya sebab ini masalah kita, rumah itu hak kami."

Respon yang ditunjukkan Mohamad Yasid itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan wakil pembeli terbabit.

"Kamu angkuh! Jika beginilah sikap yang ditunjukkan maka tidak ada bezanya kamu dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu," teriak salah seorang pembeli sehingga menyebabkan kakitangan dan orang ramai yang berlegar di ruang lobi tergamam.

M Sugumaran ketika ditemui berkata, tujuan kedatangan pihaknya datang ke SUK hari ini untuk meminta ketetapan tarikh temujanji yang baru daripada pihak pejabat Menteri Besar.

Katanya, berdasarkan notis terakhir daripada Menteri Besar bertarikh 3 Julai menyatakan jaminan untuk berjumpa dengan mereka selepas selesai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Pertama.

Namun sehingga sekarang tiada tarikh ditetapkan selepas kali terakhir pertemuan empat mata antara pembeli, Abdul Khalid, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diadakan pada 24 November tahun lalu.

Penantian mereka sedikit terubat apabila ada wakil PAS daripada Taman Medan hadir dan membawa mereka ke pejabat Menteri Besar di Tingkat 21, namun masih gagal berjumpa dengan mana-mana pihak.

Sebaliknya, seorang wakil muncul keluar membawa surat respon tentang permohonan tarikh baru temu janji.
"Kami melalui MBPJ sedang berusaha mencari jalan lain bagi menyelesaikan masalah penduduk yang terlibat dikawasan tersebut.

"Berhubung dengan tarikh temu janji yang dipohon, Menteri Besar telah maklum mengenai perkara ini dan beliau atau wakil akan mengumumkan tarikh untuk menemui jawatankuasa yang tuan wakili setelah jalan penyelesaian diperoleh," surat yang ditandatangani Muhamad Yasid itu dipetik.

Saravanan berkata pihaknya meragui status rampasan tanah itu kerana dakwanya kerajaan negeri bersikap tidak telus menujukkan bukti dokumen hitam putih tentangnya.

"Jika benar kes ini dibawa kemahkamah dan mahkamah dah tolak permohonan, mana dokumen kes itu? Tunjukkan pada kami," katanya.

Beliau berkata jika kerajaan negeri masih terus membisu, pihaknya akan merancang untuk berkhemah depan pintu pagar utama SUK sehinga tuntutan mereka diselesaikan.

- freemalaysiatoday

Saya Belum Mahu Bersara Lagi - Gani Patail

Posted: 28 Aug 2013 04:29 PM PDT

Jabatannya lebih banyak kalah daripada menang dalam kebanyakan kes berprofil tinggi, dengan terbaru minggu lalu apabila Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis yang didakwa membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shariibuu, kerana pihak pendakwaan gagal membawa saksi utama.

Jabatannya juga dituduh melakukan pendakwaan terpilih, terutama ahli politik Melayu seperti Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin yang seharusnya didakwa menggunakan undang-undang hasutan kerana mengugut untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu dan menghina agama Hindu.


Tidak mengejutkan jika desakan supaya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) untuk meletak jawatan semakin kedengaran. Tetapi desakan itu serta kritikan terhadap Jabatan Peguam Negara tidak memberi kesan kepadanya.

"Saya akan tentukan bila untuk berhenti. Saya boleh berhenti atau mengambil bersara pilihan sendiri," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

Beliau dilaporkan berkata kepada sebuah portal berita: "Perdana menteri pun digesa untuk letak jawatan, inikan pula saya."

Gani sudah menjadi Peguam Negara sejak 2002 dan mempunyai dua tahun sebelum mencecah umur bersara. Tetapi ramai yang berminat dengan jawatan Gani, malah, seorang peguam terkemuka memberitahu Putrajaya keinginannya untuk mengambil alih jawatan Peguam Negara.

Baru-baru ini, terdapat spekulasi menyatakan kerajaan memulakan langkah untuk meletak hakim kanan ke jawatan itu, tetapi Gani mendapat sokongan kuat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Terdapat desakan sama semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi supaya perdana menteri menyingkirkan Gani kerana kelemahan Jabatan Peguam Negara dalam kes berprofil tinggi.

Tetapi Abdullah tidak berjaya menyingkirkan Gani. Berjaya bertahan semasa pemerintahan dua perdana menteri dan mendapat sokongan yang ketiga, Gani mungkin tidak akan mengambil bersara pilihan sendiri.

Jabatan Peguam Negara diselar lagi minggu lalu apabila Mahkamah Rayuan mengarahkan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azahar Umar dibebaskan daripada tuduhan membunuh Altantuya dari 2006, kekasih Abdul Razak Baginda, bekas penasihat Najib.

Di antara sebab utama adalah kerana kegagalan memanggil Timbalan Supritendan Musa Safri, bekas pembantu Najib sebagai saksi. Ini menyebabkan Jabatan Peguam Negara diselar oleh pemimpin pembangkang dan peguam.

Sebagai tambahan, terdapat kritikan terhadap Gani kerana gagal mengambil tindakan terhadap kumpulan Melayu berhaluan kanan, Perkasa.

Pemimpin Perkasa, Ibrahim pernah menggesa pembakaran al-Kitab yang mempunyai perkataan "Allah" manakala Zulkifli pula menghina agama Hindu secara terbuka dalam satu klip video.

Selain itu, selepas pilihan raya umum 5 Mei, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah memberi amaran kepada masyarakat Cina supaya bersiap sedia untuk menerima balasan daripada Melayu kerana membelot Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13).

Tetapi Gani menyelar pengkritiknya dalam portal Malaysia Gazette: "Jadi, adakah saya perlu dakwa semua orang. Semua orang pun dahsyat apabila berkata mengenai kaum lain sedangkan dalam isu agama dan perkauman kita perlu lebih toleransi."

"Saya tidak mahu menggali kubur untuk kerajaan hanya semata-mata untuk popular."

Peguam Negara ketiga paling lama berkhidmat itu mengatakan beliau tidak bimbang dengan bakal penggantinya kerana Pejabat Peguam Negara mempunyai beberapa calon.

"Tun Majid (Tun Abdul Majid Hamzah) boleh. Wanita pun boleh. Di sini bukan saya bekerja seorang, kami bekerja bersama-sama dan setiap orang mempunyai kepakaran," katanya.

Tan Sri Abdul Kadir Yusof adalah Peguam Negara paling lama berkhidmat iaitu selama 14 tahun manakala Tan Sri Abu Talib Othman selama 13 tahun.

Gani berkata, ada juga `orang' Umno yang marah kononnya beliau gagal menangani isu agama dan kaum.

Bagaimanapun, katanya, Jabatan Peguam Negara sejak dari dahulu sentiasa berhati-hati dalam menangani isu agama dan perkauman.

"Dalam isu agama, kalau kes didakwa di mahkamah perkara akan menjadi heboh, lagi orang akan marah," katanya dan menambah perkara ini perlu dilihat dengan gambaran besar.

"Masa sudah berubah dan kalau kalau kita tengok di luar negara kalau sesuatu perkara berlaku memberi impak yang buruk, baru pertuduhan dikenakan," katanya. – TMI

Facebook Tolak Permintaan Kerajaan Malaysia Dapatkan Maklumat Pengguna

Posted: 28 Aug 2013 05:49 AM PDT

Kerajaan akan merayu kepada Facebook untuk mendapatkan maklumat peribadi 197 pengguna laman sosial itu, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, Facebook berhak menolak permohonan kerajaan malah pastinya laman media sosial itu mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka menolak permohonan itu.


"Aduan kepada Facebook beratus juta sehari maka pastinya pihaknya memilih untuk melayan aduan tersebut," katanya semasa ditemui pemberita di pusat membeli belah Pavilion, Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, laporan kepada Facebook bukan sahaja datang dari kerajaan seluruh dunia malah pemilik akaun individu juga mempunyai masalah dengan kandungan laman sosial berkenaan.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Putrajaya meminta maklumat 197 pengguna laman sosial daripada Facebook namun tiada satu pun daripadanya yang dipenuhi.

Semakan terhadap "Global Government Requests Report" yang dikeluarkan Facebook semalam mendapati, selain Malaysia, negara Asia Tengara (Asean) lain yang turut memohon maklumat pengguna ialah Singapura (117) dengan sejumlah (70 peratus data diberikan), Filipina (4) (25 peratus), Thailand (5) (0 peratus) dan Kemboja (1) (0 peratus).

Bagaimanapun, Facebook tidak mendedahkan dengan lengkap jenis permohonan yang dibuat kerajaan.Negara tertinggi membuat permohonan adalah Amerika Syarikat dengan sejumlah 20,000 - 21,000 permohonan, dan 79 peratus data diberikan oleh Facebook.

Menurut kenyataan Facebook itu, laporan itu dikeluarkan bagi tempoh enam bulan tahun 2013 yang berakhir pada 30 Jun.

Menurut peguam Facebook, Colin Stretch dalam kenyataan itu juga berkata, pihaknya menolak permohonan yang tidak mempunyai asas kukuh."Seperti yang kami maklumkan, kami percaya bahawa walaupun kerajaan mempunyai tanggungjawab penting untuk memastikan rakyat selamat, ia adalah mungkin untuk berbuat demikian pada masa sama menjadi telus.

"Ketelusan kerajaan dan keselamatan awam bukan idea cita-cita yang saling eksklusif. Setiap satunya boleh wujud pada masa sama dalam masyarakat yang bebas dan terbuka, dan mereka membantu menjadikan kita lebih kuat.

"Kami amat menggalakkan semua kerajaan untuk menjadi lebih telus mengenai usaha mereka yang bertujuan untuk menjaga keselamatan awam, dan kami akan terus menjadi penyokong agresif untuk pendedahan lebih besar," katanya.

- tmi

Tiada ulasan: