Kelab Greenboc |
- Ali Rustam Dilantik Senator, Menteri JPM, Ketuai PNB Demi Upah Politik?
- Jenayah Berleluasa, Malaysia Jadi "Bandar Koboi"
- [VIDEO] Perusuh Fanatik ‘Buddha’ Bakar Lagi Rumah Muslim Di Myanmar
- Erdogan Kecam Respon AS Tentang Penglibatan Israel Dalam Kudeta di Mesir
- Slogan "ENDLESS POSSIBILITIES" - Najib / UMNO Ikuti Jejak Langkah Israel
Ali Rustam Dilantik Senator, Menteri JPM, Ketuai PNB Demi Upah Politik? Posted: 27 Aug 2013 12:45 AM PDT Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin ditolak rakyat dalam pentadbiran kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikesali kerana tindakan itu dianggap sebagai upah politik demi menjaga kepentingan politik beliau menjelang Pemilihan Agung Umno yang bakal dilangsungkan tidak berapa lama lagi. Menurut Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin, Najib sepatutnya melantik individu yang mempunyai pengalaman serta trek rekod yang bersih selaras dengan prinsip wasatiah dan bukan melantik pemimpin yang mempunyai rekod prestasi yang buruk dan terpalit dengan pelbagai skandal rasuah. "Saya lihat ada satu trend pengagihan jawatan penting untuk mengemudi syarikat startegik negara kepada mereka yang kalah seperti Datuk Abdul Ghani Othman di Sime Darby, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di Tabung Haji dan terbaru Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula diwarkan bakal mengemudi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM). "Malangnya ada diantara mereka bukan sahaja ditolak rakyat, malah tidak mempunyai latar belakang ekonomi dan lebih teruk lagi mempunyai rekod perkhidmatan yang tidak menyinar seperti Ali Rustam yang menyebabkan Melaka berhutang sebanyak RM900 juta dan skandal perkahwinan anak beliau yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)." Shamsul berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah media semalam, Mohd Ali dipercayai bakal dilantik mengetuai PNB dan senator bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Untuk rekod, Lembaga Disiplin Umno sebelum ini juga pernah menggantung Ali Rustam daripada bertanding dalam Pemilihan Agung Umno 2009 apabila didapati bersalah memberi rasuah kepada perwakilan agar memberikan pencalonan bagi membolehkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden. Shamsul menambah, trend melantik demi upah politik yang dipraktikan Umno-BN mampu memburukkan lagi keadaan prestasi ekonomi dan sekaligus membawa kewangan negara terus berada dalam keadaan defisit yang semakin tinggi. "Malaysia sekarang ini sejak Najib dilantik sebagai Perdana Menteri berada dalam keadaan 'auto pilot' dan tiada pencapaian yang boleh dibanggakan dilakukan Najib selepas 100 selepas pilihan raya dan diburukkan lagi dengan amalan memberi upah politik untuk dapatkan balasan politik," ujar Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan. Sebelum ini amalan melantik semula pemimpin politik dari Umno-BN tanpa mengambil kira trek rekod, pengalaman dan latar belakang ke jawatan penting dalam organisasi strategik kerajaan dengan gaji lumayan mula dilihat sebagai trend pentadbiran Najib. Selain Abdul Ghani, Abdul Azeez dan terbaru Mohd Ali, pemimpin Umno lain, Datuk Seri Isa Samad yang pernah terpalit dengan rasuah politik wang dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Tan Sri Rahim Thamby Chik yang didakwa dikaitkan dengan skandal rogol gadis bawah umur turut mendapat tempat dalam pentadbiran Najib. |
Jenayah Berleluasa, Malaysia Jadi "Bandar Koboi" Posted: 26 Aug 2013 11:05 PM PDT Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail melahirkan kebimbangan dengan penularan jenayah senjata api di negara ini. Katanya, jika jenayah melibatkan penggunaan senjata api tidak dibendung Malaysia akan menjadi seperti "cowboy town" (bandar koboi). Menurutnya, kes jenayah bunuh bersenjata api semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal memerlukan perhatian serius pihak polis. "Tapi sedihlah, dulu kita tidak pernah dengar perkara-perkara ini berlaku dan kita orang Islam jauh dari berlaku perkara-perkara yang macam ini. "Sebelum ini, tidak berlaku banyak sangat kes tembak senjata api. Ini setiap hari berlaku dan tidak terkawal. Dulu berlaku di Kuala Lumpur sahaja, sekarang boleh berlaku di mana-mana sahaja dan ini patut dibendunglah. "Malaysia ini sekarang sudah jadi 'cowboy town' bila I tak suka U, upah orang tembak," ujarnya kepada Harakahdaily. Tengku Ibrahim juga mahukan agar sempadan Malaysia-Thailand dikawal sebaik mungkin supaya kemasukan senjata api dapat dibendung. Bahkan, kata beliau, apa yang lebih membimbangkan bukan sahaja berlaku penyeludupan senjata api tetapi terdapat urusniaga menyewanya. -HD
|
[VIDEO] Perusuh Fanatik ‘Buddha’ Bakar Lagi Rumah Muslim Di Myanmar Posted: 26 Aug 2013 08:10 PM PDT Perusuh fanatik yang anti-Islam membakar kedai dan rumah penganut Islam di Myanmar dalam satu pertempuran terbaru antara dua penganut agama itu, kata polis, semalam. Gerombolan 1,000 penganut buddha telah membakar berpuluh-puluh rumah-rumah dan kedai-kedai di Htan Gone, sebuah kampung 16km selatan bandar Kantbalu dalam wilayah Sagaing. Ia berikutan khabar angin bahawa seorang lelaki Islam telah ditangkap didakwa kononnya cuba melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita muda, menurut pegawai-pegawai dan saksi. Menurut stesyen TV pemerintah Myanmar, kira-kira 42 rumah dan 15 kedai serta sebuah kilang beras telah dibakar dalam satu pergeseran berlaku Sabtu malam kelmarin. "Kira-kira 150 orang berkumpul di balai polis semalam (malam kelmarin), sambil menggesa supaya tahanan itu diserahkan kepada mereka. Apabila polis tidak mengendahkannya, mereka mula membakar kedai-kedai berdekatan," kata seorang pegawai kepada agensi berita AFP. "Kedai-kedai ini dipercayai dimiliki oleh penganut Islam. Orang yang menyerang pula dipercayai penganut agama Buddha dari dua perkampungan setempat," tambah sumber itu. Al-Jazeera melaporkan corak keganasan terhadap umat Islam yang telah berlaku selama lebih daripada satu tahun dan tiada penyeleaian sehingga sekarang. Ia seolah-olah sama coraknya, bermula dengan perbuatan jenayah terpencil, dan khabar angin tersebar yang mengatakan ia dilakukan oleh seorang Islam, tetapi kemudian ada keganasan perusuh sebagai akibatnya. Ribuan penganut Buddha itu dilaporkan membawa pedang dan lembing sambil bergerak dan menyanyikan lagu kebangsaan Myanmar. Bagaimanapun, tidak ada kecederaan dilaporkan. Beberapa rusuhan agama – kebanyakannya disasarkan ke atas masyarakat Islam – telah menyebabkan perpecahan dalam negara yang majoriti penganut Buddha itu, yang seolah-olah membayangi usahanya melaksanakan pembaharuan politik sejak pemerintahan tentera berakhir dua tahun lalu. Kumpulan-kumpulan hak asasi telah menuduh pihak berkuasa gagal atau tidak bersedia menangani keganasan tersebut, yang menyebabkan sekitar 250 maut dan lebih 140,000 lagi kehilangan kediamannya. Pihak Myanmar menafikan dakwaan itu. – Agensi |
Erdogan Kecam Respon AS Tentang Penglibatan Israel Dalam Kudeta di Mesir Posted: 26 Aug 2013 04:35 PM PDT Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Sabtu klemarin (24/8/2013) telah mengecam Washington kerana respon mereka terhadap dakwaan mengenai keterlibatan Israel di dalam krisis Mesir. Tuduhan Erdogan yang mengkaitkan kudeta tentera di Mesir dengan Israel telah ditolak oleh Rumah Putih, menggambarkan kenyataan Erdogan sebagai "ofensif, tidak berasas dan silap." "Mengapa Rumah Putih pula yangt membuat kenyataan tentang hal ini? Rumah Putih seharusnya tidak berbicara tentang hal ini. Jika ada seseorang yang berbicara atau menjawab tentang hal ini, seharusnya adalah Israel sendiri bukan Amerika," kata Erdogan dalam pidato yang disiarkan television Sabtu kelmarin. Dia juga mengatakan bahwa pernyataan Rumah Putih menunjukkan kemarahan mereka terhadap dirinya, menyebut pendekatan Washington untuk sekutu NATO nya itu sebagai sesuatu yang tak wajar. Dalam kenyataan Erdogan juga mengatakan: "Hal ini sangat penting untuk menunjukkan dwi standard di dunia," tanpa memberikan perrinciannya. Sebelumnya pemimpin Turki ini pada Selasa lalu menuduh negara Yahudi Israel berada di balik kudeta tentera terhadap Presiden Mesir Muhammad Mursi pada bulan lalu.[gb/fq/islampos/afp] |
Slogan "ENDLESS POSSIBILITIES" - Najib / UMNO Ikuti Jejak Langkah Israel Posted: 26 Aug 2013 04:50 AM PDT Slogan terbaru, Endless Possibilities (Apapun boleh?) yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Sekarang kita ada bukti cukup. Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan," kata Ketua Pembangkang itu ketika ditemui pemberita di majlis hari raya PKR Lembah Pantai, hari ini. Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melancarkan kempen '1Malaysia, Endless Possibilities' pada 17 September depan. Memetik Keadilan Daily, Anwar berkata, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno BN. "Sekarang lebih berat. Ia tak mungkin secara kebetulan. Dulu saya ada bawa (isu ini) di Parlimen, (mengapa) pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1 Malaysia. "Sampai sekarang dia kata kebetulan. Ternyata ada pengaruh asing termasuk apa didakwa 'pengaruh Israel'," katanya sambil menyatakan slogan baru itu semata-mata strategi perhubungan awam. -selangorku
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan