MIMPI SENJA |
Isu Kara King - Penghinaan apa? Tanya LPF pada Utusan, Hangpa tu yang tak faham Posted: 26 Aug 2013 09:35 PM PDT Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) tidak bersetuju dengan kritikan akhbar Utusan Malaysia terhadap filem terbaru Namewee, `Kara King', terutamanya dalam satu adegan tertentu. Adegan itu menunjukkan Namewee (gambar), yang memegang watak utama, membuang air kecil di tepi jalan dan sementara cuba berpusing untuk merasuah seorang anggota polis, dia secara tidak sengaja terkencing atas pasangan kaum Melayu yang melintasi jalan itu dengan motosikal. "Apa yang dihebohkan mengenai adegan itu? Saya tidak tahu bagaimana Utusan boleh menterjemahkannya sebagai satu penghinaan kepada Melayu," kata Pengerusi LPF, Datuk Raja Azhar Abdul Manap dalam temubual dengan The Malaysian Insider. Edisi mingguan Utusan Malaysia iaitu Mingguan Malaysia, mendakwa adegan itu tidak menghormati masyarakat Melayu. Ahad lalu, Rosdan Ahmad menulis:"Susah sangatkah hendak membaca agenda Namewee untuk menghina orang Melayu dalam file mini? Menunjukkan orang Melayu terkena air kencing oleh Cina lepas dan tidak dipotong?" Penulis itu juga mempersoalkan LPF mengapa adegan itu dibenarkan untuk tayangan. Raja Azhar mengulas,"Air kencing itu secara tidak sengaja terpercik kepada pasangan Melayu itu. Ia satu komedi. Ia menunjukkan sikap pelakon utama dan tingkah laku buruknya. Tidak ada apa-apa yang berbau perkauman mengenainya. Sebab itu kita benarkan adegan itu. "Kita melihat kepada keseluruhan filem, bukan hanya satu adegan. Ada mesej dalam filem itu. Pelakon utama yang berkeperibadian buruk akhirnya menjadi baik. "Jika adegan itu dipotong, sikap pelakon itu tidak dapat ditunjukkan kepada penonton. Saya tidak tahu bagaimana Utusan boleh menginterpretasikan ia seperti itu," katanya. Sementara itu, Namewee menggunakan akaun laman sosial Facebooknya untuk menggesa Utusan tidak bermain agenda perkauman. Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, berkata akhbar itu perlu berhenti beranggapan filemnya mempunyai motif perkauman dan menyentuh isu bangsa, dan sepatutnya menggalakkan pemikiran positif. "Seperti yang kita semua tahu, filem saya menggalakkan semangat `Satu Malaysia'. Tidak kira apa bangsa anda, setiap rakyat Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk menyertai filem saya. "Hanya mereka yang rasis akan fokus kepada bangsa," katanya dalam postinya. Kara King mengisahkan mengenai penyanyi dari Hong Kong yang kehilangan isterinya secara misteri dan bagaimana dia mengendalikan kehidupannya selepas itu sementara membesarkan dua anaknya di sebuah bandar kecil di Malaysia. Filem itu mula ditayangkan di seluruh negara pada 1 Ogos. Ini adalah kali kedua Utusan menyerang LPG berkaitan kritikan terhadap filem Nawemee. Bulan lalu, berikutan kritikan akhbar itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggantung penayangan filem `The New Village', sementara menunggu semakan sekali lagi oleh LPF. Utusan pada masa itu dalam edisi hujung minggunya mendakwa filem itu membanggakan komunisme. LPF, yang mendakwa filem itu adalah kisah cinta berlatarbelakangkan zaman darurat Tanah Melayu, membenarkan ia ditayangkan pada September tahun lalu. – 27 Ogos, 2013. |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan