Blog-list Malaysia |
- Balaci Al-Sisi Laknat Telah Berjaya Menyusup Masuk Ke Malaysia..
- Bangang - Murid Dihalang Guna Komputer Kerana Disumbang Oleh Pakatan Rakyat
- Gadis Ini Dibunuh Dan Pembunuhnya Dibebaskan
- Umno Kedah Layan Kami Seperti Anjing
- Rumah bekas pengarah polis Bukit Aman dipecah masuk
- Apa jawapan Malaysia pada kerajaan Mongolia?
- Ibu Jeneral As-Sisi keturunan Yahudi
Balaci Al-Sisi Laknat Telah Berjaya Menyusup Masuk Ke Malaysia.. Posted: 26 Aug 2013 10:09 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang aktivis pelajar Mesir, Muhd. Abdul Malik Abdul Karim menyifatkan laporan Sinar Harian hari ini bertajuk "Dalang Konflik Mesir Didedah" sebagai boleh mencetus kekeliruan. Menurut beliau, laporan yang memuatkan temubual dengan seorang pensyarah Universiti Kaherah, Prof.Dr.Mohammed Salem itu sarat dengan fitnah dan penipuan kepada Ikhwan Muslimin dan seluruh rakyat Mesir yang menuntut hak. "Seriusnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor yang saya tidak kenali ini suatu yang bahaya dan akan meracuni sekian ramai pembaca Sinar Harian di seluruh negara. "Kenapa Sinar Harian tidak menemubual ribuan lagi pensyarah-pensyarah dan pakar yang tidak berpihak kepada mana-mana golongan yang cukup dikenali seperti Dr.Bakeenam Syarqawi, Dr.Jamal Gibril, Dr.Saifuddin Abdul Fattah yang sumber mereka ini boleh dipercayai tanpa memihak kepada Ikhwan atau Mursi," katanya melontar persoalan. Dalam temubual itu, Mohammed Salem dilapor berkata, para peserta himpunan yang membantah rampasan kuasa di Mesir didapati bersenjata dan mengancam pihak keselamatan. Penyarah itu juga mendakwa penyokong Morsi menghalang laluan jalan raya di sekitar Rabaah dan Nahdhah. Antara petikan temubual akhbar itu menyebut: Soalan: Adakah mereka melakukan perhimpunan secara aman? Salem: Bagaimanapun kami dan polis dapati mereka ada senjata. Mereka mempunyai mesingan, molotov cocktail, pisau, pedang dan mereka acu kepada polis. Mengulas lanjut, Abdul Malik mempersoal, jika himpunan yang dilakukan oleh penyokong Mursi kerana menghalang laluan dan jalanraya, adakah situasi ini tidak berlaku di dataran Tahrir dan hadapan Istana Ittihadiyah, dua lokasi himpunan anti-Morsi sebelum dan selepas 30 Jun? "Berulang kali saya jelaskan dalam siri ceramah bahawa perancangan jahat polis memasukkan senjata api dan peluru ini dilonggokkan di dalam khemah-khemah sementara penyokong Morsi selepas mereka berjaya membunuh tuan khemah. "Lalu dipanggil media-media tempatan bagi menunjukkan 'bukti' bahawa rakyat di Raba'ah memiliki senjata api dan ia didedahkan oleh Al-Jazeera bahawa operasi memunggah masuk senjata-senjata ini ke dalam Raba'ah menggunakan ambulans pada pagi operasi 14 Ogos lepas," katanya. - HRKH |
Bangang - Murid Dihalang Guna Komputer Kerana Disumbang Oleh Pakatan Rakyat Posted: 26 Aug 2013 08:54 PM PDT KUALA LUMPUR: Pentadbiran sebuah sekolah di Shah Alam dikatakan menghalang muridnya menggunakan komputer sumbangan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berikutan perbezaan fahaman politik. Hal itu didedahkan seorang Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), R Panner Selvam kepada TV Selangor selepas dimaklumkan guru besar sekolah berkenaan. "Tindakan tidak masuk akal itu merugikan murid kerana kita ada makmal komputer yang lengkap tetapi tidak digunakan hanya disebabkan alasan politik," katanya dipetik Selangorku. Beliau berkata, larangan itu bermula kira-kira lapan bulan lalu sejak pelantikan muka baru PIBG atas alasan makmal itu didakwa beroperasi haram. Katanya, pentadbiran sekolah itu dikatakan mengenakan yuran RM70 setahun terhadap murid bagi menampung kos penyelenggaraan makmal komputer itu. "Yuran dikutip dari Januari atau Februari tetapi kelas tak jalan," katanya yang turut mendakwa kelas komputer itu tidak mengikut jadual. Timbalan YDP PIBG, Selvarajah Palaniappan, pula berkata PIBG sudah membawa bantahan kepada pentadbiran sekolah. Mengulas isu itu, Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Melawati, S Manikavasagam, berkata kerajaan Selangor pada 2010 berbelanja RM85,000 untuk membeli 45 komputer bagi pembelajaran murid SJKT Ladang Rasak, Subang . "Ini tidak patut berlaku sebab tidak kiralah siapa yang beri komputer, sekolah harus manfaatkan untuk masyarakat kita," kata Pengarah Biro Aduan Rakyat PKR itu. - bm.harakahdaily.net |
Gadis Ini Dibunuh Dan Pembunuhnya Dibebaskan Posted: 26 Aug 2013 05:38 PM PDT |
Umno Kedah Layan Kami Seperti Anjing Posted: 26 Aug 2013 06:13 AM PDT Keluhan pekerja Kuin Holding..... Salam Tuan, saya adalah diantara rakyat Kedah yang dicabuli hak gaji kami. Dah 3 bulan gaji kami ditangguh. Saya dah cuba hubungi UMNO Kedah, Pemuda UMNO, UMNO Bakar Bata dan juga Pejabat MB sendiri. Sayangnya semua lepas tangan, pakat passing saya sana kemari. Padahal dulu kata UMNO memang Kedah senang. Saya bukan nak cari salah sapa-sapa. Saya cuma nak hak saya. Saya sedih sangat dilayan oleh "pembela rakyat" sebegitu rupa. Macam kami ni sampah dipandangan mata mereka. Kami bukannya p goyang kaki kat opis, kerja tungging terbalik sebagai kuli. Tiba-tiba hak kami diragut dan direntap. Raya dan puasa kami penuh berduri. Bukan kami berkira sangat baju raya kuih raya apa semua. Kami tak perlu pun semua tu, tapi sampaikan nak makan pun kena ikat perut ni tuhan saja yang tau. Kami ni diibaratkan sampah, diibaratkan anjing jalanan. Tak ada sapa nak ambil tau nasib kami. Walhal bukannya kami melakukan apa-apa jenayah pun. Balasannya kami dizalimi setelah undi diberi. Saya teramat sedih dan kesal dengan perkara ni. Bukan kami duk diam tunggu penyelesaian dari MB. Tapi dah berapa kali kami cuba hubungi cuba cari jalan supaya boleh berjumpa dengan dia atau sapa-sapa yang bertanggungjawab. Sayangnya hak kami dicabuli di negeri sendiri. Terasa macam pendatang asing pulak. Hanya tuhan saja yang tau seksanya terputus rezeki bergaji merenung mata anak bini bagi sesuap nasi. Saya dengan ini akan memberikan kerjasama yang tidak terhingga kepada mana-mana usaha untuk menyelesaikan masalah ini. http://pkrl.blogspot.com/2013/08/panas-kakitangan-kuin-holding-hanya.html |
Rumah bekas pengarah polis Bukit Aman dipecah masuk Posted: 26 Aug 2013 05:00 AM PDT SHAH ALAM - Polis menahan lima pekerja binaan rakyat asing bagi membantu siasatan kejadian pecah masuk rumah bekas pengarah polis Bukit Aman bergelar Datuk di Seksyen 19 di sini, semalam. Kesemua suspek berusia antara 22 dan 37 tahun itu ditahan di tapak pembinaan rumah teres dua tingkat, yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah teres dua tingkat milik bekas pegawai kanan polis itu. Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata mangsa menyedari kediamannya dipecah masuk sejurus tiba di rumah selepas menziarahi saudaranya di Ipoh, Perak, kira-kira 5.30 petang. "Mangsa meninggalkan rumah pada Sabtu lepas, namun selepas pulang ke rumah petang semalam, mangsa menyedari kediamannya berselerak dan empat bilik tidur di tingkat atas telah diselongkar. "Siasatan mendapati beberapa barangan milik bekas pengarah itu turut hilang termasuk pingat kurniaan, jam tangan, barang kemas dan komputer riba," katanya kepada pemberita selepas majlis memasang Jalur Gemilang pada kenderaan peronda polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini. Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan kelima-lima lelaki tanpa dokumen perjalanan diri itu ditahan beberapa jam selepas laporan dibuat. Siasatan forensik polis di lokasi kejadian menemui sembilan kesan cap jari pada tingkap hadapan rumah berkenaan, katanya. Terdahulu pada majlis itu, beliau menyerahkan 800 helai Jalur Gemilang untuk dipasang pada semua kenderaan peronda polis Kontinjen Selangor bagi menaikkan lagi semangat patriotisme di kalangan anggota polis. - Bernama |
Apa jawapan Malaysia pada kerajaan Mongolia? Posted: 26 Aug 2013 01:57 AM PDT KUALA LUMPUR 26 Ogos: Keputusan membebaskan dua tertuduh, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri tidak menyelesaikan persoalan utama, iaitu siapa pembunuh Altantuya, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali. "Malah kerajaan Mongolia sendiri ingin tahu, siapa sebenarnya terlibat (membunuh Altantuya)?, kata Azmin kepada Keadilandaily ketika ditemui di majlis hari raya parlimen Ampang, semalam. "Keputusan baru-baru ini menimbulkan banyak tanda tanya. Kalau Sirul dan Azilah tak bersalah, maka siapa pembunuh Altantuya?, soalnya. Sebelum ini bapa mendiang Altantuya, Setev Shaariibuu dilaporkan berkata, sudah tiba masanya kerajaan Mongolia membuat kenyataan berhubung keputusan itu. Setev dilaporkan bercadang membawa kes anaknya ke peringkat lebih tinggi bagi menegakkan keadilan untuk mendiang anak perempuannya itu. Dalam pada itu, Azmin turut mempersoalkan mengapa mahkamah tidak memanggil saksi penting, iaitu DSP Musa Safri. "Nama DSP Musa Safri disebut dalam mahkamah. Kenapa watak ini tak dipanggil beri keterangan?, soalnya. Penghakiman Mahkamah Rayuan ketika membebaskan Sirul dan Azhar 23 Ogos lalu menyatakan, 'saksi material tidak dipanggil memberi keterangan, termasuk Musa (Safri)'. "Apakah ini pendakwaan terpilih. Ada (saksi) dipanggil untuk diteliti (keterangan), ada saksi yang tidak (dipanggil). "Keputusan dibuat mahkamah Malaysia lebih menimbulkan lebih banyak persoalan," kata Azmin. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55115 |
Ibu Jeneral As-Sisi keturunan Yahudi Posted: 26 Aug 2013 01:17 AM PDT Pelbagai rahsia terdedah yang menunjukkan bahwa Israel terlibat lansung dengan rampasan kuasa tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Dr. Muhd Mursi lebih sebulan yang lalu. Rancangan untuk menggulingkan Dr. Mursi ini telah lama dilakukan oleh tentera, walaupun ketuanya – Jeneral Abdel-Fattah As-Sisi – adalah orang yang dilantik oleh Dr. Mursi sendiri sebagai Menteri Pertahanan. As-Sisi berpura-pura menyokong presiden baru itu yang datang dari Ikhwan Muslimin, pada hal sudah ada rancangannya untuk meletakkan tentera sebagai pemegang kuasa mutlak Mesir sama seperti di zaman Hosni Mubarak dulu. As-Sisi sendiri diberitakan adalah keturunan Yahudi. Ini telah disahkan oleh sebuah laporan oleh Al-Jazeera baru-baru ini. Laporan itu menyebut kenyataan bekas Setiausaha Media Murshidul Am Ikhwan Muslimin, Gamal Nassar, bahawa As-Sisi adalah keturunan Yahudi. Menurutnya, sangat mengejutkan apabila membaca laporan akhbar Algeria, Al-Watan yang menyebutkan bahawa As-Sisi keturunan Bani Israil di Mesir. Ibunya seorang Yahudi bernama Mulaika Titani dan abang Mulaika adalah anggota Haganah, sebuah pertubuhan militan Yahudi di Israel yang turut bersama memerangi umat Islam di Palestin. Menurut Al-Watan, dalam perhitungan apapun, nyatalah As-Sisi sedang melaksanakan tugas zionis yang hendak memecahbelahkan Mesir. Selanjutnya, menurut Gamal Nassar, dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang dilakukan oleh As-Sisi, nyatalah ia penjenayah paling kejam yang akan menghancurkan Mesir. Gamal Nassar menambah, As-Sisi berpura-pura konon hendak menyelamatkan Mesir sebagai wira negara itu, tetapi dia sebenarnya hendak memecahbelahkan Mesir supaya negara itu lemah dan tidak akan mengancam Israel. Sebab itu dilaporkan, seorang diplomat kanan Israel di Mesir, Yaakov Amitai memberitahu tentera Mesir bahwa "Rakyat Israel menganggap Abdel-Fattah As-Sisi adalah pahlawan nasional Israel kerana tindakannya terhadap Ikhwan Muslimi." Selepas ini, kata diplomat kanan itu, Israel dan Mesir akan bekerjasama lebih erat di bidang pertahanan, ekonomi, pertanian dan lain-lain. Ini yang dikehendaki Israel di mana Amerika mengetahui hal ini. Ada laporan di media dunia Arab mengatakan bahawa beberapa hari sebelum rampasan kuasa oleh tentera itu, As-Sisi telah berkunjung ke Tel Aviv dan mengadakan rundingan dengan pemimpin kanan Israel di mana Israel mendesak As-Sisi segera melumpuhkan kerajaan Ikhwan Muslimin pimpinan Dr. Muhd Mursi. Jika ini tidak dilakukan oleh tentera Mesir, pemimpin Israel menyatakan kebimbangan kerana Ikhwan menjadi ancaman besar kepada Israel. Rampasan kuasa itu disokong oleh golongan secular, Kristian Koktip, golongan sisialis yang masih memuja bekas presiden Mesir, Gemal Abd Nasser sebagai idola mereka. Rampasan kuasa itu juga disokong oleh golongan Salafi dan kumpulan An-Nur. Tetapi dua kumpulan ini menarik balik sokongan terhadap tentera apabila tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai dan membakar masjid baru-baru ini. Menurut Ummah News, tentera As-Sisi bukan saja akan memerangi Ikhwan, tetapi juga kumpulan Mujahidin yang bergerak di Sinai yang telah menyerang dan membunuh beberapa orang tentera di wilayah itu. Laporan media di dunia Arab menyebutkan bahawa senjata Israel telah digunakan oleh tentera Mesir untuk menyerang para penyokong Dr. Mursi. Menurut laporan itu lagi, kapal terbang kargo Israel dilihat mendarat di lapangan terbang Mesir ketika tentera Mesir menggempur himpunan penyokong Dr. Mursi. Wartawan Mi'raj News Agency di Kaherah Dany Novery, mengesahkan hal ini. Senjata itu seperti gas beracun pemedih mata, kelonsong gas dan peluru bertulis dalam bahawa Ibrani, kata Dany Novery lagi yang dipetik oleh MINA. Seorang lagi wartwan Mi'raj News di Kaherah, Amran Hamdani, juga menyebut, ada kenderaan yang datang ke medan Rab'ah Adawiyah membawa peluru bertulis bahasa Ibrani untuk tentera Mesir. Hal itu dilihatnya setelah pemandu kenderaan itu menolak untuk membawa keluar korban yang bergelimpangan. Ketika Dataran Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua Tentera General Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan Bahrain. Demikianlah yang terjadi di Mesir yang selama ini dianggap sebagai hub intelektual dunia Islam yang telah melahirkan sekian ramai ulama. Namun dalam keadaan begini, masih ada ulama di sana yang keliru seperti yang terjadi kepada Sheikh Al-AlAzhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera yang didalangi oleh Israel. Seperti kata Tuan Guru Nik Abd Aziz, barangkali, Sheikh Al-Azhar sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden, katanya, satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Ingatan Tuan Guru kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun yang bermaksud: "Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini saja," – Surah Toha, ayat 72. Kini selepas lebih sebulan rampasan kuasa tentera Mesir itu berlaku semakin banyak rahsia terdedah yang menunjukkan Israel terlibatsecara lansung dengan rampasan kuasa itu. Namun masih ada pemimpin sekular negara umat Islam, malah segelintir umat Islam sendiri, yang juga berfikiran sekekular dan keliru melihat episode di Mesir ini dengan penuh keliru, malah ada yang memfitnah Ikhwan Muslimin konon sebagai gerakan Islam yang mendorong kekerasan. Inilah fitnah besar kepada pendukung gerakan Islam dan Islam sendiri diakhir zaman. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan