Khamis, 15 Ogos 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Polis Dakwa Sudah Kenal Pasti Tempat Persembunyian Lelaki Belasah Isteri

Posted: 15 Aug 2013 01:50 AM PDT


[Bernama] BUKIT MERTAJAM - Polis telah mengenal pasti kawasan persembunyian penjawat awam yang menghilangkan diri selepas rakaman CCTV yang menunjukkan dia membelasah isterinya di dalam lif tersebar di laman web sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata polis juga mendapat beberapa maklumat terkini mengenai lelaki berusia 36 tahun yang bertugas di Jerantut, Pahang itu.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lelaki itu dipercayai bersembunyi di sebuah negeri tetapi bukan di Pulau Pinang atau Pahang dan pasukan kita hanya menunggu masa untuk menahannya.

"Kami percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program kepolisan berfrofil tinggi di sebuah rumah mangsa samun di Kampung Belah Dua, di sini hari ini.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebar secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Mazlan berkata polis telah menjalankan siasatan kes itu selepas wanita berusia 36 tahun berkenaan membuat laporan polis pada pukul 4.40 Isnin lepas.

"Saya minta pihak yang mendakwa polis tidak menjalankan siasatan supaya hentikan tomahan itu, kami jalankan siasatan menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas mangsa membuat laporan polis," katanya.


P/s: Dalam perkembangan lain, wanita yang menjadi mangsa belasahan suami berserta dua anaknya kini menerima perintah perlindungan interim daripada suaminya.


[Video] Penjelasan Wanita yang Dipukul Suami Ketika di dalam Lif Sebuah Hospital

Posted: 14 Aug 2013 09:31 PM PDT



Beritanya di sini.


Tiada ulasan: