Khamis, 15 Ogos 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PAS anjur himpunan seluruh negara bantah kekejaman di Mesir

Posted: 15 Aug 2013 04:00 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Mereka yang terbunuh selepas Medan Raba'ah Adawiyah diserang tentera Mesir semalam. 15 Ogos, 2013. 

Mereka yang terbunuh selepas Medan Raba'ah Adawiyah diserang tentera Mesir semalam. 15 Ogos, 2013.PAS menganjurkan perhimpunan seluruh negara dari Perlis hingga ke Sabah bagi mengutuk kekejaman yang sedang berlaku di Mesir sekarang.

Perhimpunan paling awal akan berlangsung 7 petang ini di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu, Kelantan.

Ia diikuti dengan perhimpunan di Matin, Arau di Perlis, 8 malam ini.

 Mengikut sumber Ikhwan Muslimin, lebih 2,000 penyokong mereka yang berkampung di Medan Raba'ah Adawiyah terkorban digempur pihak tentera sejak pagi semalam.

Seorang peserta himpunan, Tahaluf Wathani berkata, berdasarkan kiraan jenazah yang dikumpulkan, terdapat 2,600 jenazah sehingga kini di Medan Raba'ah Adawiyah.

Selain jumlah korban itu, dianggarkan kira-kira 15,000 lagi mengalami cedera dan luka akibat serangan tersebut.

Merdeka Center pertahan Subramaniam menang undi pos dan undi awal

Posted: 15 Aug 2013 03:54 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK



Badan tinjauan bebas Merdeka Center for Opinion Research hari ini menegakkan dakwaan undi pos dan undi awal yang memberi kemenangan kepada Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr S Subramaniam (gambar).

Pengarahnya, Ibrahim Sufian, menjelaskan majoriti undi pengundi biasa kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ( PRU13 ) lalu di Segamat hanya 658 undi.

Katanya, pengundi pos yang mengundi BN berjumlah 293 undi manakala pengundi awal seramai 309 orang yang menjadikan jumlah kedua-duanya ialah sebanyak 603 undi.

 Beliau menjelaskan jumlah undi biasa yang diterima oleh BN sebanyak 19,435 manakala PKR mendapat 18,777 undi.

"Perlu diketahui undi yang ditolak di kawasan parlimen Segamat berjumlah 950 undi iaitu 70 dari pengundi pos dan tujuh dari pengundi awal. Undi yang tidak dikembalikan pula berjumlah 88 undi iaitu pengundi pos berada pada kumpulan terbesar mewakili 75 undi dan pengundi biasa seramai 13 orang.

"Jika dihimpunkan jumlah undi yang ditolak dan tidak dikembalikan berjumlah 1,038. Justeru tidak keterlaluan jika dikatakan pengundi awal dan pengundi pos seramai 603 orang inilah yang membantu BN mencapai kemenangan di Segamat untuk menambah bilangan pengundi biasa seramai 19,435 orang," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Menurut Ibrahim, tanpa bantuan pengundi pos dan pengundi awal, BN berkemungkinan mengalami kekalahan atas faktor jumlah undi rosak lebih besar daripada jumlah majoriti pengundi biasa kepada BN.

Subramaniam semalam menolak hasil kajian Merdeka Center yang mendedahkan BN akan tewas di kerusi parlimen Segamat tanpa bantuan undian awal dan undi pos pada PRU13 lalu.

Beliau menjelaskan BN menang selesa di Segamat dengan pengundi biasa menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak 99.26% manakala pengundi awal dan pengundi pos hanya menyumbang 347 undi atau 0.74% yang diperoleh BN.

Katanya, Merdeka Center harus menjelaskan bagaimana pengundi pos dan pengundi awal mampu merubah keputusan pilihan raya parlimen Segamat jika kumpulan pengundi berkenaan hanya menyumbang 347 undi daripada 20,037 undi yang diperoleh BN

'280 kenderaan terlibat seludup diesel ke Thailand'

Posted: 15 Aug 2013 03:45 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM2.5 juta sebulan akibat kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel dari negeri Kelantan ke negara jiran.
  
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan Datuk Azis Yacub berkata kerugian itu melibatkan jumlah subsidi minyak yang mengalir keluar dan cukai yang gagal dikutip.
  
Kegiatan penyeludupan diesel dan petrol di kawasan Tumpat sahaja telah menyebabkan kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM98,000 dalam masa sehari, katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.
  
Azis berkata aktiviti penyeludupan itu berlaku melalui Sungai Golok yang menjadi sempadan Kelantan dan Thailand, bermula dari Pengkalan Kubor di Tumpat hingga ke Jeli.
  
Beliau berkata kegiatan itu berleluasa sejak kenaikan harga runcit minyak di Thailand lima tahun lepas.

"Perbezaan yang ketara dari segi harga bahan bakar itu bagi kedua-dua negara menyebabkan kegiatan penyeludupan ini semakin berleluasa," katanya.
  
Azis berkata melalui Ops Lautan Biru siri I selama 11 hari bermula 17 Jun lepas dan siri 2 selama tujuh hari bermula 28 Julai, sebanyak 280 kenderaan dikenal pasti terlibat dalam kegiatan penyeludupan itu.
  
"Sebanyak 180 kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, 30 lori dan 70 kereta terlibat dalam kegiatan penyeludupan itu yang dipercayai dilakukan penduduk tempatan," katanya.
  
Beliau berkata semasa mereka mengisi minyak, pihak berkuasa tidak dapat mengesyaki apa-apa memandangkan kenderaan itu tidak diubahsuai dan mempunyai cukai jalan yang sah, ia tidak menyalahi undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  
Beliau berkata modus operandi penyeludup ialah mereka mengisi petrol atau diesel di stesen minyak sebelum kenderaan itu dipandu ke stor atau pangkalan haram di tepi sungai berkenaan untuk minyak dipindahkan ke dalam tong plastik dan tong berisi minyak itu dibawa ke seberang menggunakan bot enjin galah.

Katanya kegiatan penyeludupan itu menjejaskan hak yang sepatutnya dinikmati rakyat tempatan melalui subsidi yang ditanggung kerajaan sebanyak RM0.53 seliter bagi petrol jenis RON95 dan RM0.69 seliter untuk diesel.
  
Azis berkata kegiatan penyeludupan turut melibatkan komoditi lain seperti beras, tepung gandum, pakaian, mercun dan bunga api.
  
Beliau berkata kerjasama secara bersepadu melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan berkaitan serta penduduk amat diperlukan untuk membanteras kegiatan itu.
  
Ops Lautan Biru siri 1 dan 2 itu, melibatkan 12 jabatan dan agensi penguatkuasa membabitkan kawasan operasi sepanjang sungai Golok dan jalan-jalan 'tikus' sepanjang laluan keluar-masuk sempadan.  
- Bernama

'Penceroboh Suluk gugur tuntutan jika saya sultan'

Posted: 15 Aug 2013 03:44 AM PDT

 


 
RCI SABAH Sultan Mohd Akjan Ali Muhammad yang mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Sabah berkata penceroboh Suluk akan menggugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah jika beliau dilantik sebagai sultannya.

NONEAkjan (kiri) memberitahu suruhanjaya diraja siasatan (RCI) mengenai
pendatang di Sabah bahawa jeneral penceroboh tersebut, Agbimuddin Kiram dari kesultanan Sulu, telah bertemu beliau sebelum serangan mereka ke atas Sabah.

"Apabila Datu Agbi datang - pada bulan Februari jika tak silap saya - dia telah merayu kepada saya supaya menjadi Sultan Sabah.

"Saya membuat perjanjian dengan mereka bahawa mereka hendaklah gugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah jika saya menjadi sultan," katanya ketika memberi keterangan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Akjan berkata beliau kemudian memaklumkan perjanjian itu kepada pihak polis tetapi mereka tidak memperdulikannya.

"Untuk menyelamatkan Sabah, saya bersedia untuk menjadi sultan tetapi pegawai polis yang saya beritahu tentang perkara ini tidak memaklumkannya kepada pegawai atasannya," kata Akjan.

Siasatan terhadap Jasbir Singh, Perimekar masih diteruskan- Wiliam Bourdon

Posted: 15 Aug 2013 03:42 AM PDT


KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Peguam Suaram, William Bourdon berkata, siasatan terhadap arkitek perjanjian Scorpene, Jasbir Singh Chal masih diteruskan di Mahkamah Perancis, sekaligus menafikan kes itu terhenti setakat ini sahaja.

William Bourdon
William Bourdon

Pada masa ini, katanya, usaha untuk memanggil Jasbir Singh sebagai saksi masih diteruskan dan hanya keterangan bersumpah di hadapan hakim yang akan diambil kira.

"Hasil siasatan akan dikongsi apabila siasatan itu selesai, yang tidak berlaku pada masa ini, kerana masih masih banyak kajian dan pengesahan dibuat oleh dua hakim Perancis," katanya dalam satu kenyataan media yang dikirimkan kepada Suaram baru-baru ini.

Menurut Bourdon, siasatan terhadap Perimekar Sdn Bhd – syarikat milik penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda juga sedang dilaksanakan.

"Tiada kenyataan mengenai hasil prosiding dan keterangan yang dikumpulkan oleh hakim-hakim yang boleh dibuat pada masa ini. Maklumat akan dikongsi apabila keputusan akan diketahui," kata beliau.

Beliau juga tidak menolak, hakim akan turut menyiasat kaitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu dengan skandal berkenaan.

Beliau berkata, testimoni dari peguam Americk Sidhu juga diperlukan untuk membantu siasatan berhubung aktiviti rasuah, serta keterangan lain yang akan diterima hakim yang dilantik.

Sebelum ini, Jasbir Singh Chahl dilapor berkata, wanita Mongolia, Altantuya Shaariibbuu tidak pernah menjadi jurubahasa untuk perjanjian pembelian kapal selam tersebut atau terlibat dalam kontrak berkenaan.

Dalam temu bual disiar New Straits Times 27 Julai lalu, Jasbir berkata hubungan Altantuya dengan Abdul Razak Baginda, adalah perkara peribadi.

Cadangan ganti EO untuk tutup kelemahan polis, Najib

Posted: 15 Aug 2013 03:40 AM PDT

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Tindakan polis memperkenal undang-undang baru bagi menggantikan Ordinan Darurat (EO) hanya taktik pasukan itu menutup kelemahan mereka menangani jenayah melibatkan kes tembakan kebelakangan ini, kata Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

sivarasa_rasiah

Katanya, selepas EO dimansuh pada 2011, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan statistik jenayah di Malaysia menurun dan ia dipertahan bersungguh-sungguh oleh pimpinan Umno.

"Sekarang kenyataan itu bercanggah apabila Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) mendakwa konon jenayah meningkat kerana EO sudah mansuh.

"Mengapa semasa EO dimansuh tidak bantah. Bagi saya, isu pokok bukan memperkenal undang-undang baru untuk ganti EO, sebaliknya kegagalan polis dan pentadbiran Najib menangani jenayah," katanya kepada Suara Keadilan.

Tanpa EO katanya, undang-undang sedia ada sudah cukup untuk membanteras jenayah, namun gagal kerana polis masih bertindak demi kepentingan politik Umno BN berbanding menjaga keselamatan rakyat.

"Kita bantah EO kerana undang-undang itu menahan Orang Kena Tuduh (OKT) tanpa bicara dan ia bertentangan dengan hak asasi manusia. Saya yakin undang-undang sedia mampu tangani jenayah.

Contohnya, bagi kes jenayah biasa, polis berkuasa menahan seseorang itu sehingga 15 hari dan ia antara tempoh paling lama di dunia.

"Di negara lain terutama di Eropah misalnya, polis hanya boleh menahan dan membawa OKT dalam tempoh 24 jam sahaja dan jika gagal, OKT itu mesti dilepaskan," katanya menegaskan penyelesaian terbaik masalah polis adalah menubuh IPCMC.

Mengenai undang-undang baru bagi mengganti EO sebagaimana dipersetujui Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 Julai lalu, Sivarasa tidak menolak peraturan baru itu pasti lebih kejam dari EO.

'Saya atur pertemuan kesultanan Sulu dan dua PM'

Posted: 15 Aug 2013 03:38 AM PDT



 
RCI SABAH Sultan Mohd Akjan Ali Muhammad yang mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Sabah, hari ini mendakwa beliau telah mengatur pertemuan antara dua bekas perdana menteri Malaysia dengan kesultanan Sulu.

Ketika memberi keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, Akjan berkata kedua-dua bekas perdana menteri itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga dikenali sebagai Pak Lah.

NONE"Sejak tahun 1970-an (Sultan) Jamalul Kiram (yang mengisytiharkan
dirinya sebagai sultan Sulu - kiri) meminta bantuan saya. Saya membantu beliau untuk bertemu Mahathir pada 1980-an tetapi saya tidak tahu apa yang mereka bincangkan.

"Selepas itu, Ismail Kiram (adik Jamalul itu) datang untuk bertemu dengan Pak Lah," katanya kepada RCI di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pagi ini.

Akjan berkata beliau bersetuju untuk mengatur pertemuan itu dengan syarat mereka akan melepaskan tuntutan mereka ke atas Sabah.

"Tetapi pada 2000-an, matlamat mereka nampaknya telah berubah dan mereka mahu menuntut Sabah di Mahkamah Keadilan Antarabangsa," katanya.

Jamalul kemudian mengarahkan serangan ke Sabah pada bulan Februari tahun ini, yang mengakibatkan kematian sembilan anggota pasukan keselamatan Malaysia, yang terburuk sejak pemberontakan Komunis.

Gagal atasi kes tembakan, KPN didesak letak jawatan

Posted: 15 Aug 2013 03:36 AM PDT

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak Tan Sri Khalid Abu Bakar segera meletak jawatan ekoran kegagalan Ketua Polis Negara (KPN) itu menangani kes jenayah tembak yang berlaku hampir setiap hari sejak akhir-akhir ini, kata Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin.

"Sejak Khalid dilantik sebagai KPN pada 17 Mei lalu, kejadian tembak semakin menjadi-jadi malah boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari terutama sejak Julai lalu dan berterusan sehingga sambutan Aidilfitri.

"Hanya satu pilihan terbaik buat KPN iaitu meletak jawatan segera bagi memikul tanggungjawab ini.
Itupun jika beliau seorang yang bermaruah," katanya kepada Keadilan Daily.

Shamsul yang juga peguam mengulas lebih 30 kes tembakan sepanjang tahun ini dan terbaharu dua kejadian tembak dalam sehari pada 13 Ogos lalu masing-masing di Dungun, Terengganu dan Kuantan, Pahang.

Di Dungun, seorang pemilik restoran, Mohamad Lutpi Mansor, 50, mati ditembak di Kampung Cacar. Hasil bedah siasat dijalankan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu menemui dua butir peluru di dada dan bahu kiri mangsa.

Manakala di Kuantan, seorang ibu tunggal Ruzelawati Basri, 35, nyaris maut selepas terkena tembakan seorang lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pukul 4 pagi di Jalan Haji Ahmad.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff, penjenayah itu memegang sepucuk pistol dan mengetuk cermin kereta seterusnya mengarahkan wanita itu membuka pintu serta diarah keluar dari keretanya. Mangsa cedera di bahagian mata kanan dipercayai akibat serpihan kaca sebelum dibantu orang awam.

"Kita nasihatkan KPN segera meletak jawatan tanpa menunggu rakyat turun ke jalan raya bagi mendesak beliau berbuat demikian. Jenayah ini melibatkan nyawa rakyat dan jangan sesekali perjudikan keselamatan rakyat," kata Shamsul lagi.

Dakwa enggan amal nepotisme, Mukhriz patut nasihati bapanya dulu

Posted: 15 Aug 2013 03:31 AM PDT


nepotisme

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir patut menasihati bapanya terlebih dulu sebelum membuat kenyataan untuk tidak memberi projek kepada ahli keluarga.

Seumpama 'cakap tidak serupa bikin', Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata kenyataan Mukhriz itu meragukan kerana bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad pengamal nepotisme yang ekstrem.

"Sebaik-baiknya Mukhriz menasihati dahulu bapanya yang sebelum ini pernah mengatakan dirinya bersih dan amanah tetapi 'kotor' dan kronisme," katanya kepada TV Selangor.

Semalam, Mukhriz membuat kenyataan kononnya tidak mahu memberi sebarang projek kepada ahli keluarga bagi mengelakkan konflik kepentingan tetapi mahu meminta 'nasihat' mereka.

Pada 1997, Mahathir cuba menyelamatkan syarikat anak-anaknya melalui 'bail-out' menggunakan dana Petronas ketika negara berdepan dengan kegawatan ekonomi hingga membawa kepada pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Johari bagaimanapun, menyambut baik kenyataan itu yang disifatkan sebagai petanda baik jika dilaksanakan kerana bapa Mukhriz gagal melakukan perkara sama.

"Lihat saja bapanya, cakap mengenai ketuanan Melayu, bersih dan amanah tetapi hakikatnya beliau mengamalkan nepotisme yang ekstrem.

"Bukan sahaja mengaut keuntungan harta kekayaan rakyat untuk diberi kepada kroni tetapi juga memberi projek besar kepada anak-anaknya dan syarikat milik keluarga," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Beliau berkata, Mukhriz harus terlebih dahulu mengamal tender terbuka dengan mendahulukan anak-anak Kedah, sebelum sebelum membuat kenyataan 'tidak memberi projek kepada keluarga'.-FZL

Elak kesilapan Johor, Selangor pastikan surau tidak disalah guna

Posted: 15 Aug 2013 03:30 AM PDT


Sallehen Mukhyi

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan memastikan kejadian surau yang digunakan penganut agama lain di sebuah resort di Sedili Besar, Johor tidak berulang di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Islam Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, berkata perkara itu dapat dielak jika masyarakat Islam memakmurkan surau dan masjid dengan pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang masa.

"Kejadian di Johor itu berlaku itu berkemungkinan disebabkan surau berkenaan tidak dimanfaat sepenuhnya.

"Disarankan, surau di Selangor dimakmurkan programnya supaya ia dapat dijaga dengan baik yang tidak akan diganggu mana-mana pihak lain," katanya ketika dihubungi TVSelangor, hari ini.

Sebelum ini, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar, Johor – sebuah negeri tadbiran Umno BN, gempar selepas premis yang didirikan di sebuah sebuah resort sebagai surau, dicemari upacara agama lain.

Sallehen berkata, surau yang dimiliki secara persendirian pula perlu dipantau penggunaannya supaya tidak disalah guna pihak lain yang boleh mencemar kesuciannya.

Beliau menyarankan surau di premis perniagaan dan kompleks membeli belah perlu menyediakan kemudahan baik dan selesa bagi menampung jemaah pada satu-satu masa.

"Surau perlu diurus dengan baik supaya dapat digunakan jemaah," katanya.- FZL

Wakil PAS, Buddha bentuk dialog antara agama

Posted: 15 Aug 2013 03:21 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Seorang pemimpin PAS dan seorang aktivis pergerakan Buddha menjalin kerjasama untuk membentuk dialog antara agama di antara kedua-dua anutan mereka.

MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Sherab Wong, seorang pemimpin Pergerakan Buddha Vajralink dalam satu kenyataan bersama berkata dialog "sihat, positif dan proaktif" perlu diteruskan di antara individu dan pergerakan.

"Semua agama perlu proaktif dalam memastikan anggota mereka memahami maksud hormat-menghormati antara satu sama lain dan mengelak pandangan ekstrem yang tidak memberi apa-apa manfaat dalam masyarakat berbilang kaum," kenyataan itu dipetik.

Muhahid merupakan pengerusi Dialog Antara Agama Asia Tenggara Untuk Keamanan yang mempunyai hubungan di Indonesia dan Thailand.

Hubungan antara agama menjadi mencabar terutama apabila soal sensitiviti tidak ditangani kerana ini akan menjejas hubungan antara fahaman, kata mereka.

Kenyataan itu timbul susulan kejadian terbaru di saebuah resort di Sedili, Kota Tinggi, melibatkan tindakan sekumpulan penganut Buddha Singapura yang menjalankan upacara di satu surau di resort terbabit.

Polis bertindakan menahan reman pengurus berkenaan untuk mebantu siasatan dan pihak berkuasa agama merancang untuk merobohkan surau terbabit, yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat.

Karpal: DAP akan ada pemilihan semula CEC

Posted: 15 Aug 2013 03:14 AM PDT

SINAR HARIAN

 Karpal SinghKarpal Singh
KUALA LUMPUR - DAP akan mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) bagi mengelakkan pendaftaran parti itu batalkan, kata Pengerusinya Karpal Singh.

Karpal dalam satu kenyataan hari ini, berkata perkara itu diputuskan malam semalam.

CEC bagi penggal 2008-2011 akan bermesyuarat Khamis depan untuk melakukan persiapan bagi pemilihan semula, katanya.

Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP mengadakan pemilihan semula CECnya selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan yang diadakan 15 Disember lepas. - Bernama

BN kekal di Bagan Datoh, Tapah

Posted: 15 Aug 2013 03:12 AM PDT

SINAR HARIAN
Mahkamah Mahkamah
IPOH - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh dan Parlimen Tapah selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi dua kawasan itu.

Mahkamah menolak kedua-dua petisyen itu dengan kos. Bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh, Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difailkan calon PKR Madhi Hasan dan seorang pengundi Azmi Sulaiman gagal mematuhi Perintah 9 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

"Perintah itu mengkehendaki nama peguam mewakili pempetisyen perlu disertakan bersama petisyen yang difailkan selain hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen berkenaan dan bukan firma guaman," katanya.

Umi Kalthum memerintahkan Madhi dan Azmi masing-masing membayar kos RM25,000 kepada responden iaitu Anggota Parlimen Bagan Datoh yang juga Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Responden diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamauddin manakala PKR diwakili peguam Edmund Bon dan Azmi diwakili peguam Chong
Kok Yew. 

Bagi kawasan Parlimen Tapah, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli menolak petisyen yang difailkan calon PKR K. Vasantha Kumar kerana pempetisyen juga didapati gagal mematuhi Perintah 9, Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau memerintahkan pempetisyen membayar kos RM50,000, masing-masing kepada responden pertama iaitu anggota Parlimen Tapah Datuk M. Saravanan, responden kedua Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Tapah Razali Bakar dan responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Saravanan diwakili peguam Abu Bakar As Sidek Mohd Sidek dan Badrul Hishah Abdul Wahap, Peguam Kanan Persekutuan Donald Joseph Franklin mewakili responden kedua dan ketiga manakala pempetisyen diwakili peguam K. Hariharen.

Pada PRU13, Ahmad Zahid memperoleh majoriti 2,108 undi mengalahkan Madhi bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh manakala Saravanan menewaskan Vasantha, dua calon Bebas Ridzuan Bani dan Shaharuzzaman Bistamam dengan majoriti 7,927 undi bagi kerusi Parlimen Tapah. - Bernama

Fotofit suspek kes tembak di Kuantan diedar

Posted: 15 Aug 2013 03:10 AM PDT

SINAR HARIAN

KUANTAN - Polis telah mengedarkan fotofit seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian seorang wanita nyaris ditembak di Jalan Haji Ahmad di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berharap menerusi fotofit itu, orang ramai dapat membantu pihak polis bagi mengesan suspek.

Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, suspek yang dipercayai berusia 20-an dipercayai cuba menyamun mangsa iaitu Ruzelawati Basri, 35, seorang peniaga cermin mata di Kuantan.

Sebelum itu mangsa dilapor telah memberhentikan kenderaan pelbagai gunanya di hadapan sebuah restoran di jalan tersebut dan membuat panggilan telefon apabila dia didatangi sebuah kereta berwarna biru gelap di mana seorang lelaki turut keluar daripada kenderaan tersebut.

Lelaki tersebut sambil memegang sepucuk pistol mengetuk cermin kereta mangsa dan mengarahkannya keluar.

Namun mangsa yang beralamat di Presint 9, Putrajaya terus memecut keretanya sebelum berhenti berhampiran sebuah restoran lain yang terletak kira-kira 200 meter dari situ.

Siasatan awal polis mendapati terdapat satu kesan tembakan di pintu hadapan kiri kereta mangsa.- Bernama

Selepas Anwar kecam mahkamah, petisyen Parlimen Kota Marudu dibicara

Posted: 14 Aug 2013 05:26 PM PDT


anwar-pc-2013

SHAH ALAM : Hanya selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat 'bising' apabila mengecam penolakan petisyen keputusan pilihan raya, barulah kes yang dibawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibicarakan.

N Surendran, berkata perkembangan itu diyakini berikutan kecaman Anwar yang menyifatkan keputusan mahkamah berkaitan petisyen pilihan raya sebagai memberi gambaran yang jelek.

Naib Presiden PKR itu merujuk keputusan Mahkamah Pilihan Raya hari ini yang menerima petisyen kerusi Parlimen Kota Marudu untuk dibicarakan, dua hari selepas sidang media Ketua Umum PKR.

Ahli Parlimen Padang Serai itu berharap lebih banyak petisyen yang difail Pakatan Rakyat dibicara dalam Mahkamah Pilihan Raya kerana yakin kebanyakan kes itu, kukuh.

"Kita harap akan ada perubahan selepas ini dibuat oleh institusi kehakiman kerana petisyen dibuat dengan disertai dengan bukti menyakinkan.

"Sepatutnya ia didengar dan tidak ditolak begitu sahaja," katanya kepada TV Selangor, petang ini.

Mahkamah Pilihan Raya membenarkan petisyen PKR untuk kerusi Parlimen Kota Marudu dibicara – pertama kali untuk kerusi yang dimenangi BN pada pilihan raya umum ke-13.

Kerusi itu dimenangi calon BN dari PBS, Datuk Dr Maximus Ongkili yang mengalahkan calon PKR, Datuk Maijol Mahab dan dua calon lain.

Ongkili menang dengan majoriti 842 undi selepas memperoleh 15,168 undi berbanding Maijol (14,326), Majamis Timbong (2,228 undi) dan Yuntau Kolod (444 undi).

Ini petisyen kedua yang diterima mahkamah untuk dibicara selepas melepasi peringkat pertama.

Sebelum ini, hakim sama membenarkan petisyen yang dibawa BN terhadap calon PKR, Datuk Seri Panglima Lajim Ukim untuk kerusi DUN Klias di Sabah.

Konflik Mesir: Anwar bidas sikap membisu Amerika, Kesatuan Eropah

Posted: 14 Aug 2013 05:23 PM PDT


Mesir1 (1)

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap berdiam diri Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) berhubung konflik di Mesir yang semakin berlarutan.

Beliau berkata, kegagalan AS dan EU merujuk konflik di Mesir sebagai rampasan kuasa, apatah lagi mengutuk tindakan itu, mencerminkan sikap double standard mereka.

"Dengan berdiam diri apabila tentera mengeluarkan kata dua kepada Presiden Morsi, barat bersubahat.

"Kegagalan mengutuk rampasan kuasa memunculkan perbahasan tentang dasar luar barat yang tidak konsisten apabila melibatkan negara yang ditadbir pihak yang dipilih secara demokratik dan berorientasi politik Islam," tulisnya.

Memetik Keadilan Daily, kritikan tajam itu dilontar dalam satu artikel yang ditulis Anwar bertajuk The Egyptian coup and the lessons of Turkey yang disiar laman web Aljazeera.com.

Anwar juga memetik ucapan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan di Istanbul yang mengutuk rampasan kuasa di Mesir sebagai merosakkan, tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat, negara dan demokrasi.

Kata Anwar, Erdogan tidak hanya memberi maklum balas spontan tetapi menjelaskan pengajaran dan sejarah yang diambil Turki dalam konflik yang berlaku di Mesir.

Kebelakangan ini, katanya, Turki turut berdepan usaha rampasan kuasa oleh tentera, namun rakyatnya berjuang keras mempertahan demokrasi di negara itu.

Anwar turut menggesa Barat, khususnya Amerika Syarikat mengambil tindakan bagi mengembalikan demokrasi dan hak asasi manusia, serta bukan menyokong rampasan kuasa di Mesir.

"Mereka mesti menuntut pembebasan serta-merta Presiden Morsi dan penyokongnya. Presiden Morsi perlu dikembalikan semula ke pejabat yang sah dan mesti segera memulakan dialog merangkumi semua pihak," katanya.

Siri 1:'The awakening': Peluang mentelaah sejarah pimpinan UMNO

Posted: 14 Aug 2013 05:03 PM PDT



Oleh Aspan Alias

Perihal 'The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' yang diterbitkan oleh professor James UH Chin dan Bridget Welsh itu sudah mula membawa bahangnya dengan begitu ramai yang memberikan komen negatif terhadap Abdullah. Ia menjadi panas kerana buku itu dikeluarkan serta diterbitkan semasa perhimpunan agung UMNO yang sangat besar akan berlangsung tidak berapa lama lagi.

Ramai berpendapat penerbitan buku ini merupakan satu sau isu politik dalaman UMNO kerana ia dilancarkan semasa perhimpunan agung UMNO semakin hampir.


Sesungguhnya kita wajar mengetahui kenyataan yang buku ini bukanlah buku tulisan Abdullah Badawi tetapi buku yang diterbitkan oleh dua orang ahli akademik dan Abdullah hanyalah menjawab persoalan yang timbul semasa temu bual diantara editor penerbitan ini dengan Abdullah Badawi sahaja.

Tetapi isunya bukan siapa yang menulis dan hal siapa yang ditulis dalam buku itu. Isunya sekarang apa yang disebut oleh Abdullah dalam temubual yang di selitkan didalam buku tersebut. Dalam temubual itu Abdullah telah memberikan pandangan peribadi beliau tentang apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir terhadap beliau (Abdullah). Abdullah hanya menjawab bagaimana beliau dibenci dan tidak disukai oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri, sebagai pengganti kepada Dr Mahathir yang telah 'meraja' selama 22 tahun di negara kita ini.

Yang sangat menarik, Abdullah telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan terhadap beliau dan memberikan pandangan beliau dengan nyata dan jelas tanpa ada halangan. Jika ada pihak yang menggunakan isu ini sebagai bahan perbahasan dalam menghadapi perhimpunan agung UMNO nanti, itu bukan hal bagi saya dan yang 'sebalok' dengan pandangan saya. Biarlah UMNO atau perwakilannya membahaskannya.

Bagi saya, yang penting ialah isu sebenar yang menjadikan pertelingkahan diantara Dr Mahathir dan Abdullah yang sangat serius seolah-olah dua orang pemimpin yang telah berputus arang sekarang ini. Bagaimana berpatah arang itu berlaku perlu diketahui umum kerana ia melibatkan ego dari satu pihak dan maruah bagi satu pihak yang lagi satu.
 
Mahathir kesal kerana memilih Abdullah sebagai penggantinya sebagaimana Tun Hussein Onn yang kesal memilih Dr Mahathir sebagai pengganti beliau. Saya lebih berminat untuk memberikan olahan terhadap bagaimana Dr Mahathir begitu berkesan menjadi Timbalan lantikan Hussein Onn dan menyebabkan Hussein Onn terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO hasil dari 'insubordination' Dr Mahathir sendiri.

Yang lebih menarik lagi bagaimana setelah berjaya menurunkan Hussein Onn, Dr Mahathir telah berjaya menurunkan pengganti beliau sendiri, iaitu Abdullah Badawi setelah beliau meletakkan Abdullah sebagai penggantinya. Pendeknya Dr Mahathir dalam sejarah politik beliau hanya pandai menjatuhkan pemimpin termasuk yang telah memilih beliau dan yang menjadikan beliau sebagai pemimpin besar negara.

Perkara ini perlu difahami untuk mengetahui bagaimana Dr Mahathir berupaya dan berkesanggupan menjatuhkan pemimpin pilihan beliau sendiri. Tentunya Dr Mahathir mempunyai 'kemahiran' luar biasa kerana berjaya menjatuhkan orang yang menaikkan beliau dan menurunkan orang yang menjadi pilihan beliau sendiri. Itu sebabnya saya pernah memberikan anologi yang Dr Mahathir ini adalah seperti kelendan lori, boleh menaikkan barang kedalam lori dan menurunkan barangan yang dinaikkan oleh beliau apabila sampai ketempat dan waktu pilihan beliau.

Dalam masa beliau berkuasa beliau tidak mempunyai selera dan kemahuan untuk membina kepimpinan negara kerana beliau lebih tertumpu kepada memelihara kedudukan dan kemudahan beliau sendiri diatas 'penyeksaan' pihak yang lain. Beliau berbeza dengan Tun Abdul Razak yang telah membina dan mendidik ramai pemimpin yang berkualiti untuk negara bagi menerajui negara dalam jangka masa yang panjang.

Tetapi Dr Mahathir ingin menggunakan masa yang panjang itu untuk kegunaan dan kepentingan beliau sendiri. Justeru negara telah menghadapi ketandusan kepimpinan yang tidak mungkin dapat diselesaikan jika tidak ada kemahuan dari ahli-ahli UMNO untuk melakukannya. Jika ramai pun dikalangan ahli-ahli UMNO mahukan perubahan mereka tidak pun memahami apa yang hendak diubah. Budaya yang terbentuk dari zaman Dr Mahathir sehingga sekarang ini tidak memungkinkan UMNO itu mampu diubah dan di lakukan transformasi terhadapnya.

Jawapan Abdullah Badawi dalam temubualnya dengan penerbit dan editor buku 'The awakening' ini, memberikan peluang untuk sesiapa yang mahu tahu bagaimana perkara yang dilakukan terhadap Abdullah itu boleh berlaku. Bahkan bukan setakat itu sahaja, Ia juga boleh memberikan jawapan kenapa mereka yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin negara dijadikan pemimpin sehinggalah pemimpin yang ada pada hari ini.

Kalau diteliti dengan halus lagi kita akan mendapat jawapan bagaimana tanggungjawab diberikan kepada mereka yang tidak mahir ahlinya. Saya pernah menulis beberapa minggu lalu yang UMNO itu sudah hilang punca kepimpinannya sehinggakan mereka yang diberikan tanggungjawab besar itu adalah orang yang tidak berkemampuan. Saya memberikan anologi sebagai menempah songkok dari tukang kasut atau menempah kasut dari tukang songkok.

Apa yang berlaku terhadap Abdulah itu sebenarnya hanya lah sekelumit dari masalah yang Abdullah dan ramai yang lain menghadapinya. Untuk memahami dengan lebih terang elok kita mulakan mengikuti sedikit rentetan sejarah yang menyebabkan Dr Mahathir menjadi PM dan apa-apa yang terhasil dari beliau menjadi PM Yang paling lama dalam rantau ini.

Tidak salah jika saya katakan jika kita mengkritik Abdullah dan Najib, ia bermakna kita mengkritik Mahathir sendiri kerana kedua-duanya ini adalah pemimpin ciptaan Dr Mahathir. Tentunya apa-apa yang di cipta oleh penciptanya itu adalah taggungjawab penciptanya jika ada kesalahan dan kesilapan yang terhasil dari yang diciptanya itu.

Kita elok membuat sedikit rentetan dari waktu sebelum Dr Mahathir menjadi PM dahulu agar lebih mudah kita memahami kenapa perkara-perkara seperti yang di sebut oleh Abdullah itu berlaku dan kenapa ia berlaku kepada Abdullah.

DAN kita akan lebih memahami kenapa Najib sekarang seolah-olah akan menghadapi masalah seperti yang dihadapi oleh Abdullah dahulu.

Siri 2 : 'The awakening', Dr Mahathir dan Abdullah

Posted: 14 Aug 2013 04:53 PM PDT



Oleh Aspan Alias

Permintaan agak ramai dari pengikut blog ini ini untuk saya meneruskan menulis isu tentang Pak Lah dan Mahathir seperti yang dihebohkan hasil dari terbitnya buku 'The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' yang saya sentuh semalam. Seperti yang di jangkakan isu perkelahian Dr Mahathir dengan Pak Lah ini pastinya menjadi isu hangat kerana sememangnya kedua-duanya sememangnya dalam keadaan bermusuhan dan seteru 'intra-politics' dalam UMNO itu sendiri. 

Perbalahan diantara kedua-dua pemimpin ini tidak terkejut berlaku kerana ia didasarkan kepada niat dan politik peribadi yang disalut dengan kepentingan dan kemahuan peribadi masing-masing. Kalau tidak kerana politik tidak mungkin mereka berdua berkelahi kerana perkelahian diantara mereka yang sudah tua ini amat buruk pada pandangan yang melihatnya.

Dr Mahathir bukan sahaja berjaya menurunkan Hussein Onn yang melantik beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO. Sebelum itu Dr Mahathir juga merupakan pemain penting yang telah memaksa Tunku Abdul Rahman turun dari kepimpinan negara. Tunku semasa akhir hayatnya mengaku yang beliau telah terlebih masa duduk dipuncak kepimpinan dan ini meresahkan Tun Razak yang telah menjadi Timbalannya selama lebih dari satu dekad.
Dr Mahathir telah menganyang Tunku pada tahun 1969 dahulu dengan berbagai-bagai cara dan akhirnya pada penghujung tahun 1970 telah meletakkan jawatan dan memberikan laluan kepada Tun Razak untuk mengambil alih kepimpinan negara. Tun Razak telah memberikan Dr Mahathir jawatan kabinet sebagai Menteri Pelajaran setelah beliau  kembali diterima sebagai ahli UMNO.
Boleh dikatakan kenaikan Dr Mahathir sedikit sebanyak oleh Tun Razak adalah kerana membalas budi Dr Mahathir kerana menurunkan Tunku pada tahun 1969 dan 1970 dahulu. Ramai telah menyangkal pandangan ini kerana di masa itu cara permainan politik begitu halus dan susah hendak difahami oleh orang awam kerana hendak menjaga perpecahan dari berlaku.
Semasa Dr Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri Hussein Onn begitu tertekan dengan apa yang dilakukan oleh Timbalannya dan yang paling menyayat hati Hussein ialah apabila beliau (Hussein) ditandingi diperingkat Presiden parti oleh Sulaiman Palestin pada tahun 1977 atau tahun 1978 dahulu. Sebagai seorang yang begitu memnetingkan sokongan padu sedikit undi yang diperolehi oleh Sulaiman Palestin itu mencukupi bagi Hussein untuk meletakan jawatan.
Hussein berfikir dan akhirnya beliau dalam perhimpunan itu juga mengumumkan yang beliau tidak akan mengekalkan jawatan beliau pada pemilihan parti yang berikutnya, iaitu pada tahun 1981 dahulu. Beliau bukannya merajuk kerana pertandingan itu, tetapi beliau berkecil hati kerana pertandingan itu di dorong oleh Timbalannya yang beliau telah lantik sendiri.
Moralnya Hussein telah mengamalkan semangat demokrasi yang tulin. Sewaktu itu ada sedikit sebanyak tentangan terhadap kepimpinannya beliau mengambil keputusan untuk berundur walaupun beliau mendapat majoriti lebih dari seribu undi. Beliau tahu yang Timbalannya sangat berkendakan jawatan itu secepat yang mungkin.
Itulah rupanya politik jika dipimpin oleh orang-orang dari kelas aristokrat dan ia amat berbeza dengan pimpinan selepas beliau yang mempunyai mentaliti seperti mentaliti 'migrant' yang telah merobah keseluruhan semangat dan budaya politik demokrasi sejak dari saat itu. Bermula dari saat itulah hilangnya sifat 'magnanimity' kepimpinan dan pemimpin UMNO selepas Hussein merupakan pemimpin yang membawa budaya dan semangat demokrasi acuan yang berlainan.
Bermula dari saat itu pemimpin UMNO adalah dari gulungan yang hati yang kecil dan fakir jiwanya dengan mangambil kuasa itu sebagai kuasa yang mutlak bagi dirinya sendiri sahaja. Kuasa itu amat penting bagi diri-diri mereka dan bukannya kuasa besar untuk parti yang mereka pimpin lagi.
Pimpinan sejak selepas Hussein Onn mempunyai kompleks 'inferiority' yang besar dan pucuk pimpinan bermula dari saat itu mudah takut dengan bayang-bayang kerana kemiskinan jiwa kepimpinan mereka tadi.
Dari saat itu jugalah bermulanya pembersihan parti dari pemimpin-pemimpin yang ditakuti oleh Dr Mahathir dan usaha ini dilakukan dengan begitu sistematik sehingga sampai beliau bersara setelah 22 tahun duduk diatas kuasa. Dizaman kepimpinan ini, usaha untuk mewujudkan kepimpinan pelapis yang berkalibar tidak langsung dibuat malahan semua pemimpin yang berkemampuan yang dididik oleh Tun Razak bersama beliau sendiri (Mahathir) telah dikeluarkan oleh Mahathir dengan begitu sistematik.
Sepatutnya Mahathir membina pemimpin-pemimpin pelapis dalam UMNO, sebaliknya beliau hanya mengumpulkan pemimpin-pemimpin 'pelapik' sahaja untuk menjadi pasak bagi menguatkan cengkaman beliau terhadap parti yang menaikan beliau selama itu.
Mahathir sememangnya mempunyai kemahiran dalam bidang menjatuhkan pimpinan yang beliau rasakan akan menggugat dan mempengaruhi pengaruhnya dalam parti UMNO itu. Maka wujudlah pemimpin yang terbit dari kumpulan pengampu dan pengangguk yang sentiasa menumpukan politik mereka untuk memberikan 'amusements' terhadap Dr Mahathir sahaja. Mahathir terkenal kerana mempunyai kemahiran memecah dan membelahkan sesiapa yang beliau rasakan akan menyaingi kepimpinan beliau.
Tengku Razaleigh dan Musa Hitam merupakan dua orang yang dididik oleh Tun Razak untuk kepimpinan masa depan negara bersama Dr Mahathir tetapi kedua-dua Musa dan Razaleigh adalah mangsa pertama dalam politik pecah perintah Dr Mahathir Mohammad itu. Mahathir tidak mahu sesiapa yang berkemampuan berada di keliling beliau.
Semasa itu ramai yang sedar musuh Musa bukannya Tengku Razaleigh dan musuh Tengku Razaleigh bukannya Musa. Sebenarnya mereka berdua mempunyai musuh yang sama iaitu Dr Mahathir Mohammad. Lama kelamaan ahli-ahli UMNO sendiri mulai merasakan yang Dr Mahathir telah memusyuhi semua yang mempunyai kredibiliti kepimpinan dan UMNO mula lemah dan lemah dari masa kesemasa.
Semasa pemerintahan Dr Mahathir hanya beliau sahaja yang dibenarkan berfikir dan yang lain hanya wajar menjadi pengangguk beliau sahaja. Setelah beliau memegang kuasa selama 22 tahun tanpa ada usaha memina kepimpinan negara maka terhasillah pemimpin yang kalibarnya seperti yang ada kepada Abdullah Badawi dan sekarang Najib Tun Razak sendiri.
Itulah kesangsaraan yang sedang dihadapi oleh UMNO itu sekarang ini, iaitu tiada lagi mempunyai kepimpinan yang berwibawa. Pemimpin yang berwibawa telah mati bergelimpangan hasil penangan kepimpinan Dr Mahathir. Tiada siapa yang berwibawa mempunyai 'survival' politik semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri negara ini.
Itu sebabnya saya bertanya kenapa begitu ganas sekali Dr Mahathir menyalahkan penggantinya itu dalam serba serbi masalah yang dihadapi negara?

Kenyataan Koo ham berbaur hasutan, tegas MB

Posted: 14 Aug 2013 04:47 PM PDT

SINAR HARIAN

IPOH - Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendakwa kenyataan Pengerusi DAP negeri Datuk Ngeh Koo Ham melalui laman Twitternya berhubung petisyen pilihan raya yang ditolak mahkamah adalah berbaur hasutan.
  
Koo Ham  dalam laman Twitternya baru-baru ini dikatakan membuat kenyataan berbunyi "Courts the place to hear election grievances, if they refuse to hear they are sending a message to aggrieved parties to go to the streets."
  
(Mahkamah tempat mendengar aduan pilihan raya, jika mereka enggan mendengar, mereka menghantar isyarat kepada pihak pengadu supaya turun ke jalan raya).
  
Zambry berkata kenyataan seperti itu adalah tidak bertanggungjawab serta tidak memikirkan tentang proses keadilan dan demokrasi.
  
"Penghakiman yang dibuat bukan hanya melibatkan mereka (pembangkang) sahaja. Ada (petisyen) bagi kawasan-kawasan yang melibatkan Barisan Nasional juga ditolak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini.
  
Katanya, kenyataan itu juga boleh mengganggu gugat keamanan negara.

"Saya menganggap kenyataan seperti ini adalah kenyataan yang cukup seditious (menghasut). Ia kenyataan amat berbahaya," katanya.
  
"Saya tidak mahu melihat perkara ini sebagai permainan berterusan untuk mewujudkan suasana yang tidak stabil di negeri ini," katanya.
  
Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini menolak beberapa petisyen pilihan raya yang difailkan oleh pembangkang di negeri ini antaranya yang melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong, Pasir Panjang, Manjoi, Lubuk Merbau, Rungkup dan Selama berikutan pihak pempetisyen gagal mematuhi Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954. - Bernama

ATM jamin sempadan Kelantan terkawal

Posted: 14 Aug 2013 04:45 PM PDT

SINAR HARIAN

KOTA BHARU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan bahawa sempadan Malaysia-Thailand sejauh 140 kilometer adalah terkawal.

Panglima Lapan Briged Infantri, Brig Jen Datuk Mohd Zaki Hamzah berkata kawalan sempadan itu dari Pengkalan Kubor di Tumpat hingga Batu Melintang di Jeli, di bawah Ops Merpati dan Ops Wawasan, ternyata membuahkan hasil apabila pihaknya berjaya mengurangkan aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

"Kawasan sempadan yang diletakkan di bawah pengawasan Rejimen Pertama Rejimen Sempadan dengan kekuatan 600 anggota bertugas 24 jam sehari dengan rondaan secara berjalan kaki ataupun bermotosikal.

"Kita turut mengadakan serang hendap pada waktu malam di beberapa pangkalan haram yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan. Setakat ini kita kesan ada 150 pangkalan haram beroperasi di sepanjang sempadan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Mohd Zaki berkata kerjasama dengan agensi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ternyata banyak membantu mengurangkan kadar jenayah di sempadan.   

Beliau berkata antara kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan itu sehingga Ogos tahun ini ialah merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM12 juta dan menahan 123 pendatang asing tanpa izin yang cuba masuk ke negara ini melalui lorong tikus.

"Kita turut menahan 12 pendatang asing tanpa izin pada petang dan malam semalam. Warganegara Myanmar merupakan pendatang asing tanpa izin yang paling ramai ditahan dengan menjadikan pekan Golok di Selatan Thailand sebagai pusat transit mereka untuk masuk ke negara ini," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: