Khamis, 29 Ogos 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pakatan Perak tanggung hampir RM1j kos petisyen p'raya

Posted: 29 Aug 2013 05:38 AM PDT


 
Parti Pakatan Rakyat di Perak perlu menanggung hampir RM1 juta sebagai kos dalam 11 petisyen pilihan raya di negeri itu, yang kesemuanya ditolak atas alasan teknikal.

MP DAP Taiping Ng Kor Ming berkata keseluruhan kos yang ditanggung Pakatan itu berjumlah hampir RM965,000.

Kos paling tinggi yang dikenakan adalah untuk petisyen pilihan raya bagi kerusi parlimen Tapah, sebanyak RM150,000.

Ia diikuti dua petisyen pilihan raya di Pasir Panjang (masing-masing RM120,000 dalam bentuk kos) dan Selama, di mana Pakatan diarah membayar RM110,000 dalam bentuk kos.

K'jaan ambil alih aset 49 kongsi gelap

Posted: 29 Aug 2013 04:26 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan nama 49 kongsi gelap yang antara lainnya terlibat dalam kegiatan mengedar dadah, peras ugut dan pergaduhan dengan kumpulan kongsi lain, melakukan huru-hara, pembunuhan termasuk dengan senjata api.

Kenyataan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri menyebut, kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) kta Pertubuhan 1966.

Menurutnya lagi, pengharaman itu antara lainnya memberi kuasa kepada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mengambil alih segala aset dan harta pertubuhan berkenaan.

Pertubuhan berkenaan juga tidak akan dapat menggunakan semula nama kumpulan mereka, mengikut peruntukan seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.

Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri hari ini menyebut, individu yang masih bergiat dalam aktiviti kumpulan terbabit boleh disiasat dan didakwa mengikut  Seksyen 6(2), Seksyen 6 (3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi memberitahu sidang akhbar dilaporkan berkata pengharaman tersebut dibuat melalui satu pewartaan semalam.

Abdul Rahim berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:   
  • Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
  • Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  • Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
  • Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.   
  • Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.  
  • Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.
  • Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor,  Kuala Lumpur,  Pulau Pinang,  Perak dan Johor)
  • Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur,  Perak dan Johor)
  • Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)
  • Gee Ah Eng
  • Loh Kuan
  • Tiang Yee Tong
  • Geng 21
  • Ang Soon Thong
  • Wah Kee
  • Sio Sam Ong
  • PNEH
  • Hong Hong San
  • Hai San
  • Sin Ang Bin
  • New Cell 20
  • Jit It Hai
  • Sio Koon Tong
  • Gee Lam Kor
  • Geng Leng Hor
  • Geng 35
  • Geng 303
  • Geng Satu Hati 
DI SABAH:
  • Sabah ATAP
  • Hung Ann
  • Sui Yuk
  • Otai
  • Borneo Red EMP   
DI SARAWAK:  
  • Sarawak Ah Ngau
  • Batu Tiga
  • Ah Feng
  • Batu 10
  • Sibu T
  • Ah Seng
  • Ah Chin
  • Lee Lung
  • Lo Han
  • Sg Merah
  • Sg Badut
  • Ting Ching Lee
  • Tua Cak Lee
  • Teksi Station
  • Pintu Merah
  • Krokop       
Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.   

Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.

Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan,  menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.

Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335.

Pegawai polis didenda RM2,000 hina mahkamah

Posted: 29 Aug 2013 04:22 AM PDT

MALAYSIA KINI



 
Seorang pegawai polis didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana melanggar perintah agar tidak mendekati saksi pembelaan dalam kes dadah melibatkan seorang warga Australia.
  
Hakim Kamardin Hashim juga memerintahkan Insp Luther Nurjib @ Andrew dipenjara 20 hari jika gagal membayar denda.
  
Kamardin dalam keputusannya berkata pemohon Dominic Jude Bird, 34,mendedahkan Luther melakukan kesalahan menghina mahkamah apabila dia mendekati saksi pembelaan, Mohd Fahrizal Rosli di lokap Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pada 10 Disember 2012, tiga hari selepas mahkamah mengeluarkan perintah sekatan.
  
Hakim berkata mahkamah juga telah menimbangkan rayuan yang dikemukakan peguam Luther, C.B. Liang, tanpa membelakangkan sistem keadilan jenayah.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Kamardin menegur Luther kerana gagal mengemukakan permohonan maaf kepada mahkamah.
  
"Tiada usaha di pihak anda untuk membersihkan prosiding menghina mahkamah. Anda sepatutnya berusaha untuk memaklumkan kepada mahkamah dan menawarkan permohonan maaf," kata Kamardin.  
  
Luther yang sebelum ini bertugas dengan Jabatan Narkotik di Balai Polis Dang Wangi bertindak selaku 'ejen provokasi' ketika menahan Bird semasa serbuan itu.

Luther membayar denda itu.
  
Pada 25 Mac lepas, Kamardin memerintahkan Bird membela diri terhadap pertuduhan mengedar 167.8 gram dadah jenis methamphetamine, di cawangan Old Town Coffee di Jalan Yap Kwan Seng pada jam 4.15 petang pada 1 Mac tahun lepas.
  
Sementara itu, peguam yang mewakili Bird, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita penghujahan di akhir kes pembelaan perbicaraan itu ditetapkan esok di hadapan Kamardin.
  
Perbicaraan kes Bird juga mendapat liputan media Australia.

- Bernama

'Saya tak pernah dengar ahli politik sokong gengster '

Posted: 29 Aug 2013 04:20 AM PDT

 

 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan terdapat ahli politik ternama menyokong kumpulan kongsi gelap, seperti dilaporkan media.

NONE"Siapa kata? Setakat ini saya tidak pernah dengar penglibatan sebarang ahli politik dalam kumpulan kongsi gelap.

"Jika selepas kita siasat dan dapati perkara ini benar, kita akan ambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas hadir ke program sambutan hari raya di ibu pejabat kontinjen polis Selangor hari ini.

Sin Chew Daily semalam melaporkan, sebilangan ahli politik ternama menaungi beberapa kumpulan kongsi gelap dan menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" dari golongan Cina; serta "Geng 3 Calit" dari kelompok Melayu.

Dua Pelajar Malaysia Ditahan Di Mesir Pulang Ke Malaysia

Posted: 29 Aug 2013 04:11 AM PDT

 MSTAR ONLINE

KAHERAH: Dua penuntut perubatan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana melanggar waktu perintah berkurung di sini pada 18 Ogos lalu dilepaskan dengan ikat jamin pada Ahad.

Pegawai Perhubungan Keselamatan di Kedutaan Malaysia di sini, ACP Ishak Mohd Jani berkata, pelajar terbabit merupakan pelajar tahun keempat dan tahun pertama jurusan perubatan di dua buah universiti di sini.

"Kedua-dua mereka ini telah dibebaskan dengan ikat jamin EGP2,000 (RM1,000) masing-masing pada Ahad lepas selepas Asar dalam pukul 4.30 petang (waktu tempatan)," katanya ketika ditemui Bernama semasa menyertai lawatan kerja khas delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia ke Mesir.

Sementara itu Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar negeri Melaka di Mesir, Muhd Anwar Idris ketika dihubungi Bernama berkata, kedua-dua pelajar itu telah berlepas ke Malaysia pukul 2.30 petang (waktu tempatan) Rabu menerusi penerbangan terakhir program evakuasi sukarela kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, pelajar itu masing-masing berasal daripada Melaka dan Sarawak merupakan pelajar cemerlang di universiti masing-masing.

"InsyaAllah mereka akan pulang semula ke Mesir untuk meneruskan pengajian di sini.

"Kita juga dalam proses melantik peguam bagi perbicaraan pelajar ini di mahkamah pada tarikh yang akan ditetapkan," katanya. - BERNAMA

SYABAS: Rafizi desak pengguna diberi pampasan

Posted: 29 Aug 2013 03:49 AM PDT


Rafizi Ramli – (KENYATAAN MEDIA)

syabas

SYABAS PERLU MEMBERI PAMPASAN KEPADA PENGGUNA, PKR MULA BAWA KES KE TRIBUNAL PENGGUNA

Kegagalan SYABAS menyelia dan menyenggara rumah pam di Wangsa Maju sehingga menyebabkan gangguan bekalan air yang semakin meruncing di sekitar Selangor Timur (meliputi Parlimen Pandan, Ampang, Gombak, Wangsa Maju dan Setiawangsa) benar-benar mengecewakan rakyat dan tidak boleh diterima sama sekali. Selepas kejadian yang menyebabkan gangguan bekalan air selama tiga minggu dalam bulan Disember 2012, kegagalan yang sama berulang melibatkan rumah pam yang sama.

Ini memburukkan lagi keadaan di seluruh Selangor apabila kawasan-kawasan lain seperti Puchong dan Kelana Jaya turut terjejas. SYABAS seringkali hanya memberi kenyataan mudah menyalahkan kadar penggunaan air yang kian bertambah yang menyebabkan gangguan bekalan air di kawasan-kawasan terbabit.

Kegagalan SYABAS untuk menyelia/menyenggara rumah pam Wangsa Maju dengan baik (untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku dalam bulan Disember 2012 berulang) dan merancang untuk memastikan bekalan air sentiasa bertepatan dengan kadar penggunaan air semasa membayangkan kelemahan-kelemahan ketara dalam pengurusan dan operasi SYABAS.

Sebagai pemegang konsesi yang memonopoli bekalan air di Lembah Klang, kelemahan-kelemahan ini tidak boleh diterima sama sekali oleh pengguna. SYABAS mempunyai tanggungjawab untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan ini dan selagi gangguan berterusan akibat kelemahan-kelemahan ini, perlulah memberi pampasan kepada pengguna yang terkesan dari gangguan bekalan air.

Oleh yang demikian, sebagai Ahli Parlimen di salah sebuah kawasan yang paling terkesan dengan gangguan bekalan ini, saya telah membuat keputusan untuk memfailkan seberapa banyak kes tuntutan terhadap SYABAS di Tribunal Tuntutan Pengguna mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Mengikut Seksyen 53, Akta Perlindungan Pengguna 1999, "Jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu akan dijalankan dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah." Jika SYABAS mempunyai ketelitian dan kemahiran yang munasabah, kelemahan-kelemahan yang menyebabkan gangguan bekalan air berulang telah lama dapat diatasi.

Pusat Khidmat Parlimen Pandan akan menghubungi seberapa banyak isirumah yang terjejas dengan gangguan bekalan air dan akan memfailkan kes terhadap SYABAS untuk menuntut pampasan di Tribunal Tuntutan Pengguna. Pengguna juga boleh mengisi sendiri maklumat di blog saya www.rafiziramli.com/tribunalpengguna. Saya mensasarkan sekurang-kurangnya 1,000 kes untuk difailkan terhadap SYABAS bermula minggu depan.

Langkah untuk memaksa SYABAS bertanggungjawab kepada rakyat perlu bermula dengan memastikan SYABAS memberi pampasan kepada pengguna yang terjejas setiap kali ada gangguan bekalan air. Selagi tidak ada kempen tersusun untuk memaksa SYABAS memberi pampasan kepada rakyat, selagi itulah SYABAS tidak menghiraukan kesusahan yang dihadapi rakyat setiap kali gangguan bekalan air berlaku.

Saya telah menghubungi YB Azmin Ali (Gombak), YB Zuraida Kamaruddin (Ampang), YB Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju), YB Hannah Yeoh (Subang Jaya), YB Tiew Way Keng (Teratai), YB Iskandar Abdul Samad (Cempaka), YB Wong Chen (Kelana Jaya) dan YB Gobind Singh Deo (Puchong) untuk memulakan kempen tersusun memaksa SYABAS memberikan pampasan kepada pengguna yang terjejas setiap kali ada gangguan bekalan air.

Saya juga telah menulis secara rasmi kepada Tan Sri Rozalli Ismail, Pengerusi SYABAS untuk beliau turun sendiri ke Pandan menerangkan kepada penduduk sebab-sebab kegagalan SYABAS membekalkan air dengan baik seperti yang diamanahkan mengikut perjanjian konsesi.

*Rafizi Ramli adalah Ahli Parlimen Pandan
29 OGOS 2013

Shabery Perlu Luaskan Jendela Mindanya

Posted: 29 Aug 2013 02:31 AM PDT

MSO

Menteri Komunikasi dan Multimedia Ahmad Shaberi Chik menyifatkan Lim Guan Eng sebagai berfikiran sempit kerana mengharamkan panggung wayang di Pulau Pinang daripada menayangkan filem Tanda Putra.

Mengenai kontroversi filem ini saya tidak dapat membuat kesimpulan tepat sejauh mana benar pihak-pihak yang bertelagah mengenainya kerana saya sendiri tidak menonton filem berkenaan.


Shabery harus lebarkan jendela minda.
Sejauh mana ia menghina atau menjadi propagnda bagi kerajaan tidak dapat dipastikan. Mungkin ianya kecil saja tetapi bila sudah menjadi polemik maka ia dilihat besar dan hebat serta menggerunkan.

Apa yang dapat diperkatakan kini hanya dari segi zahiran sahaja. Begitu juga untuk menilai siapa sebenarnya yang berfikiran sempit di antara Lim Guan Eng dengan Ahmad Shabery Chik. Lim Guan Eng halang ditayangkan di negeri dikuasinya kerana filem itu didakwa menghina pihak tertentu. Shabery menafikan kerana ia sebuah fiksyen berdasarkan sejarah dan minta ia ditonton terlebih dahulu.

Kalau berdasarkan sejarah adalah tidak wajar kalau fiksyen didalam filem itu ditokok tambah bertujuan menghina orang lain. Ada kecenderongan ia berlaku begitu kerana dana menerbitkan filem berkenaan dikeluarkan oleh agensi kerajaan. Secara logiknya pihak pembangkang tidak mendapat untung dari penayangan filem itu dan pencegahan adalah tindakan tepat.

Tetapi kerana saya tidak tonton maka tidak dapat mengulas lebih lanjut daripada itu. Untuk adil seharusnya pihak KDN yang bertanggungjawab membenar atau tidak, filem berkenaan ditayangkan, perlu memanggil semua orang menilai filem berkenaan khasnya kedua pihak yang bertelagah. Semasa pra-tonton hendaklah dipanggil berbagai orang kemudian buat penilaian. Penglibatan semua orang ini perlu kerana ia juga melibatkan (tontontan) awam.

Dengan hanya memanggil satu pihak sahaja tentu ia tidak adil dan memberi kepuasan. Di sini wajar kalau Lim Guan Eng atau sesiapa mempertikaikannya. Atas kepercayaan begitu patut kalau Lim Guan Eng bertegas agar ia tidak ditayang di negerinya berdasarkan kewajaran-kewajaran politik yang difikirkan. Dia berkuasa penuh ke atas negerinya terpulang kepadanya. Jadi anggapan Shabery Chik mengatakan Lim Guan berfikiran sempit tidak tepat.

Dalam hal ini Shabery sebagai menteri yang tentunya cuba melaksanakan transformasi seperti dikehendaki Najib Razak, harus membuka lebih luas mindanya sebelum menyempitkan pemikiran orang lain. Dalam ulasan dan kenyataan Shabery berhubung tindakan Lim Guan Eng itu ada menggambarkan yang kepala Shabery sebesar telapak tangan budak berumur tiga bulan saja. Misalnya dia mengandaikan selepas filem disekat, selepas ini Pulau Pinang akan menyekat pula lagu Negaraku dimainkan.

Beliau memberi contoh dahulu Selangor pulau barangan 1Malaysia. Jelas andaian atau spekulasi Shabery itu menunjukkan daun jendela mindanya terbuka sebelah, manakala sebelah lagi tertutup rapat dan mungkin berkarat Umno. Tidak tepat perumpamaan itu. Lagi pun Negaraku adalah lagu kebangsaan, filem Tanda Pura bukan filem kebangsaan.

Barangan 1Malaysia adalah produk subsidi dari kerajaan UBN untuk menarik pengundi menjelang pilihan raya. Ia bukan barangan bebas. Jadi wajar Selangor pulau kerana ia hendak menyekat penagruh UBN. Bukankah tujuan filem Tanda Putra itu dibuat untuk memperkasakan kedudukan UBN? Maka begitu juga dengan tindakan kerajaan PR Selangor dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang hari ini.

Sebagai menteri Shabery seharusnya tidak berfikir mengikut rentak dan acuan individualistik Umno sangat kalau mahukan orang menghormat pandangan dan nasihatnya. Selagi beliau terlalu obses dengan rentak dan alunan politik (Umno), selama itulah tindakan dan projek-projek kementeriannya tidak akan didokong oleh rakyat.

Sebagai pemimpin baru yang penuh dengan idealisme Shabery perlu membebaskan dirinya dari kongkongan dan taklukkan budaya, tradisi dan jiwa politik Umno yang melemahkan bangsa dan negara seperti yang diamalkan kini.

Najib desak Waythamoorthy ikut pendirian kerajaan

Posted: 29 Aug 2013 01:55 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy untuk mengikut pendirian kerajaan dalam pelbagai isu oleh kerana beliau merupakan anggota pentadbiran kerajaan.

"Sebagai anggota pentadbiran kerajaan, anda harus ikut pendirian kerajaan, kita mesti ada satu suara," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di Perdana Putra pagi ini.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Ahad bersetuju dengan cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya Waythamoorthy meletak jawatan.

"Saya setuju dengan Datuk Zahid 101 peratus, kita anggota Kabinet bertanggungjawab bersama, tiada mana-mana pihak letak kepentingan politik melebihi pertimbangan politik kolektif.

"Bersandarkan kepada emosi dalam melaksanakan sesuatu keadaan tidak melambangkan situasi dan emosi tidak menunjukkan kepimpinan yang waras," kata Hishammuddin.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi menteri ketiga yang mendesak Waytamoorthy untuk meletak jawatan.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, timbalan menteri itu harus menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat dan tidak berkelakuan seperti pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) selepas menyertai kerajaan.

Katanya, sekiranya wujud pertikaian maka Waythamoorthy perlu membincangkannya secara hikmah bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN)

KJ: Tempoh 1 bulan tubuh jawatankuasa integriti

Posted: 29 Aug 2013 01:34 AM PDT

KJ Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (dua kanan) pada sidang media ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kementerian belia di Stadium Juara, di sini, hari ini. - Foto Sinar Online oleh Nizam Zain

 
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini memberi tempoh sebulan kepada semua persatuan bola sepak negeri untuk menubuhkan jawatankuasa integriti dalam usaha membanteras gejala rasuah dalam industri bola sepak negara.

Beliau menegaskan jawantankuasa itu yang terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu perlu diwujudkan segara dalam membantu membanteras percaturan perlawanan dan membeli pemain bola sepak yang didalangi oleh bookie yang membabitkan sindiket perjudian.

"Saya bagi mereka dalam tempoh sebulan untuk menubuhkan jawatankuasa integriti di peringkat persatuan bola sepak negeri.

"Kalau tidak saya ada hak mengambil tindakan melalui pejabat pesuruhjaya sukan," katanya pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan di Stadium Juara, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan semalam yang mengatakan gejala rasuah semakin menular dalam industri bola sepak negara menyebabkan mutu permainan semakin merundum khususnya Liga Perdana Malaysia.

Tambah beliau, arahan itu telah dikeluarkan pada tiga bulan lalu ketika menghadiri mesyuarat FAM namun beliau kesal apabila masih banyak persatuan bola sepak negeri yang enggan berbuat demikian.

Katanya cadangan itu dibuat susulan kementeriannya menerima banyak aduan daripada pemain tentang gejala rasuah terbabit namun mereka enggan memberikan maklumat jika keselamatan diri dan keluarga terancam.

"Dengan adanya jawatankuasa teknikal di peringkat negeri, ia boleh membantu kita membanteras gejala mengatur perlawanan, kerana kalau tiada jawatankuasa ini, kita tidak boleh mencegah.

"Kita tidak akan mendedahan pemain-pemain yang didatangi oleh bookie dan akan meletakkan mereka dibawah program perlindungan saksi.

"Masalah kita adalah pemain kita tidak mahu kemukakan diri sebagai saksi, mereka tidak tahu ke mana mereka hendak pergi, mereka takut tidak ada perlindungan," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berharap pihak polis dapat meningkatkan operasi penguatkuasaan terhadap bookie yang menjadi dalang di sebalik percaturan permainan dan pembelian pemain.

"Bookie ini sebahagian daripada aktiviti perjudian, di belakang sindiket bookie ini yang beli pemain-pemain dan menjual permainan adalah sindiket perjudian.

"Kalau tidak ada sindiket perjudian, sindiket bookie tidak akan wujud dan sebaliknya," katanya.

NGO baru bawa isu masyarakat Parit Buntar

Posted: 29 Aug 2013 01:29 AM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Cetusan positif semasa berkumpul bersama dan bertukar-tukar fikiran memungkinkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal ditubuhkan di Parit Buntar.

Menurut laman web rasmi PAS Parit Buntar, NGO yang bakal diberi nama Kelab Permuafakatan D'Lima akan dipengerusikan Mohamad Diah, seorang pesara guru.

Kelab Permuafakatan D'Lima akan menjadi sebuah NGO yang bukan hanya menumpukan kepada hal menjaga kebajikan ahli sahaja, malah kebajikan masyarakat awam termasuk golongan anak yatim dan fakir miskin.

NGO ini juga akan membangkitkan masalah dan isu-isu masyarakat di peringkat akar umbi termasuk yang melibatkan golongan pesara, pekerja kilang dan pemandu teksi.

Hasrat menubuhkan NGO berkenaan dimaklumkan kepada Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa semasa kunjungan Ahli Parlimen berkenaan ke lokasi berkumpul mereka di belakang D'Lima Parit Buntar.

Semasa kunjungan berkenaan Mujahid menyumbang dua buah meja dan sepuluh buah kerusi kepada NGO yang bakal ditubuhkan itu.

Mujahid semasa ditemui menyokong usaha menubuhkan NGO yang sah dan berdaftar, mempunyai dasar dan peraturan pertubuhan seperti mana ditetapkan dalam perlembagaan dan undang-undang.

"Saya yakin dengan kemampuan NGO yang bakal ditubuhkan ini kerana anggotanya terdiri dari pelbagai golongan termasuk golongan profesional dan pesara kerajaan.

"Sebelum ditubuhkan NGO pun, sudah ada aktiviti kebajikan yang dilakukan termasuk menyalurkan bantuan kepada fakir miskin melalui Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong," katanya.

Beliau berharap NGO yang bakal ditubuhkan boleh membawa suara rakyat, menjadi mata dan telinga rakyat serta mampu membantu melancarkan pentadbiran Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong

Syabas perlu beri pampasan kepada pengguna

Posted: 29 Aug 2013 01:26 AM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Langkah untuk memaksa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bertanggungjawab kepada rakyat perlu bermula dengan memastikan Syabas memberi pampasan kepada pengguna yang terjejas setiap kali ada gangguan bekalan air.

"Selagi tidak ada kempen tersusun untuk memaksa Syabas memberi pampasan kepada rakyat, selagi itulah Syabas tidak menghiraukan kesusahan yang dihadapi rakyat setiap kali gangguan bekalan air berlaku," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Sehubungahn itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan telah menghubungi beberapa ahli parlimen dan Adun seperti Azmin Ali (Gombak), Zuraida Kamaruddin (Ampang), Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju), Hannah Yeoh (Subang Jaya), Tiew Way Keng (Teratai), Iskandar Abdul Samad (Cempaka), Wong Chen (Kelana Jaya) dan Gobind Singh Deo (Puchong) untuk memulakan kempen tersusun memaksa Syabas memberikan pampasan kepada pengguna yang terjejas setiap kali ada gangguan bekalan air.

"Saya juga telah menulis secara rasmi kepada Tan Sri Rozalli Ismail, Pengerusi Syabas untuk beliau turun sendiri ke Pandan menerangkan kepada penduduk sebab-sebab kegagalan Syabas membekalkan air dengan baik seperti yang diamanahkan mengikut perjanjian konsesi," jelasnya dalam satu kenyataan.

Baginya, kegagalan Syabas menyelia dan menyenggara rumah pam di Wangsa Maju sehingga menyebabkan gangguan bekalan air yang semakin meruncing di sekitar Selangor Timur (meliputi Parlimen Pandan, Ampang, Gombak, Wangsa Maju dan Setiawangsa) benar-benar mengecewakan rakyat dan tidak boleh diterima sama sekali.

Katanya, selepas kejadian yang menyebabkan gangguan bekalan air selama tiga minggu dalam bulan Disember 2012, kegagalan yang sama berulang melibatkan rumah pam yang sama.

Ini, ujarnya memburukkan lagi keadaan di seluruh Selangor apabila kawasan-kawasan lain seperti Puchong dan Kelana Jaya turut terjejas.

Syabas, kata Rafizi sering kali hanya memberi kenyataan mudah menyalahkan kadar penggunaan air yang kian bertambah yang menyebabkan gangguan bekalan air di kawasan-kawasan terbabit.

Beliau berkata, kegagalan Syabas untuk menyelia/menyenggara rumah pam Wangsa Maju dengan baik (untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku dalam bulan Disember 2012 berulang) dan merancang untuk memastikan bekalan air sentiasa bertepatan dengan kadar penggunaan air semasa membayangkan kelemahan-kelemahan ketara dalam pengurusan dan operasi Syabas.

Menurutnya lagi, sebagai pemegang konsesi yang memonopoli bekalan air di Lembah Klang, kelemahan-kelemahan ini tidak boleh diterima sama sekali oleh pengguna.

"Syabas mempunyai tanggungjawab untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan ini dan selagi gangguan berterusan akibat kelemahan-kelemahan ini, perlulah memberi pampasan kepada pengguna yang terkesan dari gangguan bekalan air.

"Oleh yang demikian, sebagai Ahli Parlimen di salah sebuah kawasan yang paling terkesan dengan gangguan bekalan ini, saya telah membuat keputusan untuk memfailkan seberapa banyak kes tuntutan terhadap Syabas di Tribunal Tuntutan Pengguna mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999," ujarnya.

Mengikut Seksyen 53, Akta Perlindungan Pengguna 1999, "Jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu akan dijalankan dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah".

Beliau menambah, jika Syabas mempunyai ketelitian dan kemahiran yang munasabah, kelemahan-kelemahan yang menyebabkan gangguan bekalan air berulang telah lama dapat diatasi.

Rafizi memberitahu, Pusat Khidmat Parlimen Pandan akan menghubungi seberapa banyak isirumah yang terjejas dengan gangguan bekalan air dan akan memfailkan kes terhadap Syabas untuk menuntut pampasan di Tribunal Tuntutan Pengguna.

Pengguna juga boleh mengisi sendiri maklumat di blognya www.rafiziramli.com/tribunalpengguna dan mensasarkan sekurang-kurangnya 1,000 kes untuk difailkan terhadap Syabas bermula minggu depan.

PAS ragu pemilihan kakitangan Kuisas

Posted: 29 Aug 2013 01:20 AM PDT

Muhammad Faeez Azahar,
 
IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa, terdapat pelbagai kepincangan yang berlaku dalam urus tadbir Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas).

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu, pentadbiran kolej di bawah urus tadbir kerajaan negeri itu seolah-olah bersifat kroni.

Adun Changkat Jering itu berkata, beliau meragui akan pemilihan kakitangan dan pensyarah yang dilihat tidak mengikut pekeliling perkhidmatan awam.

Menurutnya, pelbagai pihak musykil tentang kenaikan pangkat empat orang pegawai tadbir gred N41 telah dinaikkan pangkat N44 secara mengejut dan tergesa-gesa dalam jangka masa pendek.

Proses kenaikan pangkat tersebut juga, katanya mempunyai kesalahan antaranya tiada ujian kelayakan ataupun penilaian kompitesi kenaikan pangkat dan dilakukan secara eksklusif, berkelompok dan menafikan hak pegawai-pegawai lain yang jauh lebih senior serta tiada polisi kenaikan pangkat.

"Kami melihat berlaku keadaan tidak telus dalam perkara ini, pengambilan juga tidak berdasarkan kepada merit dan kelayakan tetapi lebih berunsur kroni.

"Pengambilan itu juga tidak berdasarkan keperluan penjawatan dan permintaan suatu jabatan pengajian ataupun fakulti," katanya selaku Ketua Pembangkang ketika berucap dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, semalam.

Tambahnya, oleh kerana pengambilan secara rambang ini, terdapat kakitangan kolej yang tidak berkelayakan, tidak berkualiti dan tidak berakhlak sehingga berlaku kes-kes yang tidak diingini.

Langat 2 dipersetujui jika syarat dipenuhi

Posted: 29 Aug 2013 01:18 AM PDT

Muhammad Faizal,
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor bersetuju meneruskan pembinaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) dengan syarat projek berkenaan menjadi antara aset yang perlu dimasukkan dalam penstrukturan semula industri air Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Adbul Khalid Ibrahim yang dipetik Harian Metro berkata terdapat dua isu utama yang menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat iaitu membabitkan kos operasi dan Langat 2.

"Kita bersetuju untuk meneruskan pembinaan Langat 2 dengan syarat projek berkenaan menjadi antara aset yang perlu dimasukkan dalam penstrukturan semula industri air negeri ini.

"Terdapat dua isu utama yang dibangkitkan sehingga menyebabkan berlakunya perbezaan pendapatiaitu berkaitan kos operasi dan Langat 2.

"Bagi yang berkaitan dengan operasi, kkta boleh katakan ia hampir selesai dan menerima tawaran harga daripada kerajaan negeri. Kalau hendak harga tinggi, perkara itu mesti diselesaikan di peringkat Timbang Tara Antarabangsa," jelasnya.

Khalid yang turut memberitahu, pembinaan projek tersebut dan penstrukturan semula industri air antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan dimasukkan dalam perbincangan meja bulat yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Selain itu juga beliau turut menjelaskan perkara tersebut juga turut dibincangkan di dalam mesyuarat Exco semalam tetapi bukan hanya tertumpu kepada Langat 2 sahaja, malah turut mengenal pasti sumber air lain yang ada di Selangor.

GST dalam Bajet 2014: Najib masih berahsia

Posted: 29 Aug 2013 12:57 AM PDT


 
Ketika pembentangan belanjawan negara kurang dua bulan lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih memilih berahsia sama ada kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

"GST bukan perkara baru. Kita sudah cakap mengenainya. Tetapi sama ada ia ada dalam belanjawan atau tidak, kamu kena tunggu sampai belanjawan," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Timbul spekulasi bahawa GST 4 peratus akan diperkenalkan dalam Belanjawan 2014 yang akan diumumkan Najib Oktober ini.

Najib setakat ini belum mengesah atau menafikan kecenderungan kerajaan untuk melaksanakan dasar kontroversi itu pada tahun depan.

'Arahan' kini 'nasihat' tak tayang Tanda Putera di PP

Posted: 29 Aug 2013 12:47 AM PDT


 
Dalam tempoh 24 jam, kerajaan Pulau Pinang telah meminda surat kepada pengendali panggung wayang, kini "menasihatkan" dan bukan "mengarahkan" Tanda Putera tidak ditayangkan di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendedahkan surat baru itu dalam sidang medianya hari ini, sambil mendakwa surat sebelum ini salah.

Merujuk surat oleh pihak berkuasa tempatan semalam, exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow berkata, beliau sebenarnya menasihatkan dan bukan mengarahkan pengendali panggung wayang tidak menayangkan filem itu.

"Surat saya kepada dua majlis (perbandaran) jelas untuk menasihatkan. Surat ini dihantar berdasarkan keputusan itu.

"Ketika MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) terima surat saya dan bincangkannya, mereka rasa keputusan itu berdasarkan akta hiburan dan undang-undang kecil dan perkataan terbaik untuk digunakan adalah arahan," kata Chow dalam sidang media sama.

"Bagaimanapun, apabila majlis menghantar surat itu, ia agak berbeza daripada nasihat kerajaan negeri, jadi kami minta mereka keluarkan satu lagi surat," tambahnya.

Chow berkata, terpulanglah kepada pengendali pawagam untuk memutuskan sama ada mahu menayangkannya atau tidak.

Dalam surat sebelumnya, MPPP berkata, lesen premis pawagam dan tempat hiburan dikeluarkan oleh MPPP dan pawagam diarah tidak menayangkan Tanda Putera kerana mengandungi babak sensitif kepada masyarakat tempatan.

Kementerian Akan Kaji Tindakan Kerajaan P.Pinang Sekat Tayangan Filem Tanda Putera - Shabery

Posted: 28 Aug 2013 05:03 PM PDT



KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji sama ada filem kontroversi, Tanda Putera boleh disekat daripada ditayangkan di semua pawagam di Pulau Pinang ataupun tidak.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan melihat sama ada keputusan larangan itu adalah di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ataupun agensi lain.

"Saya akan lihat apakah ini di bawah kuasa kerajaan tempatan (PBT). Mereka boleh melarang, misalnya lesen untuk panggung wayang di bawah kuasa kerajaan tempatan.

"Tetapi adakah kuasa ini digunakan untuk mengharamkan sesuatu filem (daripada ditayangkan).

"Ini suatu perkara yang baru perlu dilihat," katanya kepada pemberita pada majlis pelaksanaan tayangan promo, treler dan nyanyian lagu Negaraku sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56 di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC), Pavilion di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai tindakan kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Rabu yang meminta semua pengusaha panggung wayang di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi, Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Shabery berkata, sekatan terhadap filem kebiasaannya dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri khususnya filem-filem yang tidak sesuai, lucah, ganas atau pun menghantar mesej yang salah melalui Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

Katanya, tidak pernah lagi sekatan filem dibuat oleh kerajaan negeri dengan mengharamkan sesuatu filem daripada ditayangkan di negeri tersebut.

"Ini menggambarkan fikiran sempit mereka ingin memulakan budaya "banning" (sekatan) melebihi daripada tahap yang sepatutnya.

"Kita akan lihat bahawa kalau ini berlaku, apakah suatu masa nanti banyak lagi perkara lain yang akan timbul daripada soal ini," katanya.

Beliau menambah, sekatan tayangan filem hanya dilakukan sekiranya ia secara jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip LPFM.

"Ada banyak perkara yang perlu diberikan ruang untuk dikritik, dibahaskan kerana akhirnya penonton yang akan menilai sesuatu filem," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Rabu berkata bahawa filem tersebut yang dijadualkan ditayangkan pada Khamis (29 Ogos) mengandungi babak fitnah yang boleh menimbulkan provokasi dan perasaan benci antara kaum.

Lim berkata, kerajaan negeri kecewa apabila Kementerian Komunikasi dan Multimedia membenarkan penayangan filem berkenaan tanpa memotong beberapa babak yang boleh mencetuskan provokasi.

Tayangkan Tanda Putera atau lesen dibatalkan, pengusaha pawagam Pulau Pinang diberi amaran

Posted: 28 Aug 2013 04:48 PM PDT


OLEH ELIZABETH ZACHARIAH


















Jika pengusaha pawagam di Pulau Pinang tidak menayangkan filem penuh kontroversi, Tanda Putera esok, mereka mungkin berdepan lesen mereka dibatalkan, gesa pengarah filem itu, Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Beliau menjawab gesaan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menyeru pengusaha pawagam di negeri itu tidak menyayangkan Tanda Putera atas penyebaran maklumat yang tidak tepat berhubung tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969.

"Sebagaimana yang kita maklum, tayangan akan berlangsung seperti yang ditetapkan dalam Skim Wajib Tayang Finas.

 "Lim Guan Eng tidak wajar memberi arahan kepada pengusaha pawagam untuk tidak menayangkan Tanda Putera kerana saya adalah seorang pembikin filem dan bukannya ahli politik untuk dilepaskan dendam.

"Saranan Lim tidak masuk akal sebagai seorang ketua menteri kerana beliau belum lagi menonton filem itu namun telah menggunakan kuasa tanpa usul periksa. Ini satu perbuatan yang memalukan. Lim seharusnya mencari lawan yang sepadan dengannya, bukan pembikin filem," katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider.

DAP telah mengkritik filem berkenaan yang kemudiannya disambut oleh MCA menyuaraksn kebimbangan berhubung babak dan dialog dalam filem berkenaan yang boleh mencetus ketegangan kaum.

Penasihat DAP Lim Kit Siang kesal dengan filem Tanda Putera yang masih menayangkan babak beberapa pemuda Cina kencing di tiang bendera laman bekas Menteri Besar Selangor Datuk Idris Harun meskipun filem itu telah dittangguhkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi mengelak musim Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggelar tindakan Lim sebagai satu perbuatan bodoh kerana Lembaga Penapisan Filem di bawah Kementerian Dalam Negeri sahaja yang berhak membatalkan tayangan sesebuah filem dan bukannya kerajaan negeri.

Ahmad Shabery berkata beliau mahu penjelasan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang atas usaha mereka untuk menahan penyangan filem Tanda Putera di negeri itu.

Beliau menambah usaha kerajaan negeri yang dikuasai DAP itu hanyalah satu gerakan yang mahu menghancurkan seni filem tempatan.

Katanya, agensi di bawah kementeriannya akan meneliti terlebih dahulu sejauh mana kuasa kerajaan negeri dan kerajaan tempatan bagi menghalang tayangan sesebuah filem di tempat mereka.

Kes tembakan pengerusi Mywatch dikatakan temui petunjuk baru

Posted: 28 Aug 2013 04:39 PM PDT

Oleh Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Polis dikatakan menemui petunjuk baru yang akan mengheret penjenayah yang menembak Pengerusi MyWatch, S Sanjeevan ke muka pengadilan, kata ahli badan pemantau jenayah MyWatch, S Gobikrishnan.

Ia berdasarkan laporan semasa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Ku Chin Wah yang menyatakan polis hanya menunggu Sanjeevan pulih dari kecederaan untuk diambil keterangan.

"Datuk Ku Chin Wah maklumkan sudah menemui beberapa petunjuk terbaru. Tetapi menunggu keterangan dari Sanjeevan sebelum tindakan lanjut boleh diambil.

"Namun beliau tidak beritahu pula bagaimana petunjuk yang dimaksudkan kerana masih dalam siasatan polis," ujar Gobikrishnan (gambar) kepada Keadilandaily.


s_gobikrishnan

Siasatan diambil alih ibu pejabat polis Bukit Aman selepas mendapat desakan kuat ahli keluarga Sanjeevan ekoran kelewatan tindakan polis Negeri Sembilan.

Menurut Gobikrishnan, ia berkemungkinan akibat kritikan Sanjeevan terhadap beberapa pegawai polis negeri yang didakwa mempunyai masalah moral dan disiplin.
"Saya juga syak kelembaban ekoran 'conflict of interest'.

"Sebelum itu Sanjeevan pernah buat laporan mendakwa beberapa pegawai polis Negeri Sembilan dengan beberapa pertuduhan.

sanjeevan
Sanjeevan ketika minggu pertama dimasukkan ke wad

"Pernah satu ketika Sanjeevan mendapat panggilan yang mengugut untuk menembaknya.

"Apabila dikesan nombor tersebut, rupanya datang dari balai polis Jelebu," kata Gobikrishnan.

Dalam pada itu, Gobikrishnan memaklumkan Sanjeevan menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan membuang peluru walaupun hanya mampu menggerakkan tangan dan kakinya.

KEADILAN ada peluang cerah menang petisyen Kota Marudu

Posted: 28 Aug 2013 04:33 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : KEADILAN mempunyai peluang cerah untuk memenangi perbicaraan petisyen pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Marudu, Sabah.

Pempetisyen, Datuk Maijol Mahap (gambar: berbaju hitam), calon KEADILAN untuk kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-13 berkata, keterangan oleh 17 saksi pada perbicaraan itu kukuh dan menyebelahi tuntutan beliau.

"Ketua Tempat Mengundi (KTM) gagal menyerahkan Borang 14 yang merekodkan jumlah undi yang diperolehi setiap calon serta bilangan undi rosak kepada ejen pilihan raya KEADILAN. Ini menyalahi Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981," kata Maijol.

maijol_8 - Copy

Perbicaraan petisyen memasuki hari ketujuh di Mahkamah Pilihan Raya Sabah hari ini. Mahkamah menetapkan perbicaraan ini berjalan sehingga 30 Ogos nanti.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang memenangi kerusi Parlimen Kota Marudu dinamakan sebagai responden pertama; Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Lovita Koisun sebagai responden kedua dan responden ketiga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Maijol, Borang 14 yang gagal diserahkan KTM itu menunjukkan beliau memperolehi bilangan undi yang tinggi.

"Saya tidak tahu jumlah undi, saya hanya mengetahui apabila berpeluang melihatnya dan ia menunjukkan saya memperolehi bilangan undi tertinggi tetapi pada malam pengiraan undi, saya tidak diberikan maklumat ini," jelasnya, lapor Media Selangorku.

Dalam pertandingan empat penjuru bagi DUN Kota Marudu, Ongkili yang mewakili Barisan Nasional (BN), menang tipis dengan majoriti 842 undi selepas memperoleh 15,168 undi manakala Maijol meraih 14,326 undi, calon Star Majamis Timbong (2,228 undi) dan Yuntau @ Kuntau Kolod (SAPP) hanya mendapat 444 undi.

Rumah pam rosak: Syabas gagal, Selangor biaya kos baik pulih

Posted: 28 Aug 2013 04:32 PM PDT

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor kesal dengan kejadian gangguan bekalan air yang berulang kali kerana kegagalan operasi Rumah Pam Wangsa Maju.

Selepas kejadian henti tugas Rumah Pam Wangsa Maju pada Julai 2012, lebih 10 kali berlaku kejadian gangguan bekalan air kerana kegagalan rumah pam itu beroperasi.
MB
Kejadian terbaru berlaku semalam yang menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Cheras dan Bandar Tun Razak.

Walaupun beberapa remedi telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), namun sehingga hari ini operasi Rumah Pam Wangsa Maju sering kali gagal dan menyebabkan gangguan bekalan air.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi menyelesaikan masalah Rumah Pam Wangsa Maju, kerajaan negeri telah memanggil pembuat pam untuk membaiki kerosakan dan segala kos akan ditanggung kerajaan negeri.

Menurutnya, kegagalan berulang ini salah satu bukti kukuh Syabas tidak kompeten untuk menyelesaikan masalah berkaitan.

Ekoran itu, beliau menyeru Kerajaan Persekutuan mempercepatkan proses rundingan pengambilalihan bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan dan operasi Syabas termasuk operasi Rumah Pam Wangsa Maju.

"Ini bagi memastikan hak pengguna lebih terjamin untuk mendapatkan bekalan air terawat yang lebih cekap, tanpa gangguan kerana kelemahan pengurusan dan pada kadar tarif yang munasabah," kata Khalid dalam kenyataan.

Lelaki ditahan disyaki tembak rumah biras

Posted: 28 Aug 2013 04:29 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan menggunakan senapang angin ke arah rumah birasnya di Kampung Gong Ubi Keling di Besut semalam.
  
Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan bersama seorang rakan berumur 18 tahun yang dipercayai bersubahat dengannya, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria.
  
Beliau berkata lelaki terbabit dikatakan melakukan perbuatan itu pada pukul 7 petang bagi menakut-nakutkan birasnya yang berusia 46 tahun.
  
"Kami menemui dua biji bebola besi yang dipercayai digunakan sebagai peluru senapang angin itu," katanya dan memberitahu polis belum menemui senapang angin yang digunakan dalam kejadian itu.
  
Kamaruddin percaya kejadian itu berpunca daripada masalah keluarga apabila suspek mendakwa birasnya itu cuba masuk campur dalam urusan rumah tangganya.- Bernama

Kes bunuh, tembak alasan Umno BN untuk guna semula Ordinan Darurat

Posted: 28 Aug 2013 04:27 PM PDT

Oleh Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PRDM) tidak perlu terdesak mencipta persepsi kononnya peningkatan jenayah senjata api kebelakangan ini berpunca daripada pemansuhan Ordinan Darurat (EO).

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, persepsi yang cuba dihidupkan itu didorongi politik dendam bagi memastikan pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO tidak boleh 'menyentuh' kerajaan Umno BN.

N.Surendran1

"Saya syak ada udang di sebalik batu dalam kenyataan dan statistik tersebut. Pertama untuk memastikan tahanan tanpa bicara dapat dikuatkuasa.

"Kedua usaha pemimpin Umno BN dengan kerjasama polis untuk mengenakan tindakan terhadap pemimpin Pakatan ekoran pendedahan kebobrokan yang dilakukan pemimpin Umno BN," katanya kepada Keadilan Daily.

Kes tembak-bunuh kerap berlaku kebelakangan ini, sama ada melibatkan individu profil tinggi mahupun orang awam hingga menyebabkan segenap lapisan rakyat bimbang akan keselamatan mereka.

Antara kes yang mendapat perhatian, cubaan bunuh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan, diikuti pembunuhan pengasas Arab-Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi 75, pada 29 Julai lalu.

Terbaru, berlaku awal pagi tadi apabila tiga lelaki menembak seorang ahli perniagaan dan melarikan keretanya ketika mangsa mahu mendaftar masuk di sebuah hotel di Jalan Air Putih di Kuantan.

Dalam keributan situasi itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi membangkitkan cadangan untuk menggubal undang-undang baru dan antara alasannya untuk mencegah kes bunuh menggunakan senjata api.

Zahid dilapor berkata, kira-kira 90 peratus jenayah seumpama itu dilakukan bekas tahanan EO yang sebelum ini dimansuh bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata, polis sepatutnya mencontohi negara maju seperti Amerika dan England kerana mampu membasmi jenayah walaupun tanpa undang-undang darurat.

Beliau turut membidas statistik polis kononnya lebih 1,000 fail siasatan polis menunjukkan penjenayah adalah bekas tahanan EO.

"Statistik itu langsung tidak boleh dipercayai dan diterima kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga pernah

menolak data tersebut malah mendakwa polis 'ketagih' dengan akta berkenaan.

"Justeru, saya mendesak Menteri Dalam Negeri berhenti menipu rakyat dan berusaha untuk membasmi jenayah bersungguh-sungguh," kata Surendran

Nama pejuang kemerdekaan diabadikan di tempat sewajarnya

Posted: 28 Aug 2013 04:24 PM PDT



Oleh Abdul Razak Idris

HANG TUAH, Mahsuri, Cik Siti Wan Kembang, Datuk Maharajalela, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbung, Mat Salleh, Rosli Dhobi dan lain-lain lagi nama tokoh sejarah yang disebut semasa belajar subjek Sejarah sering bermain di fikiran dan dihafal sebagai wadah untuk berjaya dalam peperiksaan seperti Sijil Rendah Pelajaran (SRP, kini PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Selepas tamat belajar nama-nama tersebut terus dilupakan seolah-olah ia wujud hanya untuk menjadi input peperiksaan bukan untuk kita mengingati jasa dan sumbangan mereka hingga kita mampu tersenyum sambil memandu kereta Proton Suprima S.

Semakin jauh kita memandu semakin jauh kita meninggalkan perkara-perkara yang berlaku di belakang. Namun kita perlu ingat tanpa sejarah kita tidak akan mampu memecut laju ke depan. Tokoh-tokoh sejarah yang dinyatakan adalah pemangkin kepada keberadaan dan kejayaan kita hari ini.

Jangan sesekali kita melihat Hang Tuah tidak relevan dengan kemajuan kita hari ini, hingga ada yang menganggap wira negara yang menjadi pahlawan di Melaka pada kurun ke-15 adalah legenda semata-mata.

Namun kata-kata keramat "Tak Melayu Hilang di Dunia" yang disebut oleh pahlawan tersohor itu menjadi azimat kepada perjuangan parti keramat orang Melayu, parti UMNO untuk menjadi tonggak pentadbiran negara dari selepas merdeka 31 Ogos 1957 hingga ke detik kini.

Walaupun Melaka telah tidak mengamalkan sistem beraja namun nama pahlawan Melayu itu diabadikan di beberapa pusat beli-belah dan jalan di Melaka Bandar Bersejarah. Begitu juga tokoh- tokoh lain seperti Mat Kilau yang diabadikan namanya di sekolah rendah dan menengah di Pahang.

Namun dalam kita menghargai perjuangan tokoh-tokoh bangsa dari zaman Melaka hingga selepas era Belanda dan British jangan kita lupakan nama-nama wira negara yang meninggal dunia kerana berjuang demi menjaga kedaulatan negara pada zaman Jepun dan darurat dari 1948 hingga 1960 serta era 1970-an dan hujung 1980-an.

Nama seperti Leftenan Adnan Saidi, Sarjan Jamil Shah dan Pegawai Waran II Kanang Anak Langkau begitu dekat dengan kepahlawanan perang era moden. Nama-nama ini perlu diabadi di kem-kem tentera dan tidak sekadar menjadi watak dalam pentas hidup dan dalam filem semata-mata.

Ini bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam diri anak-anak kita yang terlampau 'laju' dengan capaian internet hingga mereka lupa bagaimana teknologi tersebut bermula di negara ini.

Tanpa adanya pahlawan yang sanggup bergadai nyawa dan darah untuk membasmi elemen negatif seperti anasir-anasir subversif komunis dan tali barut asing maka kita tidak dapat melakukan apa sahaja kegiatan ekonomi di bumi bertuah ini.

Hari ini di Kuala Lumpur dan Putrajaya, kita tidak dapat melihat suatu bangunan yang mempunyai nama pahlawan dan pemimpin negara yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang pesat membangun.

Alangkah baik jika Menara Berkembar Petronas dinamakan Menara Berkembar Tun Mahathir, Muzium Negara dinamakan Muzium Hang Tuah, Pasar Seni dinamakan Pasar Seni Tun Seri Lanang dan Putra World Trade Centre (PWTC) dinamakan Menara Datuk Onn Jaafar.

Bagaimana rakyat pada masa depan dapat menghargai pemimpin kerajaan yang ada jika kita gagal menghargai penyumbang kepada kejayaan dan kemajuan negara kita.

Dalam dunia serba pantas hari ini, manusia sudah menjadi manusia hybrid iaitu bermutasi menjadi separuh elektronik separuh orang. Ini disebabkan manusia sudah menjadi hamba gajet hingga tanpa ada telefon tangan mahupun telefon pintar dibawa ke tempat kerja, hidup dirasakan tidak sah.

Sekurang-kurangnya apabila rakyat negara ini melihat aplikasi telefon pintar seperti Google Maps mereka akan melihat nama bangunan yang tertera nama tokoh sejarah dan ini akan menyebabkan mereka terfikir, apakah sejarah di sebalik nama tersebut.

Terutama dalam kalangan pelancong itu sendiri. Mesti mereka tertanya-tanya mengapa nama Hang Tuah diabadikan di muzium misalnya.

Justeru, masih belum terlambat untuk kita mengabadikan nama-nama tokoh bersejarah di negara ini. Kerana di negara Barat ia penting sebagai menghargai jasa pemimpin dan sumbangan mereka.

Mungkin bagi negeri Selangor pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) boleh mencadangkan nama Stadium Shah Alam menjadi Stadium Mokhtar Dahari sebagai simbol pemain yang hebat dan tangkas menggempur benteng lawan dan dijelmakan dalam diri mereka.

Dalam keadaan prestasi pemain dan bola sepak negara hari ini cadangan tersebut amat relevan. Tepuk dada tanya selera, insya-Allah jika Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan majlis kerajaan tempatan menghargai tokoh sejarah, insya-Allah rakyat lebih menghargai kemerdekaan dan pengisiannya.

Walau ada pujangga berkata, apa ada pada nama, jawapannya mudah sahaja tanpa nama siapalah kita. Tanpa tokoh sejarah yang sanggup berkorban untuk kejayaan bidang politik, ekonomi, sukan dan keselamatan tiadalah negara bernama Malaysia.

Sesungguhnya tema "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku" menggambarkan pengorbanan tokoh-tokoh yang sudah lama meninggalkan kita dengan legasi keamanan yang begitu berharga.

Walau nama hilang di mata, namun di hati dihilangkan jangan. Merdeka! Merdeka! Merdeka. Al-Fatihah untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tokoh yang begitu sinonim dengan kemerdekaan negara.U/M

Tol percuma sempena Merdeka di LDP

Posted: 28 Aug 2013 04:16 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) akan memberikan tol percuma bagi semua kelas kenderaan di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56.
  
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Sazally Saidi berkata tol percuma ini akan diberikan selama 24 jam bermula 12 tengah malam 31 Ogos ini hingga tengah malam hari berikutnya.
  
"Pemberian tol percuma sempena Merdeka ini adalah di kesemua empat tol plaza di LDP, " katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Raya Aidilfitri Litrak di ibunegara hari ini.
  
Beliau berkata untuk Lebuhraya Sprint pula pihaknya turut memberikan diskaun sebanyak 20 sen untuk semua kelas kenderaan bagi tempoh yang sama semasa Hari Kemerdekaan itu nanti.
  
"Kami amat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada perayaan yang sungguh bermakna ini dan menjadi harapan kami agar pemberian ini akan menyemai semangat patriotik terhadap negara," katanya.

Sementara itu, syarikat pengendali dan penyelenggara lebuh raya tol Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Kuala Lumpur Sdn Bhd (KESTURI) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) turut memberikan diskaun kadar tol sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56.
  
Pengurus Besar Operasi KESTURI Ong Chee Keong berkata diskaun kadar tol itu adalah sebanyak 10 peratus untuk semua kelas kenderaan sama ada tunai atau elektronik di ketiga-tiga plaza tol lebuh raya itu.
  
"Diskaun itu akan dilaksanakan mulai 30 Ogos ini iaitu bermula pukul 11.59 tengah malam sehingga keesokan harinya iaitu pada pukul 12 tengah malam," katanya.
  
Dalam pada itu, pihak KESTURI turut bekerjasama dengan pihak Touch N Go Sdn Bhd (TNGSB) untuk mengadakan jualan kad Touch N Go pada harga istimewa iaitu RM10 bagi setiap kad yang mengandungi nilai RM5 dan kad itu dijual di lorong tunai Plaza Tol Sentul Pasar, katanya.- Bernama

Ahli politik ternama didakwa naungi kongsi gelap

Posted: 28 Aug 2013 04:13 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" dari golongan Cina; serta "Geng 3 Calit" dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan "perang" ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

"Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

"Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

"'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda," katanya.

Tiada ulasan: