Khamis, 29 Ogos 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Eksekutif AirAsia Dibunuh

Posted: 29 Aug 2013 06:16 AM PDT


[TMI] Perompak bersenjata membunuh seorang eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X berhampiran kediamannya di Ampang malam tadi ketika Putrajaya sedang berusaha memerangi jenayah berhubung penggunaan senjata api.

Shahrinawati Abu Bakar (gambar) meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas perompak dipercayai menyerangnya selepas beliau meletakkan kenderaannya di luar rumah.

"Mereka menyerangnya menggunakan parang," menurut emel Air Asia X kepada The Malaysian Insider.

Ketua Eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani berkata, Shahrinawati, sebagai "seorang anak muda yang berbakat" dan telah dihantar ke Melbourne untuk mendapatkan pengalaman antarabangsa.

"Beliau juga telah bertunang dengan pegawai keselamatan kami dan akan berkahwin dalam tiga bulan akan datang," kata emel tersebut.

Pembunuhan gadis tersebut berlaku ketika insiden bunuh menggunakan senjata api memuncak di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 22 kematian direkodkan sejak Mei.

Statistik Putrajaya mendapati kes bunuh dan rompakan menggunakan senjata api meningkat pada suku ketiga tahun 2013, berbanding tempoh sama pada 2012 walaupun kadar jenayah keseluruhannya menurun.

Statistik yang dikeluarkan Pemandu menunjukkan jenayah indeks sebanyak 74,127 bermula Januari hingga Jun 2013, menurun 2,120 kes daripada 76,247 yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Kes jenayah bagaimanapun meningkat daripada 14,811 kepada 15,098 bagi tempoh sama.

Daripada jumlah itu, rompakan (termasuk samun berkumpulan) menggunakan senjata api turut meningkat daripada 69 kepada 74 kes.

Kes bunuh meningkat daripda 291 pada 2012 kepada 322 kes bagi tempoh enam bulan pada 2013.

Jun 2013 menunjukkan kes tertinggi dengan 14 kes rompakan berkumpulan menggunakan senjata api dan tiga kes rompakan menggunakan senjata api.

Jenayah indeks merujuk kepada jenayah yang kebiasannya berlaku. Jenayah kejam adalah sub kategori jenayah indeks, termasuk kes bunuh, rogol, rompakan berkumpulan, dan rompakan tanpa atau dengan senjata api.

Putrajaya telah mengisytiharkan perang terhadap 40,313 individu yang dikenalpasti daripada 49 organisasi yang dipercayai geng penjenayah.

Antara geng berkenaan adalah Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata ahli geng berkenaan dipercayai terlibat kes bunuh dan juga aktiviti melibatkan dadah.

Mereka melanggar peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 5(1) Akta Persatuan 1966, yang digazetkan semalam. - 29 Ogos, 2013.



Mengapa ADUN PR Tidak Menyokong "Rang Undang-undang Anti-Syiah"?

Posted: 29 Aug 2013 05:13 AM PDT


Kredit: Kedah Lanie




[PANAS] Senarai Rasmi Kongsi Gelap dan Pertubuhan Haram di Malaysia

Posted: 28 Aug 2013 09:01 PM PDT


[TMI] Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan 49 pertubuhan tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dalam tindakan kerajaan memerangi jenayah dan keganasan dalam negara.

Senarai dikeluarkan hari ini atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dan membabitkan pertubuhan terkemuka seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36, lapor The Star. – 29 Ogos, 2013.

Senarai penuh pertubuhan kongsi gelap haram adalah seperti berikut:

1) Geng 04

2) Geng 08

3) Double 7

4) Tiga Line

5) Geng 30

6) Geng 38

7) Geng 24

8) Geng 18

9) Geng 36

10) Geng 21

11) Ang Soon Thong

12) Wah Kee

13) Sio Sam Ong

14) PNEH

15) Hong Hong San

16) Hai San

17) Sin Ang Bin

18) New Cell 20

19) Jit It Hai

20) Sio Koon Tong

21) Gee Lam Kor

22) Gee Ah Eng

23) Loh Kuan

24) Tiang Yee Tong

25) Geng Leng Hor

26) Geng 35

27) Geng 303

28) Geng Satu Hati

29) ATAP

30) Hung Ann

31) Sui Yup

32) Otai

33) Borneo Red EMP

34) Ah Ngau

35) Batu Tiga

36) Ah Feng

37) Batu 10

38) Sibu Ti

39) Ah Seng

40) Ah Chin

41) Lee Lung

42) Lo Han

43) Sg Merah

44) Sg Badut

45) Ting Ching Lee

46) Tua Cak Lee

47) Teksi Station

48) Pintu Merah

49) Krokop


Berkaitan:

Ahli Politik Ternama Didakwa Naungi Kongsi Gelap

[MK] Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.


Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" dari golongan Cina; serta "Geng 3 Calit" dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan "perang" ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

"Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

"Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

"'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda," katanya. -28/8/13


Remaja Didakwa Rogol Budak Sekolah di Tepi Tangga

Posted: 28 Aug 2013 06:20 PM PDT



[Kosmo] JOHOR BAHRU – Seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini semalam meluahkan kekesalan ke atas seorang remaja yang dituduh merogol seorang gadis yang baru dikenalinya dalam tempoh dua hari menerusi aplikasi WeChat di tepi tangga sebuah pangsapuri.

"Kamu baru tiga empat hari berkenalan, kamu sudah lakukan kerja-kerja macam ini, kira macholah kamu?

"Sepatutnya dalam bulan Ramadan dan Syawal, kamu harus berkelakuan mulia, barulah hidup kamu akan berkat, ini tidak. Ibu bapa kamu tahu yang kamu dihadapkan mahkamah, mereka pun tidak hadir ke sini," kata Hakim Hassan Abdul Ghani dengan sinis kepada tertuduh, Muhammad Amirul Yusman (gambar), 18.

Pekerja landskap itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini.


Tiada ulasan: