Ahad, 25 Ogos 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


HINA MELAYU

Posted: 25 Aug 2013 02:18 AM PDT

Satu ulasan disiarkan akhbar Mingguan Malaysia mempersoalkan adegan dalam filem terbaru karya pengarah kontroversi, Namewee, yang didakwa menunjukkan watak satu pasangan Melayu terkena air kencing.

Penulis ulasan tersebut, Rasdan Ahmad dalam tulisannya menyebut, filem tersebut membawa agenda tersendiri dan pengara didakwa "menunjukkan rasa tidak puas hati ke atas orang Melayu".

Menurut Rasdan, filem berkenaan menunjukkan watak yang dilakonkan Namewee, atau nama sebenaranya Wee Meng Chee,
sedang membuang air kecil di tepi jalan selepas cuba merasuah seorang anggota polis.

Menurut ulasannya, air kencing itu kemudiannya terkena pasangan Melayu tersebut yang sedang menunggang motosikal.

Beliau seterusnya mempersoalkan tindakan Lembaga Penapisan Filem yang meluluskan adegan dalam filem Kara King itu.

"Kemungkinan LPF masih buta dalam membaca wacana dalam setiap filem. Adakah terlalu sukar untuk membaca agenda Namewee yang menghina orang Melayu dalam filem ini?

"Apa yang ingin disampaikan oleh Namewee terhadap babak ini? Rasuah dan air kencing (kurang ajar) kepada orang Melayu, adakah ini sememangnya budaya orang Cina di Malaysia?," soalnya.

Ulasan tersebut disiarkan dalam sisipan Pancaindera dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan: