Ahad, 25 Ogos 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kes Altantuya Perlu Dibicara Semula, Tubuh RCI Segera!

Posted: 25 Aug 2013 01:05 AM PDT

Mahkamah Rayuan patut mengadakan perbicaraan semula apabila mendapati wujud kecacatan dalam penghakiman kes, bukan membebaskan tertuduh, kata Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Merujuk kes Altantuya Shariibuu, peguam itu berkata, Seksyen 60 Akta Kehakiman Mahkamah 1964 membolehkan hakim memerintahkan perbicaraan semula sesebuah kes ketika proses rayuan diadakan.

Memetik Keadilan Daily, Ahli Parlimen Subang itu juga mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berikutan banyak kecacatan dalam kes berkenaan.

"Contohnya, saksi penting seperti DSP Musa Safri tidak dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah," katanya pada sidang media bersama Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, hari ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari tuduhan membunuh Altantuya.

Penghakiman dibaca Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan berlaku penyalaharahan serius oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam mensabitkan tertuduh.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri dan kegagalan mengemukakan diari balai polis yang menyatakan Azilah berada di Bukit Aman pada masa kejadian.

Sivarasa berkata saksi lain yang patut dipanggil ialah Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, selain bekas Setiausaha Sulit Najib selama 20 tahun, Nasir Safar; dan adik Najib, Datuk Nazim Razak.

"Semua saksi ini penting bukan untuk membuktikan kesalahan Sirul dan Azilah tetapi untuk membuktikan siapakah yang mengarahkan kedua-dua tertuduh membunuh Altantuya," katanya.

Selain itu, beliau berkata, saksi penting yang baru ialah ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan; peguam Americk Singh Sidhu dan Cecil Abraham.

"Pendakwaan cacat dan skrip ulangan yang melucukan kerana mahkamah gagal mengenal pasti dan mendakwa individu yang arah pembunuhan Altantuya. Ini menyebabkan sistem keadilan di Malaysia hancur di mata dunia.

"Justeru saya mendesak sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi memulihkan kembali imej dan kredibiliti mahkamah," katanya.


SAMM: 2 Pak Sanggup Dbebaskan, Altantuya Letupkan Diri Sendiri Guna C4?

Posted: 24 Aug 2013 10:35 PM PDT


Sememangnya dari awal kes pembunuhan Altantuya menyaksikan perbicaraan melibatkan Azilah dan Sirul ditangguh dan ditangguh sehingga selepas pilihan raya untuk memberi laluan Barisan Nasional menang PRU tersebut.

Kemenangan ini membolehkan kedua-dua 'pak sanggup' ini dibebaskan.

Perihal ini sudah disebut dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sudah menjangka keputusan mahkamah Rayuan yang membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Apabila BN kekal, rakyat bukan sahaja tidak mengetahui apakah motif pembunuhan dan siapa yang arah pembunuhan Altantuya, malah pembunuhnya juga dibebaskan.

Walaupun dalam kes yang berprofil tinggi, walaupun sudah mengaku melakukan pembunuhan malah menyebut diri sebagai 'kambing hitam' kerana menjadi pembunuh upahan, namun akhirnya dibebaskan.

Apakah ia satu keputusan menang-menang demi saling melindungi? Lihatlah bagaimana keadilan tidak berada di tempatnya, tetapi berada di tangan pemerintah.

Keputusan ini juga seharusnya memberikan 'motivasi' besar kepada pihak tertentu untuk terus menjalankan kerja 'black-ops' dengan jaminan dibebas sekiranya tertangkap dan dibicarakan.

Pihak tertentu termasuk kemungkinan melibatkan anggota polis yang mengikut telunjuk atasan mampu berbuat apa sahaja kerja jahat, pasti akhirnya terlepas hukuman dan dibebaskan. Maka tidak hairanlah jika selepas ini lebih banyak kes pembunuh upahan. Konspirasi akhirnya berjaya apabila si pembunuh, individu yang mengarah pembunuhan, orang tengah, semuanya selamat. Rekod imigresen Altantuya terus hilang, bersama rekod bahan letupan yang diseludup keluar.

Pendedahan mengenai kematian tragis Altantuya telah di buat oleh SAMM dan banyak pihak lain khususnya apabila melibatkan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene.

Che'GuBard sebelum ini pernah menulis dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 'Siapa Arah Bunuh Altantuya'.

Buku tersebut telah menyebabkan che'GuBard ditahan sebanyak enam kali dan rumah Che'GuBard beberapa kali digeledah, namun tiada dakwaan terhadap che'GuBard.

Malah ketika buku ini dilancarkan, rumah Che'GuBard dibaling dengan bom botol.

Justeru itu, apakah konklusi paling tepat mengenai pembunuhan altantuya?

Negara hari ini menjadi kartun apabila membayangkan 'sebenarnya' Altantuya membunuh dirinya sendiri, kemudian bangun dan meletupkan pula dirinya menggunakan bom C4 demi menghilangkan bukti.

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Peguam Negara: Polis Ketagih Dengan Ordinan Darurat

Posted: 24 Aug 2013 08:30 PM PDT


EO tak membantu perangi jenayah, polis "ketagih" dengannya, kata Peguam Negara

Buat pertama kalinya, peguam utama Putrajaya secara umum mengatakan tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namum polis menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam.

"Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas dibebaskan," katanya kepada The Malaysian Insider selepas satu forum pencegahan jenayah semalam di Petaling Jaya.

Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya.

Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa pengenalan akta serupa bagi mengekang jenayah yang semakin meningkat di negara ini.

Sejak Mei, 35 kes tembakan dilaporkan diseluruh negara yang mengorbankan 24 nyawa.

Melalui penggunaan semula EO, tahanan boleh ditahan di pusat tahanan sehingga dua tahun.

Menteri Dalam Negeri boleh memperbaharui arahan penahanan selama dua tahun dan meneruskan kitaran berkenaan tanpa henti.

Gani berkata kepada forum pihak berkuasa perlu memadamkan rekod tahanan tiga bulan selepas mereka dibebaskan daripada pusat tahanan di bawah EO dan ia bermakna tiada sebarang tindakan boleh dilakukan pihak polis.

"Kita akan kekalkan akta itu jika kita contohnya mengekalkan cap jari mereka," katanya, merasionalkan alasan tidak menerima pengenalan akta pencegahan.

Mengaitkan bagaimana EO menjadi seperti hari ini, Gani berkata ia tidak melalui Parlimen dan tidak pernah berniat untuk digunakan secara kekal.

"Ia diluluskan Agong atas nasihat badan eksekutif berikutan insiden rusuhan 13 Mei pada 1969," katanya.

"EO diperkenalkan untuk memenuhi keperluan semasa kerana berlaku kehilangan nyawa dan harta selama beberapa hari berikutan insiden 13 Mei," katanya.

Gani menambah, tahanan EO pada ketika itu berdepan pendakwaan di mahkamah dengan memfailkan writ habeas corpus dan Pejabat Peguam Negara perlu respon.

Katanya, walaupun selepas penarikan balik EO pada 2011, tiada bukti daripada 1,567 kertas penyiasatan yang diserahkan dilakukan oleh bekas tahanan.

Gani berkata terdapat banyak lagi undang-undang, termasuk Kanun Keseksaan yang boleh digunakan untuk menahan dan mendakwa pesalah.

"Kita perlu menggunakan akta sedia ada untuk menghukum penjenayah ganas seperti Botak Chin dan lanun di Sabah pada masa itu," katanya.

Wong Swee Chin atau dikenali sebagai Botak Chin adalah antara penjenayah ganas dan berbahaya pada 1960 dan 1970 di Malaysia. Dia dikenali dengan rompakan pada siang hari, termasuk kes melibatkan jumlah wang yang besar.

Gani juga percaya dengan prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan cara terbaik menguruskan suspek adalah melalui pendakwaan di mahkamah.

"Akta pencegahan adalah melanggar hak asasi manusia dan kebebasan sedangkan Perlembagaan Persekutuan menetapkan ianya perlu dipelihara," katanya, dan menambah komuniti antarabangsa memuji tindakan Malaysia memansuhkan EO dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri. -TMI

[BERGAMBAR] Sekali Pun Diancam Pihak Tentera, Rakyat Mesir Teruskan Demonstrasi Aman

Posted: 24 Aug 2013 05:00 PM PDT


Rakyat Mesir yang terdiri dari pendukung presiden Muhammad Mursi turun ke jalan kelmarin, setelah selesai solat Jumaat , untuk berdemontrasi aman yang dilakkan di seluruh kota Kaherah.

Meskipun pemerintah sementara Mesir hasil kudeta tentera, melakukan aksi kejam untuk menekan rakyat serta menangkap para pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, ornagramai tetap melakukan demontrasi aman untuk menunjukkan pertentangan mereka.

Bantah Sikap Lemah PBB Terhadap Mesir & Syria, Turki Tolak Bantuan Dana PBB

Posted: 24 Aug 2013 07:35 AM PDT


Turki kembali menunjukkan ketegasannya di depan masyarakat antarabangsa. Pemerintah Erdogan menolak bantuan dana PBB bagi program pencegahan kekerasan dalam rumah tangga. Program tersebut merupakan kerjasama Kementerian Agama dengan Kementerian Sosial.

Menteri Agama Turki, Profesor Mehmet Görmez, menyatakan bahawa sebelum mengurusi isu kekerasan rumah tangga, PBB harus lebih dahulu menghentikan pembantaian rayat yang tidak berdosa di Syria dan Mesir.

"Kami tidak akan mengambil satu sen pun wang PBB", tegasnya seperti dikutip Fimadani, Juma'at (23/8).

Sementara Menteri Sosial, Fatimah Sehin pula mengaku sangat terguncang dengan tindakan pembantaian dengan gas kimia rejim Bashar ke atas rakyatnya sendiri.

"Hari ini, tragedi kemanusiaan kembali terjadi 200 Km dari tempat kita berdiri. Namun kemanusiaan gagal kembali. Sama seperti Saddam yang tidak diketahui kuburannya, Al Assad akan bernasib sama," kecamnya.

Seperti diketahui, kemelut di Mesir dan Syria semakin memanas pasca Idul Fitri. Di Mesir, tentera telah membantai 6,000 lebih demonstran. Sedangkan di Syria, rejim Bashar Assad telah membantai ratusan ribu jiwa, termasuk 1,300 korban baru yang diserang dengan senjata kimia pada minggu ini. Ekoran pembantaian di dua negeri Muslim tersebut, PBB masih belum menunjukkan langkah positif untuk mengatasinya.

"Pembunuhan Bapa Saya Dirancang" -Anak Peg Tinggi Kastam

Posted: 24 Aug 2013 05:52 AM PDT


Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.

"Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini.

Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.

"Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.

"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.

Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.

"Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.

Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.

Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.

Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat.

"Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.

Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.

Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.

Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya.

"Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan.

"Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.

"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.

Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini," katanya kecewa.

Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.

"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.

Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.

Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

C "Ia merupakan spekulasi semata-mata," Ku dilaporkan berkata.

Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.

Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.

Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".

Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian· -TMI

Tiada ulasan: