Selasa, 20 Ogos 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KAK ZAT SEMAKIN TERSENYUM: SIAPAKAH YG SEMAKIN SEDIH DAN TERLUKA...SAKSIKAN

Posted: 20 Aug 2013 02:00 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak hari ini memilih berdiam diri berhubung laporan jangkaan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri dalam isu berkaitan wanita.

najib hari raya open house 080813"Tiada apa-apa pengumuman lagi setakat ini, biarkan begitu saja," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Media melaporkan, langkah melantiknya ke jawatan bertaraf menteri itu bakal mengembalikan karier politiknya yang sebelum ini diasak hebat kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) melibatkan anggota keluarganya.

Ia juga mendorong Shahrizat tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Shahrizat sebelum ini pernah dilantik sebagai penasihat khas kepada perdana menteri berhubung hal ehwal pembangunan wanita dan sosial pada 2008, walaupun beliau tewas dalam pilihan raya pada tahun itu.

Beliau kemudian dilantik sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat pada 2009 selepas beliau memenangi jawatan ketua wanita dengan menewaskan penyandang Tan Sri Rafidah Aziz.

MUKHRIZ BAKAL DIKUBUR DI PEMILIHAN UMNO?

Posted: 19 Aug 2013 09:30 PM PDT

Mahathir mencadangkan MAS diswastakan untuk mengelakkan kerugian. Ramai terkejut kenapa tiba-tiba bekas PM itu mencadangkan demikian. Apakah dia sudah ada cadangan atau angan-angan untuk memiliki MAS? Sudah ada prokasi?

Selama dia menjadi PM, MAS sudah pun rugi tetapi tidak dibuat cadangan itu.

Saya melihat cadangan Mahathir itu bukan main-main. Ia ada maksud tersirat. Apakah dia mahu memberi apa-apa mesej kepada Najib Razak? Sebelum ini Mahathir mengeluarkan pendapatnya yang BR1M yang diberikan Najib kepada rakyat tidak memberi kesan. UBN tetap kalah juga.

Mahathir juga dalam nada sinikal mengatakan dia tidak sangka UBN kalah teruk ditangan Najib.

Apakah cadangan Mahathir itu untuk memperli Najib? Walaupun sudah ada usaha dibuat Najib untuk menyelamatkan MAS dari bankrup tetapi Mahathir tetap memahat yang bunyinya menyenakan Najib. Apakah Mahathir ada maksud lain?

Hari ini Najib membuat kenyataan menjelaskan yang MAS tidak akan diswastakan kerana ia sudah disenaraikan di Brusa Saham dan menjadi milik Khazanah Nasional dan berkepentingan awam? Apakah tindakan Mahathir itu sengaja untuk mengusik Najib atau menghulurkan mesej agar Najib bersiapa sedia untuk ditentang? Begitukah. Mahathir sedang mencari point untuk bergaduh dengan Najib kemudian mengarah Muhyiddin lawan Najib.

Mungkin pendapat saya ini kurang disenangi oleh Najib dan pendokongnya. Tetapi melihat perkembangan di sekitar Mahathir dan Najib semacam ada rasa tidak puas hari oleh Mahathir terhadap pentadbiran Najib. Najib perlu sedar yang Mahathir tidak pernah mempercayai Najib kerana dia tahu kebolehan Najib lebih kurang Abdullah Badawi sahaja.

Yang Mahathir percaya dan merasakan layak memimpin Malaysia ialah anaknya Mukhriz Mahathir. [mw.kl. 3:31 pm 19/08/13]http://msomelayu.blogspot.com/2013/08/mahathir-hantar-mesej-perang-kepada.html

UMNO NAK HARAMKAN PAS?

Posted: 19 Aug 2013 06:52 PM PDT

Cubaan kerajaan sementara Mesir yang merampas kuasa untuk mengharamkan parti Ikhwanul Muslimin yang memenangi pilihanraya di negara itu sebelum ini pernah dilakukan oleh Umno terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negara ini.

Pengarah Jabatan Tarbiah dan Pengkaderan PAS, Ustaz Idris Ahmad, berkata Umno ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sedaya upaya untuk mengharamkan penggunaan nama Islam dalam pertubuhan termasuk PAS.

"Namun usaha buruk Umno tersebut gagal disebabkan Majlis Raja-Raja yang bersidang menolak usaha Umno dan Dr Mahathir," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Menurut Idris, tragedi rusuhan yang sedang berlaku di Mesir tidak mungkin berlaku di Malaysia sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara ini.

"Senario penggulingan Mantan Presiden Mesir Dr Morsi oleh tentera negara itu agak sukar berlaku di negara ini kerana Malaysia mempunyai sistem pemerintahan yang agak unik.

"Sistem demokrasi berpelembagaan di negara ini dengan Raja merupakan sebahagian daripada sistem demokrasi akan menghalang perkara sedemikian.

"Dari sudut negara ini penggulingan tentera seperti itu agak rakus, cara kekerasan yang berlaku seperti di Mesir mungkin tidak akan berlaku," kata beliau ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan jikalau PAS berjaya mentadbir Malaysia apakah senario di Mesir akan berlaku di negara ini.

Kata beliau, tindakan kekerasan tentera Mesir seperti yang berlaku itu tidak sesuai dalam konteks negara ini dalam pelbagai segi.

Tambah beliau apa yang boleh berlaku adalah seperti pertukaran kerajaan di Perak melalui 'lompat parti'.

Dalam pada itu Idris berharap kerajaan Malaysia membuat pendirian berhubung tragedi yang berlaku di Mesir.

"Kita juga menyeru semua pertubuhan Islam untuk mempunyai jatidiri yang kuat dan istiqamah dan kita yakin akan menang akhirnya," kata beliau.

KHAIRY BELA NAZRI ADA APA APA KE?

Posted: 19 Aug 2013 06:02 PM PDT

Individu yang mengkritik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana melantik anaknya sebagai pegawai khas perlu melihat diri mereka sendiri terlebih dahulu, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, mereka yang mengkritik Nazri, tidak mungkin dapat menjadi seperti menteri itu terutamanya ketika berada di Parlimen.

NONE"Mereka yang mencabar Nazri perlu lakukan seperti apa yang dia buat di Parlimen. Secara bersendirian beliau melawan pembangkang. Kamu fikir boleh buat begitu?" tanya Khairy di Twitternya.

Ketua Pemuda Umno itu berkata lagi, mereka yang mengkritik Nazri juga perlu "mengukur baju di badan sendiri" - peribahasa Melayu yang membawa maksud supaya seseorang itu perlu tahu kebolehan diri sendiri.

Kenyataan Khairy itu dibuat selepas beberapa kumpulan prokerajaan melahirkan rasa tidak puas hati di atas keputusan Nazri melantik anaknya Muhammad Nedim sebagai pegawai khas.

Nama Nedim pada mulanya disenaraikan di laman web Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebagai "pegawai khas" tetapi kemudiannya ditukar kepada "pegawai khas kepada Ahli Parlimen Padang Rengas (isu-isu GenY)".

Antara kumpulan yang mengkritik Nazri ialah NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan beberapa blogger Unit Media Baru Pemuda Umno yang mengatakan bahawa pelantikan itu sebagai "nepotisme" dan "mencemarkan imej Umno".

Tiada ulasan: