Addin |
- Khairy Sekolahkan Idris Jusoh
- AES Di Tambahbaik, Bertukar Syarikat Tetapi Tetap Kroni
- Jamil Khir Cakap Boleh Amalkan Ajaran Syiah Tapi Jangan Sebar
- Serius!! Majoriti Rakyat Malaysia Tak Mahu Dengar Berita Ni..
- Perkasa Bidas Idris Jusoh
- Berita Cemas Buat Warga Pekerja..
- Pemimpin PAS Kelantan Mari Sini Jap.. Baca Ni
- Nazri Aziz Gelar Pengkritik Bodoh
Posted: 20 Aug 2013 09:45 AM PDT Pemuda Umno menolak cadangan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebaliknya menggesa Putrajaya supaya menggunakan mekanisma sedia ada untuk mengutip balik semula pinjaman PTPTN. "Pergerakan Pemuda Umno tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan, yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh. "Pada pandangan Pemuda Umno, Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan," kata Khairy dalam satu kenyataan hari ini. Menteri Belia dan Sukan itu juga berkata Putrajaya juga perlu menimbangkan situasi semasa peminjam PTPTN. "Bahkan, keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam," tegasnya lagi. Pinjaman PTPTN adalah sebuah keperluan dan berbeza dengan pinjaman-pinjaman lain serta tidak wajar kaedah sama digunakan untuk mengutip semula hutang pinjaman pendidikan tersebut, menurut Khairy lagi. "Pinjaman PTPTN amat berbeza dengan pinjaman-pinjaman lain seperti hutang kad kredit atau kenderaan kerana ia tidak tergolong dalam pinjaman berasaskan pilihanan peribadi. "Harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana Kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi," tegasnya lagi. Selain itu, Khairy juga berkata pendidikan adalah keperluan untuk golongan muda dan langkah melaksanakan CCRIS akan memberi tanggapan negatif terhadap kerajaan. "Kumpulan peminjam tegar yang tidak melunaskan sebarang pembayaran balik adalah kecil dan tindakan penyenaraian hitam sebegini boleh memberi tanggapan umum yang negatif kepada segala gerak kerja PTPTN," tambahnya. Semalam, Idris semasa mengumumkan langkah tersebut berkata, menerusi pendekatan melalui CCRIS, peminjam PTPTN ingkar berkenaan akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya. Sejurus pengumuman tersebut, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dan juga aktivis mahasiswa membidas Idris kerana langkah tersebut akan menindas golongan belia. Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) berkata selain menghukum peminjam, yang majoritinya anak muda, tindakan diumumkan Idris itu juga akan menutup peluang belia Melayu dan Bumiputera menceburkan diri dalam perniagaan ekoran kesukaran mendapatkan pembiayaan institusi kewangan. PR juga turut membidas kenyataan Idris tersebut dengan mengatakan ia satu bentuk penindasan kepada peminjam PTPTN serta sebaliknya menegaskan kerajaan wajar menangani masalah peningkatan kos sara hidup yang menjadi beban utama golongan muda. PTPTN meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar sejak 1 Julai 1997 sehingga 30 Jun lalu, dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
AES Di Tambahbaik, Bertukar Syarikat Tetapi Tetap Kroni Posted: 20 Aug 2013 06:51 AM PDT PUTRAJAYA: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meberitahu operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bakal dikendalikan oleh kerajaan. Beliau berkata, proses pengambilalihan itu akan dibuat menerusi lantikan sebuah syarikat milik penuh kerajaan selepas diambil-alih daripada syarikat sedia ada. Dua syarikat ini adalah senarai pendek daripada sembilan syarikat yang menyertai tender terbuka yang dibuat pada 2007. Sehubungan itu menurut Hishammuddin, kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi menentukan hala tuju dan peluasan pelaksanaan AES termasuk garis panduan serta penyelarasan dari segi perundangan, kewangan, operasi dan komunikasi. "Selain itu Mesyuarat Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memutuskan bahawa AES akan diselaraskan dengan Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (Kejara). "Melalui penyelarasan ini membolehkan lesen memandu pesalah lalu lintas digantung sekiranya gagal menjelaskan saman AES ataupun melakukan kesalahan berulang," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri di Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Mengulas lanjut Hishammuddin berkata Jawatankuasa Pemandu yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan itu akan mengkaji dan meminda modul yang digunapakai sebelum ini iaitu melibatkan 'perkongsian hasil' agar pelaksanaan AES lebih telus dan adil kepada semua pihak. Iklan C (ii) |
Jamil Khir Cakap Boleh Amalkan Ajaran Syiah Tapi Jangan Sebar Posted: 20 Aug 2013 05:52 AM PDT Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu. Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut. "Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," kata Jamil Khir dalam satu sidang media selepas merasmikan pameran Haji: Pengalaman Malaysia di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Serius!! Majoriti Rakyat Malaysia Tak Mahu Dengar Berita Ni.. Posted: 20 Aug 2013 03:36 AM PDT Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) mengesahkan pelantikannya sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menguruskan hal ehwal wanita. Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu akhirnya memberikan respon berhubung desas-desus pelantikannya yang mula dilaporkan oleh media semalam. "Ya, saya adalah penasihat kepada Jabatan Perdana Menteri," katanya dalam satu mesej kiriman ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider. Hari ini Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim menafikan tanggapan bahawa Ketua Wanita Umno itu akan dilantik sebagai penasihat di kementeriannya. Semalam, media melaporkan Shahrizat dijangka akan dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri dalam isu berkaitan wanita dan jawatan itu bertaraf menteri. Shahrizat juga akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan Umno dan setakat ini, hanya Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan hasrat untuk mencabar Shahrizat. Shahrizat juga pernah dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial pada 2008, walaupun beliau tewas dalam pilihan raya pada tahun berkenaan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2009 selepas beliau memenangi jawatan Ketua Wanita selepas menewaskan penyandang jawatan berkenaan, Tan Sri Rafidah Aziz. Beliau kemudiannya mengangkat sumpah sebagai Senator pada 2009, namun meletakkan jawatannya pada April 2012,selepas ahli keluarganya terbabit dengan skandal kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) dan tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13. ~the malaysian insider Addin : Serius.. Najib tak pernah belajar dari kesilapan.. Iklan C (ii) |
Posted: 20 Aug 2013 12:52 AM PDT Pengumuman Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ingkar akan dikenakan tindakan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah penindasan kepada golongan belia Bumiputera, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa). Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) hak Melayu itu menegaskan, selain terus menghukum peminjam, yang majoritinya anak muda, tindakan diumumkan Idris itu juga akan menutup peluang belia Melayu dan Bumiputera menceburkan diri dalam perniagaan ekoran kesukaran mendapatkan pembiayaan institusi kewangan. "Ia satu bentuk penindasan. Saya cabar Idris Jusoh tuntut hutang pinjaman itu terlebih dahulu melalui mahkamah terhadap pelajar Melayu dan bumiputera. "Kerajaan kena ingat bahawa rakyat sudah ada pilihan. Rakyat boleh pilih pihak yang perjuangkan pinjaman itu dihapuskan atau pihak yang hendak CCRIS kan mereka," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar), kepada The Malaysian Insider. Idris ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi pendekatan melalui CCRIS, peminjam PTPTN ingkar berkenaan akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya "Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya. Jelas ahli Parlimen Besut itu lagi, pelaksanaan CCRIS bagaimanapun tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya. Pada masa sama, Idris menjelaskan PTPTN turut merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank. "Silalah kumpulkan dari awal lagi kebencian rakyat kepada Barisan Nasional (BN)," tegas Syed Hassan lagi. Mengenakan CCRIS kepada peminjam, katanya, akan menyukarkan lagi golongan belia mencari punca pendapatan setelah mereka sukar mendapat pekerjaan dalam keadaan peluang pekerjaan semakin sempit sekarang ini. Idris berkata, peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat ditetapkan PTPTN. Syed Hassan bagaimanapun melihat daripada terus menghukum, Putrajaya seharusnya mengambil langkah yang lebih mudah dan tidak membebankan peminjam melalui potongan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). "Kerajaan boleh ambil tindakan yang lebih mudah dan tidak membebankan peminjam terutama kepada yang sudah bekerja lima tahun ke atas baru boleh buat tuntutan pinjaman, yang tidak lagi bekerja bagaimana mereka mahu membayar balik? "Bagi yang sudah bekerja lima tahun ke atas kerajaan boleh tuntut melalui KWSP peminjam. Bukankah ada tiga pecahan akaun dalam setiap pencarum KWSP? Salah satunya akaun Kesihatan bersama Pendidikan. Tuntutlah dari akaun itu," cadang Syed Hassan sebagai alternatif kepada tindakan kerajaan. "Apa pun saya ucapkan tahniah kepada Idris kerana keberanian beliau mengeluarkan kenyataan tidak popular menjelang pemilihan Umno tidak lama lagi. PTPTN meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar sejak 1 Julai 1997 sehingga 30 Jun lalu, dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Berita Cemas Buat Warga Pekerja.. Posted: 19 Aug 2013 11:31 PM PDT Hutang Negara semakin membengkak... Wang Rakyat Jadi Habuan... BN Kata Kewangan Negara Mantap... Rakyat Tertipu Lagi.... RM470.6 bilion 1 BILION 1000 JUTA BAYANGKAN 470.6 BILION!!! Itulah jumlah hutang kerajaan BN merembat wang KWSP yakni duit simpanan rakyatnya sendiri. dan sebab tulah hangpa kena keluaq duit makin lambat... dulu 55 dah nak genjak pie 60..thah thah lepas nie dia bagi monthly pulak Apa yang BN buat dengan duit yang banyak tu? Tiada siapa yang tahu melainkan barisan menteri menteri penyamun negara sendiri yang tahu rahsia samunan masing masing!!! Rahsia ini akan terus menjadi rahsia selagi BN memerintah!!! Sebabtulah BN sanggup gadai negara beri ic kpd pendatang asing untuk mengundi supaya MENANG pru dengan cara MENIPU!!! Macai akan jawab apa? BN guna buat pembangunan? Buat highway? Semua tu rakyat kena bayar la dey..bukan free..jika free sah sah la guna duit rakyat untuk kemudahn rakyat..tapi korang nampak tak apa gua nak cakap? ~King Jason Lagi Berita Di SINI Iklan C (ii) |
Pemimpin PAS Kelantan Mari Sini Jap.. Baca Ni Posted: 19 Aug 2013 05:56 PM PDT Pengkaji politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof sekali lagi menulis dan mempertikaikan kerajaan negeri Kelantan. Kali ini beliau mempersoalkan apakah PAS juga mengamalkan kronisme? Ini adalah tulisan ketiga penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu mengenai kepimpinan baru kerajaan negeri Kelantan. Tulisan pertama beliau mengenai ketiadaan keghairahan baru dalam politik Kelantan menimbulkan perdebatan hangat. Tulisan itu dijawab beberapa pemimpin kerajaan negeri Kelantan namun salah seorang pemimpin PAS Pusat mempertikaikan jawapan itu dan menyifatkannya sebagai jawapan bodoh sombong. "Apa yang pastinya banyak pelantikan baru, tidak ada pembaharuan dan perubahan. Majoritinya adalah pelantikan 'reuse dan recycle' seolah-olah kitar semula menjadi dasar dan amalan. "Misalnya, lihat siapa yang dilantik menjadi Pengarah Pusat Kajian Strategik? Siapa Pengarah Urusetia Penerangan Kelantan? Siapa Ketua Pengelola Bahagian Dakwah Halaqat Negeri Kelantan?" tanya Agus dalam tulisan terbarunya kali ini. Kerajaan Kelantan baru saja melantik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh sebagai Pengarah Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan yang baru. Sebelum ini beliau adalah Setiausaha Akhbar Menteri Besar (MB) Kelantan dan pernah menjadi Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan. Agus dalam tulisan terbarunya juga menjawab tuduhan yang disifatkan datang dari 'kawan-kawan' beliau. "Daripada semua pandangan itu, saya terlebih dahulu ingin menjawab komen kawan-kawan, khususnya tentang: (i) adakah saya orang Datuk Husam Musa?, (ii) sejauh manakah saya rapat dengan Datuk Husam?, dan (iii) apa yang saya perolehi dari dari Datuk Husam Musa?" tulis Agus dalam tulisannya. Menurut Agus, beliau hairan, apa kaitan beliau dengan Husam. "Saya mengenali beliau seperti mana saya mengenali pemimpin PAS yang lain. Mengapa baru ditimbulkan soal Datuk Husam? Yang saya timbulkan dalam tulisan saya bukan soal Datuk Husam. "Yang saya persoalkan dalam tulisan saya ialah pembangunan projek lebuh raya rakyat dan stadium serta bekalan air untuk rakyat. Ini kerana berkebetulan pada waktu itu ramai rakyat Kelantan yang pulang berhari raya, maka saya kasihan melihat mereka terpaksa melalui jalan yang sesak dan menghadapi masalah air bersih untuk minum dan mandi," kata Agus. Baginya, persoalan tentang berapa yang beliau perolehi dari Husam adalah komen yang kurang wajar kerana "adakah serendah itu kita melihat kredibiliti dan integriti saya dan Datuk Husam? " "Jika pun ada dalam kalangan kita yang tidak setuju dengan Datuk Husam, saya fikir Islam tidak mengajar kita untuk turun darjat serendah itu. "Sebab itulah dalam kita melontarkan sesuatu—seperti juga saya, kita mesti selalu waspada dengan kenyataan yang hendak dibuat, apalagi jika kita mendokong prinsip dan tatasusila Islam. "Kalau kita pendokong Islam, ingatlah juga dosa pahala dalam politik, takut-takut nanti kita terfitnah saudara sendiri," tegas Agus dalam tulisannya. Menurut Agus, beliau timbulkan pertanyaan ini kerana ia adalah projek kerajaan negeri yang dijanjikan sebelum pilihan raya. "Saya tidak persoalkan sumber kewangan untuk membina lebuh raya rakyat, pembangunan stadium dan bekalan air kerana semua ini adalah janji yang dibuat oleh kerajaan negeri. "Kerajaan negeri sendiri sudah melancarkan projek ini dengan siap mengutip dermanya sekali. Tiada kaitan saya dengan Datuk Husam dalam soal ini," katanya. Prinsipnya, kata Agus, walaupun projek ini dahulunya adalah idea naib presiden PAS itu, tetapi yang turut bersetuju untuk mewar-warkan projek ini adalah kerajaan negeri. Maka dalam soal ini, prinsip 'tanggungjawab bersama' terpakai yang semestinya tanggungjawab ini dipikul oleh kerajaan sekarang selepas Husam tidak lagi berada di dalam kerajaan, tegasnya. Beliau mempersoalkan, mengapa perlu dijadikan isu sangat dengan Husam? "Bukankah beliau juga adalah pemimpin PAS, malah Naib Presiden PAS lagi? Atau apakah dalam kepimpinan PAS negeri sekarang ini ada masalah dalaman sehingga saya pula cuba dikaitkan dengan masalah dalaman politik tersebut," tulisnya. Menurutnya, tulisan beliau adalah untuk rakyat Kelantan, iaitu negeri kelahiran beliau. "Saya senang jika rakyat kelantan senang dan negeri saya membangun. Itulah sahaja yang mampu saya lakukan, iaitu memainkan peranan saling mengingatkan,"kata nya. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Nazri Aziz Gelar Pengkritik Bodoh Posted: 19 Aug 2013 05:20 PM PDT Menteri Kabinet yang dilanda kontroversi, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) menggelar golongan yang melemparkan kritikan terhadapnya sebagai "bodoh" berikutan pelantikan anaknya sebagai pegawai khas di Padang Rengas. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang terkenal dengan ketegasannya itu berkata beliau telah menjelaskan isu berkenaan kepada pihak atasannya, Datuk Seri Najib Razak."Saya tidak khuatir. Saya akan tentang mereka. Ia tak beri kesan kepada saya," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.Serangan terbaru ke atas Nazri datang dari penulis blog dan kumpulan hak Melayu yang menggelar menteri berkenaan sebagai angkuh kerana mempertahankan keputusan berhubung pelantikan anaknya, Nedim Mohamed Nazri sebagai pegawai khasnya. Golongan tersebut turut mencabar Nazri untuk bertanding dalam pemilihan Umno yang akan datang untuk membuktikan popularitinya.Nazri telah pun menjelaskan Nedim tidak dibayar kerajaan dan pelantikannya bagi membantu pelaksanaan aktiviti belia di Padang Rengas. Selain itu, penulis blog Umno mendakwa, "Nazri sekali lagi berkata perkara tidak masuk akal. Pada mulanya memberitahu anaknya bekerja sukarela namun kemudian menjelaskan membayar sendiri gaji anaknya."Jika gaji dibayar, itu bukan sukarela. Tidak kira siapa yang membayarnya. Sukarela bermakna tiada bayaran," jelas penulis blog itu.Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia Hamdan Mohd Salleh meminta menteri itu untuk meletak jawatan dan pergi melancong jika terlalu kaya. Nazri berkata golongan seperti ini "tidak berakal". Penulis blog telah memanipulasi Internet dengan cara yang tidak betul."Dahulu semasa pemilihan Umno, mereka mengancam untuk mewujudkan buku tentang pemimpin Umno dengan berharap segala dakyah yang dipaparkan mampu mengaburi mata masyarakat. "Sekarang mereka menggunakan blog untuk menyampaikan perkara sama. Oleh kerana itulah mereka mahu saya bertanding bagi menguji tahap populariti," katanya. Nazri berkata beliau telah biasa bertanding dalam jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan kini beliau ingin berikan kepada generasi yang lebih muda untuk mengambil alih. "Saya percaya ada calon yang lebih layak untuk bertanding. Bagaimana parti untuk menjana pemimpin baru jika orang yang sama menerajui MT," katanya.Nazri menjelaskan kewangannya kini berada pada kedudukan "selesa" dan kini masa berkhidmat kepada masyarakat. "Saya telah berkhidmat kepada masyarakat sejak 18 tahun lalu sebagai ahli Parlimen maka inilah masa untuk berkhidmat dan tidak terfikir untuk meletak jawatan," ujarnya.Katanya, penulis blog yang berterusan menyerangnya menggambarkan sikap biasa orang Melayu yang tidak boleh melihat kesenangan orang lain. "Nedim bekerja dengan saya. Saya bayar gajinya. Pegawai yang bekerja di kementerian bukan saudara saya," katanya. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan