Selasa, 20 Ogos 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Wan Ji tak hina Sultan cuma PPIM tak faham 'fiqh tawaqqu'..

Posted: 20 Aug 2013 08:17 AM PDT


Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husein mempertahankan dirinya berhubung video yang menunjukkan beliau berbincang kemungkinan Malaysia menjadi negara sistem monarki, yang didakwa sesetengah pihak sebagai "menghina" sultan.

Wan Ji berkata kenyataan itu dibuat secara kiasan sewaktu perbincangan berkaitan 'fiqh tawaqqu' - satu cabang pengajian fikah Islam yang membincangkan isu yang mungkin berlaku pada masa depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Wan Ji berkata beliau memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang sultan.

Seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membuat laporan polis dengan mendakwa Wan Ji menghina sultan dan beliau menggesa tindakan diambil terhadapnya.

Laporan polis itu dibuat oleh Muhammad Zharif Johor di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 3.55 petang tadi.. lihat di ( SINI )

Kerajaan Tidak Akan Hapuskan AES.. tapi serahkan kepada kroni lain pula?

Posted: 20 Aug 2013 05:39 AM PDT


Mungkin kerana baru menyedari bahawa penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) memberikan keuntungan yang besar, Kerajaan tidak akan menghapuskan sistem itu tetapi mengambil alihnya..

Pada penghujung tahun lalu Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) mengemukakan bukti kerajaan United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (US), Perancis dan Australia mengambil kesempatan dengan memperoleh keuntungan berjuta dolar melalui pelaksanaan AES.

KPRU dalam kajiannya berkata, perkara ini kemudiannya mendapat tentangan hebat kerana kerajaan berkenaan melaksanakan AES secara senyap-senyap tanpa rundingan bersama rakyat dan pengguna jalan raya khususnya pada peringkat perancangan sehingga berjaya memaksa program itu ditutup.

"Pada tahun 2006 sebuah siasatan samaran di UK telah menemui kamera trafik sememangnya dilakukan untuk meraih keuntungan bagi kerajaan dan syarikat pembekal kamera trafik dan bukannya untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya.

"Malah menurut siasatan tersebut, kamera trafik sememangnya direka untuk mengaut keuntungan daripada pengguna jalan raya di mana saman yang bernilai berjuta-juta dolar akan disalurkan secara rahsia kepada kerajaan dan bukannya memberi semula wang tersebut untuk memperbaiki keselamatan jalan raya," katanya.

Oleh kerana kajian telah membuktikan ianya menguntungkan.. bacalah apa yang akan dilakukan oleh kerajaan di bawah ni..

PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat untuk mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada syarikat pengendali Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd dalam masa terdekat.  
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan hasrat berkenaan dan ia akan dikendalikan menerusi lantikan satu syarikat milik penuh kerajaan.  
"Hasil daripada penilaian holisitik ini telah dibawa ke Mesyuarat Majlis Ekonomi (EC) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bagi memutuskan penyelesaian yang adil dan tepat berhubung pelaksanaan AES," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kementerian Pengangkutan di sini hari ini ~ Free Malaysia Today

Pi mai.. pi mai.. rakyat juga yang kena...

AES masih dikekalkan tetapi yang dimansuhkan ialah pengswastaan sistem itu, dari diswastakan dialihkan kepada syarikat milik kerajaan..

Yang pasti kroni lain pula akan dilantik menerajui syarikat milik kerajaan itu bagi menggantikan syarikat milik kroni yang ada sekarang ini..

Jika bukan untuk memberi peluang kepada kroni yang lain kenapa tidak diserahkan sistem penguatkuasaan itu kepada JPJ atau SPAD ataupun Polis Traffik?

Video Ustaz Wan Ji Menghina Sultan pula tersebar.. betulke dia hina Sultan?

Posted: 20 Aug 2013 12:37 AM PDT


Siapalah yang pedajai Ustaz Wan Ji ni.. kerana video yang diupload kedalam YouTube ni, masaalah akan melanda hidupnya..

Satu laporan Polis akan dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terhadap Ustaz Wan Ji At-ta'aduddi.

Laporan akan dibuat pada jam 4.00 petang ini (20 Ogos 2013) di Balai Polis Dang Wangi, Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala lumpur berikutan tersebarnya satu video yang dianggap menghina Sultan.

Selain dari penghinaan ia juga dianggap sebagai ancaman untuk menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Itu adalah apa yang terkandung dalam satu e-mail yang aku terima dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia pagi ini..

Ni e-mail nya..


Ini video yang dimaksudkan..

 

Dalam hal ini.. aku tak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia sebagai menghina Institusi Raja kerana apa yang disampaikan oleh Ustaz Wan Ji itu adalah mengenai Fiqah..

Adalah malang jika sebuah persatuan yang menamakan dirinya sebagai Persatuan Pengguna Islam Malaysia tidak faham apa yang dimaksudkan dengan fiqah itu...


Update: Penjelasan Wan Ji sila baca di SINI

Dah Untung RM2.042 Bilion pun, TNB mahu naikkan tarif elektrik lagi..

Posted: 19 Aug 2013 08:59 PM PDT



Pada 18 Julai 2013 yang lalu Tenaga Nasional Bhd mengumumkan mereka mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.042 bilion bagi suku ketiga yang berakhir pada 31 Mei, 2013, berbanding RM980.30 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Pendapatan meningkat kepada RM9.648 bilion daripada RM9.191 bilion, kata syarikat kuasa nasional itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada hari tersebut.

Walaubagaimanapun sikap tamak haloba yang ada dalam diri pihak pengurusan mereka, keuntungan tersebut masih tidak cukup buat mereka.

Mereka yang kebanyakkannya terdiri dari kroni UMNO/BN mahukan untung yang lebih berlipat ganda.. malangnya mereka tidak tahu memikirkan bagaimana untuk menjana keuntungan selain dari menyusahkan rakyat.

Daripada memikirkan penjimatan dan pengurusan yang lebih baik untuk menjana keuntungan yang lebih tinggi mereka memilih jalan mudah iaitu menaikkan taraf elektik.

Seperti biasa.. dengan menggunakan ayat standard pemimpin-pemimpin UMNO bila mengumumkan sesuatu kenaikkan.. mereka menyatakan 'Pelarasan ini tidak akan membebankan rakyat...'

Padahal meskipun menurut mereka pengguna yang menggunakan kurang dari  200 KwJ tidak akan terkesan, pada akhirnya akan terkena tempiasnya juga disebabkan industri pengeluaran terpaksa menaikkan harga keluaran mereka bagi menampung kos pengeluaran.

Inilah yang dinamakan 'Rakyat didahulukan... Pencapaian diutamakan'.. untuk mencapai keuntungan berlipat ganda, rakyat didahulukan untuk ditekan...

Laporan berkaitan..

TNB jamin semakan semula berpatutan, rakyat usah bimbang
Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi jaminan bahawa sebarang pelarasan kadar tarif elektrik jika dipersetujui oleh kerajaan, tidak akan membebankan pengguna.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata, pengguna domestik dengan penggunaan bulanan di bawah 200 kilowatt sejam (kwj) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu. 
"Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda" Azman Mohd, Presiden dan Ketua Eksekutif TNB. 
"Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna (tenaga di dalam negara) adalah daripada kumpulan yang mana penggunaan bulanan mereka di bawah 200 kwj iaitu dengan bil di bawah RM70. 
"Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda. Ada peratusan tertentu tetapi ia tidak setinggi itu," katanya pada media pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, semalam. 
Kali terakhir kerajaan menyemak tarif elektrik ialah pada Jun 2011 apabila ia dinaikkan sebanyak 2.23 sen bagi satu kilowatt sejam (kwj) atau 7.12 peratus kepada paras semasa iaitu 33.54 sen/kwj daripada 31.31 sen/kWj. 
Kenaikan itu dibuat setelah tarif elektrik tidak berubah sejak Jun 2006 dan sebagai sebahagian daripada proses rasionalisasi subsidi di tengah-tengah peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga.

Kerajaan tentukan 
Azman berkata, keputusan berhubung semakan semula tarif elektrik akan ditentukan oleh kerajaan bersandarkan kepada maklumat yang diberikan TNB. 
"Banyak pertemuan telah dilakukan, termasuk secara rasmi dan tidak rasmi bagi membincangkan perkara itu. Namun, kami pasti kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin bagi kebaikan semua pihak termasuk pengguna dan penggunaan industri," katanya. 
Azman menjelaskan, sebarang pelarasan kadar tarif elektrik, jika berlaku pada masa hadapan, adalah disebabkan oleh kenaikan harga bahan api, bukannya atas dasar untuk memberikan keuntungan tambahan kepada syarikat utiliti itu. 
"Kita tidak rugi apa-apa. Seperti sekarang yang rugi adalah PETRONAS yang membekalkan gas asli cecair (LNG) sebagai bahan api kerana terpaksa menanggung harga berkali ganda," katanya. 
Katanya, ketika ini, PETRONAS menetapkan harga gas iaitu bahan bakar utama untuk menjana elektrik pada kadar RM13.70 bagi sejuta metrik unit thermal British (mmBtU), jauh lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu sebanyak RM40 mmBtU. 
Berdasarkan kos bahan api 
Bulan lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, turut dilaporkan berkata, kerajaan akan memastikan sebarang kenaikan tarif elektrik, jika berlaku, akan dibuat berdasarkan kepada kenaikan kos bahan api dan bukannya untuk memberi keuntungan tambahan kepada TNB. 
"Sebarang perubahan harga bahan api akan ditampung TNB dan TNB pula dibenarkan melepaskan kos itu kepada pengguna melalui prinsip mekanisme Fuel-Cost Pass Through (FCPT)," katanya. 
Melalui FCPT, pengguna elektrik berkapasiti 200Kwh sebulan kekal menikmati 21.8 sen setiap kilowatt, sementara yang menggunakan elektrik kurang 92Kwh sebulan atau kurang RM20 juga akan terus menikmati rebat. 
"Ini bermakna kenaikan tarif elektrik bergantung kepada kenaikan kos bahan api dan bukan untuk memberi keuntungan tambahan kepada TNB," katanya. 
FCPT adalah mekanisme di bawah Kawalselia Berdasarkan Insentif (IBR) Suruhanjaya Tenaga dalam meningkatkan kecekapan operasi syarikat utiliti, dengan syarikat terbabit akan menerima insentif atau dikenakan penalti jika gagal mencapai prestasi ditetapkan. 
Melalui FCPT, pengguna elektrik dengan kapasiti 200Kwh sebulan akan kekal menikmati kadar 21.8 sen bagi setiap kilowatt, sementara mereka yang menggunakan elektrik kurang 92Kwh sebulan atau kurang RM20 sebulan juga akan terus menikmati rebat ~ Berita Harian

Berita Gembira Dari Kerajaan BN, Buat Pengundi Muda Peminjam PTPTN ..

Posted: 19 Aug 2013 05:30 PM PDT


Minggu lalu Merdeka Center mendedahkan hasil kajiannya menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) gagal mengatasi arisan Nasional (BN) dalam mendapatkan lebih undi Melayu dari undi pengundi kali pertama dan golongan muda dalam Pilihan Raya 2013 lalu.

Menurut Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, beliau mendapati majoriti pengundi kali pertama dan pengundi muda Melayu menyokong BN dalam PRU13, kerana pembangkang tidak melakukan banyak untuk meyakinkan golongan muda Melayu, masa depan mereka cerah bersama PAS, PKR dan DAP.

Corak pengundian pengundi muda dan pengundi kali pertama dikumpulkan oleh Merdeka Center sebagai sebahagian daripada kajian pilihan raya umum baru-baru ini.

Terdapat lima saluran mengundi dan setiap daripadanya mewakili kumpulan umur pengundi. Menurut badan tinjauan bebas itu, berdasarkan daftar pemilih digunakan semasa hari mengundi, terdapat lebih kurang 2.7 juta dan kebanyakan pengundi baru berada di kerusi campuran dan bandar.

Daripada lima saluran mengundi, kumpulan termuda adalah di bawah 30an dan 64.17% daripadanya terdiri daripada Melayu.

Peratusan keluar mengundi bagi semua kaum dalam kategori ini adalah 83.22%.

Daripada keseluruhannya, hanya 52.96% mengundi PR.

Tetapi pengundi lebih tua daripada kumpulan ini condong menyokong pembangkang. Dalam kumpulan umur 31-40 tahun, 54.25% menyokong PR.

Komposisi etnik dalam kumpulan ini adalah 53.12% Melayu, 29.28% Cina, 7.61% India dan 10% lain-lain.

Peratusan keluar mengundi hampir sama dengan kumpulan pengundi muda iaitu 83.47%.

"Pakatan Rakyat tidak mempunyai jalan lain tetapi mendekati Melayu, tangani ketakutan mereka mengenai kedudukan Melayu dan pada masa sama membentangkan pelan ekonomi yang komprehensif," kata Ibrahim lapor The Malaysian Insider.

Oleh kerana pengundi muda di bawah 30an yang kebanyakkannya merupakan lepasan Sekolah dan juga IPTA serta IPTS telah mengundi Barisan Nasional..

Maka Kerajaan Barisan Nasional telah mengumumkan satu berita yang menggembirakan buat mereka semua..

Ini berita yang menggembirakan itu..

Peminjam PTPTN Kini Disenaraikan Dalam Rujukan Kredit Pangkalan Data Bank Negara

KUALA LUMPUR: Bermula bulan ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS).

Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, mereka yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman dengan PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman.

Bagaimanapun, beliau berkata ini bukan satu perkara yang perlu dibimbangkan oleh para graduan.

"Sistem ini berkuatkuasa kepada mereka yang enggan membuat pembayaran balik pinjaman mereka," kata Idris pada sidang media selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka PTPTN di sini.

Beliau menambah mereka yang tidak dapat membuat pembayaran balik pinjaman boleh mengadakan perbincangan dengan PTPTN untuk mengemukakan satu jadual pembayaran balik yang baru.

Ini bagi membolehkan nama mereka tidak disenaraikan dalam pangkalan data CCRIS.

Mereka yang berjaya membuat pembayaran balik pinjaman mereka sekaligus sebelum 30 September ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus ~ mStar

Berikut adalah implikasinya  PTPTN ke CCRIS oleh sebab aku yakin ramai pengundi muda yang membaca tentang laporan ini tertanya-tanya apa bendanya  CCRIS tu..

Central Credit Reference Information Systems CCRIS atau dalam bahasa Melayu Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat merupakan satu pengkalan data bersama yang dkawal selia oleh Bank Negara.

Setiap intitusi kewangan (bank - bank)yang bernaung dibawah Bank Negara Malaysia akan menghantar maklumat semua peminjam mereka secara bulanan ke bank negara untuk dimasukkan ke pengkalan data ini iaitu CCRIS.

Maklumat - maklumat ini adalah seperti jenis pinjaman, jumlah pinjaman, jumlah ansuran bulan dan pembayaran balik pinjaman.

Maklumat ini sentiasa dikemaskini oleh bank negara berdasarkan laporan dari bank - bank dibawahnya.

Tujuan CCRIS Tujuan CCRIS adalah untuk memudahkan intitusi kewangan membuat semakan tentang komitmen kewangan seseorang yang ingin membuat pinjaman dari mana - mana bank.

Dan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari CCRIS tersebut membolehkan pihak bank membuat pertimbangan samaada untuk meluluskan permohonan pinjman seseorang itu atau tidak.

Contoh; Najib telah memiliki kad kredit dari Maybank dengan jumlah bayaran minimum setiap bulan RM400.00. Dalam masa yang sama, Ahmad juga ada membeli kereta dan pinjaman kereta tersebut dari Public Bank dengan jumlah ansuran bulan RM750.00 sebulan.

Ini bermaksud Najib telah mempunyai hutang dengan dua buah intitusi kewangan iaitu dari Maybank untuk kad kredit dan Public Bank untuk pinjaman kereta.

Kedua - dua maklumat serta rekod bayaran balik berkenaan hutang Najib ini, iaitu dari pihak Maybank dan Public Bank akan menghantarnya ke bank negara bagi dimasukan ke dalam sistem CCRIS ini secara bulanan.

Selang beberapa tempoh Najib ingin memohon pinjaman peribadi dari Ambank pula.

Apabila Najib mengemukan permohonan untuk melakukan pinjaman perumahan atau peribadi, perkara pertama yang akan dibuat oleh kakitangan pihak bank ialah menyemak status kredit atau komitmen kewangan Ahmad didalam sistem CCRIS.

Ini bermakna maklumat kredit Najib bukanlah rahsia bagi setiap bank. Walapun Najib mempunyai hutang dengan Maybank, pihak Ambank juga boleh mengetahuinya dengan merujuk kepada sistem CCRIS ini yang telah dipusatkan di bank negara.

Jika pihak Ambank mendapati jumlah pinjaman atau hutang semasa Najib adalah seimbang dengan kadar gaji dan rekod bayaran baliknya juga cantik iaitu tidak ada tertunggak atau kelewatan bayaran, pihak Ambank boleh mempertimbangkan untuk meluluskan pinjaman perumahan atau peribadi yang dipohon Najib bergantung pada jumlah yang dipohon.

Tetapi, jika selepas semakan dengan sistem CCRIS oleh pihak Ambank mendapati rekod bayaran balik hutang kad kredit Najib dengan Maybank telah tertunggak selama 2 bulan, pihak Ambank (dan juga bank-bank lain) akan serta merta menolak permohonan pinjaman beliau.

Begitu juga jika kes ini berlaku pada hutang kereta beliau. Apa yang perlu dilakukan Najib ialah, beliau perlu menjelaskan segera hutang - hutang tertunggak tersebut dan selepas 3 bulan baru beliau boleh mengemukakan permohonan baru.

Ini kerana selalunya, tempoh 3 bulan diambil bagi membersihkan rekod tertunggak di dalam sistem CRRIS.

Ada juga kes yang mengambil masa berbulan - bulan bagi membersihkan "bad record" tersebut.

Pengumuman Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Dato Indris Jusoh  untuk menggunapakai sistem yang sama seperti yang disebut diatas terhadap peminjam - peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional PTPTN membawa maksud  peminjam PTPTN akan berhadapan situasi yang sama seperti "Najib".

Cuma bezanya Najib sedikit beruntung kerana sudah memiliki kad kredit dan kereta. Jika permohonan Najib ditolak kerana adanya tunggakan hutang, beliau cuma perlu menjelaskan segera tunggakkan tersebut yang mungkin seribu atau dua ringgit.

Najib juga mungkin sudah mempunyai pekerjaan tetap dan begaji selesa. Berbeza dengan rata-rata peminjan PTPTN yang mengambil masa setahun lebih untuk mendapatkan pekerjaan dan selepas itu mengambil masa tiga atau empat tahun untuk mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil.

Secara kasarnya boleh dikatakan hutang tertunggak seseorang mahasiswa itu dengan PTPTN sudah 3 tahun (tidak temasuk bunga).

Cuba bayangkan jumlah yang perlu diselesaikan segera oleh mahasiswa tersebut jika dia mahu membuat pinjaman untuk membeli kereta Myvi untuk kegunaan harian ke tempat kerja.

Itulah.. Pakatan Rakyat nak hapuskan PTPTN majoriti korang nak sokong BN..

Sekarang.. nasi dah jadi bubur nasi.. bubur nasi dah jadi tahi.. jadi korang bayar sajalah..

Tiada ulasan: