Sabtu, 10 Ogos 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


LAGI KES TEMBAKAN..AMAN AMAN

Posted: 10 Aug 2013 07:30 AM PDT

Seorang anggota tentera cedera parah akibat terkena tembakan dalam satu kejadian di sempadan Malaysia-Thailand pagi ini.
Laporan Berita Harian menyebut, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 4.30 pagi ketika anggota berkenaan meronda di satu kawasan di Bukit Kayu Hitam.

Laporan itu menyebut kenyataan ketua jabatan siasatan jenayah Kedah Nashir Ya yang berkata anggota tentera berusia 26 tahun itu menemui satu lubang di kawasan pagar semasa rondaan.

Katanya, mangsa tersebut mendengar satu letupan ketika cuba membaiki pagar tersebut.

Anggota berkenaan kemudiannya berlari dan seterusnya terkena satu tembakan dari arah sempadan Thailand, kata Nashir dalam laporan itu.

Anggota yang tidak dinamakan itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk rawatan.

Kejadian tembakan itu berlaku ketika cadangan timbul untuk menubuhkan satu kawasan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand seperti di Sabah.

BERANIKAH ANWAR DAN HADI MENYAHUT CABARAN KARPAL SING?

Posted: 10 Aug 2013 03:00 AM PDT

Pengerusi kebangsaan DAP menyeru agar pemimpin dalam Pakatan Rakyat mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Pulau Pinang.
Katanya beliau sanggup berbuat demikian dan meminta ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melakukan perkara sama.

Tambahnya, semua pemimpin Pakatan baik anggota exco, ADUN atau ahli majlis harus mengisytiharkan harta mereka.

"Saya sentiasa menyokong amalan ini. Dalam khidmat awam, kita mesti sedia dinilai oleh orang awam dan pengundi semasa memegang jawatan," kata MP Bukit Gelugor itu.

Kataya, beliau menunggu tarikh yang akan ditetapkan oleh ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengisytihar hartanya

Tiada ulasan: