Anak Sungai Derhaka |
- Apa Pula Muslihatnya Nurul Izzah Dijemput Lancarkan Buku Pak Lah?
- Cina Pun Mahu Duit Zakat?.. Teresa Kok buat laporan Polis terhadap macai UMNO..
- Nurul Izzah Akan Lancar Buku Pak Lah Di Singapura
Apa Pula Muslihatnya Nurul Izzah Dijemput Lancarkan Buku Pak Lah? Posted: 10 Aug 2013 05:53 AM PDT Keghairahan orangramai bercakap mengenai buku Pak Lah, Awekening, The Abdullah Badawi Years In Malaysia dijangka bertambah hangat apabila tersebar berita bahawa pelancaran buku itu di Singapura akan dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 30 Ogos depan. Nurul Izzah sendiri hari ini dllaporkan telah mengesahkan persetujuan untuk menerima jemputan bagi melancarkan buku itu. Di Malaysia pula, buku ini akan dilancarkan oleh Pak Lah sendiri. Pada mulanya majlis pelancarannya dijadualkan akan diadakan seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri tetapi memandangkan kesihatan Pak Lah yang tidak begitu mengizinkan, majlis itu dikatakan telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan. Pak Lah sebelum ini disahkan mengidap radang pada kakinya dan telah menerima rawatan di IJN. Beliau juga didapati hadir dalam beberapa majlis dengan berkerusi roda. Dipercayai keadaan kakinya yang belum pulih sepenuhnya menjadikan majlis pelancaran itu ditangguhkan. Dalam bukunya ini, Pak Lah antaranya menjawab beberapa persoalan mengenainya dirinya, terutamanya yang dilemparkan oleh Mahathir selama bertahun-tahun ini, pandangannya mengenai Mahathir yang disifatkannya manusia penuh kontradiksi, mengenai perubahan dalam UMNO, kehilangan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya 2008, juga mengenai menantunya, KJ yang dipertahankannya sebagai tidak pernah canpurtangan dan mempengaruhinya dalam urusan kerajaan serta berbagai lagi. Terbitanya buku ini menjelang pemilihan UMNO pada 5 Oktober depan di mana KJ sudah dilantik menganggotai kabinet Najib sebagai Menteri Belia dan Sukan, sementara Mahathir pula masih kekal mahu menunjukkan pengaruhnya dalam UMNO, tentunya akan menimbulkan pelbagai tafsiran mengenai tujuan dan masa buku ini dikeluarkan. Mahathir pula ketika ditanya wartawan mengenainya komennya mengenai buku Pak Lah ini, mengambil sikap tidak mahu mengulasnya lagi kerana belum membacanya serta ingin mengkaji kanduangannya terlebih dahulu. Ini merupakan sesuatu yang jarang dilakukan oleh Mahathir. Biasanya beliau tidak melengah-lengahkan untuk memberi ulasan sesuatu perkara yang dikaitkan secara langsung mengenainya. Tetapi berbeza dengan serangan Pak Lah melalui bukunya ini. Ia seperti membuatkan Mahathir perlu berhati-hati sebelum memberikan sebarang komennya atau barangkali Mahathir dapat merasakan ada sesuatu disebalik terbitnya buku ini. KJ pula, walaupun dipertahankan oleh Pak Lah, turut keberatan untuk memberi komennya atas alasan juga belum membacanya. Sementara orangramai merasakan buku ini akan menghangatkan kembali perbalahan antara Mahathir dan Pak Lah yang pernah tercetus sebelum ini, nampaknya ia kini memasuki episod yang lebih menarik apabila Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan melancarkan pula buku itu di Singapura. Biasanya buku mengenai mana-mana individu ternama akan dilancarkan oleh individu itu sendiri atau tokoh lain yang setaraf atau lebih tinggi daripadanya. Barangkali juga ini merupakan kali pertama buku mengenai seorang Perdana Menteri dilancarkan oleh individu daripada parti yang berbeza dengan tokoh tersebut. Ternampak Nurul Izzah sangat istimewa dalam hal ini? Sebagaimana Pak Lah yang berbalah dengan Mahathir, Anwar juga turut berbalah dengan Mahathir sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan ia berterusan sehingga ini. Pak Lah pula, walaupun dipilih untuk menggantikan Mahathir tetapi telah mengambil keputusan membebaskan Anwar dari penjara yang dilihat sebagai antara punca bermulanya kemarahan Mahathir kepada Pak Lah. Beberapa isu lain yang turut disebut sebagai punca kemarahan Mahathir seperti pembatalan projek landasan berkembar dan Jambatan Bengkok serta pengaruh KJ dalam pentadbiran Pak Lah sebenarnya dilihat oleh banyak pihak hanyalah isu sampingan semata-mata kerana punca utamanya ialah pembebasan Anwar dari penjara kerana Mahathir menjangkakan apabila Anwar terus dipenjarakan, karier politiknya juga akan turut terpenjara untuk selama-lamanya. Jika dulu Pak Lah membebaskan Anwar dari penjara, kini anak Anwar pula melancarkan buku Pak Lah. Walaupun Anwar dan Pak Lah berada dalam parti yang berbeza, begitu juga dengan Nurul Izzah, kebersamaan mereka ialah mempunyai musuh politik yang sama iaitu Mahathir. Apakah di majlis pelancaran di Singapura itu nanti, Pak Lah akan turut hadir dan duduk sebelah-menyebelah dengan Nurul Izzah? Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI |
Cina Pun Mahu Duit Zakat?.. Teresa Kok buat laporan Polis terhadap macai UMNO.. Posted: 09 Aug 2013 09:00 PM PDT Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, kelmarin terhadap blogger pro-Barisan Nasional (BN) yang memfitnah dengan tuduhan tanpa asas mahu agar wang kutipan zakat 'diberi kepada orang Cina'. "Saya menolak sekeras-kerasnya hasutan yang menimbulkan kebencian itu, saya juga tidak pernah terfikir supaya wang zakat diberi kepada orang Cina (yang bukan Islam)," tegas beliau. Pada satu sidang media, Pengerusi DAP Selangor itu menegaskan bahawa artikel 'Cina pun mahu duit zakat – Teresa Kok' yang disiarkan dalam blog, bnbesut.blogspot.com adalah hasutan daripada 'orang gila' dan boleh menimbulkan kebencian orang Islam terhadapnya. "Ia telah disiarkan di laman sosial secara meluas. Ini adalah jenayah penipuan dan hasutan. Polis perlu menyiasatnya," katanya. Menurut Teresa, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap penulis blog itu yang masih belum dikenal pasti. Teresa menjelaskan, laporan itu amat penting kerana ia adalah tindakan pencegahan daripada 'dihambat' polis sambil merujuk kepada insiden 2008 berhubung isu 'Azan'. Pada 2008, Teresa Kok pernah menjadi sasaran apabila beliau difitnah pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan dalam satu artikelnya bertajuk "Azan, Jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya" yang disiarkan pada 10 September 2008. Akibatnya, dua hari selepas tulisan itu disiarkan, Teresa Kok ditahan mengikut ISA pada 12 September 2008 selama tujuh hari. Rentetan fitnah yang berbahaya itu, Teresa telah memfailkan saman terhadap Zaini dan Utusan Malaysia pada 9 Oktober 2008 dan perbicaraannya masih belum selesai. Pada Konvensyen Media Sosial 1Malaysia tahun lalu, Zaini dilaporkan media mengeluarkan kenyataan bahawa sesuatu fakta itu boleh diputar (spin). "Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan)…Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta itu memihak kepada kita, itu okay", kata Zaini. Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lagi, DAP acap kali menjadi sasaran fitnah pihak lawan apabila parti itu dilihat semakin diterima masyarakat Melayu di bandar dan meluaskan pengaruhnya ke kawasan luar bandar dengan pelbagai dakwaan fitnah berbaur perkauman, sentimen keagamaan dan sebagainya. Hakikatnya, DAP adalah sebuah parti yang jelas dalam perlembagaannya berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan, kedaulatan Raja-raja Melayu serta sistem demokrasi berparlimen.-Roketkini.com Nih apa yang macai tu dah tulis.. 1.Teresa Kok DAP Hasil pilihan Melayu Seputeh dan Kinrara, Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa duit Zakat orang Islam yang dikutip di negeri Selangor seharusnya diagih dan diserahkan juga kepada orang Cina kerana orang Cina di Selangor juga bayar cukai. Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) telah diasak oleh Teresa Kok untuk turut menyerahkan hasil kutipan itu kepadanya agar Teresa Kok dapat menyalurkan bantuan itu kepada orang Cina di Selangor. 2.Hal ini telah menaikkan kemarahan beberapa NGO yang menggesa penduduk melayu Seputeh serta penduduk melayu Kinrara, Selangor yang mengundi DAP serta memilih Teresa Kok sebagai wakil rakyat mereka untuk tidak mencampuri urusan Agama Islam negeri Selangor. 3.Teresa Kok DAP Hasil pilihan Melayu Seputeh dan Kinrara, Selangor sebelum ini yang mengarahkan MB Selangor Khalid Ibrahim untuk meluluskan projek ternakan babi mega terbesar di Asia bernilai RM100 juta diluluskan. Teresa Kok DAP juga telah memilih untuk membuat kandang ternakan babi ini dikawasan penduduk majoriti Melayu Selangor. Apabila ditanya mengapa kandang ternakan babi mega terbesar tidak dibuat di kawasan majoriti Cina Selangor, Teresa Kok menjawab dia takut kuman atau penyakit berbahaya disebar jika dibuat di kawasan penduduk majoriti Cina Selangor jadi dilihat sebagai kurang sesuai. 4.Tidak lupa baru baru ini juga digemparkan bahawa Teresa Kok 100% menolak Agama Islam sebagai agam rasmi persekutuan sewaktu perbicaraan mahkahmah yang ditanya oleh Peguam Mahkahmah Dato Zaini. 5.Sebelum ini juga Teresa Kok juga mendesak kerajaan Persekutuan untuk membuka UiTM kepada orang Cina juga dengan alasan Cina membayar cukai. Jadi hak bumiputera perlulah dikongsi bersama sama orang Cina. Teresa Kok pada masa itu turut membawa MB Khalid Ibrahim untuk membuat pengakuan bersama bahawa MB Khalid Ibrahim dari graduan UiTM juga bersetuju bahawa UiTM perlu dibuka kepada orang Cina secara penuh. Posted by Boikot CinaDAP at 05:20 |
Nurul Izzah Akan Lancar Buku Pak Lah Di Singapura Posted: 09 Aug 2013 05:00 PM PDT Wah.. menarik ni.. anak Ketua Pembangkang yang merupakan musuh utama UMNO, telah dijemput untuk melancarkan buku mantan Presiden UMNO yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia di Singapura.. Kata Nurul Izzah beliau telah bersetuju untuk melancarkan buku berjudul 'Awakening- The Abdullah Badawi Years in Malaysia'. Nurul Izzah Bakal Lancar Buku Pak Lah Di Singapura PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersetuju menerima jemputan untuk melancarkan buku oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Singapura pada 30 Ogos ini. Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau telah bersetuju untuk melancarkan buku berjudul 'Awakening- The Abdullah Badawi Years in Malaysia'. Pelancaran buku ini di Malaysia, juga ditetapkan pada bulan ini, yang mana ia akan dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri itu sendiri. Abdullah, 73, menjadi Perdana Menteri pada 2003-2009. Beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno selepas Barisan Nasional gagal untuk mengekalkan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 2008. Buku ini merupakan himpunan esei dan disunting bersama oleh penganalisis politik Bridget Welsh dan James Chin ~ mStar Kenapa Nurul Izzah yang dijemput agaknya?.. walau apapun alasannya sudah tentu ada yang akan sakit hati dan mendedahkan semula hubungan Pak Lah dan Anwar Ibrahim.. bersamalah kita nantikannya.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan