Isnin, 5 Ogos 2013

Biaqpila

Biaqpila


GEMPAQ!!! KUMPULAN BERBAJU HITAM NAK TAWAN ISTANA NEGARA

Posted: 05 Aug 2013 07:48 AM PDT


LEBIH kurang jam 4.10 pagi tadi, sekumpulan individu telah berhimpun di hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur.

Kumpulan ini terdiri seramai lapan orang lelaki dan dua wanita berpakaian serba hitam, menaiki tiga buah kereta.

Kumpulan ini mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.

Tangkapan dibuat oleh OCS Travers terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers.

Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tiada dijumpai sebarang barang atau senjata salah hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini.

Setiap kenderaan dipasang bendera 1′x3′ bertulisan jawi Lailahaillaahmuhadarsullullah dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua.

Semakan awal penama ahli kumpulan ini (7org 3 org tiada K/P) mendapati kesemua mereka berlainan alamat negeri seperti Melaka Perak Kedah dan Johor.

Siasatan lanjut latar belakang kumpulan ini sedang dibuat. (sumber FB adminRF / gambar AAKJ)

MNH


KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

INI YANG UMNOBN MAKIN SAKIT DI SELANGOR

Posted: 05 Aug 2013 05:15 AM PDT


Rezab Selangor hampir cecah RM3 bilion




KUALA LUMPUR: Laporan kewangan terkini dari Jabatan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan rezab kerajaan negeri terus meningkat dari RM2.7 bilion sebelum ini kepada hampir mencecah RM3 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, wang rezab itu kemudiannya akan diuruskan mengikut satu garis panduan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2014 pada bulan November nanti.

"Dalam Belanjawan November nanti, kita akan terangkan bagaimana kita mentadbirkan rezab negeri, bagaimana penggunaannya jika perlu.

"Hanya lima tahun lepas kita asyik sibuk memastikan simpanan kita terkumpul, baru kali ini kita dah ada simpanan terkumpul dan sekarang kita boleh buat beberapa program menggunakannya dengan lebih tertib dan lebih efisyen," katanya dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Shopping Bantuan Raya di Pandamaran, Klang semalam.

Ujarnya, pada ketika ini kerajaan negeri tidak menetapkan sasaran jumlah tertentu yang perlu ada dalam rezab negeri sebaliknya bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

"Terpulang pada keadaan ekonomi negeri, kalau ekonomi meningkat, hasil negeri meningkat dan tentulah simpanan negeri dipertingkatkan.

"Ekonomi ini ada turun naik, kalau ekonomi turun kita boleh gunakan rezab ini untuk menolong Kerajaan Negeri dalam pentadbiran," ujarnya yang juga Adun Pelabuhan Klang.

HD


KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

GEMPAQ!!! SATU LAGI KES TEMBAK TERBARU

Posted: 04 Aug 2013 09:07 PM PDT



6 Ogos - Kejadian terbaru berlaku di Beringin Rendang semalam pada jam 2.30 petang.

Bekas peniaga MLM yang rugi teruk En Polan Bin Polin, 41 ditembak tiga kali didada oleh dua lelaki yang menceroboh tandas rumah beliau lalu menembaknya ketika beliau sedang makan di dalam tandas rumah, dipercayai utk ponteng puasa.

"Dua suspek dilihat ditempat kejadian menunggang motosikal Yamaha RXZ 14 Lejang," kata Ketua Polis Negara Masai.

Dilaporkan terdapat lebih dari 20 kes yang melibatkan pembunuhan senjata api pada berapa bulan kebelakangan ini termasuk seminggu lalu membabitkan kes berprofil tinggi seperti pencuci tingkap bangunan dan pemasang bendera parti.

Walau bagaimanapun rakyat tidak perlu merasa bimbang kerana menurut beliau kes tembakan di negara ini masih rendah dan terpencil berbanding filem James Bond ' Casino Royale' , The Transporter dan Bourne Ultimatum yang lebih banyak kes tembakan dlm masa tidak sampai 2 jam.

Menurut Menteri Dalam Negeri Masai pula, Datuk Sri Pasola, pihak pembangkang harus disalahkan berikutan kejadian tembak bunuh kerana pemansuhan Akta Ordinan Darurat tersebut dihapuskan oleh ketua pembangkang dan kuncunya senyap2 tanpa diketahui oleh PM dan kerajaan Masai.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bersyukur kerana negara Masai masih aman berbanding negara Asia yg lain spt Syria, Palestin, Iraq dan Afghanistan. Di Masai rakyat bebas beribadah membayar zakat dan cukai dengan aman tidak spt negara2 tersebut. Beliau juga dengan tegas mengingatkan rakyat yg menyalahkan kerajaan dlm isu ini supaya keluar dari Negara Masai kalau takut ditembak.

Beliau ditemui pemberita ketika majlis berbuka puasa dan pengagihan saki baki wang zakat yg tinggal utk para fakir miskin yang sebelum ini tidak wujud sebenarnya di negeri2 dibawah pemerintahan kerajaan pusat.

-berniamakahai



KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Tiada ulasan: