Isnin, 5 Ogos 2013

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


BODEK TAHAP DEWA. JOM SALAHKAN ANWAR

Posted: 04 Aug 2013 11:37 PM PDT

 
Macai detected!...

MUAR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim membidas pihak tertentu yang menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa gagal menangani isu peningkatan kes jenayah berat selepas kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1960.
  
Beliau berkata perbuatan itu tidak wajar kerana mendakwa pihak berkenaan yang dahulunya mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta dan ordinan tersebut kerana kononnya sudah lapuk serta tidak relevan lagi untuk diamalkan di negara ini.
  
"Mereka kata untuk menjadi negara maju, kita kena tukar atau hapuskan akta dan ordinan itu. Apabila ISA dan Ordinan Darurat dimansuhkan, jenayah semakin meningkat, dikatanya pula Datuk Seri Najib tidak bagus," katanya.
  
Razali yang juga anggota Parlimen Muar berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan Aidilfitri sumbangan Yayasan Felda anjuran Media Prima di Sungai Balang Besar, dekat sini, semalam.
  
Hadir sama Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pengerusi Media Prima Datuk Johan Jaafar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Balang Zaiton Ismail.
  
Katanya ISA dan Ordinan Darurat sebelum ini sebenarnya banyak membantu membentuk keharmonian kaum dan perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain sejak Malaysia mencapai kemerdekaan 56 tahun lalu.

Tiada ulasan: