Isnin, 5 Ogos 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Budak Bawah Umur Tawar Khidmat Seks RM20 Kerana...

Posted: 05 Aug 2013 05:00 AM PDT


Sekadar hiasan.

[Mstar] Melaka: Harga yang ditawarkan untuk enam pelacur kanak-kanak hanyalah RM20 bagi setiap sesi berserta pil psikotropik untuk menjadikan mereka khayal. 

Keenam-enam mereka yang semuanya berusia di bawah 14 tahun, telah ditahan ketika operasi anti-narkotik dijalankan oleh beberapa agensi penguatkuasaan. 

Apabila ditanya, mereka mengaku secara rela menjual diri mereka untuk khidmat seks bagi mendapatkan bekalan dadah mereka. 

Pihak berkuasa mendapati sukar untuk mendakwa mereka yang mengadakan hubungan seks dengan gadis-gadis bawah umur ini kerana identiti 'pelanggan' tidak diketahui. 

"Dan, anak-anak gadis ini enggan memeberitahu nama mereka," kata Pengerusi Pembangunan Keluarga, Wanita dan Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar. 

Beliau percaya terdapat banyak lagi gadis-gadis yang bersedia untuk dieksploitasi secara seksual kerana mereka mengalami ketagihan dadah. 

"Kita bimbang. Pelacur remaja amat terdedah kepada HIV kerana kekurangan pengetahuan atau akses kepada kaedah pencegahan," katanya. 

Latipah berkata polis baru-baru ini menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang telah memaksa teman wanita berusia 13 tahun dari Merlimau terlibat dalam kancah perdagangan seks.

Bapa gadis yang melarikan diri dari rumah itu telah menyerbu masuk ke dalam sebuah rumah di Peringgit Pantai pada 26 Julai lalu selepas menerima maklumat bahawa anaknya dipaksa melayan lelaki lain oleh teman lelakinya yang merupakan penagih dadah. 

"Gadis itu berkata, dia juga terbabit dengan dadah dan menerima RM20 untuk setiap sesi seks daripada teman lelakinya," kata Latipah. 

Siasatan polis mendapati gadis itu telah diminta untuk melayan pelanggan di hotel dan juga di rumah sejak Jun. 

Latipah berkata remaja-remaja perempuan itu sedang menjalani pemulihan. 

Sumber berkata beberapa pelacur kanak-kanak juga telah melancarkan perniagaan mereka secara bersendirian yang mana 'hasilnya' tidak perlu dikongsi dengan orang tengah dan bapa ayam. 

"Mereka menawarkan perkhidmatan mereka melalui media sosial," kata satu sumber. 

"Kebanyakan mereka menyewa rumah secara kumpulan untuk melayan pelanggan mereka," katanya. 

"Ada juga yang melakukannya di lorong-lorong belakang." 




Penoreh Getah Pula DITEMBAK

Posted: 05 Aug 2013 03:00 AM PDT


[SH] KOTA BHARU - Seorang penoreh getah maut selepas ditembak dalam kejadian di kampung Telosan, Pasir Puteh di sini pagi tadi. 

Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia jam 1.20 petang tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Amirul Tajo Nasir, 40 sedang minum di sebuah kedai makan sebelum salah seorang lelaki bertopeng yang menaiki motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.

Dalam insiden itu, seorang lagi mangsa, Nuradriana Zakaria, 25, turut mengalami kecederaan di kaki kanan akibat tembakan itu. 

Wanita berkenaan bagaimanapun dilaporkan stabil.

Cerita Sebenar tentang Kehilangan Adik Aisyah Wan Exzan

Posted: 04 Aug 2013 09:41 PM PDT



[Mstar] PETALING JAYA: Di saat bahang sambutan Aidilfitri semakin terasa, seorang ibu memohon bantuan rakyat Malaysia dalam usaha mengesan anak perempuannya berusia tiga tahun, Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang di Rawang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata ibu Aisyah, Arbaiyah Md Zin didakwa bertemu dengan penculik tersebut menerusi laman sosial Facebook pada Mei dan menjalin hubungan dengan suspek serta merancang untuk berkahwin.

Walupun hanya mengenali lelaki tersebut selama beberapa minggu, Arbaiyah, seorang guru matematik berusia lewat 30-an, meninggalkan anak perempuannya itu di bawah jagaan suspek pada 30 Julai.

Suspek memberitahu Arbaiyah bahawa dia ingin memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.

Ibu kanak-kanak itu turut memberikan suspek sijil kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang untuk pergi berbulan madu bersama kanak-kanak tersebut selepas mereka berkahwin.

"Pada 2 Ogos, Arbaiyah turut memberi wang tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk pelaburan perniagaan emas di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.

"Keesokan harinya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek berjanji untuk membawanya keluar dan membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Namun suspek tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab," kata Abdul Rahim kepada The Star.

Beliau berkata ibu mangsa turut pergi ke rumah suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari anak perempuannya itu tetapi alamat rumah tersebut milik orang lain.

Kes itu diklasifikasikan polis sebagai penculikan kanak-kanak.

Abdul Rahim berkata siasatan masih dijalankan dan menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu sehingga maklumat lanjut diketahui.

Sementara itu, #findaisyah tersebar pantas di laman Twitter dengan pengguna Internet seluruh negara menggunakan medium tersebut untuk mencari kanak-kanak tersebut selepas berita penculikannya disebarkan dalam laman media sosial awal pagi Isnin.

Berita lain di sini.


P/s: Simpati!

Namun, tentu banyak orang mempersoal: Mengapa mudah sangat percaya kepada orang? Mengapa mudah menyerahkan anak dan wang kepada lelaki yang baru dikenali?

Walau bagaimanapun, bantulah si ibu ini mencari anaknya dan dalam masa yang sama, jadikan kes ini sebagai satu pengajaran!

Baca laporan polis guru tersebut di sini.

Kemas Kini:

Khabarnya, Aisyah telah ditemui di Pulau Pinang. Alhamdullilah!



Anak Guru Matematik Ditemui Di Pulau Pinang

[Mstar] GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menjumpai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pasar raya di Rawang baru-baru ini.

Seorang wanita yang menghantar Wan Aisyah Wan Exzam ke balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin berkata, anak lelakinya membawa kanak-kanak tersebut ke rumahnya di Teluk Kumbar pada pukul 5 pagi Isnin.

Wanita tersebut berkata anak lelakinya, 44, memberitahunya supaya menghantar kanak-kanak tersebut ke balai polis berhampiran.

Anak lelakinya terus menghilangkan diri selepas insiden itu.

Kanak-kanak itu dipercayai anak perempuan seorang guru matematik, Arbaiyah Md Zin yang mengajar di Rawang.



Dicekup Berpelukan Tanpa Pakaian dalam Bulan Ramadan

Posted: 04 Aug 2013 08:43 PM PDT



[SH] DUNGUN - Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.

Gadis terbabit yang difahamkan bekerja di sebuah restoran makanan segera di Dungun sebelum itu dikatakan bersama teman lelakinya bersiarsiar di pusat beli-belah sebelum pulang ke rumah sewanya kira-kira jam 11 malam.

Perbuatan itu dilakukan ketika rakan serumahnya, yang kebanyakannya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sudah pulang ke kampung masing- masing sempena cuti Aidilfitri.

Ketika serbuan sepasukan pegawai penguat kuasa syariah dengan kerjasama anggota Unit Kereta Peronda Polis kira-kira jam 1.30 pagi, pintu gagal dibuka menyebabkan tingkap bilik terpaksa diumpil untuk membolehkan pihak berkuasa masuk ke dalam rumah bagi melakukan pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain tanpa pakaian atas tilam di sebuah bilik tingkat bawah banglo dua tingkat dipercayai disewa daripada seorang pegawai kerajaan.

Kedua-duanya yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya terkejut lalu bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga.

Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui tidak mempunyai hubungan muhrim.

Pasangan lelaki berusia 21 tahun pula dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdasarkan penemuan kad ahli dalam beg duitnya.

Teman wanitanya pula berasal dari Klang Selangor, seorang bekas penuntut IPTA berdekatan dan dikatakan saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu.

Kedua pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan melalui ikat jamin ahli keluarga.

Mereka bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Bayaran Guaman RM50 Juta: Anwar Lapor Polis, Karpal Cabar Media dan Mazlan Ismail

Posted: 04 Aug 2013 06:37 PM PDT


[MK] Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis terhadap dakwaan seorang calon BN dalam pilihan raya umum lalu, yang memetik dakwaan "surat misteri" bahawa beliau merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.

Turut membuat laporan, Pengerusi DAP Karpal Singh - yang turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar, seperti didedahkan calon BN Permatang Pauh Mazlan Ismail.


Dakwaan itu disiarkan oleh TV3 pada 2 Ogos serta akhbar Utusan Malaysia danNew Straits Times pada keesokan harinya.

Dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya hari ini, Anwar menyifatkan "surat layang" itu fitnah berterusan yang didakwanya ditaja Umno.

Kata Anwar, sepanjang penglibatan Karpal sebagai panel guamannya, soal bayaran tidak pernah dibangkitkan. 

Justeru, tambahnya, membangkitkan soal bayaran dan dakwaan yang dilemparkan itu menghina maruah Karpal dan dirinya.


"Saya bersetuju (dengan Karpal) dan mengambil tindakan bersesuaian dengan fitnah yang berterusan," katanya.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, isu itu dibangkitkan bagi mengelakkan pelbagai isu lain, antaranya unjuran ekonomi yang lesu, kadar jenayah meningkat dan dakwaan skandal rasuah.

Mazlan sebelum ini dilapor menerima surat bertajuk "Bankleaks Anwar/Karpal" dan meminta Anwar dan Karpal memberi penjelasan berhubung isi kandungannya.

Mazlan mendakwa menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya.

Karpal: Kalau jantan, tunjukkan akaun

Sementara itu, Karpal berkata, dakwaan itu mengarut dan tidak ada asas. 

"Saya mencabar Mazlan, jika dia anak jantan tunjukkan akaun bank, nombor cek dan identiti orang yang membuat surat tersebut.

"Saya juga mencabar TV3,Utusan Malaysiadan NST untuk melakukan perkara yang sama," kata Karpal yang tidak teragak-agak untuk memfailkan tindakan undang-undang kepada tiga pihak itu.

Karpal berkata pihaknya sedang mengumpul bukti dan akan mengambil tindakan dalam tempoh seminggu.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu turut menggesa pejabat Peguam Negara mengarahkan siasatan mendalam susulan dakwaan yang dilemparkan kepada mereka.

Katanya, pejabat peguam negara tidak boleh berdiam diri dan perlu mempertahankan sistem kehakiman ekoran dakwaan tersebut dan harus memberi maklum balas mengenai perkara itu.






Pegawai Kanan Polis Didakwa Merogol dan Meliwat Remaja 13 Tahun

Posted: 04 Aug 2013 05:37 PM PDT


[Mstar] KOTA KINABALU: Seorang pegawai kanan polis didakwa atas empat pertuduhan merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

Deputi Supritendan Rohaizat Abd Ani, 54, bekas ketua unit D7 di ibu pejabat polis Sabah yang juga pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Setiu tahun lalu didakwa merogol gadis tersebut di sebuah bilik hotel di sini kira-kira pukul 3.30 petang, 1 Februari tahun lalu.

Rohaizat turut didakwa meliwat gadis tersebut pada hari dan tempat yang sama selain mengulangi perbuatannya itu kira-kira pukul 10 pagi keesokan harinya.

Ketika pertuduhan keempat merogol gadis di hotel yang sama sekitar Mei tahun lalu dibacakan, beliau bertanya:"Apa, tiada tarikh?"

Beliau kemudiannya menggelengkan kepala dan berkata:"Tidak bersalah."

Beliau turut menulis nota apabila pertuduhan awal dibacakan dan menjawab 'Tidak bersalah' setiap masa dengan jelas dan lantang.

Rohaizat yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Pulau Pinang tiba di mahkamah dengan memakai jaket dan berseluar gelap serta ditemani isterinya.

Bapa kepada dua orang anak itu menutup mukanya dengan surat khabar apabila melihat pemberita dan jurugambar ketika memasuki bilik perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin meminta ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan amat serius.

Peguam Ram Singh yang mewakili Rohaizat bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya memegang jawatan pegawai kanan polis dan dia tidak akan melarikan diri.

Ram berkata Rohaizat sanggup melaporkan diri kepada ibu pejabat polis Pulau Pinang dua kali seminggu jika perlu.

Beliau juga menggesa ikat jamin minimum RM5,000 ditetapkan untuk setiap pertuduhan tersebut.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ismail Berahim bagaimanapun menetapkan jumlah tersebut kepada RM40,000 dan membenarkan Rohaizat dibebaskan selepas menetapkan 9 hingga 13 Disember ini untuk tarikh perbicaraan.

Jamil berkata, pihak pendakwaan mempunyai senarai seramai 25 orang saksi tetapi belum menentukan berapa ramai yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.


Tiada ulasan: