Selasa, 13 Ogos 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Alahai.. Perdana Menteri Norway Tiru Kaedah Bayar Upah Macam Najib Rupanya...

Posted: 13 Aug 2013 12:54 AM PDT


Rupa-rupanya kaedah yang digunapakai oleh Perdana Menteri Norway, Jeans Stoltenberg ini sama dengan kaedah yang digunapakai oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak..

Umum mengetahui bahawa sebelum berlangsungnya PRU13 yang lalu untuk menunjukkan kepada rakyat yang membaca Utusan dan menonton TV3 bahawa beliau disokong oleh majoriti rakyat kaedah kerahan telah digunakan oleh Najib.

Untuk meramaikan hadirin dalam majlisnya Kakitangan Kerajaan, Pelajar Sekolah dan Pelajar IPTA serta IPTS akan dikerahkan untuk hadir beramai-ramai ke majlis yang dihadiri oleh Najib itu.

Bagi yang tak boleh dijadikan mangsa kerahan pula, upah terpaksa dibayar bagi meramaikan hadirin dalam majlis Najib itu..

Antara yang dilaporkan telah diupah ialah Imam-iman ( lihat di SINI ), Pesara Tentera ( lihat di SINI ) dan insiden yang memalukan bila yang diupah hanya menerima upah tetapi keluar beramai-ramai bila Najib berucap.. ( lihat di SINI ) dan banyak lagilah..


Jika Najib terpaksa membayar upah untuk mendapatkan hadirin yang ramai, Perdana Menteri Norway pula dilaporkan terpaksa membayar upah sebanyak 500 kroner (65 Euro atau AS$85) kepada penumpangnya..

Baca apa yang AFP laporkan ini..

Penumpang teksi PM Norway 'dibayar'

OSLO: Beberapa penumpang yang mengambil bahagian dalam rakaman video yang menunjukkan Perdana Menteri Norway menyamar sebagai pemandu teksi untuk mengetahui masalah pengundi, dilaporkan 'dibayar' untuk berbuat demikian.

Perkara itu diakui parti yang diketuai Perdana Menteri, Jens Stoltenbeg hari ini.

Hanya berbaki sebulan lagi sebelum pilihan raya umum di mana gabungan parti pemerintah diketuai Stoltenbeg diramalkan akan kalah, satu video disiarkan semalam menunjukkan Stoltenbeg memakai uniform pemandu teksi dengan berkaca mata hitam sambil mamandu teksi membawa penumpang di sekitar Oslo.

Video yang dipaparkan itu kemudian mencetuskan kekecohan di rangkaian laman sosial dan media.

Sejak berkuasa pada 2005, Stoltenberg menjelaskan pada awalnya beliau ingin bertemu rapat pengundi bagi mendengar keluhan mereka.

Namun hari ini, akhbar tabloid, Verdens Gang (VG) mendedahkan, lima daripada 14 penumpang yang dirakam kamera tersembunyi di dalam teksi berkenaan adalah mereka yang sudah terpilih menerusi panggilan undian.

"Mereka adalah lima orang awam yang ditanya sama ada mahu menyertai rakaman video Parti Buruh yang tidak mengetahui apa-apa melainkan mereka akan memasuki sebuah teksi," kata jurucakap parti, Pia Gulbrandsen.

"Saat spontan itu adalah semula jadi apabila mereka mengetahui bahawa pemandu teksi berkenaan adalah Perdana Menteri," kata jurucakap itu.

Lima penumpang berkenaan setiap seorang menerima 500 kroner (65 Euro atau AS$85) sebagai 'tanda terima kasih'." kata Parti Buruh.

Tiada seorang penumpang dikehendaki membayar tambang mereka kerana Stoltenberg tidak mempunyai permit sebagai pemandu teksi.

Tinjauan pendapat menunjukkan Stoltenberg masih jauh tertinggal untuk mendapatkan sokongan pada pilihan raya umum 9 September depan dan video berkenaan juga tidak mencukupi bagi membantunya meningkatkan undi. - AFP

Macai UMNO tentu berbanggakan.. sebab selama ini Najib sering dituduh meniru kali ini idea Najib pula ditiru..

Letak Kereta Di Zon Larangan.. Ini Penjelasan Guan Eng..

Posted: 12 Aug 2013 08:20 PM PDT


Kredibiliti Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tiba-tiba dipertikaikan oleh kebanyakkan Blogger Pro UMNO berikutan tersebarnya gambar kenderaan rasmi beliau diletakkan dikawasan yang tidak dibenarkan meletak kenderaan dilaman FaceBook.

Mercedes Benz buruk berwarna perak dengan no. pendaftaran PG1 itu dirakamkan telah diletakkan berhampiran dengan papantanda 'Clamping Zone' atau kawasan larangan meletakkan kenderaan.

Ianya dianggap memalukan kerana dalam beliau sibuk mempertikaikan isu jenayah yang meningkat dan juga kenyataan tidak masuk akal Zahid Hamidi yang mendakwa terdapat lebih dari 200,000 penjenayah berkeliaran, kenderaan rasmi beliau sendiri melanggar undang-undang..

Bagaimanapun menurut Guan Eng, kenderaan rasmi beliau itu bukanlah diletakkan disitu tetapi pemandunya berada dalam kenderaan itu menunggu beliau yang berjumpa dengan beberapa orang wartawan serta tetamu dari Hong Kong.

Pertemuan itu berlangsung disebuah kedai Kopi berhampiran.

Tambah Guan Eng lagi beliau sebelum itu telah menasihati pemandunya supaya tidak meletakkan kenderaan tersebut dikawasan tidak dibenarkan meletakkan kenderaan itu..

Lagipun menurut Guan Eng adalah sukar untuk mencari tempat meletak kereta di jalan yang sibuk itu lapor The Star..

Penang CM, slammed for illegal parking 
Penang Chief Minister Lim Guan Eng found himself the target of criticism when a photo of his official car parked illegally along Lebuh Campbell was uploaded on Facebook. 
The photograph shows the silver Mercedes Benz with the registration PG1 parked along the lane, close to a clamping zone sign. 
Facebook user Tan Khai Beng, who uploaded the photo, stated that it had been taken on Aug 12 at about 4.10pm.

He claimed Lim had been there to meet Himpunan Hijau chairman Wong Tack.
 
However, Lim said Tuesday that he was at a coffeeshop meeting several journalists and a guest from Hong Kong. 
He said that the driver was in the car at that time but, if "unlucky" was liable to be fined like anyone else. 
"I have advised him that it is not right to park illegally," he said adding that parking was hard to come by on that busy street. 
Meanwhile, several users "liked" the posting and shared it, while some others also posted comments naming Lim as a 'tokong' (deity). 
A few users also urged the police to issue a traffic offence summons to Lim. 
The Penang Island Municipal Council (MPPP) had since June 2011 introduced clamping zones at several locations in George Town to discourage illegal parking and prevent traffic obstruction ~ The Star

Hmm.. tak kiralah ada orang atau tak ada orang dalam kereta tu.. kawasan itu tidak dibenarkan meletak kenderaan..

Tujuan tidak dibenarkannya ialah untuk mengelakkan kesesakan di kawasan itu, kereta buruk yang besar yang diletakkan untuk menunggu disitu sudah menganggu lalu-lintas..

Oleh kerana undang-undang tak ada mata dan tak kenal siapa, pihak MPPP sepatutnya mengeluarkan saman terhadap pemandu Guan Eng itu..

Jangan kerana beliau memandu kereta Ketua Menteri, beliau boleh melanggar peraturan ikut suka dia saja..

Bukan itu saja.. kereta-kereta kerajaan negeri yang terbang (laju sangat) melalui jambatan Pulau Pinang itupun sepatutnya disaman oleh Polis Traffik.. saman saja biar padan muka depa.. ha..ha..ha..

Jika alasan mereka memandu laju itu ialah kerana kekangan masa, ianya bukanlah satu alasan yang boleh diterima kerana mereka sewajarnya belajar menguruskan masa dengan lebih baik..

Utusan Dakwa Lin Dan Kalahkan Lee Chong Wei Melalui Cara Kotor..

Posted: 12 Aug 2013 05:00 PM PDT


Kononnya menurut Utusan kekalahan Datuk Lee Chong Wei kepada Lin Dan adalah berpunca dari taktik kotor yang digunakan oleh pihak tuan rumah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Kerana terdesak untuk menang sepertimana terdesaknya UMNO untuk mengekalkan kuasa pemerintahan ditangan mereka taktik kotor telah digunakan...

Senario awal kelihatan seperti Datuk Lee Chong Wei yang terdesak untuk memburu gelaran dunia pertama, namun hakikat sebenarnya berbeza kerana tuan rumah yang terdesak hendakkan Lin Dan menang sehingga melakukan taktik kotor asalkan ia berpihak kepada bintang mereka itu. 
Selepas dimalukan dalam perseorangan wanita dan beregu campuran ekoran kekalahan dua bintang No. 1 dunia, Li Xuerui serta Xu Chen-Ma Jin, tuan rumah cuba memastikan nasib yang sama tidak menimpa Lin Dan.  
Chong Wei jelas menguasai permainan ketika menang set pertama 21-16 tetapi pendingin hawa di Gimnasium Tianhe tiba-tiba ditutup di set kedua dan keadaan panas serta tidak berangin itu merubah sepenuhnya perjalanan perlawanan.  
Permainan Chong Wei bukan saja mula tidak menjadi akibat angin yang tiba-tiba hampir tiada, malah bahang serta masalah pengudaraan menyebabkan dia mengalami kekejangan di kedua-dua belah paha akibat penghidratan.  
Chong Wei, 30, meminta rawatan pada kedudukan 16-19 di set ketiga dan cuba menyambung permainan, namun dia tidak mampu bergerak pada kedudukan 17-20 untuk menghadiahkan kejuaraan kelima buat Lin Dan yang menang 16-21, 21-13-, 20-17.  
"Kalah tetap kalah, kami boleh terima kekalahan tetapi yang menimbulkan pertikaian saya mengapa pendingin hawa tiba-tiba dipadamkan di set kedua. Keadaan menjadi terlalu panas, hampir tiada oksigen dan pemain tidak boleh bernafas.  
"Ini menyebabkan Chong Wei mengalami penghidratan. Sebelum turun gelanggang lagi, Lin Dan sudah memiliki kelebihan fizikal, semalam (kelmarin) Chong Wei diberikan waktu permainan yang amat lewat dan perlawanannya (mengalahkan Du Penyu, tiga set) berakhir pada jam 11 malam.  
"Lin Dan sebaliknya berehat enam jam lebih awal daripada Chong Wei kerana bermain petang. Semua ini, memberi kesan, ditambah dengan keadaan stadium yang amat tidak sihat untuk pemain," kata jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock.  
Bukan Seu Bock saja yang mengemukakan bantahan kepada penganjur sebaik sahaja keadaan stadium tiba-tiba bertukar seperti dalam ketuhar, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) juga mempertikaikan perkara itu.  
Malangnya penganjur mendakwa, mereka tidak punya kuasa kerana akses mengawal pendingin hawa stadium dipegang oleh bahagian lain, alasan yang langsung tidak masuk akal.  
Penamat Kejohanan Dunia kali ini memang amat malang buat Chong Wei kerana selepas berkerja keras selama beberapa bulan, dia terpaksa melupakan kejuaraan dunia pertamanya dengan cara yang sangat kejam.  
Chong Wei tidak dapati menaiki podium untuk menerima pingat semalam kerana digegaskan ke Hospital 12 di Guangzhou, sejurus tamat permainan.  
Semua penonton di stadium berdiri memberi penghormatan kepada jaguh No. 1 dunia itu ketika dia diusung keluar meninggalkan stadium. - Utusan 

Banyaknya alasan... boleh percaya ke ni?.. terutamanya perenggan yang terakhir tu.. betul ke semua penonton di stadium berdiri memberi penghormatan?.. atau bangun untuk melihat dengan lebih jelas?

Tiada ulasan: