BRIGED MP SEGAMBUT |
- LAIN MACAM JE SALAHUDDIN NI..
- GAMBAR YG MENJADIKAN AGAMA KITA CACA MARBA DITANGAN MEREKA
- PAS TAK TERGIURKAH NAK BUAT KERAJAAN PERPADUAN DENGAN NAJIB?
Posted: 13 Aug 2013 07:30 AM PDT Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesyaki wujud "sesuatu yang tidak kena" dalam kejadian melibatkan penganut Buddha yang didakwa melakukan upacara keagamaan kontroversi di sebuah surau di resort di Kota Tinggi. Katanya, perkara itu perlu disiasat sebaiknnya kerana kejadian berkenaan menimbulkan banyak persoalan. "Saya rasa satu penyiasatan harus dilakukan dengan teliti siapa mereka sebenarnya. Kita tak nak buat tuduhan awal dan mengambil tindakan berdasarkan emosi. "(Penjelasan) mereka (peserta upacara) seperti tidak logik apabila mahu gunakan surau untuk meditasi. Benda ini macam ada perkara yang tidak kena. Jadi ia perlu siasatan rapi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Beliau juga berpendapat, tindakan kumpulan penganut agama tertentu untuk menggunakan rumah ibadat orang lain merupakan perbuatan yang tidak masuk akal. "Saya lihat mustahil mereka yang memegang agama-agama lain seperti Kristian atau Buddha, ingin buat acara di rumah ibadah lain. "Seperti kita, ada ke kita mahu solat di kuil? Macam pelik (kejadian ini)," katanya lagi. Beliau merujuk kepada penjelasan pihak pengurusan resort yang didakwa membenarkan penganut Buddha melakukan upacara tersebut dilaporkan mempertahankan tindakan tersebut dengan alasan ia bukan satu kesalahan. Wakil pengurusan terbabit mendakwa peserta upacara berkenaan mahu menggunakan dewan untuk bermeditasi. Beliau dilaporkan berkata, keputusan untuk membenarkan perkara itu pada pendapatnya bukan satu kesalahan. Menurutnya lagi, beliau berniat untuk "menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi". Kejadian itu dikesan melalui satu video di Youtube, menunjukkan sekumpulan individu sedang menyertai satu upacara di lokasi berkenaan.Kumpulan yang diketuai seorang individu berpakaian berwarna oren tersebut ditunjukkan berada dalam keadaan duduk mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau terbabit. Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama 'Sebastianphiu' itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit,. Video sepanjang 1 minit 25 saat yang dikesan dimuatkan dua hari lalu kini ditonton lebih 10,000 orang, setakat hari ini. |
GAMBAR YG MENJADIKAN AGAMA KITA CACA MARBA DITANGAN MEREKA Posted: 13 Aug 2013 02:40 AM PDT RNGO hak asasi dan reformasi undang-undang, Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa pihak berkuasa agama Johor bersikap "seperti Taliban" kerana merancang untuk merobohkan satu surau kontroversi di negeri itu yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat. LFL dalam tulisan di Twitter turut mempersoalkan sekiranya arah kiblat tersebut perlu dipatuhi oleh manusia dan bukan oleh surau. "Surau 'meditasi' Buddha tidak menghadap kiblat, kata Mufti Johor... Dah gila – surau kena hadap kiblat bukan manusia?," tulisan itu dipetik. NGO itu juga mempertikaikan tempoh tahanan reman selama empat hari ke atas pemilik resort itu. "Taliban dah bertapak di Malysia - syabas BN," "MAIJ (Majlis Agama Islam Johor) macam Taliban, @PDRMsia (polis) salahguna kuasa tangkap/reman pemilik resort, majistret (pula) bersekongkol benarkan empat hari reman. "Agaknya @PDRMsia dah jadi penguatkuasa Taliban Msia lupa kerja sebenar – sibuk tangkap 'penghina' Islam bila hari-hari orang kena tembak/letupan," kata LFL dalam tulisan berkenaan. LFL mengulas laporan media petang ini berhubung kenyataan penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut yang mengandaikan surau itu mungkin akan dirobohkan kerana tidak menepati arah kiblat. Keputusan itu bagaimanapun dilaporkan akan hanya ditentukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam masa sebulan lagi, kata Noh seperti dilaporkan Sinar Harian Online. Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi Hasrin Kamal Hashim dalam laporan Sinar Harian hari ini mengakui bahawa pihaknya telah meluluskan pelan bangunan berkenaan. Dalam laporan sama, Pegawai Daerah Kota Tinggi Mohd Noorazam Osman pula berkata surau terbabit dibina atas tanah persendirian dan tidak dimiliki atau diwakaf kepada JAIJ. Surau yang terletak dalam kawasan sebuah Surau di Kota Tinggi itu meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan oleh sekumpulan penganut Buddha pada Sabtu. Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan |
PAS TAK TERGIURKAH NAK BUAT KERAJAAN PERPADUAN DENGAN NAJIB? Posted: 12 Aug 2013 06:47 PM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba berbaik-baik dengannya untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan gabungan parti pembangkang. Laman berita Asia Sentinel melaporkan, Najib didakwa telah memulakan usaha tersebut secara senyap-senyap melalui bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla untuk merangka perkara itu. Laporan itu menyebut, usaha terakhir itu berlaku ketika Jusuf berada di Kuala Lumpur pada pertengahan bulan lalu. Jusuf Kalla juga cuba merundingkan perdamaian di antara Najib dan Anwar untuk menerima apa sahaja keputusan pilihan raya umum, didakwa atas usaha Anwar sebelum pilihan raya umum 5 Mei. Beliau kemudiannya menuduh Anwar mungkir janji selepas pembangkang enggan menerima keputusan pilihan raya umum yang menyaksikan BN hilang undi popular walau mengekalkan kuasa. Anwar mempertahankan langkah tersebut dan mendakwa Najib tidak menandatangani perjanjian. Anwar jugga mendakwa Najib gagal memberi jaminan untuk pilihan raya bersih dan adil seperti yang dikehendaki dalam rundingan itu. Menurut laporan Asia Sentinel, Anwar mengesahkan bahawa terdapat hubungan baru dalam usaha untuk merangka satu kerajaan perpaduan. Laporan itu juga mendakwa, usaha berkenaan dimulakan oleh Najib. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan